Hadiahkan Helmet Hafizh Syahrin Edition




Kali ni, husband nak helmet Hafizh Syahrin ni untuk hadiah 10 Tahun perkenalan weols pada 13.7.2019 yang lepas. Since dia sepanjang bulan July pergi OPS, i take my time untuk belikan dia hadiah yang dia nak ni. Zie place order dari Zeus OnlineStore (klik untuk view) di Shopee! Hehe...where else, khennn. 

Fast delivery, original product & tiptop customer service. 5 stars Zie bagi. Helmet pun cantik nah. Stylo. 




Ok, Jom Merempit! Hahaha. Happy kooo dia bila Zie informed dia yang helmet dia dah sampai. Hadiah untuk Zie pulak, haaaa tunggu dia balik nanti baru his turn untuk "korek" Tabung Haji dia.. HAHAHAHA! I want something from Tomei! *Hiksss!*



Earnings Nuffnang Ke-8 Saya ♥


Alhamdulillah.... ada gak hasil dari blog Zie ni. Walaupun hanya RM75.29 sahaja. Gak tu apa. Sekarang tengah tunggu cheque dari Nuffnang sampai je lagi ni. Tak sabarnyaaaaa. Hihi. Last Zie cash out pada tahun 2015. Hampir 4 tahun koooo Zie tak aktif berblogging. Satu jangka masa yang lama tu.

Now I'm back ♥ Dulu pernah jadi top blogger sekarang jadi blogger suam suam kuku je. Tu ler...siapa suruh stop blogging kan. Zie mula slow down berblogging pada tahun 2013 actually. Time tu masa tak mengizinkan. Mana belah malam nak jaga anak lagi...siang plak kerja. 

Sekarang ni Zie start berblogging balik, bukan kejar populariti or kejar duit Nuffnang. Kalau ada tu, alhamdulillah...if takde, no problemo. Janji kenangan² tu tertulis rapi dalam blog ni. Buat bacaan Zie sendiri di hari tua dan bacaan anak² bila dorang dah besar nanti. Kalau dorang nak baca lah. Hihi.

Apa² pun, buat pembaca blog Zie yang setia selama 10 tahun (2009 - 2019), I'M BACK! ♥



Coupon Code Zalora : July 2019


1) 28% OFF Discount : CUPOPD
• Don't miss out this 28% saving on all items sitewide with no minimum spending required. Valid for new users only. Also, enjoy free shipping nationwide. Grab today! 

Brand limitations: Sitewide 
Customer limitations: New users only 
Minimum basket value: Not applicable 
Discount value: 28% off + Free Shipping


2) 25% OFF Discount : CUPOFORZ7
Shop sitewide with no minimum spending needed to save flat 25%. Valid for new users only. You can also enjoy free shipping on all orders. Sign up now and shop right away! 


Brand limitations: Sitewide 
Customer limitations: New users only 
Minimum basket value: Not required 
Discount value: 25% off + free shipping


3) 15% OFF Discount : CUPOFORZ7
• This is the best time for you to shop! Clear your wishlist and checkout by using our exclusive Zalora coupon to save flat 15% with no minimum spending required. Each user can only redeem one time. Don't miss out! 

Brand limitations: Sitewide 
Customer limitations: All users 
Minimum basket value: Not required 
Discount value: 15% off


4) 35% OFF Discount : 35SLASH
 All you have to do to activate this offer is to spend at least RM250 in a single transaction on all items available on the landing page. The discount is capped at RM150. Hurry up and shop now! 

Brand limitations: Selected items 
Customer limitations: All users 
Minimum basket value: RM250 
Discount value: 35% off capped at RM150


5) 28% OFF Discount : BINFFS
• Another huge discount for you when you shop sitewide with this Zalora discount code worth 28% off. Spend at least RM300 to activate the offer. Hurry up and steal the deal now! 

Brand limitations: Sitewide 
Customer limitations: All users 
Minimum basket value: RM300 
Discount value: 28% off



Click HERE to shopping!

Akibat Bila HOBI Adalah → MAKAN!




Sejak dua menjak ni, terasa nah diri ni macam berat jer. Nak timbang, penimbang digital Zie yang sedia ada kehabisan battery. Asyik asyik lupa je nak beli battery benda alah tu taw. If tak tertengok batteri time keluar beli barang, sure tak akan ingat punya.

