Burung Puyuh.. Yummm!!!



Sebungkus - 5 ekor
Harga: RM22/sebungkus

Inilah yg bestnya bila kakak ipar sendiri jadi pembekal untuk burung puyuh. Fresh lagi taw. Manis je isi dia. Hot selling benda alah ni. Selalu je licin order. Hehe. Salah satu makanan kegemaran Zie burung puyuh ni taw.

...sodap wooo if masak goreng berempah ^_^



Sepapan - 15 biji
Harga: RM16/sepapan

Kakak ipar zie pun ada jual telur burung puyuh gak. Besar khasiat makan telur burung puyuh ni taw. Boleh google kalau nak tahu. Malas plak zie nak copy paste khasiatnya...hahaha :D Selalunya Zie beli telur ni utk Mikail makan je.

...kalau diri sendiri makan, tak puas weh. Kena sumbat 6 biji sekali arung baru puas. But then cepat habis ler jawapnya kalau makan dgn cara gitu. Tu yg bagi Mikail je makan :P




RESEPI 5 - Puyoh Goreng Berempah

5 ekor puyuh (dibersihkan dan dipotong 2)
6 ulas bawang putih ~ ditumbuk
7 ulas bawang merah~ ditumbuk
2 inci halia~ ditumbuk
2 batang serai~ ditumbuk
3sb cili kering kisar
3 sb rempah masala (ngendeng dr rumah SIL..heee)
garam
Minyak utk menggoreng

1. Campurkan semua bahan dan gaul bersama puyuh. Sebatikan dan perap selama 1 jam.

2. Panaskan minyak penuh dlm kuali.
3. Masukkan puyuh satu per satu dan goreng hingga masak/garaing. angkat dan toskan.
4. Boleh dimakan begitu sahaja! sodapppp...

Tu dia Zie kongsikan sekali resipi utk uols cuba :) Aduh! Terus terbayang² rasa Burung Puyuh Goreng di Sarawak Club. Gluppp gluppp... meliur arrrrr.



2 comments:

Sha Mohamed said...

Pergh..!!! memang lazat r kalau dapat makan puyuh goreng berempah.. Telur dia rebus pastu wat sambal, memang sedap..

Unknown said...

cantik betul rupa puyuh berempah tu.. merembes rembes ailiyo.. hahaha