Akan Datang... Rumah Kecil Kami




Melawat tapak pembinaan bakal rumah weols. Hihi. Beli rumah teres setingkat je uols. Sekarang ni harga rumah, aduhaiii...sakit kepala if tengok amount dia. Nasihat saya buat uols, utamakan beli rumah sendiri pada usia 20's. Why? Sebab masa semakin muda umur awak beli rumah, semakin murah ler bayaran bulan. Macam weols yg dah 30's ni...aduhai, bulanan 1K.

Plus rumah sekarang, sekejap je dah naik. Masa weols beli rumah ni dulu bulan 10 last year, harga baru je RM208,880. 3 bulan selepas tu, dah naik jadi RM218K....ko ghase? 3 bulan je pun kan. Hu hu hu.





Floor plan rumah weols. Akan di jangka siap pada tahun 2020 kelak. Tapi rasanya confirm akan siap sepenuhnya pada tahun 2021, CONFIRM! haha. Weols Phase 5. Yang sekarang ni Phase 1,2 & 3....di jangka siap dan akan serah kunci pada bulan September tadi. Tapi.... tengok je lah keadaan gambar rumah yg zie snap tu....pagar belum siap. Apa pun belum siap

...ni dah penghujung tahun. Hihi. Tu yg expect rumah akan siap 2021 awal tahun kot. Takpe, asal siap je.Weols pun tak urgent perlu rumah tu siap cepat. Sebab still dapat lagi duduk di Kem Polis. Lepas habis pantang si bungsu ni, weols sekeluarga akan pindah ke rumah di Kem Polis. Tak duduk lagi dah dengan emak zie.

Terpaksa...huhu. sebab takde dah space untuk weols 5 beranak. Semakin sempit. Tu yg terpaksa move ke kem sementara tunggu rumah sendiri siap. Apa² pun...lega tau dah beli rumah sendiri. Takde dah risau fikirkan tentang rumah sendiri lagi. At least ada gak ler harta weols laki bini untuk ditinggalkan dengan anak² nanti kan...






3 comments:

Masmira Masri said...

salam..congratsss da beli rumah bkn senang tau..i ni pun tgh dok menabung lg...hahahah target ada dah adududududuuu...

ietams said...

tahniah zie..
wahhh best la rumah dekat dengan water theme park

Zie Madini said...

MASMIRA
- Wslm. Hehe...kan. Sekarang harga rumah, fuhhh. Parkinson! Takpe sis, sooner or later akan berjaya gak awak beli nanti. saya doakan


IETAMS
-- haha... tu la pasal. thanks dear