Showing posts with label My Iban Family. Show all posts
Showing posts with label My Iban Family. Show all posts

RIP Sepupu dan Nenek Tersayang




Sebelum Zie mulakan story Zie, Zie awal nak bagi pencerahan tentang kenapa penggunaan RIP (Rest In Peace) Zie gunakan. Kenapa bukan guna Al-Fatihah ataupun انّا للہ و انّا الیہ راجعون untuk merujuk kepada kematian? Sebabnya, relatives yang meninggal dunia... mendiang bukan beragama Islam ye. Tetapi Christian. Keluarga belah emak bukan beragama Islam sebab emak zie, dia masuk Islam. Yup, Zie mix-blooded. Half Malay, Half Iban. Buat pembaca blog yg lama...sure tahu dah status Zie.

Awal bulan Ogos yang lepas, weols sekeluarga di kejutkan dengan berita sedih dari family belah emak Zie. kazen Zie (anak kepada abang emak zie) dan Nenek zie, meninggal dunia :( 





Inilah dia mendian sepupu Zie. Penghujung bulan Julai yang lepas, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Motor dia di langgar kereta dan di dimasukkan ke ICU. Hanya dapat bertahan selama seminggu je dia di ICU, Miri sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pada 1.8.18.

Still muda lagi dia. Baru 36 tahun, bujang. Semoga dia tenang dia sana.




Kurang dari seminggu sepupu zie meninggal, emak masa tu baru je balik dari kampung. Awal pagi Khamis (9.8.18), weols dapat panggilan telifon dari Pakcik zie, gtaw yang Nenek sudah meninggal. Akhirnya, takde lagi dah sakit yg nene derita selama 2 tahun.Semoga nenek tenang di sana.

...Zie dah takde lagi dah nenek mahupun atok tempat zie bermanja. Semuanya dah tiada. Yang hidup pasti akan mati. Kita ni pun bakal menyusul... sooner or later. Semoga kita sempat bertaubat sebelum ajal tiba....




Menjemput Makcik Di Kuching Sentral



Semalam, lepas balik je kerja... lepas Isyak, terus ke Kuching Sentral weols anak berapa. Zie jd driver... like always. Takpe takpe... Start bulan 10 ni nanti, Zie dah tak perlu lagi dah jadi driver. Sebab husband is around sampai pencen. Yiiihaaa...hihi.

Oh ye, weols ke Kuching Sentral sebab nak ambik indai yak (kira panggil berbahasa bila kau panggil makcik kau dalam bahasa Iban. Hehe. Zie kan half iban :P). Adik kepada emak zie dari Bintulu. Dia nak "berambeh" (err...sorry, tak tahu dlm bahasa semenanjung apa :P) dirumah weols utk jaga nenek Zie.



While waiting... duduk di kerusi urut sat. Nak berurut. Kebetulan plak badan sememangnya tengah berdenyut denyut letih. Sgtttt lah heaven bila duduk berurut di kerusi nih. Hihi. Tak terasa masa cepat berlalu ^_^ Teeeheee...





Alololo....si kecik comel Zie dah keboringan. Zie plak since kaki letih, malas plak bawa dia jalan jalan di shopping mall kat Kuching Sentral tu. Nasib dak kecik ni tak buat hal. Kalau tak... migraine terus aku nanti. Huhuhu





Almost jam 10 malam, Ahamdulillah... indai yak selamat sampai :) Lama tak jumpa dia. Last dia "berambeh" di rumah weols... time tu zie still bertunang lagi. 7 tahun lebih tak berjumpa. rinduuu. Pssttt... ada peluang ler nanti mintak indai yak urutkan bagai Zie nanti...kikiki.

....coz dia pandi urut. Yes! Stay sini lama lama boleh tak? Eh! Hehehe. Apa apa pun, thanks indai yak sebab offer diri nak tolong emak jaga nenek :)