Akibat Berjaga Malam...


Ni dia akibat suka sangat berjaga malam. Dari baru lahir sampai sekarang, jam tidur dia selalu je dalam 12 mlm ke atas. Kalau bernasib baik, paling awal dia tidu jam 10pm. Huhu. Sudahnya... inilah hasil dia. Liat nak bangun pagi dan always ketiduran je dia dalam keta.

...dahlah toddler car seat dia tak nak pakai...asal kita pasangkan je, sure mengamuk nangis bagai apa. Nak drive pun tak tenteram....hemprhhh. Beli toddle car seat utk kotak pakai jer, huh!

Kekadang geram gak dgn Mikail ni. **sigh**





Resepi Milky Butter Prawn



Salah satu daripada makanan kegemaran husband, Butter Prawn. But kali ni, Zie ubahsuai sikit resepi butter prawn yg asal. Zie tambah susu pekat. Still guna susu cair, but tambah gak susu pekat so that taste dia ada a little bit milky milky taste gitu...

...thats why zie beri nama resepi ni Milky Butter Prawn. Hihi





Zie guna Udang Galah fresh. Heaven kooo makan udang galah yg still fresh. Manis je rasa... perghhh! Niatnya Zie nak kopek kulit udang galah tu, tinggal sikit kulit kat bahagian ekor je. Tp husband cakap dia lebih suka di masak dgn kulit kulit...

...kemanisan natural udang tu akan semaki terasa. Hemprhh....ikut tekak husband je lah. He's the boss...hehe. So Zie just belah bahagian belakang je. Utk keluarkan perut dia. Then gaul guna tepung berempah adabi.

Dibawah ni resepi dia ea.


Bahan-Bahan :-
4 ekor Udang Galah
2 biji Telur ~ ambil telur kuning je 
100g Butter
4 ulas Bawang Putih ~ dicincang halus
2-5 biji Cili Padi ~ ikut selera pedas sendiri. Part ni zie skip, sbb tak suka pedas
3 dahan Daun Kari
Halia ~ di potong secara lurus dan panjang-panjang mcm zie potong carrot ** refer gambar
Serbuk Kari ~ optional
Tepung Goreng ~ zie guna Tepung Goreng Serbaguna Adabi
Tepung Gandum
Susu Cair 
Susu Pekat
Gula, Garam dan lada ~ zie guna serbuk Cukup Rasa


Cara-Cara Memasak :-
  1. Pukul telur kuning. Panaskan kuali dan masukkan Butter. Guna api sederhana. Bila Butter sudah cair kesemuanya, masukkan telur kuning.
  2. Cara masukkan telur kuning, perlahan-lahan tuang pada jarak yg tinggi sambil tangan yg satu lagi mengacau tanpa henti. Supaya hasil dia cantik. Bila telur sudah kuning keemas-emasan, Tapis guna penapis besi dan asingkan.
  3. Udang galah digaul rata dengan Tepung Goreng dan goreng. Setelah siap mengoreng udang, asingkan.
  4. Masukkan sedikit Butter, tumiskan Bawang Putih, Halia dan Daun Kari sampai naik bau. Masukkan sedikit Tepung Gandum dan terukan menumis tanpa henti. Jangan sampai tepung gandum bergumpal ea.
  5. Masukkan sedikit air (part air ni, ikut uols, if nak kuah pekat mcm zie... masukkan sedikit je. Rasanya 100ml kot). Masukkan susu cair dan susu pekat. Sukatan dia... pandai pandai agak sendiri ea...hehe
  6. Bila kuah sudah kelihatan pekat, tambahkan bahan perasa. Kemudian masukkan Udang Galah yg sudah di goreng tadi.
  7. Masukkan Telur Kuning yg sudah di goreng dan gaul sehingga sebati dgn udang galah.
  8. Hias pinggan dan siap untuk di hidangkan ^_^




Untuk hidangan semakin kelihatan mengeliurkan, taburkan Parsley flake ^_^ Selamat Mencuba uols. Emak kata, nak pikat suami or bakal suami... kenalah pandai pikat perut dia dulu. Cewahh...hehe. Its just a saying ye uols.

