Mikail's Birthday Preparation : Grosgrain Ribbon Headband




Puas hati sangat² bila headband riben ni sampai. Buat sendiri dapat, tp MALAS! Hahaha. Baik main order je.1st time zie try placing orders dari luar negera, China :) Headband riben ni buat zie letak dalam Goodie Bags untuk di bagi dengan kawan² perempuan Mikail

...mula² ingat nak letak dalam adhensive packing plastik gitu je. Tpi macam tak comel je. Mcm kerja malas je. Uols know me lah... cerewet kalau part² buat benda DIY nih...hehe. Everything nak perfect je di mata zie lah ye :P




HAHAHAHA.... kesian mikail dijadikan kepala sebagai sample ukur agak² ukuran headband yg ready made tu muat tak untuk kepala kawan² perempuan dia. Perfectly fitted...hehe! So next, nak DIY packaging dia plak.

tedah ler kosong n lembik semacam je nanti.




Zie guna Corrugated cards. Sengaja beli yg warna warni. Baru meriah katanya...hihi. Lagipun kan budak² suka warna warni kan. Semangat kooo aku mengunting. Hehe




Taraaaa!!! Hasilnyaaaaaa. Comel tak? Background mesti ler color block dgn headband riben. Baru cantik. Hihi. Sejukkk mata zie nengoknya. Hahaha. Hope budak² perempuan kelas mikail nanti happy jer terima goodie bag dorg....




Vase Survey yang BEST!!!


Yippieeee!!!! Duit free lagi... hihi. Errr... not really "Free" lah but can considered EASY MONEY! hihi. Why easy money katanya??? Coz jawap je survey. If uols bebetol alert dgn email yg di hantar oleh Vase Survey ni, if jawapan kpd survey uols dikira genuine oleh pihak Vase Survey.... uols akan dapat RM1.

...but if uols terlewat (sbb dia ada time based. Mesti complete dalam masa 3 minit), still ada dapat duit per survey. RM0.20 je lah. But still gak duit kan. Kiranya korang menabung secara online melalui Vase Survey lah ea...hihi





Rewards zie untuk bulan July 2017 ni. RM4.40 jer. Semalam baru je. Syukurrr syukurrr. Vase Survey ni kan, ekot nasib kau. If kau kena dgn survey bernilai ratusan ringgit....perghhh!!!! Bukankah masyuk tu. Takyah jual² barang bagai. 

....jawap survey jer pun. Hihi. Siapa nak register, sila² ler click link ini --> https://getvase.com/?referral=rjglei Jangan risau, NO FEES AT ALL! dan jgn risau gak, genuine ni... bukan spam ke apa. Sebab duit memang bebetul masuk dalam akaun. 

Tak caya? Tu refer gambar atas ni...still tak caya? Try ler sendiri. Mudahan next survey zie nanti akan dapat survey yg puluhan ringgit dan ratusan ringgit ^_^ Aminnnn aminnnn



Mikail's Birthday Preparation : Sticker Hari Jadi Mikail Yang Ke-5




Tadaaaa! Siap sudah designed untuk Sticker birthday mikail yg ke-5. Zie buat 2 designs. Actually, yg  2nd Design sebenarnya design pertama sekali zie buat. But rasa mcm tak puas hati je tengok. Tu yg create lagi sekali design which is design 1st tu.

...pastu tak sure nak guna mana satu...haha. Terus ngiyau kat Facebook, suruh kawan² di Facebook vote utk design yg mana satu yg bagi dorang lagi WOW. Mata lain² kan...hehe




Kebanyakkan dorang Vote utk design 1st tu.... so taraaaa!!! Printed sudah stickers dan siap zie potong sudah ^_^ Rajin tak iols, uols. Hihi. Serba serbi zie buat sendiri. Tapi tang printing tu, zie upah orang utk print sebab zie nan hado sticker printing printer. Huhuhu

....murah je, 48 keping... kwn zie, Miecha; hanya charge Zie RM30 je. Ni harga kasih sayang khas utk zie katanya. Awww... thank you darling ♥



** Gambar sumber dari Google. Credit utk pemilik dia **

Haaaa....stickers tu utk zie tampal kat Goodie paper bag ala² macam gambar hasil google tu. Yg tang nama Hot Wheels tu,  zie gantikan dengan stickers yg sudah tersedia utk di tampal tu. Skrg ni misi mencari paper bag with twisted handle ni warna oren dan dark pink. 

Oren utk classmates mikail lelaki, meanwhile yg Dark Pink plak utk classmate perempuan dia. Coz benda alah dalam paperbag tu nanti lain² benda alah zie letak.




Ni haaa... main goodies yg ada selain jajan nanti. Hot wheels toy tue, khas utk kawan lelaki dia. Yang Mini Barbie Doll & Headband Ribbons tu plak, khas utk kawan perempuan dia. Tang ribbon tu, in next entry zie storykan ea....hihi

... teruja si emak ni taw. Tak sabar je rasanya nak celebrate birthday mikail yg ke-5 di kelas dia. Hihi



** Gambar sumber dari Google. Credit kepada pemilik gambar **


Ni plak, wrapping gift idea bertemakan Hot Wheels. Nanti hadiah dari Zie dan Suami buat Mikail, Zie nak balut ala² gnie. Tgh lah nanti sama ada nak balut ikut design warna biru or warna kelabu tu. Kalau dapat jumpa Grossgrain ribbon corak checker tu, memang akan buat design warna biru tu. 

