Saya Dah! : Tabung Harapan Malaysia




Saya dah! Anda bila lagi? Tiada paksaan dari kerajaan Pakatan Harapan untuk rakyat menyumbang. Siapa nak menyumbang, amatlah dihargai. Siapa yg tak mampu, tak perlu...jangan bebankan diri sendiri ye. Siapa yg mampu tapi tak nak... haaa yg tu, dok diam diam tepi katil je ea. Jangan kondem kecam or jadi keyboard warrior bash Tabung Harapan Malaysia ni

...like me, I'm not into politic. Jauh sekali penerimaan BR1M or mana² bantuan dari Kerajaan. Still Zie pilih untuk menyumbang sedikit rezeki zie buat negara ku tercinta. Teringat zie zaman dulu² masa Tunku Abdul Rahman nak pergi London untuk kemerdekaan Tanah Melaya dulu, sanggup sesetengah rakyat sampai jual tanah gadai apa semua untuk ringankan perbelanjaan Tunku demi untuk generasi dorang sekarang.

It's almost the same scenario here...bezanya, sekarang nak bebaskan Malaysia dari hutang yg melampau². Bukan untuk bebaskan Malaysia dari penjajah.




Khas untuk yang hendak menyumbang buat Malaysia ^_^ Last words dari Zie --> "Jangan tanya apa sumbangan negara untuk kita..tapi tanya diri sendiri apa sumbangan kita untuk negara.." ♥




Tabung "Hijau" Buat Anak²


Selain dari monthly saving untuk anak². Zie buat gak tabung hijau ni. Baru je nak mula. hehe. Cara untuk tambahkan lagi jumlah saving anak². Kalau diri sendiri buat tabung hijau ni... hmmmm, ke laut. Mula² je semangat, pastu korek balik! Haha

Kalau buat untuk anak², Insha'Allah....tak kot main korek² ni. Hahaha. Tabung Superman, untuk Mikail. Tabung Batman, untuk Irfan. Rezeki buat masa depan anak² ♥




Dia Suka Mewarna!


Lately ni, Mikail suka sangat mewarna. Satu aktiviti yang sihat ni. Kalau dia tak main lego, dia akan mewarna. Apart from main youkids (youtube untuk budak²) lah. Sebab Zie hadkan hanya sejam je dia on gadget. Lepas belajar pe semua, baru main youkids tu. Syukur dapat anak yg mendengar kata walaupun hyper dia tahap memeningkan...hehe.

actually dia bukan ler kategori hyper lah. Cuma dia super active je.



Sampai je kat rumah, semangat dia ambik set pencil warna dia and terus warna. If dia lupa apa warna utk watak² robot dalam cerita Transformers tu kan, sure dia akan berbunyi "Mama, pinjam handphone. Kamek nak tengok youtube apa warna Megatron..." amboiiii, kids nowadays.

Emak kau ni, nak.... umur² kau tu, nan reti kooooo apa itu internet. Zaman² mak ni dulu, siapa ada internet.... ORANG KAYA! hahaha. zaman dulu²...hehe. sekarang everything dah mampu milik. idok ler semahal dulu. hihi. Semoga berkekalan minat dengan buku.

Ada part zie bagi dia main gak. sejam main internet, 2 jam belajar (during weekend. kalau weekdays, 1 jam je untuk belajar sebab dia seharian dah belajar kat sekolah) ....dan selebihnya khas utk dia buat apa dia suka. Dunia budak² umur ginie, bermain. Jangan kita rampas dunia kanak² dorg tu dengan gantikan dengan belajar je. Mak it balance ye parents out there ♥