Hadiah Penghargaan Buat Cikgu² Mikail








Alhamdulillah, sampai sudah ke semua Tupperware Hello Kitty Lunch Sets yg Zie ordered melalui Shopee. Seller bernama Chowpyee (Jade Tupperware) ni memang baik hati nah.

Sepatutnya hanya dapat lunch set tu je, gift boxes tu tak dapat sebenarnya sebab Zie beli satu persatu set. Kalau beli 2 sets, baru dapat Gift box Hello Kitty tu.

Maybe sebab Zie regular customer dia kot. Bila zie request sebab nak bagi as a gift kat someone, terus dia kata "No problem. Will give to u the box" ... wahhh, i love this seller so much!

Dahlah jual murah je dia tu. Hihi




Khas buat cikgu cikgu Mikail. Appreciation gifts buat dorg sebab dah jaga dan didik Mikail dgn penuh kasih sayang. Me as a parent, appreciation them so much.

Di sekolah, cikgu ibarat mak bapak kita. Tanpa dorg, anak kita takkan terdidik pandai :) Harap dorang suka dgn hadiah penghargaan dari Zie dan suami yg tak seberapa ni ^_^

Next month, 11.11.16... adalah hari terakhir Mikail bersama dorang. 12.11.16 plak, Convocation Day mikail. Tahun depan berharap sangat dorg 3 still ajar Mikail. If tak ke semua dorg, at least seorang ke kn... huhu

Buat Cikgu Syu, Cikgu Bie dan Cikgu Rose, terima kasih tak terhingga dari kami. Budi kalian tak dapat kami balas dalam bentuk apa jua pun :*






Giliran Tukar CIMB ATM/Debit Card Pula




Akhirnya, here i am... jadi mak pacak berbaris depan CIMB bank sementara menunggu bank buka. Semua gara gara nak renew ATM/Debit Card... menyusahkan nah taw. Tak suka.

... cubalah semua bank sediakan khidmat mcm maybank, tak yah susah. Apply online je. Tak gak nyemak memenuh bank... huhu. Redha... 



Once pintu bank dah buka, kena lagi berbaris kat sini utk ambil borang dan number... alahaiiii. 


Nasib baik pekerja bank semua baik baik belaka. Semua being sooooo helpful. Thumbs uols!  



Once dah dapat borang, turn tunggu number plak. Haaa... ni tak lama zie tunggu. Kejap je. Zie customer yg ke-8

... semangat je nunggu. Hehe





Si kecik ni dengan dunia dia sendiri. Bagi dia main iPad dia je untuk diamkan dia. Kalau tak habis bank ni dia tawaf... haha. 

Tak pepasal mama dia ni jadi tarzan dalam bank nanti... haaa naya :D




15 minit kemudian... SIAP! yayyy! Tak perlu sudah hati lagi dah. Dah bileh dh berlenggang keluar balik and ke RHB bank plak..

Yg RHB bank tu, nak renew bank kad mak plak. Sadly... sampai sana, kad dorg dah habis stock. Terpaksa lerr ngadap bank lgi lepas ni utk urusan yg sama. Huhu

Nak buat camne kan. Dah arahan dari Bank Negara Malaysia untuk tukar kad baru sebelum tahun depan. Kalau tak, tak dpt cucuk duit, payah gak nanti.
 
Redha... hehe






Maybelline BB Cushion Review

U

Yes! Akhirnya ada gak BB Cushion keluaran Maybelline. Tak sure lah lama dah ada ke tidak. Yg penting, zie baru ternampak benda alah ni kat rak maybelline. Hehe.

Apa lagi, terus rembat kooo. Nak cuba. Kulit muka zie ni hanya sesuai pakai product Maybelline je. Kalau try product lain.... 

Mula lah kulit ni protes dgn memuncul sebijik tiga biji jerawat. Tak suka tau.




Maybelline BB Cushion ni ada 2 jenis. Satu jenis Light dan satu jenis lagi, Natural. Zie pilih Light sebab kulit zie kan cerah.

Wajib pilih Light. If pilih Natural, ada kang Muka gelap, tangan putih. Huhu. Haru nanti...


 
Macam ni dalam dia ea. Smart sey.



Okay, ni review yg dijanjikan. Sangat senang pakai Maybelline BB Cushion ni. Dap dap dap je... siap :) Dia bagi effect flawless in instant okay! Seriously, magic. Hehehe

Tp yg tak bestnya, kau kena selalu touch up. Zie ni jenis malas nak touch up kooo. 4jam lebih gitu, if kau tak touch up... muka jadi berminyak .

