Sampai Sudah Treadmill Saya ♥

 


Pertengahan bulan Ogos yang lepas, kan husband ada belikan untuk Zie Treadmill. Hadiah kedua sempena birthday Zie; Fitness Equipment Pertama Ku ← klik link untuk baca balik post entry. FYI, benda alah ni Pre-Order. Takde ready stok. kena tunggu dalam masa seminggu gitu, baru stok sampai.

Then kena tunggu lagi 2-3 hari untuk dorang uruskan penghantaran. So...menjawap lerrr almost 2 minggu gak tempoh penantian ^_^ 




Finally sampai ♥ Yayyyy! Kesian dorang, time benda alah ni sampai...time tueeee lah jugak lift rosak. Nasib just tingkat 1 je. Kalau tingkat 6.... habis lerrrrrrr. hehe. Husband tolong dorang angkat sekali. Baiknya dia ♥♥♥

Dorang buka di luar je. Senang lagi kata dorang. Mana² ler.




Tadaaaaa! My simple mini home gym ♥ Dalam proses pengubahsuaian. Zie nak husband catkan dulu dinding...then baru letak cermin sebesar alam kat dinding tu. Nak fefeeling ala² di outside gym gittuh. LOL :P 

Zie nak play with colours Red, Black and Grey ^_^ Tak sabarnyaaaaaaa ♥ Tapi tak dapat ler nak buat sekali terus. Kena tunggu ada extra duit, baru dapat proceed. Tak nak kacau saving... hehe. Since ni home gym rumah di kem jer. 

If di rumah sendiri nanti... haaaa baru tak lokek kacau saving. LOL ^_^





Ni dia free gift beli Treadmill tu. Dapat lerrr Xcore Magnetic Bike worth RM888 kalau tak silap. Untuk besarkan kaki, okay mengayuh ni. Ni khas untuk husband je. Malas nak besarkan kaki...tak seksi nanti. Haha. Zie just nak tone-up kaki je.

So far now memang sedia ada sudah ada shape kurniaan Allah swt ♥ Cuma Zie hanya perlu slimkan sikit bahagian paha. That's all.




Setiap petang, lepas bermasak balik dari kerja... biasanya Zie akan workout selama sejam. Setiap hari without fail. If during weekday... biasanya belah pagi dan petang/malam. But lately ni, sejak budak² dah start sekolah balik ni... penangan bangun seawal 4:30am. Aduhaiiii... keletihan Zie lain macam je rasa.

...kejap workout, kejap tak workout Zie gara² terlampau letih. Tak konsisten dah lately nie in where Zie sangat tak happy about it. Tak suka. Tapi apa boleh buat... memang energy drained sungguh... huhu. Zie workout main purpose dia bukan untuk dapatkan a hot body ye.

Tapi untuk kesihatan. Zie nak hidup sihat. Cuma itu lah, result dari workout.... u gain a hot body. Ceaaaa... haha. Betul maaaa. Apa² pun, Zie tak akan force diri untuk workout seandainya Zie memang keletihan. Workout supposed to be fun and you enjoy it to the fullest. So, never push yourself okay. Tapi seandainya forcing the only way untuk uols workout is dengan paksa diri tu... and you are happy with it. Then... go for it.

Lain orang, lain caranya. Macam Zie... nope. Will not forcing myself. Biar result lambat, janji Zie happy and enjoy it to the fullest ♥


DIY Balik Gym Weight Bench Yang Lama

 


No wonder lah husband Zie beriya² halang Zie dari beli Xcore Home Gym hari tu. Rupanya still dapat di pakai lagi gym equipment yang lama di rumah emak dia rupanya. Cuma perlu di "touch-up" untuk cantikkan dia kembali. Rupanya ada bench dia rupanya. Nasib Zie tak beli yang baru untuk dia. Ingat nak surprise kan dia. Hihi

...jangan membazir. Yang lama still dapat pakai. DIY je untuk jadi macam baru... gittuh. 



Sooo... tadaaaa! Husband dah siap spray. Zie requested dia untuk spray warna hitam. Hitam itu menawan maaa... gittuh! LOL ^_^ See....cantek sudah Weight Bench weols ♥  Tugas husband, jadi tukang spray. Tugas Zie plak, jadi tukang tampal bench cover tu kepada yang baru.





