Showing posts with label Princess Redbloodsnow's Recipe. Show all posts
Showing posts with label Princess Redbloodsnow's Recipe. Show all posts

Resepi Chicken Mango | .eat.enjoy.love.



🍗 Bahan² Untuk Ayam
• Isi ayam (bahagian peha/dada)
• Tepung Serbaguna
• Lada hitam & bawang putih (untuk perapan)
• Minyak untuk menggoreng 

Cara Membuat
• Perap ayam dengan lada hitam dan bawang putih.
• Perap selama 20 minit.
• Pecahkan telur ke dalam isi ayam. Gaulkan hingga rata.
• Salutkan isi ayam ke dalam tepung serbaguna. Goreng hingga kekuningan [deep fry]


🥗 Bahan² Dressing
• Mangga muda
• Carrot
• Daun ketumbar
• Sedikit bawang besar

Cara Membuat
 Parutkan atau hiris ikut saiz yang sesuai.


🍶 Bahan² Untuk Sos
• Sos Tomato
• Sos Thai 
• Gula Perang
• Cili api potong
• Perahan jus limau nipis

Cara Membuat
• Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh last sekali).
• Sukatan agak-agak ikut citarasa. Kalau sos terlalu pekat boleh tambah sedikit air panas.
• Gaul Ayam dengan mangga dan bahan-bahan yang dah dihiris tadi.

SIAP! 👩🏻‍🍳
Simple je kan buat masakan Western ni.
So, selamat mencuba. Xoxo!
.eat.enjoy.love.



Resepi Grilled Salmon byZieMadini


Bahan² :
• Ikan salmon **

• Bawang putih 4 ulas (tumbuk) **
• Halia (tumbuk) **
• Mix herbs (optional) **
• Oregano (optional) **
• Garam /perasa **
• Minyak sedikit untuk sapu pan. 

Cara² : 
• Gaulkan semua bahan **
• Perap sekejap
• Mula grill ikan salmon. Jangan terlampau masak. Nanti tak sedap... hilang rasa Salmon dia nanti
• Jika sudah masak, ketepikan
• Siap




Masa perapkan tu...1-2jam gitu. Tapi kalau nak lama...pun boleh. Ada sesetengah orang, dorang tak perap. Terus grilled je sebab nak rasakan the real taste of Salmon tu. Since Zie ni ada kureng sikit dgn Salmon ni coz bagi Zie hanyir...haha. Wajib Perapkan :P

Untuk side dish tu plak. Zie guna Carrot, Shitake Mushroom, Brokoli & Tomato. Masak dengan menggunakan pan bekas grilled salmon tadi. Campurkan sedikit sos tiram... Siap! Selamat Mencuba ~



Resepi Jus Kunyit Asam Madu byZieMadini

Zie kalau part jus kunyit ni. Memang ada memilih sikit. Ada sesetengah orang buat dia tak sedap. Hanya sorang je sedap but tapi sekarang dah stop dah di jual...huhu. Sudahnya Zie try ler buat sendiri. Senang je nak buat dia. Cuma Zie skip bahan buah manjakani jer. 

Susah benda alah tu nak dicari. So why bother... guna kunyit je. First try, terus menjadi. Hasilnya sedap lagi dari belian...hihi. Jimat kooooo...Meh, Zie share resepi ↴




Bahan²
• Ibu Kunyit 
•  Buah Manjakani - optional (takde, skip)
• Asam Jawa
• Madu
• Garam 
• Air

P/S :
Kuantiti bahan² diatas, uols main agak² lah ye
...Zie tak buat sukatan. Hihi


Cara² Membuat :
  1. Kunyit hidup dibersihkan kulitnya pastu hiris dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getahnya. 
  2. Tumbuk atau blend kunyit dengan air.
  3. Tapis pastu tuang ke dalam dalam periuk dan didihkan 
  4. Masukkan asam jawa + madu dan buah manjakani (Sekiranya ada)
  5. Biarkan api perlahan, kacau sampai mendidih. 
  6. Tapiskan sekali lagi ke dalam jag dan masukkan ke dalam botol bila dah sejuk. 
  7. Simpanlah dalam peti ais

See....teramat sangat lah senang buat dia kan? Why bother beli? Unless malas nak buatlah...tu lain cerita. Hihi. 