Nak tak nak, kena rajin touch up. Selain dari masalah tu... IM LOVING IT! 






Rebut² Tukar Ke Digi Postpaid 80 Plan




Yuuhuuuu.... saya dah tukar dah ke plan Postpaid 80 yang 20GB tu. Uols bila lagi? Cewahh... tu dia zie jadi Digi promoter yang tak bergaji. Hahaha. Zie kan pengguna setia digi dari umur 18 tahun kooo. Number phone pun still sama... tak pernah tukar²

...seee, how setia i am :P Bertahun² zie guna prepaid  jer. Baru sabtu lepas, Zie tukar ke Postpaid Plan gara² Digi buat promosi yg super giler weh. Sila refer gambar di atas utk kegilaan digi tu. Siapa tak nak. Tukar terus weh.




Digi staff kat digi center di Jalan Kulas, Satok, Kuching... teramatlah friendly. Orang bukan main ramai, but still dorang layan customers dgn senyuman. Good Job digi staff di Digi Centre @ Jalan Kulas, Satok, Kuching. Saya bagi 5 Stars utk service korang :)




Sementara tunggu turn weols untuk dilayan, husband skodeng postpaid plan yg ditawarkan. Hihi. Terus kooo dia pun nak gak tukar dari prepaid ke Postpaid plan gak. Tp yg sayangnya... kredit prepaid dia still banyak giler weh. Still RM20plus...

...dah selesai tukar, baru dia informed zie. Rugi ler jawapnya. Kalau zie RM3plus burn gitu je... takpe, sikit. Burn pun burn ler... nak buat camne. Takut by then promosi tamat, putih mata dia nanti katanya. Hehe




Tadaaaa.... tukar sudah. hihi. Tinggal 18.8GB kuata internet Zie. Weekend tadi soh layan youtube. Mana taknya kuata cepat turun...hahaha. Takpe, next month coming soon dah. Dah start ad new kuata kot. 

Okay, ni review utk Digi Postpaid 80 Plan. Mula² risau gak, takut once tukar nanti... line jadi super slow ke apa ke. But Nope uols. Don't worry... kepantasan line sama je macam kau pakai prepaid kau. Nie based on my experience ye.

Under plan ni, uols entitle unlimited call to all networks dan unlimited SMS to all 3  Digi Friends. Seee... masyuk tak offer dorg? gila kan. Hihi. So i am a happy customer now. Hihi. Tak sia² kooo ambil plan ni. Nak² lagi Zie memang perlukan kuata internet yg banyak. 

Syokk oooo




Skincare Saya : The Saem Aloe Vera Soothing Gel dan Eskinol Ice Pore Cleanser



Tak sure gak lah Zie, kenapa sejak dua menjak ni Zie tak dapat lagi nak pakai cream Olay Total Effect. Bertahun² dah zie guna Olay Total Effect, okay je. Maybe hormon change kot, sebab dah semakin menua. Tak pun, maybe gara² over stress juga kot.

...thats why semakin berjerawat muka zie. Akhirnya, Zie decided utk stop guna Olay Total Effect dan try other products. Who knows kan... pimple akan stop keluar. Hihi




So tadaaa!!! Zie guna product ni sekarang. The Saem Aloe Vera Soothing Gel dan Eskinol Ice Pore Miniming Cleanser. Sejujurnya, kedua² product ni teramat sangat lah murah,. Ibarat beli 2 benda alah ni, dapat kau beli sebotol Olay Total Effect, siap ada baki lagi. Hahaha

Apa yg penting, syukur alhamdulillah. Kulit semakin halus dan jerawat pun segan nak tumbuh




Aloe Vera Soothing Gel by The Saem ni, satu tube ni... Zie tak sure how much. Maybe RM16 je kot. Sebab hari tu beli Zie beli 2 container besar dan yg tube ni dapat free. 



Haaa... 2 container besar ginie Zie beli aritu. Only cost me RM36 je utk 2 containers. Kiranya RM18 sekontainer. Normal rates, RM19.90 sekontainer sepatutnya. Jimat lagi kan beli time promosi. Dapat free 1 tube plak tu. Hihi.

...Aloe Vera Soothing Gel ni, Zie guna sebagai penganti Olay Total Effect. Zie paling suka letak dalam peti sejuk, bila nak pakai baru sapu. Rasa dia... fuhhhh, refreshing habis. Sejuk² je muka kau nanti. Hihi. 99% Aloe Vera ni kooo uols.

Boleh dikatakan natural product.