So nih, Zie dah ordered PU Leather cover dari Shopee. Order 1½ meter. Should be enough kot untuk Weight Bench and Press Machine nanti. If tak cukup, kemudian² baru order lagi. Untuk weight bench, husband part sudah settled. So my part lagi tinggi.

...tinggal nak cari heavy duty stapler je lagi. Then the DIY project is ON. nanti kita tengok hasil DIY weols laki bini ye. Tak sabarrr.... hihi





Aduhaiii! Dah macam besi buruk ler pulak. Yang ni, Press Machine. So far husband checked, still elok je lagi, Perlu di buka satu persatu untuk di bersihkan dan di spray gak. Banyak lerrr kerja husband nanti.  Hihi. Tak sabar nak tengok hasil dah siap spray nanti.

My new hobby ni selain dari main PS4. Zie main gym dah skrg. Cuma Zie tak ke Gym place lerr... husband tak benarkan. So I'm making my own gym room. Gym Room, lepas husband siap part ni semua, baru husband akan start cat bilik.

Zie nak warna Grey. I love grey when it come to house paint. Nampak exclusive je tau warna tu. Can't wait for my Gym Room 100% siap♥

Burnout Fitgun Pad Kita. LOL!

 



Hendak dijadikan cerita... maybe gara² Zie 5 sessions sekali arung guna kot. Maybe tu lerr punca ke semua pad Fit Gun Zie burnout. Less than a week pakai, terus kesemua pad dia tak berfungsi lagi. Hairan gak. Nasib still under warranty (1 year warranty), Husband beli memang ambil package yang ada 1 year warranty. Ada package tak include warranty. Sayang oooo if tak ambik package yg ada warranty

See my case ni,. Less than a week kau. Terus burnout. Nasib ada warranty. Kalau tak... berhuhuhuhu lerrr iols noks 😅 So post back kepada seller for checking. Mula² ingatkan device dia rosak. Rupanya pad dia yang terbakar. LOL. 




Ambil masa 2-3 minggu gitu gak lah untuk tunggu replacement dia sampai. Seminggu untuk dorang uruskan checking & warranty claim. Then the rest dorang tunggu HQ dorang post pada dorang replacement pad tu. Takpe lagi menunggu ni. Janji dapat replacement dia.

Seller amat bertanggungjawap. Good after sale service 👍



3 pads ni lerr yang burnout tue. Hehe. Lesson learned. So lepas ni akan buat 2 sessions je. Then rehatkan dulu pad tu. 2-3 jam baru guna lagi. Kang nanti tak nak plak dorang bagi replacement lagi if asyik rosak je. hihi.

So in a month time, baru dapat bagi feedback dia camne. Hado ke idok 6 packs tu nanti. Ni workout cara mengelat ni okay. Hahaha. Fats di perut tu degil nah. Nyampah kite taw. Abs workout tetap on. Cuma Fitgun ni utk percepatkan lagi 6 packs prgress tue. Kalau lah ye...hehe. Aminnn. Mudahan lerrrr...

Kita tunggu dan lihat camne nanti. XOXO




Hadiah Anniversary Ke-11 Untuk Husband : Dry Clutch



As for him plak, Zie bagi Dry Clutch nie sempena anniversary perkenalan weols yang ke-11 tahun. Minat husband ni memang ke arah modified kereta and motor dia. YSuku dia, fuhhh....lawa gilos. Bak kata Zie, Motor Perhiasan dia tu. Haha. Kalau hari hujan ke or Jalan basah ke apa... ko fikir dia akan bawa motor dia tu on road? Hmmm.... jangan hara. ZzzZzz.

Rasanya sayang dia kat motor dia tu, melebihi dari sayang dia kat Zie kot... haha. Takpe, di madukan dgn motor/kereta. Asalkan jangan madukan dgn perempuan lain... sudah. Mintak jauh lah oi.






Smart giler lepas dipasangkan. Happy giler dia. Dia happy, Zie pun turut happy. Anything for him seandainya Zie mampu tunaikan lah ye. If tak mampu nak tunaikan, jangan harap gak ler. Haha. Weols berdua memang gini, He spend for me. And I spend him. Give and take...gittuh.

