Step by Step Tutorial Bergambar Buat Wedding Dress Origami


Plan nak buat wedding invitation card sendiri ala² gambar di atas? Meh meh.... Zie ajar buat Origami Dress tu ye. Senang je.


• perlukan 2 helai paper lace


• lipat hampir separuh. Hujung lace yg di atas tu mesti jatuh kat pemulaan lace yg di bawah

• lipat hampir separuh lagi. Refer photo

• • guna double tap ataupun gam, utk lekatkan lace

• Bucu kat atas tu, lipat sikit. ~ front view dia

• Ginie rupa view belakang. Okay siap dah part gaun dia. Now ktk nak buat bahagian atas plak

• kertas putih kosong dibawah, kertas lace di atas. Lekatkan guna gam or double tape. Then potong bentuk love

- kalau ada love punch yg besar tu, lagi cantik curve love dia.

• Then potong tepi love. Saya potong menegal je. Kalau nl body dia nampak V shape, potong senget sikit ye

• Then stick guna double tape or glue ~ view depan

• ~ view belakang. 
Siap sudah dress. Skrg kta nak buat belt dia pula ye

• Belt dia kita potong sikit reben. Zie guna grosgrain reben size 0.5cm. Potong satu pendek satu panjang

• Yg pendek lilit je kat pinggang dia. Then guna double tape dan lekat je kat bahagian belakang
• yg panjang, lipat dua... gunting secara menyerong bahagi hujung reben , then slip throught je kat reben dibahagian pinggang tu.

• ambil batu dan tampal je kat tempat reben tu. 
TARAAA... siap! 😉 Selamat mencuba 😘

... Coming Soon


Hehe....insha'Allah. In early November. EDD : 1.11.17 ♥ Blind date zie jumpa dgn my 2nd rainbow. Tak sabar nyaaaaaa. Rasa macam nak je masa cepat berlalu.



7 months Pregnant ♥... 2 more months to go. XOXO



Yippie!!! Naik 1 Rank ♥


Alhamdulillah, berkat sales bulan ni. Naik 1 rank dah zie dalam system... yippieee! Yup baru D3 rank... kikikiki.
Kenapa lama sangat nak naik? Silap sendiri 😓Sebab, zie STOP doing STG almost 7 months. Baru pertengahan bulan ni Zie back in action, completely.
Zie join awal bulan Januari, 2x naik rank time tu. Then masuk bulan Februari... kan zie pregnant. Alahan teruk & setiap hari tak sihat... huhu. Now bila kesihatan kembali pulih... here i am, back in business again... uuuweeeeee! 😆
"Alah... baru je D3 rank dah show off" 👈🏻 well, at least zie bebas hutang. Zie tak terbeban dgn stocks. Biarlah zie merangkak pelan-pelan tanpa sebarang loan whatsoever dan slowly bina empayar sendiri drpd zie terbeban dgn hutang dan stock tak terjual2 😌😌😌
STG dan Hai-O tak menyusahkan... RM50 register je, thats it. Selebihnya up to u... ✌🏻



Masalah Period Tak Teratur? Sengugut?



Herba Maharani

➢ BUKAN HANYA khas utk wanita yg sudah semua je ye. No no no. Utk yg still anak dara pun boleh. Fungsi dia bukan utk ketatkan itu or nak dptkan anak je ye... fikiran jgn inside the box je ^_^

Fungsi dia →🏻 PELBAGAI ←  utk kesihatan dalaman wanita. Siapa antara uols yg ada masalah period ~ tak teratur ke, sengugut ke etc ~ Boleh try 

✓ Dijamin HALAL . 

Jgn tgk tulisan cina terus chop tak halal ye... hihi. 

Harga : RM100/box
** Free postage within Malaysia **

 TO ORDER, WHATSAPP → www.wasap.my/60168663095 ←🏻
 #projekstg #elitdreamfighters

P/S:
Zie amal Maharani ni utk dptkn zuriat.
Seawal 1 kotak pertama, terus pregnant ♥
...Allah swt bagi rezeki melalui pengamalan
Herba Maharani ^_^ Alhamdulillah






Goodie Bags Untuk Hari Jadi Mikail Ke-5




Yayyyy!!! Syukur akhirnya jumpa gak twisted handle paper bags untuk Goodie Bags birthday Mikail nanti. Puas cari hari tu. Cuma warna paper bags je out dari plan. Actually nak warna Orange utk lelaki dan Pink utk perempuan. Nan hado plak benda alah tu

...sudahnya ambil je lah warna Merah (utk pelajar lelaki) dan Peach (utk pelajar perempuan) ni. Janji ianya twisted handle paper bags. Hihi. Kalau nak buat sendiri... reti, bukan tak reti. Tapi letih weh. Mana larat lagi mak buyung ni nak berkraf² sangat khennn... hihi




Tgk mikail, sibuk je dia letakkan dinasour robot tu and suruh zie snap. Hihi. Stickter birthday tu, zie sendiri yg desigan taw. Bangga sat. Hahaha. 





