Jom Cari Harga Flight Murah Online!




Ramai yang tertanya² ... camne nak dapat flight harga murah, kan? Lepas tu mesti korang nak bandingkan harga dengan cara yang paling mudah sebab korang malas nak research lebih², betul tak? Kalau gitu, kita segeng! Haha.

Kalau bukak internet browser je dah banyak tab yang nak dibukak sebab nak cek satu persatu. Leceh! Tu belum lagi nak tau sama ada fully book atau tak... kan kan??? Haaa... sebab tu ler Zie tulis artikel ni. Nak habaq sat kat korang yang korang cuma perlu pergi ke 1 apps je. Tak payah pening² nak cari cheap flights online. Semoga Berjaya! ^_^



Pernah tak dengar atau ada baca kat mana² pasal Traveloka? Kalau tak pernah, Zie suggest korang install Apps traveloka atau boleh surf internet pergi ke web dia. Contohnya kalau korang nak book flights to Langkawi korang boleh ke link https://www.traveloka.com/ms-my/flight/route/Kuala-Lumpur-Langkawi.KUL.LGK dan korang boleh find out kat situ. 



Korang kena pilih sama ada sehala atau pergi balik, kemudian korang pilih korang nak naik kapal terbang dari mana, then korang pilih untuk berapa orang, Zie cadangkan korang letak 1 je dulu. Korang set tarikh departure korang and tarikh balik kalau korang pilih 2 hala. Kalau tak nak harga mahal korang cari tarikh yang bukan hari perayaan atau cuti sekolah. Lepas tu korang pilih la sama ada korang nak naik economy class, business class atau first class. Dah setel semua korang klik ‘Search’



Tadaaaa!!! Akan ada list of penerbangan yang ada dari airlines yang berbeza. Biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas sekali ↑ Kalau korang rasa puas hati dengan harga tu korang boleh buat booking. Kalau tak puas hati cuba cari tarikh lain...aagittewww! Senang kan? 

...Sebab korang buat perbandingan harga dari airline lain jugak kat Traveloka ni ♥ 




So let say korang plan nak ke Langkawi, korang boleh pergi ke Pulau Rebak yang dinamakan sempena nama pokok Rebak ini adalah satu tempat tarikan alam semula jadi yang berkeluasan 390 ekar dan dikelilingi oleh hutan rimba yang telah berusia mencecah 100 juta tahun....wahhhhh! Tau weh iols you you. Wikipedia bergerak...hahaha!

Pulau ini pulak ialah pulau private yang dimiliki oleh Vivanta by Taj – Rebak Island Resort. Kalau korang ingin merasakan suasana tenang seolah-olah berada di atas pulau sendiri, stay kat hotel ini. Korang dapat menikmati akses eksklusif kawasan pantai di keseluruhan pulau ini. Lokasinya, tidak begitu jauh dari pulau lain di sekitar Langkawi seperti Pulau Beras Basah dan Pulau Cenang. 





Mengikut lagenda, dipercayai bahawa Kota Mahsuri merupakan tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan. Siapa Mahsuri ? Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam. 

Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau. 




Kota Mahsuri ini terletak di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat. Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu. 

Tempat ini juga dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. 




Di dalam kompleks tersebut juga terdapat sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri . Korang juga boleh membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi untuk di bawa pulang sebagai hadiah atau kenangan kerana banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata di sini. 

Kalau korang menggunakan perkhidmatan kereta sewa, jangan risau kerana tempat letak kereta percuma. Bayaran sebanyak RM0.50 sen akan dikenakan kalau korang ingin menggunakan tandas awam. Terdapat kolam ikan di pintu masuk untuk mengalu-alukan korang, air yang sangat hijau dan kawasan sekitar yang bersih juga menjadi salah satu tarikan selain daripada cerita sejarah disebaliknya. 

Best gak kan kalau dapat pergi bercuti kat Langkawi? So dengan tips yang aku sharekan camne nak cari flight murah tu korang boleh gunapakai untuk tempat-tempat lain sekali.




No comments: