Resepi Honey Fried Chicken with Black Pepper Gravy


Tadaaaa... hidangan terbaru Zie malam semalam. Ingat nak ala western je utk dinner semalam. Sooo, i make myself a veryyyy simple dish. Awal gtaw ea... ni bukan chicken chop. My own version of western dish...hehehe.

Ayam tu Zie deep fried with honey. Kira ayam goreng madu. Asingkan. Hihi


Kentang tu Zie goreng dengan tepung kentucky. If takde tepung kentucky, uols boleh je guna tepung gandum dan sedikit tepung jagung (utk fungsi melekat...hehe) dan sedikit perasa. Utk perasa Zie guna perencah 3 Rasa ^_^

...gaulkan sebati then goreng. Sedap koooooo.




Utk sayur² tu plak, Zie steamed kan aje. Sedap taw makan sayur kukus ni. Jgn terlalu lama lah. Nantu sayur overcooked pun tak gak sedap kan. Hilang kemanisan dia. Dan utk kuah blackpepper tu plak... haaa, kat bawa resepi dia ea.


Black Pepper Gravy :-
Bawang Besar -- potong dadu
Lada hitam -- ditumbuk kasar
Tepung Gandum
Sos Tiram
Sos Black Pepper - yang ni Zie skip. Haha
Kicap Pekat 


Cara² Membuat :-
1) Tumiskan bawang besar bersama lada hitam yg di tumbuk kasar tadi. Tumis sampai bawang jadi layu and naik bau. Jgn sampai garing ek. Pahit nanti.

2) Masukkan tepung gandum dan tumis sekali sehingga sebati. Jangan tuang air terus ye masuk masukkan tepung tu. Tunggu dah sebati dgn minyak dan bahan² yg di tumis tadi, baru masukkan air secukupnya.

3) Tuangkan sos tiram, kicap dan sos black pepper (Ehemm... since Zie skip benda alah ni. So Zie hanya tuangkan sos tiram dan kicap sahaja :P). Gaul sebati dan masukkan perasa secukupnya. If tengok kuah terlampau pekat, tambah air lagi ea. Pandai² uols agak², okay.

4) Susun pinggan cantik², tuangkan kuah ke atas susun ayam madu yg di goreng tadi.


That all, folks ^_^ Selamat mencuba menu saya. Malam ni ingat nak try buat Chicken Chop plak. Hihi. 




1 comment:

Kekzamanis said...

Memggiurkan.. Boleh cuba nanti.. Tq zie for sharing!😊