...sudahnya Zie ambil masa lunch time, ke Watson. Cari penimbang yang jenis old-school ginie je. Senang. Selamanya kau tak perlu risau habis battery ke apa, betul tak?




Sampai office, excited nak menimbang berat. Sekali tengok bacaan kat penimbang tue....murung sekejap iols kau! Hahahaha. Terduduk termenung kemurungan. Hehehe. 72kg okeh! Matilanakkkkkkkkkkkkk. No wonder terasa diri ni cam beratttttt je.

Sebab bila duduk di lantai, time kau nak bangun berdiri tu...haaa time tu ler payah bebenor. Sebab tu ler perasan berat macam dah naik. Tapi takde lah expect naik drastik cam ginie terus. Nyampah taw. Akibat tak nak dari size L bertukar ke size XL... gigih Zie ber diet!

No more 4x sehari makan. Zie set 2x sehari je makan full meal. In between Zie just makan titbit je (itu pun control) dan air kosong je. Sedang mencuba sedaya upaya untuk membenci air colour colour. Hahaha. 




1 week later.... Alhamdulillah. Drop 2kg. Okay ler tue. Hihi. Harap dak office jangan dok bawa Zie keluar gi tempat makan sedap² aaaa. Stress tau timbang nait lagi nanti. Harap jugak lerrrr kawan kawan kat FB tak dok ngepost gambar makanannnnnnnnn je. Stress hakak tengok sebab perut terusssss berbunyi².

Terus time time tueeeee jugak ler rasa craving tahap mengandung!...huhu. Harap dapat handle my own my self control ler...huhu. Misi 55kg balik! Akankah tercapai? Tunggu dan lihat.... ^_-




Zalora Fashion Fever Week




iols terjebakkkkkkkk!!!! Saat ² ini lah Zie tunggu². Zalora buat crazy sales for all items sampai 45%...kadang² sampai 50% tau uols. Wajib koooo Zie grab peluang keemasan ni. 6 hours only tu! If lepas 6 jam...don't worry esok still ada lagi. Cuma uols perlu rajin² ler intai website/app Zalora.

Bagi Zie sangat² murah bila Zalora buat crazy deal camni. Bayangkan, harga memang dah discounted, Zalora bagi lagi 45% off....makin ler WOW! I like ♥





Settled dah merembat. See... Zie hanya perlu bayar RM57.85 jer. Nak tahu Zie rembat apa? Scroll bawah noks ↴



Tadaaaa! 3 baju yang quality sangat tip top (original price untuk sehelai tu RM65. Seller dah bagi diskaun brapa percent entah, jadi ler RM29 tu. Then RM29 tu, uols - 45%... meaning RM15.95 jer sehelai....murah giler kan!)....

...sebab tu zie suka shopping di Zalora. Murah sangat dari kedai. Quality pun bagus apa. 




Oh ye, di sepanjang Fashion Fever Week ni, ada permainan ala ala Wheel of Fortune ni taw. Lepas uols dah place order dan buat pembayaran, baru dapat buat Spin & Win ni. So Jom tengok apa yang Zie dapat. Zie aimed RM100 Off tu taw. Hahahaha!



20% Diskaun voucher je Zie dapat noks. Hahaha. Di sebabkan Zie takde plan nak shopping di Zalora lagi, Haaaa...Zie bagi 20% Diskaun Voucher code ni kat uols pembaca Zie. Only 1 reader yang bertuah dan cepat je akan dapat. Andaikata if uols apply voucher code ni and tak dapat guna, bermaksud dah orang lain pakei ler tu.


....siap cepat, dia dapat ler ye, uols. ♥U!




Akhirnya! Kau Ku Miliki ♥


Yayyyy! Akhirnya dapat juga Zie set Tupperware LAT edition ni. Dari tahun lepas koooo Zie dok intai di Shopee. Tunggu ada seller buat stock clearance. Hehe. Zie kan pembeli yang bijak. Bukan apa bayar mahal sekiranya akan ada harga murah nanti, betul tak? 