...in where Zie not so agree with it. Bagi zie, kasih sayang dan cinta seseorang kpd kita tak perlu ada sebab. If bersebab, bukanlah cinta yg ikhlas namanya :P

Apa apa pun, Selamat mencuba!


Hadiri Hari Sukan Anak




Hari khamis lepas, Zie dan husband ambil leave. Sebab nak attend Hari Sukan a.k.a Hari Sukaneka tadika mikail. Inilah dia har sukan yang pertama dalam hidup Mikail. Wajib koooo weols attend walaupun hari tu Zie ada meeting di opis.

....nasib boss memahami. Postpone meeting keesokkan hari :) Syukur sangat sangat dapat boss yg memahami. Bos pun suruh utamakan keluarga. Kerja boleh ditangguhkan ^_^





Budak manja. Asyik nak mintak gendong je. Berjalan bukannya hendak. Tu yg zie kalau papa dia not in town, Zie more prefer tak nak keluar gi mana mana. Berat kooo nak mengendong si Mikail tu. Huhuhuhu

...papa dia jadi tukang gendong takpe. Kuat :P




Cari mana Mikail kat group Rumah Biru tu.... hehe. Tema rumah dorg Captain America...hahaha. Hendak plak dia di ikat kepala ek. Good boy :D





Larian berganti under kategori 4 tahun. Rumah dorg dapat No. 3 je. Ok ler tu daripada balik langsung tak dapat apa apa. Hanya satu je acara sukan untuk tahun 4... hehe. Kebanyakkan utk tahun 5 dan 6.... huhu

....takpe, tahun depan... Mikail kumpul byk byk medal ea. Hihi




Masa rehat, weols belikan dia Milo. Dah jadi macam model iklan Milo pulak Mikail...hehe. Walaupun air dan makanan budak budak, pihak sekolah ada sediakan... still gak nak belikan dia air kegemaran dia tu :)








Anak yg tak nak jauh dari parents dia. Hehe. Budak lain semua duduk di bawah. Dia je yg sibuk nak duduk dgn weols. Tapi once masa rehat dah habis, Baru weols hantar dia ke bawah dgn cikgu dan kawan kawan dia.




Bronze medal dia. Medal pertama dia. Nak letak dalam frame nanti. Wajib letak coz kan medal pertama. Meaningful tu taw...walaupun hanya Bronze je, bukan emas. Hahaha. Peduli la kan :P




Mama dia plak. bila sampai rumah, kebiasaan ler... suke pening kepala. Coz panas "masuk" dlm badan sudah. Bila mikail tengok Zie tuam tuamkan kepala Zie dgn Ice Bag tu... dia sibuk gak nak tolong Zie tuamkan kepala zie.


....sejuk perut mengandung tgk photo ni. Hehehe. Terima kasih anak mama sebab jaga mama masa sakit. hehe





Sandal Raya Buat Mikail




Weols anak beranak shopping awal untuk raya tahun ni memandangkan di Kuching ni sana sini tengah on Gawai Sales. Malas sangat nak shopping time bulan puasa...keletihan dan kehausan nanti. Hahaha. So last week weols belikan sandal. 

Cari di Sarawak Plaza banyak pilihan untuk budak² :)




Terus dia grab sandal yg ala² sandal Nike dia...haha. Semestinya lah tak beli yg gitu. Raya tahun 2014 dah pakai yg jenis gitu. Tahun lepas dia berkasut. Since leceh nak nak buka and pasangkan balik kasut... tu yg tahun ni raya, weols laki bini decided bagi dia sandal je untuk raya.

...cepat dan pantas je nak buka dan pasangkan time gi visiting rumah orang nanti. Hehehe




Papa dia tukang try... mama dia tukang snap gambar untuk blog kesayangan. Hehehehe :P




Tahun ni sandal raya Mikail pattern celoreng army for Adidas. Hihi. Yg jenis velcro tape ni best...sangat senang kau nak buka dan pasangkan di kaki anak nanti. Happy dia dapat sandal baru. Terus nak pakai... haha.