Maka terhasillah 400ml Jus Kunyit Asam Madu byZieMadini. Terus pasang angan angan nak jadi tauke Jamu Jus Kunyit kau! Haha




Tapi.... bila tengok keadaan tangan Zie (ni baru sikit buat, dah camni kuning.. agak² kalau buat utk jual dalam kuantiti yang banyak....mahunya kuning sekuning²nya tangan tu. Eh, Lupa! Gloves kan hado...haiyaaaa.) Terus tak jadi nak jadi tauke Jus Kunyit. Hahaha.

...Takde lah. Bukan pasal tangan jadi kuning yang jadi penyebab tak nak jadi tauke Jus Kunyit. Hehe. Kekangan masa penyebab utama dia. Plus Zie tak dapat nak buat COD gak. Makanya...dengan itu, terkubur ler angan angan nak jadi Tauke Jus Kunyit Asam Madu! Haha

Takpe...insha'Allah. One fine day...

Resepi Kerabu Midin



Photo Credited to featsofeasts.com
- Thanks -


Okay, sebelum Zie mulakan bagi uols resepi Kerabu Midin ni. Penting untuk uols kenal mana satu Midin, Mana satu sayur Paku ye uols. Takdenya Midin & Paku tu sama. Under satu keluarga...tapi tetap tak sama ye. Adik beradik rupanya kan berlainan...hihi. So refer 2nd gambar tu ye untuk perbezaan Paku VS Midin, okay ♥

Dah kenal? Boleh ler teruskan ikut resepi di bawah↴


Bahan² :- 
• 2 ikat/3 ikat midin 
• Air Perahan Limau Kasturi - 3-4 biji 
• Gula Halus - secukup rasa
• Garam Halus - secukup rasa
• Bawang merah - potong kerabu
• Cili Padi - potong halus

Bahan Optional :-
• Udang Kering 
• Bunga Kantan - potong halus


Cara-Cara :- 
• Bersihkan pucuk Midin. Patahkan bahagian yang tua. Cuci bersih.
• Rebus pucuk Midin. Jangan terlalu lama sebab takut lembik. Toskan dan ketepikan.
• Masukkan air perahan limau, garam, gula dan bawang dan cili. Masukan sekali bunga kantan (yg ni kalau nak skip pun boleh. Bahan optional). Kemudian..gaul bagi sekata 
• Goreng udang kering sampai garing. Ni kalau nak skip pun boleh. Tapi kalau ada udang kering ni, lagi sedap taw.
 • Udang kering yg dh goreng tu korg boleh tabur je atas midin yg dah siap gaul atau boleh gaul  ekali dalam midin..udang kering yg dh goreng ni, rasanya masin n crunchy
• Siap!


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ye uols. XOXO




Resepi Sambal Toktok byZieMadini




Bahan-Bahan:
Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
Minyak utk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau kasturi secukupnya
.
.
Cara-Cara Membuat:
• Mula-mula kita goreng dahulu ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
• Kemudian goreng pula bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah dan cili hijau hingga layu. Angkat dan ketepikan.
• Belacan di bakar kalau nak goreng sekali pun boleh (tp saya pilih bakar berasingan).
• Tumbuk ikan bilis kasar-kasar, keluarkan dari lesung dan ketepikan
• Kemudian tumbuk pula cili padi, cili merah, cili hijau, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
• Perasakan sekali dengan garam dan gula.
• Masukkan dalam bekas dan perahkan limau kasturi.
• Akhir sekali baru campurkan dengan ikan bilis tumbuk tadi dan gaul rata (Dengan mencampurkan ikan bilis pada peringkat akhir akan membuatkan sambal terasa rangup bila tergigit ikan bilis)

Siap! Selamat Mencuba uols... Xoxo


Resipi Tomato Salad @ Sambal Tomato



Sejak pregnant ni, suka bebenor zie makan sambal... ulam²an tau. Setiap kali makan, sure punya ada je sambal. Hari tu request Mira (office mate), tolong buatkan sambal limau (guna calamansi). Sedappp wehh!