Yg Eskinol ni plak. On off, on off zie amalkan. Hahaha. Sekarang ni terasa muka ada sikit gila². Kejap dia berminyak, kejap dia normal... kejap lagi dia kering. Part kering tu, dapat di selamatkan guna Aloe Vera Soothing Gel tu. But part berminyak tu... haaa, inilah penyelamat kulit ku. Hihi

Zie pilih pakai jenis Ice Pore Minimizing. Sebab masalah open pores zie macam dah kritikal je. Once kau ada masalah open pores, secara automatik ada white heads. Tak sure. Ni based on pengamalan Zie lah ea. So zie guna ni. After cuci muka, sebelum sapu apa².... sapu Eskinol Ice Pore Minimizing ni dulu sebagai toner muka.

Lepas tu baru kau sapu cream dan makeup lah. Combination antara Aloe Vera Soothing Gel + Eskinol Ice Pore Minimizing ni... sangatlah amazing. Seriously, kulit jadi halus dan masalah open pores dan white heads... no more babes ♥

Zie dah guna 1 month plus dah. Tu yg dapat buat review ni. Hihi. Pssttt... pada siapa yg nak beli product Eskinol Cleanser, Zie ada jual. Boleh skodeng jenis² Eskinol yang lain di link ini --> Eskinol Cleanser Products (klik utk view ya)

If nak beli, isi je Order Form dalam online store zie tu. If malas nak isi order form, boleh je direct Inbox Zie di FB Page --> Zie Madini Store (klik to view) ataupun direct email zie di ziemadinistore@gmail.com 





Makan Seorang²... Huhu


Sambungan dari kes bateri kereta kong --> Masa Untuk Tukar "Jantung" Baru Buat Dia  <-- Hampir jam 10am, baru keta Zie kembali normal. Dah dapat jantung baru maaa. Sure segar bugar dia. Hihi. So rush kooo aku pi hantar Mikail ke tadika dia dulu.

....kena plak dorg seminggu² tu ada exam. Tapi awal² dah inform Cikgu dia lah. Memandangkan Zie ambil cuti separuh hari aritu, melenggang lerrr aku ke The Spring.





Having early lunch at Secret Recipe. Tekak mencari Thai Fried Rice. My favourite dish di Secret Recipe ni. Sangatttttttttttt suka sambal dia. Terbaik! If Zie nak compare Thai Fried Rice di Secret Recipe Plaza Merdeka, kat situ fried rice more.... umphhhh! Sambal pun extra² sedap.

...kat The Spring ni, boleh lah. Still sedap. But still tak dapat compete kat Plaza Merdeka. Hihi. But kat The Spring ni staff dorg mesra... tak lekang dgn senyuman. Kalau kat Plaza Merdeka, ikut mood nak mesra n senyum kat customers.

Hmmm.... apa² pun, love it!



Menukar Kad Bank Baru - Maybank



Alhamdulillah, sampai sudah ATM/Debit Card Maybank yang zie apply melalui maybank2U penghujung bulan September yg lepas. Sampai kalau tak silap awal bulan Oktober ni. Ambil masa 14 working days utk dorg uruskan penghantaran :)

Suka sangat dengan sistem online banking Maybank. Dorang ada provide ATM/Debit Card replacement tanpa perlu kita susah² je nak ke bank, berbaris, ambil nombor bagai. Just Click Click and Click... Print, then siap.

Kau tunggu je kad kau sampai ke pintu rumah kau. hehehe. Best tak?




Tadaaa.... my new swipe debit card...yippie! Tak erlu risau lagi dah tentang nak tukar card bank. Siapa yg belum tukar lagi tu dan ada online banking via Maybank2U, nie zie ajar camne nak apply via online yg sangat menjimatkan masa..

  1. Log-in Maybank2U uols.
  2. Lepas di Home, terus ke --> Card Management --> ATM/Debit Card
  3. Lepas follow je Steps seterusnya yg telah dorang sediakan

Seee... simple je kan. Tak payah kau susah payah nak beratur, nak ke bank bagai. Once uols dah terima kad bank uols. Dorg akan provide steps utk activate online. Just follow je activation steps yg dorg bagi.

Siap! ^_^ Tinggal kad bank untuk CIMB je lagi. Di CIMB Clicks takde sediakan online service mcm maybank. Huhu. Bermakna... terpaksa lerrr berbaris, ke bank bagai. Huhu. Sangat tak suka ke bank.




Masa Untuk Tukar "Jantung" Baru Buat Dia


Huhuhu.... pagi ni teramattttt sangatttt lah kelam kabut. Iye iye je Zie nak turun kerja awal... semangat taw nak pi hantar mikail ke tadika awal and plan baik punya nak sampai office around 7:30. Bila nak panaskan enjin kereta, tetiba... tak dapat start.