Sebab tu sekarang Zie dah malas dah nak renew member or apply membership lagi sebab even harga member di East Malaysia pun still tak semurah harga di Shopee. Zie bukan nak kejar sales pun. Zie join member sebab nak dapatkan harga murah je sebenarnya dulu...hihi 




Tengok tue price untuk EM → RM154.90 kau! Bapak giler mahal! Parkinson terus iols. Haha. Tapi di shopee, bila ada seller buat stock clearance, Zie hanya dapat RM66 jer per set tu okey. FREE POSTAGE lagi tu. Syukur sangat² wujudnya Shopee. Dapat gak miliki benda alah mahal dengan harga yg murah. Lalalala...

Tupperware LAT ni Zie ngiyau husband untuk belikan. Haha. Buat letak susu anak² alasannya weh. Hahaha. Next target, Tupperware Rice Smart nanti. Tapi tunggu ada keluaran warna cantik sikit la. Putih hitam ke...kalau ada lah. Sebab warna tema rumah dah segala apa dalam dapur bertemakan putih hitam kelabu...haaa gittew.



Tempered Glass Baru Untuk Si Merah Saya

\

Adat bila anak selalu main handphone kau. Sekejap je rosak dah tempered glass. Dan adat gak if before this beli tempered glass dari Mr DIY, cepat retak...hehe. Fedup bila keeps on retak je tempered glass tu...decided beli tempered glass di Switch je.

...pejam mata je lah tengok harga dia. Janji bertahun² pakai baru retak. Take example tempered glass iPad Irfan (sekarang iPad Mikail dulu, bagi kat Irfan. iPhone 6s Plus Zie dulu, bagi Mikail), Zie beli original tempered glass di Switch pada tahun 2015 kalau tak silap Zie

Sampai sekarang kooo belum pecah. Walaupun selalu jatuh terhempas dan iPad selalu irfan pijak². Hehe.





Suruh staf Switch pasangkan. Malas nak pasang sendiri. Thank you boss! ♥




Mikail Kena Allergik Teruk 😢




Uols tengok mata Mikail tu uols. Panic giler Zie. Susah jaga budak yang ada allergik ni. Debu dia allergik, makanan pun dia allergik...even bauan punnnnn dia allergik. Malam tu, Zie tak perasan dia kena allergik ni sebab langsung takde makan seafood. Nak kata terdedah dgn debu, punnnn sama...takde gak. Masa tu Zie suruh dia tido...Zie dengar bunyi dia tarik² hingus dia... Zie ingatkan dia nangis sebab kan paksa dia tido (hehe)....

...the moment dia toleh kat Zie. Allahhuuuuu... panic Zie! Terus Zie tanya, dia gosok mata ke. Dia angguk. Apa lagi...membebel lah Zie. Dia kata gatal sangat...terus Zie tanya, tadi dia main apa? Dia jawap dia main Playdoh. Hmmmmm... Mikail ni kan...degilllllll sangat. Benda yang memudaratkan kesihatan dia, yang akan tiggerred allergik dia... benda alah tueeeee jugak dia berhantu nah nak main. Stress iols tau...huhu.

Dah tu pi gosok mata tak berakal nah. Gosok sampai bengkak camtu and mata putih dia tu turn out macam jelly²....siapa tak panik, kan. Nak bawa ke klinik, klinik tutup. Klinik biasa² ada lah bukak...tp klinik tempat pead dia, tutup sudah. Sakit hati plak Zie dgn Mikail ni. Degil!




Mujurlah zie still ada allergik dia ni. FYI, Mikail ada allergik rhinitis ye. Bagi dia ubat allergik dia pastu Zie basahkan towel kecil, letakkan atas mata dia utk kurangkan sikit kegatalan tu. Awal warning Mikail, jangan sesekali alihkan & gosok mata lagi. Mujurlah 30 minutes lepas tu, bengkak tu beransur² pulih. Hope Mikail learned the lesson....

Lepas bagi dia makan ubat, snap gambar dia...whatsapp kat bapak dia, sambung bebel lagi Zie kat bapak dia. huhu. Pastu terus Zie pi carik Playdoh dia....simpan tempat tinggi. Hari tu beli Playdoh tu sebab dia ada projek Sains kat sekolah. Sebab tu beli. Mikail ni memang tau...pantang nah tengok playdoh. Bukan nak kira nanti dia allergik bagai...haishhh. 