Hari tu husband terbeli banyak plak tomato. Nasib zie jenis suka makan tomato... tp if nak makan gitu² je, memang kureng sikit lah. Sayang if nanti tomato tu rosak tak di makan. So Zie buatkan Tomato Salad ataupun boleh guna di panggil Sambal Tomato.

...akan di panggil sambal tomato bila tomato tu di tumbuk sekali dan menjadi lumat. If tomato tu di hiris² mcm dalam gambar tu je.... zie lebih suka panggil dia tomato salad @ Kerabu Tomato. Hihi. Nak try? Meh... zie kongsikan resepi ye.


Bahan²
  1. 3 biji Tomato
  2. 3 biji Cili
  3. 4 ulas Bawang Putih
  4. 1 biji Limau Kasturi
  5. Air Asam Jawa
  6. Garam

Bahan² Untuk Hiasan
  1. Duan Ketumbar
  2. Chia Seed

Cara² Membuat


  • Tumbuk bahan² di atas (selain bahan² utk hiasan) sehingga lumat -- Utk jumlah cili tu, if uols suka pedas², letak lah banyak². Tp if nak buat Tomato salad, mcm kurang sesuai je letak cili banyak². If buat Sambal Tomato... okay. Takde masalah if nak letak pedas²
  • Bancuhkan air asam jawa sedikit je. Kemudian campurkan ke dalam bahan² yg di tumbuk tadi
  • Potong limau kasturi dan perahkan jus nya. Kalau nak lebih masam.... boleh tambah sebiji lagi. Ikut suka uols.
  • Kemudian letakkan sedikit garam mengikut citarasa uols
  • Hiris ataupun petik satu² duan ketumbar dan taburkan chia seeds sebagai hiasan dan hidangkan

Selamat Mencuba ~




Resepi Meatball with Black Pepper Gravy




Masakkan western terbaru Zie. Hihihi. Time ni tengah² malam kooo Zie buat. Supper for husband in where dia baru je balik dari duty. Wajib hidangkan dia makanan yg menyelerakan. Tak lama kooo masak benda alah ni. Dalam masa 20minit je. Sungguh ni.

....itu pun if uols guna instant meatball lah. Just tinggal kau nak goreng je. Haha. So, dibawah resepi dia ea. Resepi ni cara zie masak tersendiri taw. if berlainan dari step kau buat, dok diam². Kan dah kata resepi buatan sendiri. Hihi

Bahan²

  • Meatball -- Zie guna Ramly Meatball
  • French Frie ** Optional
  • Bawang Holland -- dipotong dadu
  • Butter 
  • Sos Tiram
  • Sos Lada Hitam
  • Kicap Pekat
  • Lada Hitam -- di tumbuk kasar **Optional
  • Susu Segar / Susu Cair 
  • Tomato
  • Bahan Perasa
  • Tepung Gandum
  • Sedikit Air 
Cara² Membuat
  1. Cairkan Butter (jgn guna magerin taw. Nanti taste kureng). Bila Butter sudah cair, tumiskan bawang holland sehingga layu, jgn sampai garing taw. Nanti pahit rasa kuah kau nanti. Tak best
  2. Masukkan lada hitam yg di tumbuk kasar (sekiranya uols ada guna lah ea. If takde, skip part ni). Masukkan tomato. Tumis sehingga layu.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul. Jangan sampai tepung tu bergumpal ea.
  4. Bila tepung dah sebati dgn bahan² yg lain, masukkan sedikit air. Sukatan sendiri agak² ye. 
  5. Lepas tu masukkan sos tiram sedikit, sos lada hitam dan kicap. Kacau sehingga Mendidih.Then masukkan bahan perasa. 
  6. Bila lihat kuat dah ala² pekat. Padam api dan standby blender.
** Sukatan utk semua bahan, uols semua agak² sendiri ye. Sebab zie pun main agak² je. Hahaha. Tak kuasa nak sukat menyukat. Nak cepat :P

Oh ya. Utk Meatball dan fries, goreng kan je. 