...mula² ingatkan termasuk gear ke apa.



Alih² baru perasan warning signal kat meter board ni. Semua blinking... huhu. Risau gak di buatnya. Tak sure mana satu bahagian yg ada problem. Biasalah kereta auto... sure ginie. To make the matter lebih teruk lagi, husband tak dapat di hubungi. Sebab husband tgh training di Pulapol. 

...seawal 6am dah start. For sure lah dia tak akan dpat answer call kan. Masa ni lah KAWAN amat diperlukan. Hihi. But zie tak contact kawan pun, zie terus call colleague zie. Sebab akan tahu dia akan tolong punya. 




Rupanya bateri kereta yg dah habis. Jantung kereta ni. Kalau dia berhenti berdenyut, abeh la. Mati ler keta kau kejap. Masa colleague zie tgh on the way ke rumah Zie... tetiba husband call. Then husband uruskan ler sanak saudara dia yg masa tu available utk ke rumah zie tolong zie.

....terus cepat² call my colleague gtaw dia tak payah datang. hihi. Kesian... half way kooo dia dah.




Husband mintak tolong biras Zie (husband kepada adik husband zie). Nasib masa tu dorg memang nak ke area petra jaya. Fuhh... lega. Suruh dia beli bateri pe suma dan pasangkan. Terus hidup balik kooooo keta orang. Hihi. Soooo happy.

As a result, terpaksa lerrr lewat hantar mikail ke Tadika. Hampir 10am baru pergi sekolah dia. Kesian. Zie plak, terpaksa ambil half day leave. Apa² thank you Areef dan Dedak tolong kakak ipar mu ini. Jasa uols amatkan ku kenang. Hehe



Terjumpa Ex-Colleague, Jenny Lilly




Lama tidak ketemuan dengan this gorgeous mum. Aritu kebetulan terserempak dengan ex-colleague masa Zie nak post out barang customers di Poslaju kat The Spring shopping mall. Apa lagi kooo... ajak dia selfie terus. hehehe. 

....weols ni nama je opis hanya seberang jalan je. Tapi masing² takde masa nak meet up during lunch time. Sebab masa tak sama kooo. huhu. More over Zie nyer lunch hour hanya ada sejam je. Tu yg malas nak kuar lunch. More prefer bawa bekal. Hihi

Insha Allah... if ada masa, weols lunch sama² ye, Jenny Lilly. hehehe ♥





Hadiah Kejutan Buat Suami


Alahhh....bersawang kembali blog gara² sibuk sangat dengan kerja. huhu. Last Wednesday, memandangkan zie dari bulan 6 sampai sekarang... setiap hari terpaksa overtime dan balik lewat (kadang² sampai pukul 8 malam baru balik kerja)...

.... felt not nice juga lah dengan husband. Ibarat macam pentingkan kerja dari dorg dua beranak. Bukannya hendak pun everyday overtime... terpaksa sebab kerja terlampau banyak. Nanti tak dpt tidur malam. huhuhu.

So to make it up with him, during lunch time... Zie merayap kejap ke Guess butik di Spring.



Hasil rembatan. Hihi. Hari tu dia ada complain kat Zie, wallet dia rosak sudah. Tunggu ada extra duit, baru beli katanya. So zie ambil kesempatan tue utk bagi dia dompet baru sebagai hadiah kejutan utk dia. Sebagai tanda minta maaf gak sebab setiap hari balik lewat ... huhu.



Sebelum balik dari overtime (hehe... overtime lagi), nyempat kooo Zie balut benda alah tu. Masa sampai kat rumah, pura² suruh husband keluarkan bekas Tupperware zie dari lunch bag Zie. Coz zie letak suprise gift dia ni dalam lunch bag...hihi.

....membebel gak husband kejap sebab itu pun suruh dia. But once tengok suprise gift dia, terus senyum kau! hahahaha




Tadaaaa... inilah dia wallet Guess yg zie beli buat dia. Sengaja beli sama design dgn handbag zie. Baru ler sehati sejiwa gitu. hihi. Happy husband dapat wallet baru. Haaa... maka nya, jangan moody ye bila zie balik lewat...hihi

...tp sebolehnya, zie memang akan balik terus bila dah habis masa bekerja. But if ada kerja urgent, tak dpt buat apa... terpaksa gak stay back for few hours untuk siapkan. Kalau tak, tak dapat tidur kooo aku nanti.