Cepatlah bulan Julai ni berlalu....letih dah iols ni jadi 2in1 parent. Tak sabar tunggu husband balik dari OPS...huhu. Stress kekadang dengar perangai anak². Tapi tu la...bila dorang besar nanti, Zie akan rindukan zaman dorang masih kecik macam ni.




CUAI!




Ouch! Camne entah Zie tak perasan kat situ ada beam. Huhuhu. Dalam gambar tak nampak sangat calar dia. Kalau tengok depan²... nampak weh! Huhuhu. Cacat terus "stocking" kereta orang. Belum lagi sampai setahun husband tukar baru.

Once Zie informed dia, bebel sekejap je dia. Hihi. My bad!




iPhone XR Sebagai Hadiah Beranak


Oh ya! Lupa Zie nak story kan happiness Zie time balik rumah selepas discharge dari hospital penghujung bulan March yg lepas. Sampai² je....tengok ada kotak hadiah atas tilam. Senyum dah Zie sebab Zie memang expected akan dapat hadiah dari husband.

Selalunya gitu lah husband. Husband akan bagi Zie hadiah sebagai tanda terima kasih dah lahirkan anak untuk dia. Cuma kali ni tak tahu dia belikan apa untuk Zie.


✓ Mikail : Camera DSLR
✓ Irfan : Tomei 916 Bangle






Bila buka kotak tu... Wahhhhhhhh! iPhone XR kaler merah yang Zie asyik mengiyau kat dia time mengandung. Sangat² mengidamkan handphone ni Zie time tu taw. Time Zie ngiyau phone ni time tue, bukan main lagi diat tak nak belikan. Membazir katanya....guna je phone lama Zie since hp lama tu still elok (before this Zie pakai iPhone 6s Plus)

Rupa²nya...wahhhh, bersemut kau sayang! Hihi. Appreciate it so much! Tak alang² koooo dia belikan. Memory paling besar 256GB...hahaha!Gara² Zie asyik bebel memory full ler tu....hahaha. Thank you sayang. Thank you juga dah tolong Zie jaga anak² ♥



Bila Anak Dah Pandai Request Makan Sushi


Budak kecik sorang tu sepatutnya on sick leave dia pada hari tu sebenarnya. Demam malas kot? Hahaha. Takde lah, memang demam dia....sebab Zie sendiri yang monitor suhu panas dia. Tu lepas makan ubat, thats why ceria macam orang tak sakit langsung.





Makan nasi dia tak nak. Tetiba kata nak makan Sushi. Nasib time tu emak kerja half day. Dapat gak tunaikan hajat dia nak makan sushi.






Dua benda alah tu je dia makan. Sampai 4 mangkuk. Mushkil Zie dengan tahap kekenyangan dia. Tapi dia kata kenyang lah. Maybe memang betul kenyang kot. Kalau Zie, besar tu jer....mahunya bermangkuk² baru kenyang.





Takpe...makan je selagi dapat makan. Pakai ganti nasi kau since dia takde selera nak makan nasi. Biasalah tekak bila tak sihat. Itu ini dirasakan pahit.





Ni plak menu Zie. Ceciput jer! Hahaha. Tak kenyang tapi terpaksa buat² kenyang sebab.... mahal! Hahaha. Gitu je dah almost RM100. Bayangkan if zie order itu ini lagi...mahunya jadi RM200 kang. Salah satu sebab why wols jarang bersushi²... lalalalalala




|| Food Review || Bento Snack... ADDICTED!




Snack dari Thailand ni kan...memang berhantu nah. Ada saka agaknya snack Bento Squid ni. Hari tu beli 4 dozen jajan ni taw. Tak sampai 2 minggu, dah habis. Haiyoooo...gaji karang je lah restock lagi jajan yummy ni. Kali ni nak beli 6 dozen...HOHO. 

Macam mana Zie boleh tahu dengan jajan ni?...



Al-kisah dia macam ni, kawan cina seopis Zie ni haaa. Asal dorg ke Thailand, sure bawa benda alah ni sebagai souvenir untuk kawan² seopis. Selalu dapat 1 pack tu je....mana cukup weh! HAHA. Benda sedap wajib makan berbungkus².... baru puas! Lalalala.