Ni part utk blender kan kuah meatball tu. Actually if uols malas nak blend pun takpe. Cuma hasil dia mcm tak halus je kuah. Tak cantik plak mata memandang. Hihi. But if nak skip, boleh je skip. Sila kan. But advice blend if uols nak dia kelihatan ala² di western restaurant bila dihidang...ceaaaa. ^_^

....bila siap blender. Tuangkan kuah ke atas Meatball yg sudah di goreng tadi. Hiaskan kalau rajin, then tadaaaa.... siap sudah. Boleh bukak western cafe noks...eh! Hahaha

Selamat mencuba sayang² semua :*





Resepi Creamy Mushroom Soup




Kali ni Zie kongsikan resepi untuk Creamy Mushroom Soup :) Favourite Zie ni taw. Sesuai sangat² utk makan dengan roti. Tak yah lagi dah ke Pizza Hut if craving for mushroon soup...hihi. 

So uols, kat bawah ni resepi dia ea. Actually masakan barat ni pejam mata je nak sediakan. Sgt senang bagi zie if compare to masakan asian...hihi. So selamat mencuba ye ♥


Bahan² yang diperlukan :-
1 keping dada ayam -- Potong kecil²
1500 ml air 
500 ml susu segar -- Zie guna Dutch Lady milk
1 ketul kiub ayam 
1 tin kecil cendawan butang -- dihiris halus
Bahan perasa -- Zie guna Cukup Rasa 
1 cawan tepung gandum
Sedikit lada hitam -- di tumbuk kasar

Cara² Membuat :-
  1. Rebus ayam yg telah dipotong kecil² tadi sehingga masak. 
  2. Masukkan susu segar dan kiub ayam. Masak guna api pelahan ye uols.
  3. Bila sudah mendidih, masukkan mushrom yang telah di hiris halus.
  4. Bancuh tepung gandum sehingga pekat dan masukkan ke dalam rebusan. Jangan henti menggaul ea. Takut nanti tepug jadi berketul².
  5. Tambah bahan perasa
  6. Hias kalau nak menghias..hehe. Siap untuk dihidang




Tadaaa! Zie hidangkan dengan toasted bread, sweet corn dan baby tomato. Creamy mushroom sup tu untuk dipping bread tu. Heaven kooo breakfast benda alah ni time pagi². Senang kan step dia :)

Selamat mencuba uols... xoxo ♥





Resepi Lamb Shoulder with Black Pepper Mushroom Gravy




Hehe...my new western dish recipe ^_^ Kali ni buat Lamp Should with Black Pepper Mushroom Gravy. Lama tak mengasah skill memasak kooo uols. I loveeee western foods soooo much. Thats why try making my own. Budget sikit...hehe

...bila sendiri buat, syorga kooo kau nak letak kuah sampai melimpah limpah gitu. Hahaha. So below recipe dia ek.



Utk Lamp Shoulder tu, Zie rebuskan separuh masak dulu... sebab tak suka arr bila kau BBQ nanti, terkena kes not fully masak. Walhal daging dah hampir kepada hangus gitu...haha. Tu yg Zie rebus separuh masak dulu... then baru perap.