P/S: Throw Back Entry on 13.07.2020 :P

 

Hadiah Anniversary Ke-11 : Fit Gun & Kuali Tefal

 


Nih throw back entry ye. Hihi. Alkisah masa bulan Julai bulan lepas. On 13.7.2020, merupakan anniversary perkenalan Zie dan husband yang Ke-11 tahun. Fuhhh...lama dah weols kenal kan. Sempena anniversary weols ni. Husband Zie buat surprise. Dia hadiahkan Zie Fit Gun Mobile Fitness ni. Semuanya gara² haritu Zie cederakan diri sendiri masa buat abs workout.

Zie kan C-Section. Manalah dapat over sangat buat workout kat bahagian tu. Mana tak nya perit weh. Atas nasihat doktor, Zie stop for a while buat ABS workout masa tu. Tu pasal lerrr husband hadiahkan benda alah ni. So that Zie dapat "still buat abs workout"... gittuh.

Walaupun cara ni cam mengelat jer kau! Haha.




Ni lah rupa benda alah tu. Mahal sungguh harga dia. Sanggup gak kooo lak kite tu membelinya. Jenis sayang bini, gitu ler. Seronok jadi wife dia. Selalu dimanjakan...ceaaa. Actually weols jenis give and take. If Zie ada duit lebih sikit, pun akan belikan barang untuk dia

...dia selalu mintak barangan untuk motor YSuku dia tu je selalunya. Haishhhh.




Genuine Product of Fitgun... gittuh. Yang ni adalah first gift dari dia.Actually awal sehari sampai dari tarikh anniversary. Husband beli di Shopee je.... ada murah sikit berbanding dengan beli dari website dorng. 



Sekalian husband belikan Gel Pad ni. 50 pcs. Hadiah ke-2 plak.... ni, bawah ni.



Tadaaa! Kuali Tefal ni ler hadiah ke-2 Zie. Sekali dia nak beli, beso terus kualinyerr. Haha. Merajuk ke apa. Sebab before ni Zie selalu dok bebal, kuali kecik bagai lah. Bila nak masak, payah. Asyik terkeluar je laut dari kuali bila kita gaul²kan. 

Apa²... thank you sayang. For this gifts. ♥ You!






Fitness Equipment Pertama Ku

 


Huhu... bila terpaksa bawa anak² ke shopping mall sebab takde tempat untuk tinggalkan dorang. Kali ni tak dapat sorang je gi beli barang, kena mintak husband pilihkan jugak. Sebelum masuk mall, make sure anak² pakai mask.... cuci tangan dan awal pesan, jangan sentuh itu ini. If sentuh, terus pakai hand sanitizer lepas tu. 




Weols nak ke Xcore Fitness store sebenarnya. Plan asal, nak beli exercise bike. Malam hari Sabtu haritu, lepas je belated dinner celebration dengan Miss Tay & Beverly... ada survey kat sini dulu. Tengok² snap gambar bagai pe suma untuk bincang lagi dengan husband.

Mula² debating, sama ada nak beli workout bike or mountain bike. Kalau mountain bike, if hari hujan ke apa ke.... tak dapat nak mengayuh. Plus if kayuh sorang² je kesana kesini, tak gak best. Kan biasanya orang kayuh basikal ni berkumpulan.... baru fun.




Soooo...here I am. Keputusan muktamah. Beli workout bike je since hobi Zie sekarang kan working out. Nak transform diri jadi Bulma gittuh...eh! Hihi. Nak keep fit bah. Pernah over weight tahap kemurungan. So tak nak dapat Zie over weight lagi. 

Masa dah tiba dah untuk Zie amalkan gaya hidup sihat dengan doing exercise.




Workout bike ni haaaa yang Zie berkenan and plan nak beli. Tapi bila husband tanpa Treadmill yg jenis compact tu brapa harga. Bila seller tu gitaw sekian² harga and siap ada free magnetic bike lagi .... maybe within his budget. 

Terus dia kata kat Zie, "Better beli Treadmill ni je. Dapat bike sekali.." Then Zie jawap lerr, bukankah lagi mahal. Sebab workout bike ni below 2K je. If treadmill tu, 3K ke atas. Then husband jawap.."Takpe, beli je. Tak perlu dah lepas ni jogging kat luar."... oooooo ada udang disebalik batu rupanya. Sayang bini dia kena tengok orang laki lain weh. hahaha.