Tetiba camne entah, baru terfikir nak carik di Shopee (kat shopee kan macam² ada...thank you shopee!). Hado kooooo! Tu yg terus beli 4 dozen tu. 2 dozen kaler biru, 2 dozen kaler kuning. Actually dia ada 4 warna (means ada 4 perisa ler ye)....disebabkan Zie takut rugi rasa tak sedap. Zie beli warna yang Zie pernah makan je.

Mujur ler di setiap dozen tu, seller baik hati kasi 1 pack warna yang zie takde beli. Semua sedap giler!




Paling sedap yg warna Kuning ni. Super Spicy! Benda alah yang pedas² kan favourite Zie dari dulu. Oh ye, ada chop HALAL okay jajan ni. No worries. Kalau takde chop halal, of course iols tak nak makan. Di Thailand pun ada muslim maaa... 

Kat shopee jual RM9.20 per dozen. RM7 postage fee, FYI. Sebab tu zie beli banyak²...dapat jimat sikit kos postage tu. If beli 1 dozen Zie....terasa mahalnya lepas campur postage fee. Hihi. Apa² pun, Bento Squid Snack ni memang superb! Uuuwweeee ~



Demam Pertama Mikayla




Pada 11.7.19 (Khamis) yang lepas, hampir pukul 5pm. Zie terima Whatsapp dari Cikgu Rina dia informed Zie badan Mikayla panas. Dalam hati Zie, Allah yang tahu betapa risaunya Zie. Baru je 3 bulan plus umur dia. Dah demam. Kena jangkit dengan babies yang demam. Parents babies tu pun satu. Tahu anak demam, still jugak dorang hantar ke Nursery. Selfish!

...letakkan anak orang lain yg sihat walafiat dalam risiko kena jangkitan, tahu tak! So disappointed Zie. Pihak nursery sepatutnya bertegas dalam hal ni. Tapi tu la...parents buat² tak tahu and still gak hantar anak yang sakit ke nursery atas alasan, dorang dah bayar.

I was like....eeeeee so geram! As if lah weols ni bayar kurang or tak bayar ke? Tolonglah...jangan pentingkan diri sangat. Anak demam, apply leave. Sendiri jaga kat rumah sampai ada sihat. That's what i did....no choice. Daripada anak kita yang sakit jangkit anak orang lain.

Hidup jangan suka menyusahkan orang lain.





Macam lipas kudung je Zie ke hulu ke hilir hari tu. Terima je Whatsapp dari Cikgu Rina dia, Zie terus gtaw manager Zie untuk dibenarkan balik awal. Zie pi ambil Mikayla dulu, lepas tu baru Zie ambil Mikail kat sekolah. Sampai rumah dah pukul 6:30pm, mintak mak Zie tolong jaga Mikayla dulu.... Then Zie bawa Irfan & Mikail ke H&L hypermarket, beli pampes Irfan.

Settled beli pampes, balik rumah hantar Irfan balik....then ambil Mikayla. Terus pecut pergi B. Teo Child for Children di Jalan Keretapi. Agak jauh lah jugak dari rumah weols. huhu. What to do. Di situ ler pead anak² Zie. huhu.




Bertiga dengan Mikayla je weols. Irfan terpaksa Zie tinggalkan kat rumah sebab "takde tangan" nak handle 2 babies. Sebab tu kelam kabut ulang alik rumah bagai. Time tueeee anak demam, time tueeee jugak lah pampes irfan tu habis. Haha. Stress bebenor.

Asal husband not in town, OPS di luar daerah.... confirm anak² akan demam. CONFIRM! huhu....dari dulu gitu taw. Letih iols jadi supermom everything. Siapa isteri kepada anggota polis PGA, sure paham perasaan dan keadaan Zie. Selalu ditinggal²kan suami demi call of duty. Huhu. What to do, dah jodoh dgn polis PGA.





Sampai rumah pukul 9:30pm malam. Huhu. Perut... takya citer lah, berbunyi² dah. Badan plak, punnnn takyah citer...sakit lenguh² bagai nak demam urat je. Kurang rehat dan tido. Gitu lah nasib bila kau have to jadi emak dan dalam masa yang sama, kau kena juga jadi bapak.