Bahan² untuk Perapan :-
Sos BBQ
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
** Perap selama 1 jam sekurang² sebelum BBQ

Amount bawang dan halia tu korg agak² lah ea. Hihi. Sebab Zie main taram je. Ikut bilangan Lamp Shoulder. meanwhile bahan² utk kuah plak, as below :-

Bahan² untuk Kuah :-
Shitake Mushroom **dihiris nipis
Tepung gandum
Sos Lada Hitam
Lada Hitam **ditumbuk kasar
Sos Tiram
Kicap Pekat
Bawang Besar ** dipotong dadu
Minyak masak @ buttter untuk menumis

Cara² Membuat :-
  1. Tumis bawang besar dan lada hitam sampai naik bau.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul. Jangan tuang air terus ea... takut nanti tepung gandum jadi bergumpal². Tuangkan air bila tengok tepung sudah sebati dgn bahan yg di tumis.
  3. Bila air sudah mula mendidih, masukkan Shitake mushroom, sos lada hitam, sos tiram dan kicap pekat.
  4. Gaul sampai kuah menjadi pekat.
  5. Tuangkan kuah pada Lamb Shoulder yg sudah siap di BBQ tadi :)



Uols boleh je serve dengan apa² je yg korang suka. If malas nk buat mash potato, uols goreng or bakar je sekali fries. Macam Zie, Zie served sekali dengan Sweet Corn (sweet corn ni kalau di bakar dalam aluminium foil lagi sedap kooo. Lupa plak nak buat gitu), baby tomato dan mash potato.

Selamat mencuba uols :*





Mengubah Suai Makanan Segera Menjadi Super Lazat




Beli corn fudge dan chocolate cake kat kedai roti. Rasa choclate cake, sedap... tp corn fudge tu, kurenggg sey rasa dia. So... masanya utk kita "modified" corn fudge tu jadi corn fudge yg yummy! Hehe






Tadaaa!!! Corn Fudge sudah bertukar menjadi Chocolate Corn Fudge...hehe. All you have to do... cairkan chocolate bar (Zie pakai cadbury...hehe). Once chocolate tu dah cair, kau curah je chocolate tu kat atas corn fudge tadi..

...jadilah Corn Fudge yg yummy! Hihi. Terasa tak cukup ler plak. Nak lagi. Hehe





Maggi tom yam ni plak, biasanya uols just direct je masak yg ada sup tu kan Well, jom tgk versi Zie plak...hehehe.




Tadaaa!!! Fried Tom Yam Maggi with vege. Vegetables tu Zie hanya guna carrot dan sayor baby khailan je. Some of it Zie cincai...some of it Zie rebus je... mcm gitu2...sodap weh. Cuba lah uols. Hihi.





Cuba Resepi Baru --- Ketam Masak Telur Masin


Nih Zie ajar cara² buat Ketam Masak Telur masin. Been my favorite for ages! I loveeeeeee it soooo damn much :D So jom memasak...hehe

Bahan² yg di perlukan
5 ekor Ketam 
6 biji Telur Masin
Tepung Kentucky (boleh ganti tepung gandum)
6 ulas Bawang Putih
2 biji Cili
Susu Cair
Bahan Perasa



Pertama sekali bersihkan ketam siap². Kalau uols ada tepung kentucky, gaulkan dengan tepung kentucky. Kalau takde, tepung gandum pun okay. Zie guna tepung kentucky...hehe. Sedap lagi :P

Kalau guna tepung gandum, campurkan sedikit garam n lada sebarang perasa ea. 




Lepas tu, goreng. Then asingkan. 



Sebelah kiri : Daun Kari, Bawang Putih (dicincang) dan Cili (cincang)
Sebelah Kanan : Telur masin sudah di rebus dan di hancurkan.

Note : Sesetengah orang, dorg just guna telur kuning telur masin tu je. Ada gak org guna telur putih (cth: 4 biji telur kuning & 2 biji telur kuning + telur putih). 

As for Zie... Zie guna kesemuanya. Hahahaha. Tak kuasa nak membazir² :P Janji sedap...hiks




Tumiskan bawang putih, cili dan daun kari. Bila dah angkat bau, masukkan telur masin yg telah di hancurkan dan susu cair. Kuantit susu cair... uols agak² sendiri la ea. If selera masing². Gaul sampai kuah pekat

...once dah pekat, masukkan ketam. Gaulkan sehingga sebati dgn ketam. 