Comel je kan....hehehe





And as for his birthday cake plak, zie nak tempah full fondant cake sebijik macam yg dalam gambar ni. Tang hot wheels toys tu, yg tu zie gantikan dgn hot wheels yg lain...hihi. Tp kalau jumpa sebijik mcm dalam gambar ni hot wheels tu... sememangnya akan rembat wei. Hihi

 Hopefully nanti tukang buat kek ni nanti akan buat yg sebiji mcm ni....aminnn aminnn. Tak sabarnya zieeeeee....hihi




Yayyyy!!!! Dah Ada Dah Final Fantasy XV dan TV Untuk Main Games



Dari zaman anak dara sampai lah ker zaman emak orang ni, tabiat main games Final Fantasy series ni memang tak boleh di buang². Zie jenis stick kepada satu game je. Main sampai habis, baru beli games baru. Unlike husband zie.... satu belum habis, dah beli satu. 

...guys... hahaha.





Untuk keselesaan weols dua laki bini dan anak bermain, sanggup kooo husband beli satu lagi TV baru khas utk main games...haha. Tu dia, bila laki bini kaki main games. Hahaha. Kaki games takpe, asalkan jangan kaki perempuan




Si kecik ni lepas dia belajar, baru boleh dia main games. Kalau tak, a big NO NO NO. So salah satu pemangkin semangat di hendak belajar. hihi. Zie dan husband plak, ada part weols berebut nak main koooo. hahaha. Tu dia...hahahahah




Akhirnya JUMPA! H&M Maternity Section




At last! jumpa gak zie section maternity wears. Tinggal 4 bulan je lagi my pregnancy. Baru jumpa. Hahaha. Rupanya hanya di The Spring H&M je ada jual pakain maternity. If tak jumpa, ringankan mulut tanya dengan sales girl/boy ye. Jgn jadi mcm zie.

Jenuh pusing² (sebab luas sangat H&M di the spring tu), sudahnya bila letih, baru reti nak ringan mulut bertanya. Haha. 



Zie hanya rembat sehelai je maternity Skinny Jeans. Niat hati nak rembat 2 helai seluar mengandung taw. Tp nak raya kan... kena ler jimat². Gaji bulan 7 je nanti zie beli sehelai lagi seluar mengandung utk dipakai time kerja. Macam rimas plak zie dok pakai jubah or dress...haha




Throw Back Entry : Rambut Raya Mikail


Sehari sebelum Hari Raya bulan lepas, wajib koooo weols ke kedai gunting rambut utk gunting rambut si kecik comel zie ni. Uols tgk apa yg dia bawa sekali ke kedai gunting rambut tu....alahaiiii. Tak cukup dgn kain lampin, bantal dia angkut sekali weh.

....dahlah bantal cover dia tu bunga² nenek dia buatkan. Hahahaha. Akan mama print gambar ni utk tunjuk kat kau bila dah besar nanti. Hahaha




Dia dari dulu sampai sekarang, jenis tak takut di gunting rambut. Syok lagi ada dia. Tahu dia kot nak hensem². Tu dia suka je bila gunting...hehehe





Result dia....Handsome anak mama ni ♥ Sejuk mata memandang. Now dah sedia dah utk beraya keesokkan harinya...kan mikail kan. Hihi. Pssttt... time raya ni, double charge kooooo gunting rambut fee dia. Huhu. Takpe, janji anak aku dah handsome, berbaloi bayar mahal. hihi




Raya Ketiga : Dillah & Zie Raya Open House




Kuah untuk Spaghetti Meatball Bolognese in the making,.. Hihi. Ni je gambar juadah yg zie sempat snap. Lepas tu tak snap². Keletihan dan kesibukkan. Takde masa nak ambil gambar bagai. Hahaha. Hari Raya Open House weols laki bini tahun ni... last minute decided nak buat

actually zie tak nak buat, sebab kekonon tak larat nak bermasak. Sudahnya... takde feel raya if tak buat masak² dan makan². So... last minute ke Mydin (nasib buka masa mlm raya kedua), beli bahan² utk masak juadah utk esok. Juadah yg si mak buyong ni masak :-

  • Ayam Masak Merah
  • Daging Masak Hitam
  • Spaghetti Meatball Bolognese
  • Spaghetti Seafood Carbonara
  • Nasi Himpit & Pulut
  • Cheese Cake
Tetiba rasa bangga plak masa semua (KECUALI nasi himpit & Pulut. Nasi himpit husband masakkan, Pulut plak, emak zie masak) tu sorg² time tengah mengandung 6 bulan. Hihi. Semoga anak lahir nanti bila besar, if perempuan... pandai memasak. Hihi. Aminnnn






The Mak Buyongs! ♥ Haha. Sorg due awal bulan 8 (chu). Sorang lagi due awal bulan 11 (Zie) Thanks for coming uols.