Start packing gift utama utk pelajar perempuan dulu. Gift utama utk pelajar lelaki, Hot Wheels car... tak boleh packing awal. Kena tunggu budak kecik tu tido dulu... baru dpt packing. Kalau tak... naya semua dia buka nanti. Hahaha

...yg tang Barbie dolls n Headbands ni dia tak kisah sangat. Coz kan utk girls... so dia sibuk "tolong" packing je. Tolong katanya... tp mengacau bagi kita. Hahahaha





Muka excited dia bila zie kata, semua ni utk kawan² perempuan di kelas dia sempena birthday mikail nanti. Terus dia tanya., "nanti mikail ada birthday cake kan...".... tetttt! soalan bonus weh. Mesti lah hado nak oiiii. Apalah maknanya birthday celebration kalau nan hado birthday cake...hehe




Akhirnyaaa!!! Belah petang dia tido. HAHA! Jenuh kooo aku tunggu dia tido. Akhirnya pengsan gak budak ni. hihi. Terus ko emak dia ni ambil peluang utk packing gift utama utk pelajar lelaki kelas dia




Tadaaaa!!! Hot Wheels cars utk pelajar lelaki ^_^ Aman berkerja bila si kecil tu dah pengsan. Hahaha. Selain dari gift ni... nanti bila dah dekat² tarikh birthday celebration dia, baru zie belikan jajan² utk penuhkan goodie bags tu ^_- 




Semangat Nak Buat DIY Photo Album @ Bookscrapping



Semangat je kooo aku berbeli DIY photo album ni. Direct dari China plak tu. Gigih je tunggu sampai 20 hari..hihi. Guna normal mail china, mana tak nya lama tunggu. Takpe, byr postage murah je...adat lah kan. Tak urgent gak nak pakai.

...Zie beli 2 buku. Satu buku utk Mikail, Satu buku utk adik dia, Irfan.




Nak abadikan moment dorg dari kecik sampai lah ke umur skrg ni. Skrg dah ada photo printer sendiri... senang. Ada masa lapang, tinggal nak print je. Takde lah susah payah nak pi kede gambar hantar utk printing. 

...Nak letak wording sekali nanti. Tunggu zie ada masa buat. Hi baru je 1 ni je bikin. Hahaha. Hangat² taik ayam oi... hihi



Genap Sudah Umur Ku 33 Tahun




Hari Sabtu lepas, genaplah sudah umur Zie berusia 33 tahun. Another year means another more 1 number adding in our aged. Hahaha. Tua mengejar kita. Kita semakin tua, anak pun semakin membesar. Like always, tak nak ada birthday party bagai. Too old for that tho ^_^

....hanya celebrate bertiga anak beranak je. Just makan² dan birthday shopping fully sponsored by husband. Hihiiiii.




Ke Secret Recipe ler kekiter. Sebab nak makan kek kat situ. Craving for Blueberry Yogurt Cheese Cake. Malas nak beli whole cake. Just a slice of cake will do. kalau beli whole cake, takut tak termakan je lagi. Hanya Zie n Mikail je yg "giler" cake. hihi




My birthday cake ^_^ Api di lilin tu awal² dah padam... lom sempat lagi nak nyanyi happy birthday n selfie dgn api ternyala... mikail awal² dah tiup...grrr. Malas nak mintak lighter dari waiteress...hihi




Menu sang suami... Black Pepper Chicken Chop. Dia kongsi dgn Mikail. Tak nak order kids menu utk Mikail. Nanti dia tak makan habis... mama dia ni juga yg habiskan nanti. So better dia kongsi je dgn papa dia.





Like always setiap kali ke Secret Recipe. Akan ordered ini. Thai Style Fried Rice. My super favourite ^_^ Sambal dia tu yg buatkan zie tergila² bayang sebenarnya. Hahaha




My small little family. Insya'Allah... hujung tahun ni berempat weols. Aminnn aminnn. 2 bulan je lagi... pastu, Mikail dah ada adik ♥




And As for my birthday gift dari husband, Mula² plain nak beli kasut Nike sepasang dengan Mikail. Alih² dah takde lagi dah kasut tu utk orang dewasa. semua tinggal utk budak² je...huhu. Sodih... Takpe². Since takde lagi, zie plain ler nak beli jacket.

...So H&M Leather Jacket yg di photo sebelah kiri tu menjadi pujaan hati. Dari dulu actually cari leather jacket gitu. Dia nampak cam "panas" je. Tapi tak taw. sejuk je dalam bila di pakai. Sesuai utk cuaca kta di malaysia ni.

Nak jadi mama stylo bah. Hihi. Apa² pun thanks husband belanja kita makan dan shopping ^_^ Love u deep deep...hehe





Siapa Nak Order Eskinol Toner?

Harga dan Size Eskinol Cleanser

Yuuhuuuu,... ada di antara uols nak order Eskinol Cleanser (atau lebih di kenali dgn nama Eskinol Toner), tak? Pre-Order still di buka ye. Akan close esok Jumaat (11.8.17) pada jam 12mlm. So siapa² yg berminat nak cuba, boleh je direct email saya → ziemadinistore@gmail.com

Harga dan size sebotol eskinol seperti yg tertera di dalam gambar tu ye. Eskinol ni boleh di pakai with OR without antibiotic.