...of coz tak bagi dia pakai dulu lah. Kang nanti tak jadi sandal raya kang...hehe




[[ Iklan 10]] Hajar Midi Resources



Assalamulaikum.

Kami Hajar Midi Resources menyediakan perkhidmatan SERVIS, BAIKPULIH,MEMBEKAL, serta MEMASANG, Penghawa Dingin, CCTV, Penggera Keselamatan serta Pendawaian Elektrik pada anda semua dengan harga yang berpatutan.






 ★ OVERHAUL
-- (Chemical) Indoor dan Outdoor - Full Service
✔ Buka indoor, periksa samada senget atau tidak.
✔ Periksa paip copper dan paip air sumbat/bocor.
✔ Periksa outdoor bocor/tersumbat
★ 1-1.5 HP = RM150 (termasuk topup Gas R22)
★ 2-2.5 HP = RM250 (termasuk topup gas R22)

Turut Menyediakan Servis:-
♥ Pemasangan CCTV
♥ Wiring

NOTE :
Untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan overhaul dari kami,
kami memberi jaminan setahun tidak perlu servis. Sejuk macam baru beli!




Kawasan terlibat = Sg Buloh, Kepong, Selayang, Mont Kiara, Segambut, Serdang, Seri Kembangan, Putrajaya, Bangi, Balakong, Kajang.

*Untuk luar kawasan boleh bincang.

Untuk keterangan lebih lanjut serta tempahan boleh hubungi 0193772582 (Hamidi) atau 
ke Fanpage kami Hajar Midi Resources (click to view)








Memanjakan Kaki...


Akibat pencarian kasut jogging hari tu (coz zie berhigh heels), ni la makanan dia.... sakit kakiiii. Hahaha. Siapa suruh kan, berhigh heels bagai. Errr...tapi tu je kasut yg ada. Semua kasut tinggi...hahaha. Hasilnya, nih....terpaksa ke foot relexology kooo dek non. Hahaha.

....baru legaaaaaa rasa kaki selepas di manja². Kikiki. Sedap kooo urutan pekerja² di Rene Beauty spa ni. Selalu ke sini if nak buat foot refelxology




Kasut Jogging Baru


Al kisah mencari kasut jogging. Sampai 5 tempat koooo aku pi heret husband and Mikail pi cari. Last week husband tanya tak kasut untuk jogging. Sebab kasut jogging yg lama Zie dah bagi kat Kak Mida (sebab lama giler tak berjogging). Husband nak sponsor.

...apa lagi akuuuu... laju je mengiyakan. So last saturday and sunday, pencarian kasut jogging. Zie part shopping ni memang cerewet :D Nak beli satu kasut je pun... ambil masa 2 hari pi cari and sampai 5 tempat cari..

Mana tak bad mood husband dibuatnya. Cerewet sangat...haha. Bukannya apa, benda  bukannya hrga berpuluh dua. Harga beratus²... harus zie nak pilih yg betul² zie suka. Bukan yg tangkap muat je. Baru berbaloi spend beratus² kat something, betul tak?





Mula² ke adidas store. Berkenan gak dengan design ni sebenarnya... but then, tak berapa suka brand Adidas. So fokus on Nike brand. Hihi. So masuk ler dari kedai Nike ke satu kedai Nike. Pastu masuk kedai Lea Centre ke satu kedai Lea Centre lagi.

...the masuk Parkson demi parkson kat shopping mall yg berlainan. Mana tak letih husband temankan. Haha



At last zie jumpa design yg Zie berkenan kat Parkson di Viva City Megamall. Sadly, hanya tinggal Size 5 je. Utk kasut sneaker mcm gnie, kena pakai extra 1 size besar. Means zie cari size 6 




Husband suruh zie tukar ke yg ni je. Design sama cuma warna symbol Nike tu je yg lain. Warna pink. Yang ni ada size 6. Tapi u know me... cerewet. Hahaha. Nak gak yg sama mcm yg warna putih Nike tu. Hahaha. Pening husband dibuatnya.