Since dia yang bayar ... hadiah Birthday Zie yang ke-2. So mana² lah. Dapat gak Zie jogging setiap hari tanpa perlu keluar dari rumah. Besttttt. Janji peluh keluar & sihat hendaknya. So exicted!






Treadmill ni haaa yang husband Zie pilih. Treadmill Cyber Compact SE (click link untuk view specs) Jenis compact. Tak dapat beli yang jenis besar sebab rumah weols kecik je. Kang tak muat plak nak rumah nanti. Hihi. Tengok si Mikail tu, sibuk jugak dia nak try berlari di treadmill sebelah staff Xcore tu. haha.




Haaa...ni lerrr dia Free gift beli Treadmill tu. Magnetic X-Bike (click link untuk view specs) . Okaylah... janji hado. Kira rezeki nah lah. Buy 1 Free 1. If beli, terbang gak weh RM988 kau. Betul tak? Semua ni Pre-Order. Within this week akan sampai. Rasanya next week kot baru dorang delivery ke rumah weols.

Tak sabarnyaaaaaaaaa.



Nyibuk gak dia nak cubaaa. Haha. 




Eh! Tido ler pulak...haishhh. Dahlah niiiiiii je gambar ada husband with 2 orang kecik tu. So upload je. Tido pun tido lerrr. Huhu. Mikail takde dalam gmbar sebab dia jadi Tukang ambil gambar. Dah dapat di suruh ambil gambar koooo. 

Abeh laaa...jadi photographer paksa rela emak dia ni nanti. hahahaha. Dah beli apa yang di hajati, chow terus. Tak dpt nak merayap kesana sini.




Next fitness equipment yang Zie nak beli is this equipment, Deluxe Home Gym. Perfect tu. Dapat buat workout khas utk Shoulder, Arms & legs...perfecto! InshaAllah... bonus taun depan nanti kot rembat ni. Untuk "Tanda" duit bonus tahun ni...gittuh. Hihi. Teruja nah tengok benda alah ni. 

Since husband tak izinkan Zie pergi gym. So slowly kita buat Home Gym. Beli gym equipment sikit sikit. Beli yang selalu pakai je. Tak perlu penuh cam dalam gym tu. Tak sabarnya nak start ada bilik gym sendiri. 

Husband dah janji, 3rd room yg dia jadikan store, akan dia jadikan bilik Gym kitorang. Tunggu dia ada masa utk kemaskan. Yayyy! Finally I ada my own private space...yippie!

Belated Birthday Dinner Dengan Amoi Berdua Ini ♥

 
 
On last Saturday (15.8.20), sebelah malamnya. Dua orang amoi cantek ni bawa Zie having dinner sama² sempena hari jadi Zie yang ke-36. Ni lah first time Zie keluar lepak seorang dirik dengan kawan sejak dah berkahwin ni koooo. Almost 9 years okay. 1st time keluar hanging out with my girls lagi.

....heaven. For sure lah Zie mintak izin suami. Keluar tanpa bawa anak. Just me having my me time with friends. Weols ke Sushi King di Aeon Shopping Mall. Ambik dekat dengan area rumah weols. 





Beef Nabeyaki Udon. Ni Zie punya. Wheat Noodles with pan-fried beef, beancurd skin and spring onion. Tekak rasa nak makan sup² and Mee. Then untuk individual plate tu, Zie ambik Chuka Likado x 1 plate dan Tsubukko x 1 plate. Tu je. Namo banyak², diet katanya. Haha

Untuk Tsubukko tu, lupa plak nak snap gmbar. 






Grilled Cheese Curry and Inari ni untuk Miss Tay. Inari tu plak dorang ordered 2x plates. one plate each dorang. Lepas tu ada lagi set vegetarian. In where Zie lupa nak snap. Kebulur dah. hahaha. Sampai sana 7:30pm... lepak punya lepak, borak punya borak. Tak terasa jam dah 9:30 malam. 2 jam kooooo weols duduk situ. 

Lama sungguh! Haha




Aku dengan Beverly ni, nama je satu office. Tapi weols jaranggggggggg sangat jumpa each other. Weols tak sama department. Zie di bahagian account. Beverly plak di bahagian project & techincal. Ditambah lagi dia selalu pergi meeting and jumpa clients. So menjawap lerrrr jarang semakin jarang jumpa dia di office.