Harga dan Cara² Penggunaan Eskinol + Antibiotics

Gini cara² ↑ pengunaan antibiotic je. Kat Kuching ni hanya ada jual Tidact Antibiotics sahaja. Takde jual Dalacin C. So antibiotics memang Tidact je ada ye. Jgn tanya ada Dalacin C ke tak. Hihi




Cara² pemakaian eskinol. Nama je benda alah ni Cleanser. Buat orang confused je kan. Padahal function dia sama macam toner. Hihi. So siapa nak try Eskinol ni, jgn segan² email saya ye.

→ ziemadinistore@gmail.com ←





Pemanas Elektrik Botol & Makanan Buat Mikail & Irfan ♥




Yayyy!!! Thank you husband belikan ni buat baby Irfan. Lama zie dok ngidam benda alah ni taw. Masa time Mikail masih kecik dulu. Hihi. Memandangkan harga dia sampai RM300 plus, kuasa nak beli. Hihi. But kali ni... yayy! Husband belikan.

...mudah ler kerja zie panaskan susu perahan zie nanti. Happy nyaaa.Next nak target Travel Bottle Warmer plak. Boleh dijadikan flask sekali.




Rezeki Yang Tak Di Duga



That day, masa husband still away pergi OPS, teringinnnnn sangat² nak berulam Mangga muda with sambal belacan kering. Sambal belacan tu plak, nak org lain yg buat.. if sendiri buat, tak lalu makan. Pelik kan perangai orang ngandung ni...haiyaaa.

...nak carik, "kaki patah" coz husband takde. Tak suka actually nak sana sini sorang²... dahlah tgh mengandung, kan. So terpaksa lerrrr tahankan dulu sementara tunggu husband habis OPS dan belikan utk zie.




Tanpa di duga...petang tu, datang ler kawan emak zie. Tetiba je taw dia bagi Sambal Belacan & Mangga Muda yg dah siap di buat, di hiris semua... tinggal kau nak makan je lagi. Ya Allah uolssss.... zie tgh 2 benda alah ni ibarat macam zie tgk ketulan emas! seriously

....terus makan sambil main Final Fantasy games...hahaha. Semoga murah rezeki kawan emak tu. Aminnn aminnnn. Craving fulfilled! ♥





Umbilical Cord Dia Terbelit 2x di Leher




Last night zie ada appointment dgn Dr. Tan di KPJ Kuching Specialist Hospital. Nak buat 3D and Detailed Scanning kat sini sebenarnya. Tetiba tergerak hati nak "melabur" mahal sikit utk kali ni scanning. Nasib gak lerrrrr zie suddenly decided nak buat detailed scan uols... 

....kalau tak, tak tahu zie masalah yg baby zie sdg struggle at this moment :(




Nasib Dr. Tan ada open for malam. Sebab siang ada susah sikit...kena apply leave nanti. Dahlah annual leave zie tinggal 1½ day je lagi....uuuuwaaaa!!! Tengah tunggu, selfie dulu dgn anak bujang, si sulung mama ni. hihi.




"Saaayangggggg adik!" katanya time zie snap picture ni. Hihi. Semoga menjadi abang dan role model yg baik buat adik mu, sayang. Dua² mama papa sayang. Sikit pun tak akan kurang kasih sayang mama papa kat Mikail...

...dialah anak pertama yg menghuni rahim mama dia ni. Tak akan berbeza² kasih sayang antara dia dan adik nanti. Insha'Allah..





Taraaaa!!! Meet my unborn baby, Muhamad Irfan... hihi. He's a BOY! Yes...a boy... AGAIN. Haha. Mama dia ni over confident aritu kata mesti a baby boy. Siap bagi nama Mikayla lagi. Hahaha. Sekali tengok... ada bebird! hahahaha. Doesn't matter whether a boy or a girl...

...yg penting dia sihat. Masa scanning malam tadi, 1st thing yg Dr. Tan tengok adalah umbilical cord dia terbelit 2x di leher dia. Allahhuuuu.... Allah je tahu apa yg zie rasa time tu. Worried mcm apa. Berlinangan air mata zie bila Dr Tan said "... there's nothing u can do about it. Just hope he can free himself sooner or later". Sedih tau...

Doa je yg mampu zie lakukan dan monitor movement baby skrg ni. Semoga tidak terus terbelit. If keadaan gitu berlarutan sampai 40 weeks, zie terpaksa beranak secara Czer sekali lagi. Sebab if beranak normal, akan meletakkan baby dalam bahaya. Zie tak akan sekali² letakkan nyawa anak zie dalam bahaya. NEVER!

...biar zie sakit, jangan anak². Dr Tan kata lagi, if baby less movement... cepat² pergi hospital and if semakin teruk, terpaksa di lahirkan premature... uwaaaa!!! Mintak jauh arrr. Semoga baby kuat di dalam dan dapat lepaskan diri dia dari terus terjerut gitu. Sedih arr..

Pray for baby Irfan di dalam rahim zie ye uols. Next month zie follow up check lagi dgn Dr. Tan. Semoga good news yg zie n husband dgr... aminnn.