Siap ^_^ Selamat mencuba...xoxo




Stim Wantan Terus Jadi Wantan Goreng ... Ooopsss!




Yuuuhuuuuu uolsss. Meh zie ajar camne nak buat Steamed Wanton. Walaupun di penghujungnya....krekk krekkk **bunyi cengkerik** Hahaha. Wanna know why?... well, baca sampai habis lah weh entry ni. Jalan mim alif lam sin, MALAS! hehe

...pertama kali buat wantan ni taw, noks. Aharkss



Bahan² Zie guna minced chicken (senang tak perlu kau nak mencincang lagi), Udang, Carrot, Shiitake Mushroom, Sengkuang, Bawang Merah, Bawang Putih dan perasa secukupnya dan letak sedikit tepung jagung.

...semua bahan kau cincang je ea uols. Untuk udang, kau jgn cincang lumat sangat. Mcm Zie tercincang lumat...huhu. Nama lagi 1st time kan. Lepas cincang semua, gaulkan semua bahan.



Zie guna dumpling pastry. Haaa ni yg buatkan steamed wantan zie jd tak menjadi. Sebab salah guna kulit pembalut coz wantan pastry tak jumpe²..huhu.. Ingatkan boleh je guna sebab consider dorg sama "family" maaa. hehehe.Rupanya... hampeh. Hahaha.

2nd time guna nanti akan guna betul² wantan pastry.



Haaa letak di tengah² lepas tu basahkan guna air di sekeliling wantan tu sedikit. Then lepas tu lipat separuh... then cerutkan tepi² dia.




Akan terhasil mcm ini nanti.



kemudian, steamed selama 15minit or sampai kau tgk wantan masak.




Tadaaa!!! Wantan ku yg berubah menjadi warna kuninggggg. Uwaaaaa. Sebab guna salah wrapper. Mencik nah. Dumpling Pastry tu elok utk buat Siew Mai sebab dia jenis pejal sikit bila dah masa :(




Well... disebabkan tak nah membazir, zie goreng dia. Sedap gak kooo. Terus jd wantan goreng, hehehe :D



Mengunyah sambil layan Dragon Ball Z anime... layan kooo. Hikssss






Resipi Butter Chicken




Ni hasil air tangin husband zie ni taw. Dia kalau keletak keletuk di dapur, kalah masakan zie dari dia. Hehehe. Tu yg kadang² bila rasa malas nak masak, suruh dia je masak. If dua² malas masak... makan di luar ler jwpnya weols sekeluarga. Hihi

...ni resipi terbaru dari husband. Dia copy resipi dari online. Ni turn zie plak share kat uols. Senang rupanya cara² nak buat butter chicken yg sedap.




Haaa...tu dia resipi dia ek. Tp dalam resipi tu takde hirisan halia. Husband tambah sendiri halia tu. dia hiris halus² secara memanjang. 






Makan dengan nasi putih panas²... perghhhh! sedap noks.  definitely akan menjadi salah satu menu hari raya open house weols nanti. Hihi






Resipi Ikan Bawal Masak 3 Rasa Ala Zie Madini



Nih uols... hari ni rajin plak rasa nak kongsi resipi kat uols. Kali ni Zie nak kongsikan resipi Ikan Bawal Masak 3 rasa ala Zie Madini ea. Hihi. "Modified" sikit dari resipi asal...hihi. Ikut bahan bahan yg ada di dapur je. 

....malas nak ke pasar cari bahan bahan. Hihi. 