...dulu time still di tempat yang sama. Selalu je dia singgah di workstation Zie berborak kejap release stress. hihi.




Ni plak, Miss Tay. Secara rasminya dia adalah my ex-colleague. Last dia kerja di company kitorang pada bulan June ni tadi. Resigned kooo dia. Dapat new job di tempat baru. Walaupun kitorang dah tak satu tempat kerja lagi, bukan alasan utk weols spending time with each other.

....I valued this friendship. Tipu lah if Zie kata time working dulu takde bertekak urat leher. Haha. Adaaaaa.... mana boleh takde. For us, kerja is kerja. If salah, kena marah lor. Tak simpan di hati pun. Adat bekerja maaaa. 

Apa² pun, thank you Beverly & Miss Tay belanja Zie makan sempena birthday Zie yg ke-36 tahu ni. Terharu. Jarang ada kawan² nak sambut birthday Zie sejak dah tua ni taw. Haha. Thank you sekali lagi. LUDD!



Norma Baharu Persekolahan di MATTARY

 


Akhirnya.... berakhirlah sudah kerjaya Zie dan husband jadi Cikgu yang tidak bertauliah. Hihi. Study at home ends today. Ada 2 perasaan bercampur baur masa nak hantar dia ke sekolah pagi ni. Perasaan risau bercampur dengan perasaan lega. 

Risau sebab takut dia dan kawan² sekolah dia tak patuhi SOP. Paham² je lah budak² ni. Di suruh pakai mask, kau rasa dorang nak? Depan kau, yes...pakai. Sebab takut kau. Depan cikgu²... alahaiiii, not all akan patuh. Takpe... Zie yakin dan trust cikgu² di sekolah akan jaga dan make sure dorang follow SOP dgn tegas. InshaAllah. Sometimes kita tak boleh terlalu risau. Nanti jiwa tak tenteram.

Lega plak sebab.... dah tak jadi cikgu yang tidak bertauliah lagi maaaa. Semua subjek kau kena ajar dan pantau belah malam in where kekadang sejujurnya... tak dapat Zie dan bapak dia nak catch up sebab dua² dah kerja. Malam plak dah keletihan bagai apa. What to do kan... pihak sekolah pun tak mintak covid yg jahat ni muncul.

Redho. Zie dan husband pilih utk hantar dia ke sekolah sebab first, weols tak dapat jadi cikgu dia sepenuhnya... tak nak dia ketinggalan pelajaran since PKP - PKPP ni byk koooo pelajaran dia ketinggalan. I am not fit jadi cikgu dia...hmmm. Dirumah sibuk buat kerja rumah dan urus adik² dia. Terasa cam mengabaikan pelajaran dia je Zie ni...hmmm. 

Tetiba down bila terasa diri not a good mother. I know I am not a perfect mother but I am trying all my best to be a good mother to my children *sigh*





Bila sampai je di lobby sekolah tadi pagi; they'ols ikut procedure SOP dorang berkonsepkan drop by hantar. Parents tak dibenarkan masuk dalam sekolah. Hantar depan lobby je, then cikgu² akan ambil check suhu apa semua bagai dah dorang masok ke kelas masing².

Ada tengok tak Cikgu yang berdiri tu. Tu Guru Besar Mahad Tahfiz tu taw. Sejujurnya, Zie langsung tak expect Guru Besar yang akan berdiri di depan tu sambut kedatangan murid². Dia paling depan okay. I am sooooo impressed! Bukan cikgu biasa okay, GURU BESAR...i repeat. Hihi. Kagum sungguh Zie dengan sikap low profile dan tanggungjawap dia.

Seawal 6:30am pagi tueee dia berdiri gitu. Thumbs up! And thumb up gak kat semua cikgu² di Mattary. Uols semua terbaik. Semoga anak² kita dan seluruh kakitangan sekolah dilindungi dan dijauhi oleh Allah swt dari penyakit Cov-19 yang jahat tu. 