Colleagues yg paling rapat dgn zie. My geng keras di opis amoi² dua orang ni taw. Ms. Tay dan Beverly. Mikail mesra alam dgn dorg taw. Ngada anak aku tu....haha. Thank for coming my dear ♥




My ex-colleague, Jenny Lilly. Lama tak jumpa dia. Kiranya setahun sekali gak ler jumpa si mummy cantik ni. Kau tengok zie, berkaki ayam tueee...haha. Takpe, natural foot relexology katanya. Hahahaha. Thanks for coming Jenny!

...tu je gambar² with kawan² yg sempat di ambil. Lepas tu... tak menang tangan bila tetamu keeps on datang. Ini barulah suasana di hari raya. Hihi





Throw Back Entry : Dia Tutup Kaki Ler Pulak




Last month, sehari sebelum Hari Raya... Zie ke Klinik Yii (kat bawah office zie je)... utk scanning baby. Ikut schedule yg KKIA tetapkan. Sangat puas hati koooo scan baby kat Klinik Yii ni. Doktor dia scan teramat sangat details.



Pastu tak lokek bagi gambar. 4 keping gambar okeh. Kat tempat lain, selalunya weols dapat sekeping je. Worth it sangat². Gambar dua atas tu, dari kiri : Gambar Perut. Sebelah dia Gambar jantung dia sekali dgn bunyi degup jantung dia. Irama yg sangat bermakna dalam hidup zie.

Dua gmbar di bawah plak, dari Kiri : Gambar Kaki dia (doktor keeps on kata, tinggi dia bila besar nanti sebab kaki dia panjang). Sebelah tu plak, gambar kepala dia ♥

Bila doktor mula nak check jantina dia, mula² elok je dia tidur, Bila doktor nak check tuttttt dia.... macam tahu² je dia... terus dia gerakkan kaki dia, dan tutup kaki dia dari terkangkang. HAHA. Malu ye, nak. Byk kali doktor tu cuba "skodeng"... still tak nampak.

Takpe, surprise! hihi. Membesar dengan sihat dan sempurna di dalam rahim mama ye sayang







Hari Raya Pertama dan Kedua




Hari Raya Pertama, baju raya weols tiga beranak bertemakan warna Putih + Hitam. Raya tahun ni, husband dan Mikail tak berbaju melayu. Dorang berkurta je. Senang nanti bila dah lepas raya still dapat pakai buat jalan² biasa....hehe

Raya pertama, macam biasalah uols. Ke rumah mentua, lepas tu selalunya akan join dgn semua in-laws termasuk mak mertua, konvoi ke rumah grandmother-in-law. Memang akan seharian dgn in-laws je. Mcm tu lah rutin hari raya pertama zie...hehe




Tapi tahun ni, since zie pregnant...and baby suka nah mengeras kat dalam tu. Terpaksa kali ni hanya half day je ikut in-laws sebab tak larat zie. Perlu rehat. Baby mengeras sekeras²nya...ditambah lagi kena migraine...huhu. 

...there go my raya pertama. Sampai ke malam spend di atas katil je berehat. Huhu




Raya ke-2, pagi² dah weols mula visiting adik beradik. Since adik beradik zie nearby je dari rumah weols.... so ke rumah adik beradik zie dulu. Lepas tu baru ke rumah mak mertua lagi... bawa emak zie berziarah di situ plak.




Budak kecik ni, tak dapat berenggang dari mama dia tau. Perut mama dia nie dahlah dah besar. Still dia nak di pangku. Di suruh duduk belakang, bukannya mahu. Dia kata.. "kat belakang sik ada mama"... amboiii. Hahaha






Visiting ke rumah Kiki plak. Setahun sekali weols ni berjumpa dah sekarang. Haha. Niat nak terus beraya di rumah adik beradik husband.... tapi, mcm biasanya. Zie tak larat. Sambung sebelah malam je lah kejap. 



sampai rumah, terus masak mee samyang cheese. Jemu makan makanan raya. Hahaha





Drama Selepas Cuti Raya




Hemprhhhh... anak OH anak. Tak pernah² dia ginie² bila nak turun sekolah walaupun cuti sekolah sepanjang mana pun. Tapi pagi ni....alahaiiiii. Ternangis²... kesedihan yg teramat sangat dia gi sekolah pagi ni tadi. Jenuh si emak ni memujuk. Pujuk lembut, semakin manja dia... semakin menjadi.

Sudahnya pujuk kasar ler jawapnya. Hahaha. Membebel lerrrr zie sudahnya. Budak².... hemprhhh. Susah hati bila tinggalkan di di kelas dgn cikgu dia pagi ni tadi dgr dia meraung nangis. As a mother, tersentuh hati zie dgr tangisan anak

...nak anak pandai kan. Terpaksa ler pekakkan telinga, keraskan hati. hihi




Syukur kata cikgu² dia, kejap je dia nangis. Bila Cikgu hantar di Whatsapp gambar² dia tgh celebrate birthday kawan dia... tgk dia okay. Baru lega rasa hati ni taw. Mikail mikail... jgn mcm ni lagi,. Tak suka mama.