Awal bulan Ogos nanti baru husband Zie balik dari OPS. Bertahun rasa tunggu bulan Julai ni berakhir. Stress emak tau! Hahaha. Mujur Mikayla tak banyak ragam sepanjang dia demam tu. Merengek sikit je mintak susu...lepas menyusu, tido balik dia. 

Malam² Zie setkan alarm. So that tak terlepas cukup jam makan ubat dia. Mula² Zie monitor 4 jam. Tengok panas dia naik tak. Tengok panas dia 36°C... Zie monitor another more 2 hours lagi. Bila another more 2 hours, still suhu dia around 36°C. Still lagi belum bagi ubat...kena tunggu another more 2 hours....untuk cukupkan tempoh 8 jam. 

Bila sudah cukup 8jam...suhu dia still paras normal. Zie just bagi je lah ubat demam tu. At least la....kang tak bagi, takut nanti naik lagi panas dia. Syukur sehari je dia demam. Hari sabtu dah bye bye terus fever dia. Bila fever hilang...berganti dengan bloacked nose plak.... 

..haishhh. Yang tu esok Zie citer. Ada gak kisahnya koooo. Huhu



Jom Cari Harga Flight Murah Online!




Ramai yang tertanya² ... camne nak dapat flight harga murah, kan? Lepas tu mesti korang nak bandingkan harga dengan cara yang paling mudah sebab korang malas nak research lebih², betul tak? Kalau gitu, kita segeng! Haha.

Kalau bukak internet browser je dah banyak tab yang nak dibukak sebab nak cek satu persatu. Leceh! Tu belum lagi nak tau sama ada fully book atau tak... kan kan??? Haaa... sebab tu ler Zie tulis artikel ni. Nak habaq sat kat korang yang korang cuma perlu pergi ke 1 apps je. Tak payah pening² nak cari cheap flights online. Semoga Berjaya! ^_^



Pernah tak dengar atau ada baca kat mana² pasal Traveloka? Kalau tak pernah, Zie suggest korang install Apps traveloka atau boleh surf internet pergi ke web dia. Contohnya kalau korang nak book flights to Langkawi korang boleh ke link https://www.traveloka.com/ms-my/flight/route/Kuala-Lumpur-Langkawi.KUL.LGK dan korang boleh find out kat situ. 



Korang kena pilih sama ada sehala atau pergi balik, kemudian korang pilih korang nak naik kapal terbang dari mana, then korang pilih untuk berapa orang, Zie cadangkan korang letak 1 je dulu. Korang set tarikh departure korang and tarikh balik kalau korang pilih 2 hala. Kalau tak nak harga mahal korang cari tarikh yang bukan hari perayaan atau cuti sekolah. Lepas tu korang pilih la sama ada korang nak naik economy class, business class atau first class. Dah setel semua korang klik ‘Search’



Tadaaaa!!! Akan ada list of penerbangan yang ada dari airlines yang berbeza. Biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas sekali ↑ Kalau korang rasa puas hati dengan harga tu korang boleh buat booking. Kalau tak puas hati cuba cari tarikh lain...aagittewww! Senang kan? 

...Sebab korang buat perbandingan harga dari airline lain jugak kat Traveloka ni ♥ 




So let say korang plan nak ke Langkawi, korang boleh pergi ke Pulau Rebak yang dinamakan sempena nama pokok Rebak ini adalah satu tempat tarikan alam semula jadi yang berkeluasan 390 ekar dan dikelilingi oleh hutan rimba yang telah berusia mencecah 100 juta tahun....wahhhhh! Tau weh iols you you. Wikipedia bergerak...hahaha!

Pulau ini pulak ialah pulau private yang dimiliki oleh Vivanta by Taj – Rebak Island Resort. Kalau korang ingin merasakan suasana tenang seolah-olah berada di atas pulau sendiri, stay kat hotel ini. Korang dapat menikmati akses eksklusif kawasan pantai di keseluruhan pulau ini. Lokasinya, tidak begitu jauh dari pulau lain di sekitar Langkawi seperti Pulau Beras Basah dan Pulau Cenang. 





Mengikut lagenda, dipercayai bahawa Kota Mahsuri merupakan tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan. Siapa Mahsuri ? Mahsuri merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi yang telah difitnah serta dibunuh kerana dituduh berdua-duaan dengan seorang penyair yang bernama Deramang ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi Mahsuri untuk melawan tentera Siam. 

Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah. Mahsuri juga telah menyumpah Pulau Langkawi supaya tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau. 




Kota Mahsuri ini terletak di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat. Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu. 

Tempat ini juga dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. 




Di dalam kompleks tersebut juga terdapat sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri . Korang juga boleh membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi untuk di bawa pulang sebagai hadiah atau kenangan kerana banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata di sini. 

Kalau korang menggunakan perkhidmatan kereta sewa, jangan risau kerana tempat letak kereta percuma. Bayaran sebanyak RM0.50 sen akan dikenakan kalau korang ingin menggunakan tandas awam. Terdapat kolam ikan di pintu masuk untuk mengalu-alukan korang, air yang sangat hijau dan kawasan sekitar yang bersih juga menjadi salah satu tarikan selain daripada cerita sejarah disebaliknya. 

Best gak kan kalau dapat pergi bercuti kat Langkawi? So dengan tips yang aku sharekan camne nak cari flight murah tu korang boleh gunapakai untuk tempat-tempat lain sekali.




Joie Juva Buat Baby Mikayla


Parcel yang di tunggu² sudah sampai! ♥ Bunga² hati koooo. Kan aritu handle baby carrier car seat Mikayla dah hampir patah (klik SINIutk baca entry), Mulanya ingat nak beli lepas dapat gaji. Memandangkan carrier car seat tu memang Zie perlukan setiap hari untuk urusan penghantaran Mikayla ke Nursery....

....so nak tak nak, terpaksa ler keluarkan saving untuk beli baru (Zie dan husband kongsi dua bayar...wajib weols half² bayar ko. Tu gunanya 2 orang bekerja).




Zie beli di Shopee jer. Ambik senang. Plus harga dia jauhhhhhhh lagi murah dari harga di Mothercare outlet di Vivacity Shopping mall tu. Zie beli dari seller Halomama.com (klik nama utk ke account Shopee dia). Friendly seller dan penghantaran SUPER PANTAS! Hari Jumaat tengah hari Zie place order, jam 2:30pm seller dah uruskan pengeposan.

TipTop service! Highly recommended this seller, okay.




Tadaaaaa!!! Inilah dia baby carrier car seat terbaru Mikayla ♥ Semestinya brand Joie menjadi pilihan hati. Zie pilih warna Black Ink. Dia ada warna Merah, walaupun Zie peminat warna merah. Zaman warna merah dah berubah dah bila dah jadi "warga emas" ni. Minat bertukar ke warna hitam, putih & grey. 

....so sekarang, Zie peminat tegar 3 warna tu dah sekarang ye. Warna Merah dah so so je. Ada tengok blog ni, hitam putih warna sudah. Hahaha. Warna merah, zaman belia bah....LOL!





Kotak dan manual book & segala bagai tags tu....kena simpan elok². Nanti bila Mikayla dah tak muat lagi nak duduk dalam car seat ni, dapat gak dijual Preloved item. Betul tak? Hihi. 




Cantik! Warna hitam tak nampak kotor. Plus smart je nampak kan ♥







Alololo! muka happy ada carrier seat baru. Takde ler pakai car seat secondhand dari abang Irfan dia kan. Hihi. InshaAllah...andai ada rezeki lagi nanti, Zie nak belikan Joie Steadi car seat. Ganti car seat lama irfan yang dulunya dari abang Mikail dia. hehehe. Yang Joie Steadi Car Seat ni, muat sampai umur 12 tahun. Actually dari newborn sampai 12 tahun. So berbaloi beli....dapat pakai lama.

Sure tanya, kenapa tak nak beli terus Joie Steadi car seat tu kan? Kenapa macam nak 2 - 3 kali nak bebeli baru. Masalahnya, kalau husband Zie in town.... husband tukang ambik balik. Jadi Joie Juva ni kan jenis carrier. Senang lerrr Zie nak tinggalkan aje kat nursery.

Bila husband ambik Mikayla balit, dapat ler kongsi guna. Tak perlu kena beli 2 unit benda alah tu. Jimat maaaa. By the way, I'm in love dengan brand Joie. Colour baby gears dia semua smart² gitu. Semestinya ada warna hitam, kelabu. I like!