InshaAllah.... Maka bermulalah sudah rutin harian bangun seawal 4:30 pagi ^_^




36 Tahun Sudah ♥

 


Semalam, genaplah sudah Zie berusia 36 tahun. No longer dah seumur dgn husband, 35 tahun. Hehe. Ye ye ye... Zie tua setahun dari husband (pada yg tak tahu). Sempena birthday month ni, boleh ke Zie nak buat wish, makan² banyak mana pun.... body tetap tak naik². Boleh ke wish tu tercapai?Tetttt!!! Dalam mimpi baru boleh kot ^_^






Makanan pertama Zie di usia 36 tahun. Since pagi semalam Zie ada kerja di luar (jumpa dgn goverment officer with my managing director), breakfast duluan di Oyes Food Court di MJC, Batu Kawa. Nak makan Beef Noodles di stall David's Stewed Beef Noodled (tekan link untuk baca food review entry). Tetiba teringin plak tekak nak makan tendons. 

So Zie ordered Extra Special Beef Noodles (with extra Tendons). Fuhhhh....heavennnnnnn.




Oh ye, on my birthday's eve.... husband make a surprised ♥ Lamaaaaa dia tak buat surprise untuk Zie taw. I LOVE SURPRISES! To me.... it's not about the gifts nor the cakes. It is all about he putting his effort on it. That's what makes it soooooo special. The reason why I love surprises.

...dapat kita lihat effort sesorang tu kat kita. Keikhlasan.... haaaa gittuh. Time Zie sampai rumah on my birthday's eve lepas balik kerja. Hairan kenapa ruang tamu kosong. Biasanya ada je dorang anak beranak melepak kat ruang tamu.

So terus lerrr ke master bedroom. Bila bukak je pintu bilik... terus di sambut dengan nyanyian Happy Birthday dari husband dan Mikail. Awwww...so sweetttt. I am surprised. 





Weols anak beranak terus ke Secret Recipe di MJC, Batu Kawa. Ambik dekat dari rumah. Letih nak pi jauh². Since Zie craving for Penang Assam Laksa.... so tadaaaa. Craving fulfilled ♥ Thank you for everything. Zie tahu, Zie bukan seorang isteri yang sempurna dan baik. 

InshaAllah Zie akan cuba untuk jadi yang terbaik buat mu dan anak². I love u so much, dear hubby! Thank you for your sweet effort.



Okay.... tue kisah on birthday's eve. La ni plak, kisah on the birthday morning nyer plak. Lepas breakfast, kenyang. Terus pecut kereta ke DBKU. Appointment pukul 9am time tu. Since my driving skill memang super fast. 10 minit je dah sampai wei. Cilok mencilok je orang taw. Tak nak sampai lewat. Tak suka buat orang tertunggu² sebab Zie jenis yang tak suka tunggu orang.

The reason why, Zie akan selalu sampai awal 10 minutes setiap kali ada appointment dengan orang. Tak kisahlah kerja or personal matter. It just.. prinsip Zie gitue. Nak dijadikan cerita, managing director lerrrr plak yang kelewatan sampai. Alahaiii. 9:30am baru sampai.

....ko ghase? Segan nah nak ngadap officer tu. Hmmm. 




Sampai² je kat office tengok workstation kawan² seopis buat ginie ler plak. Awwwwwww. Korang ni. Why tetiba tahun ni jadi sweet ginie oi. Hahaha. Thank you uols.




Dapat gift dari Mira. Awww.... terharu kita. Thank you, Miri ♥ Jarang dapat birthday gift dari orang lain taw. Zie ni jenis kenalan ramai, tapi kalau kawan.... can be count by fingers. Zie look for quality dari quantity. Mana² yg Zie rasa kawan toksik... Zie akan jauhkan diri. Malas nak peningkan kepala. I'm more to myselft & family je actually.

...entah lah. Lebih senang gitu. Hard for me to trust peoples sebab byk kali dikhianati oleh insan yang bergelar KAWAN. Baik depan, tp cucuk di belakang. Eh... tak suka lah gitu.




Dan ni plak, hadiah birthday Zie yang ke-36 dari husband Zie. Dia tanya sendiri Zie nak apa. Then Zie gtaw lerrr tahun ni just nak running shoes je. Untuk Zie berjogging and workout di rumah. Tak nak emas since emas sekarang ni mahal nah. 

Handbag, awal tahu ni husband dah belikan. So tak perlu banyak². Nanti almari yang pakai. Haha. Apa² pun, buat yang dah wish birthday Zie semalam... thank you uols semua for the wish. Hargai sangat² ♥