BAHAN-BAHANNYA :-
  • 2 ekor ikan bawal saiz sederhana besar, disiang dan cuci bersih, toskan **
  • Sedikit garam **
  • Sedikit lada sulah **
(** disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
  • 3 camca besar tepung jagung (haa,, part ni zie gantikan dgn tepung instant yg org guna buat goreng ayam...hihi. Coz takde tepung jagung)
  • 1 biji bawang besar, hiris halus (Zie plak tak nak hiris halus... zie potong bulat :P)
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 hirisan nipis halia, cincang halus
  • 1 biji tomato, cincang halus (cara zie plak, zie potong dadu)
  • 1 camca besar sos tomato (since di dapur zie tak sos tomato, zie guna so tiram. bhahaha)
  • 3/4 camca besar cili kisar
  • 1/4 cawan cili sos
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa (zie guna perencah cukup rasa)
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan (zie gantikan dgn daun ketumbar)
  • Hirisan cili merah untuk hiasan




CARA MEMBUATNYA
  1. Ikan bawal disalut dengan tepung jagung, rata-rata. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap. Masuk  sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah. Hidangkan segera...
-- Original recipe dari Mat Gebu (click to view)




Siap sudah. selamat mencuba ye uols. Nak gak Zie tgk version uols plak. If ada yg try resipi ni, sila tinggalkan link di ruang komen ek. Nak tengok ur version plak. Hihi. Selamat mencuba, uols! Xoxo...








Resepi Shepherd Pie






Nih, Zie nak kongsikan cara cara membuat shepherd pie versi Zie. Senang je sebenarnya nak buat benda alah ni. Zie ngelat je kebanyakkannya. Hahaha. Bahan bahan yg diperlukan sprt di bawah ni :D


  1. Kentang (di rebus kemudian di lenyek)
  2. Daging/ayam kisar
  3. Prego Pasta Sauce (hehe...kan dah kata ngelat tadi. Haha. Zie guna sos prego yg mushroom tu)
  4. Mix Vegetable (kalau nak. kalau tak nak... boleh skip)
  5. Mushroom
  6. Cheddar cheese (kalau tak nak cheese, boleh ganti dgn kuning telur)
  7. Garam dan lada 


Step 1 -- Lenyekkan kentang yg direbus bersama sama dengan sedikit garam dan lada. Ikut tekak sendiri ea sukatan tu. Kalau yg jenis pemasin, letak je sekilo garam. Haha. Kidding!

Kentang yg sudah di lenyek akan dijadikan bahan lapisan.




Step 2 -- Masakkan bahan utk dijadikan ini. Campur kan mix vege + mushroom + prego sos tadi. Tambah perasa sedikit. Zie guna perencah cukup rasa :P If nak ada rasa lada... letak je lada.

Bila inti sudah siap di masak. Ketepikan dulu

Step 3 -- Sapukan bekas dgn minyak atau butter. Utk mengelakkan daripada melekat.



Step 4 --- Letak lapisan pertama kentang yg di lenyek tadi. Tekan tekan utk bagi rata :)



Step 5 --- Masukkan inti. Part ni best bila buat sendiri shepherd pie. Boleh letak sebanyak manak kau nak...janji ada ruang utk lapisan terakhir kentang lenyek.



Step 6 --- Hampir siap! Lapisan terakhir kentang lenyek. Kiranya utk tutup inti ler ni ea. Tekan tekan utk ratakan. 



Step 7 -- Kalau uols jenis yg suka cheese, boleh je guna cheddar cheese utk hiaskan  bahagian atas kentang lenyek tu. Tapi if uols jenis tak suka cheese. Boleh gantikan cheese kepada kuning telur.

Kalau guna kuning telur, uols kena sapu rata ke semua permukaan ye. Kuning telur ni utk bagi permukaan kentang tu jadi keperang perangan. Kira cantik ler sikit daripada pucat tak berseri kan. hehe.

Lepas tu... pi bakar kat oven. Zie letak 15 minutes






Tadaaaa! Inilah hasilnya. Sebab Zie tak nak cheese dia ada sedikit terbakar mcm gmbar pie yg kedua di atas tu. Zie pi bakar pie tanpa cheese dulu selama 15 minit. Lepas another 5 minutes utk bakar yg sudah di parut cheese. 

Hasilnya...tiada kelihatan cheese yg keperang perangan. Hehe. Baru tak nampak over cooked cheese tu kan. Hehe. Apa apa pun, selamat mencuba! Xoxo