Throw Back Entry : Berduaan Tengok Movie Wheely



Pertengahan bulan Ogos yang lepas (hehe...lama giler throw back entry ni kan. Almaklum ler, semakin tua ni semakin takde masa nak berblogging. Tak dpt dah nak tulis blog cepat². Commitment dengan anak² dan family lebih diutamakan), Zie dan Mikail pi tengok wayang berdua je.

Husband dan baby Irfan di rumah. Husband jaga baby Irfan. Sebab takkan nak bawa baby Irfan ke wayang kan. Kang terkejut budak tu dengan bunyi bising. Plus, suasana sejuk di dalam cinema tak sesuai utk baby. Sangat sejuk walaupun dah berbaju sejuk tebal² taw. 




Movie ni ler Mikail dok berminggu² mengiyau nak tengok. Siapa asyik gitaw cikgu² dia yg mak bapak dia nanti akan bawa dia tengok wayang². Hahaha. Budak sekarang.....alahai.




Muka happy. Ni tengah berbaris nak beli tiket wayang di MBO Cinema kat The Spring Shopping Mall.




Still simpan buat kenangan dia tiket ni. Tiket wayang dia yg ke-2 ♥






Sementara menunggu.... layan. Hehe





Actually Zie nak bawa dia tengok versi BM sebenarnya. Camne entah terbeli versi BI...huhu. Nasib Mikail dah pandai membaca dengan lancar. Dapat gak dia baca subtitle kat bawah tu. Hihi. Kalau tak, tengok gambar jer lah dia jawapnya. hihi






Once dah habis, terus weols balik. Time tu dah nak pukul 7pm. Rebut² balik...coz dah janji kat husband, habis tengok wayang, terus balik. Tak nak mungkir janji. Actually mikail demand nak pi makan kat Secret Recipe. Nasib dia jenis anak yg menurut kata. Zie gtaw dia esok je makan sama² dengan bapak dia.

Okay je dia. Tak membantah. Syukur... hehe. Best gak kuar berdua dengan anak taw. Nanti dia dah bujang, sure akan bawa dia ikut mama dia shopping! Haha. Memandangkan iols takde anak perempuan. Huhu. Okay gak apa semua anak laki, dapat jadi bodyguard iols. hiksss!




1 comment:

ct cheery said...

Bagus jgk Kan ank sulung lelaki...leh jd bodyguard mama dia huhu