Sebelum Zie mulakan story Zie, Zie awal nak bagi pencerahan tentang kenapa penggunaan RIP (Rest In Peace) Zie gunakan. Kenapa bukan guna Al-Fatihah ataupun انّا للہ و انّا الیہ راجعون untuk merujuk kepada kematian? Sebabnya, relatives yang meninggal dunia... mendiang bukan beragama Islam ye. Tetapi Christian. Keluarga belah emak bukan beragama Islam sebab emak zie, dia masuk Islam. Yup, Zie mix-blooded. Half Malay, Half Iban. Buat pembaca blog yg lama...sure tahu dah status Zie.
Awal bulan Ogos yang lepas, weols sekeluarga di kejutkan dengan berita sedih dari family belah emak Zie. kazen Zie (anak kepada abang emak zie) dan Nenek zie, meninggal dunia :(
Inilah dia mendian sepupu Zie. Penghujung bulan Julai yang lepas, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Motor dia di langgar kereta dan di dimasukkan ke ICU. Hanya dapat bertahan selama seminggu je dia di ICU, Miri sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pada 1.8.18.
Still muda lagi dia. Baru 36 tahun, bujang. Semoga dia tenang dia sana.
Kurang dari seminggu sepupu zie meninggal, emak masa tu baru je balik dari kampung. Awal pagi Khamis (9.8.18), weols dapat panggilan telifon dari Pakcik zie, gtaw yang Nenek sudah meninggal. Akhirnya, takde lagi dah sakit yg nene derita selama 2 tahun.Semoga nenek tenang di sana.
...Zie dah takde lagi dah nenek mahupun atok tempat zie bermanja. Semuanya dah tiada. Yang hidup pasti akan mati. Kita ni pun bakal menyusul... sooner or later. Semoga kita sempat bertaubat sebelum ajal tiba....
...Zie dah takde lagi dah nenek mahupun atok tempat zie bermanja. Semuanya dah tiada. Yang hidup pasti akan mati. Kita ni pun bakal menyusul... sooner or later. Semoga kita sempat bertaubat sebelum ajal tiba....