...so weols ke Plaza Merdeka Parkson. Nan hado gak. Tinggal size 5 gak. Nyampah nah taw..






Finally! Jumpa gak akhirnya...muahahahaha. Ahad lepas sebelah malamnya, husband ajak ke Uptown di Giant. Kebetulan kat Giant ada kedai Lea Centre in where ada jual kasut Nike gak. So try my luck cari sana. Nasib hado size 6.

...tinggal 2 pasang je lagi size tu. Syukur sangat² ada. 


Rembat terus tanpa fikir 2-3 kali. Ada drama kooo di sebalik pencarian kasut Nike ni...hahaha. Malas lah nak story drama apa... hihi. Husband suruh beli sekali stocking Nike... dia suruh ambil 2 pasang. Zie tak nak tamak, ambil sepasang je. Cukup ler tu kan.

...bukan tiap hari pun pakai nanti. Hihi




Budak hyper active ni.... habis satu kedai tu dia tawaf. Lari sana sini...aduhhhh makkkk. Memang out of control Mikail ni. Orang semua dok pandang² je. Malu aku :( Bukan takde di tegur, ada. But jenis budak yg tak masuk "saman"... uwaaaaaa!

...dolat kot aku. Dulu² masa zaman anak dara... sangat anti dgn budak² yg mcm ginie. Siap beranggapan parents tak reti nk larang la apa la. Nahhh...terkena kat batang hidung sendiri. Thats why orang kata jangan cakap anak orang, kang terkena kat anak sendiri yg Hyper Active...

...kan dah merasa kepeningan yg parents tu rasa²...huhu. Insaf... andai boleh ku putarkan masa... huhu





Dream Catcher, Souvenir dari Boss


Dapat benda alah ni dari Boss muda :) Souvenir dia pi holiday kat negera mana entah. Takde gak dia mentioned pi holiday mana. Takpe... janji souvenir utk staff dia tak lupa nak belikan..,.hihi.

Benda alah ni di panggil Dream Catcher. Kalau mengikut kepercayaan mat salleh, benda alah ni dapat tangkap mimpi buruk. Dan uols kena gantung kat atas kepala di tempat tidur. Hihi. Lain negera, lain kepercayaan kan uols.

With all respect utk kepercayaan orang lain :)




As for me, it just something utk digantung² je sebagai hiasan...hihi. So gantung kat dalam kereta sama² dgn Tasbih Cats Eyes zie tu :) Apa² pun, thank you boss!





Nakal Sangat.. Nih Makanan Dia



Inilah dia akibat tak nak dengar cakap mama. Mama cakap jangan berlari²... nanti jatuh. Tak nak dengar. So... inilah makanan dia. Tebik gigi (errr...dapat BM tak tahu plak panggil apa kalau gigi jadi gitu. if dlm bahasa sarawak, weols panggil tebik gigi... hehe) 

....panik zie kena Mikail ni tau. Nasib tak penyek hidung dia. Nasib gusi dia pun tak apa². Cuma gigi dia je yg tebik. huhu.





Bak kata orang Sarawak, "Dah ada oleh, baruk renah." ... maksud, dah terkena baru reti duduk diam. Haaa gitu. Hehehehe. Mula² nak nangis kooo dia. Terus zie dgn muka strict and marah elok² say, "Jangan nangis! Jangan Nangis. Senyap. sakit sendiri yang cari."

...terus dia just tahannnnn je tangisan dia. Hahaha...thats my boy! But bila org lain nak tgk gigi dia, marah dia tak nak. Hehe. Lepas geram kat orang lain koo dia :P Even Zie sendiri nak tgk pun dia tak bagi. Merajuk ler tu.





Bila rajuk dia dah cool down. Nak plak dia tunjuk gigi dia. Tuh.... tanda kenakalan dia yg tak nak dgr cakap mama. Terus kurang kecomelan dia if dia senyum or bercakap. Hahahahaha.




[[ Iklan 9]] Hajar Midi Resources



Assalamulaikum.

Kami Hajar Midi Resources menyediakan perkhidmatan SERVIS, BAIKPULIH,MEMBEKAL, serta MEMASANG, Penghawa Dingin, CCTV, Penggera Keselamatan serta Pendawaian Elektrik pada anda semua dengan harga yang berpatutan.







 ★ OVERHAUL
-- (Chemical) Indoor dan Outdoor - Full Service

✔ Buka indoor, periksa samada senget atau tidak.
✔ Periksa paip copper dan paip air sumbat/bocor.
✔ Periksa outdoor bocor/tersumbat

★ 1-1.5 HP = RM150 (termasuk topup Gas R22)
★ 2-2.5 HP = RM250 (termasuk topup gas R22)

Turut Menyediakan Servis:-
♥ Pemasangan CCTV
♥ Wiring

NOTE :
Untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan overhaul dari kami,
kami memberi jaminan setahun tidak perlu servis. Sejuk macam baru beli!




Kawasan terlibat = Sg Buloh, Kepong, Selayang, Mont Kiara, Segambut, Serdang, Seri Kembangan, Putrajaya, Bangi, Balakong, Kajang.

*Untuk luar kawasan boleh bincang.

Untuk keterangan lebih lanjut serta tempahan boleh hubungi 0193772582 (Hamidi) atau 
ke Fanpage kami Hajar Midi Resources (click to view)







Koleksi Angry Bird Mcdonnal Happy Meal Mikal


Kau tengok expression muka dia tu uols. Senyum lebar tanda puas nah dia. Hihi  Lately ni asyik mintak ke Mcdonnallll je dia memanjang. Zie tahu "udang di sebalik batu" dia tu. Dia bukannya nak makan sangat pun

....dia nak permainan Angry Bird dari Happy Meal je sebenarnya. Grrrrr... grrrrrr.




So far dua dah dia kumpul. Mula mula malas nak ambil pusing sangat dgn toys dia ni. Aritu terpanggil ler plak nak skodeng benda alah 2 ekor tu. Rupanya kau boleh "tembak" guna tu rupanya...hehehe.

...aku plak yg teruja woi. No wonder Mikail berhantu nah dgn koleksi Happy Meal kali ni.Hehehe




Angry Bird yg warna putih tu, kau tekan je ekor dia tu ke bawah. Tertembak lerrr cekera bulat dari benda alah coklat tu. Meanwhile yg Angry Bird warna Yellow tu plak, kau tekan benda alah warn hijau tu.... terbang lerr si burung kuning tu tepat kat batang hidung kau...haha!

...itupun if kau "aimed" hidung orang ler ek. Hihi. Habis zie and Mak Nek dia, dia pi tembak. Sampai marah pun ada gak dibuatnya. Hihi. Last sekali zie ugut dia, akan nak pi beli lagi if dia keeps on tembak kat orang or Olin (err...Olin tu nyau zie...hehe)

Baru dia tembak dinding je...hehe. Tahu takut :P




Kitar Semula Baju Lama Mikail



Hehehe... actually ni romper Mikail timer umur dia still berbulan. Memandangkan still elok bebenor dan bdn Mikai pun still dpt pakai (badan Mikail kan kurus dan kecik cuma memanjang je...hehe), so apa lagi. Jom kita berkraf...hehe.

Transformer Baby Romper menjadi baju kemaja kanak²... hehe.




Potong je lurus kat bahagia bawah tu... lepas tu jahit. Senang je. Hihi.




Tadaaa! Hehehe. He loves it sooooo much. Siap je zie buat kan, terus dia berbunyi "Yayyyy.... dah siap lah mama. Mikail pakai terus, ma.." Hehehe...tersentuh hati. Terasa hasil tgn diri ini di hargai oleh anak...hehehe. Bila emak Zie dpt tahu zie potong baju lama mikail...

...apa lagi, bising lerrr emak ai tu. Standard words --> "Takde lagi ler buat adik Mikail lagi nanti".. Huhuhu. Belum ada rezeki lagi koooo emak cucu mu itu menjadi Abang. Hihi. Insha Allah... andai ada, sehelai je pun mak. Orang beli baru...hihi