Throw Back Entry : 35 Weeks Check Up di KPJ Specialist Hospital



Letih je rasa kena buat follow up pregnancy 2x...hehe. Sebab sekarang zie dah start 1 minggu 1 kali check up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), meanwhile 2 minggu 1 kali check up di KPJ Specialist Hospital. Nasib gak baru je sebulan start check up di KKIA...haha. Zie on 33 weeks baru register kandungan zie di KKIA.

Ingatkan if beranak di hospital kerajaan, boleh je bagi dorang buku mengandung dari KPJ. Boleh tu memang boleh....tapi urusan pendaftaran di labour ward nanti akan jadi rumit sikit. Tu nanti, kemudian zie share story ye. Untuk rujukan semua ^_^ Kot kot ada yang sama kes macam Zie, senang nak refer kat blog post Zie nanti.

35 weeks check up ni routine dia, just checking baby's growth and mana² yang patut. Sekali terus dengan detailed scan. Apa yg bestnya...kali ni check up, baby NM terus show muka diaaaaaaa. Wahhhhhhh, excited gilerrrrrr kooooooo akuuuuu uols. Hahaha. Terus says, "YES! Finally she showed her face. Thanked, god!"...haha.









Emak immediately jatuh cinta kat awak, anak! hehe. Sayanggggg dia! Bila tengok result dari 3D scan ni, macam ala² muka abang Irfan dia.  Cam sebijik je dengan gambar 3D abang Irfan dia masa dalam kandungan dulu. Alhamdulillah, Allah swt izinkan weols tengok muka dia dalam kandungan. Syukur sangat².



Result check up, semuanya normal. Takde sebarang masalah pada baby so far. InshaAllah...gitu lah hendaknya sampai dia selamat dilahirkan dan sampai bila². Aminnnn




However... huhu. Before ni, KKIA tetapkan tarikh C-section Zie pada 7.3.2019 di Sarawak General Hospital (SGH). Bising Dr Tan...huhu.Sebab based on due date Zie (26.3.2019), Zie baru je masuk 37 weeks masa tu. Means, nurse dan doktor di KKIA salah kira. Dorang guna latest due date 17.3.19 in where yg ni, bukan actually due date zie. Kan EDD ni sentiasa berubah² je. Mesti follow 1st due date masa mula² Zie di sahkan pregnant...which is on 26.3.2019.

Sudahnya, terpaksa ler Dr Tan, tinggalkan Note kat buku Biru zie untuk zie bawa ke KKIA in next check up untuk doktor di KKIA uruskan pertukaran tarikh Czer zie di SGH. Untuk pertukaran tarikh ni, in next entry Zie storykan ye...hihi.

Pssstt....banyak nah kesinambungan kan. Itu la kau Zie, malas lagi nak nulis blog. Asyik² throw back entries je memanjang. Kekangan kerja ni haaa yg buatkan blog tak update. Kalau ada masa sikit, idea pulak takde nak mengarang. Haishhh.... 




Balik dari KPJ, weols brunch. Lepas brunch, laparrrrrr. Huhu. Tak sempat breakfast.



Balik dari breakfast, Zie terus ke Rene Beauty Centre. Nak berFoot Reflexology. Sejak dah sarat bulan ni, Seminggu sekali zie gi berurut kaki. Sakit sangat². Mujur tak setiap hari kaki ni sakit². Tapi dalam seminggu, memang akan kena serangan sakit kali ni. Normal utk ibu mengandung. Bengkak kaki tak sangat... cuma tu la, terasa nyilu & kebas² je. Susah nak explain rasa sakit tu.

Kadang² sampai ke pinggang. last pregnancies, tak pernah kena ginie. huhu. Macam ni lah emak kita mengandungkan kita dulu kan. Huhuhu. Sebab tulah syurga kita di bawah ibu....

Balik dari foot reflexology, terus ke rumah emak mertua. Pastu, balik. Tak larat nak jalan² shopping. Jalan sekejap je dah semput.




Zie Pilih PruBSN Takaful Untuk Mikail & Irfan


Sementara menunggu agent insurans Zie sampai, layan minum Mocha Frapp duluin. My favourite ♥ Weols meet up di Starbucks Plaza Merdeka untuk pass Policy PruBSN Takaful + Medical Card untuk anak² Zie, Mikail dan Irfan.

Zie insured anak² Zie bulan 11 tahun lepas. Need to wait 120 hari utk policy insurans siap dan boleh di gunakan. Untuk minor accident, dalam tempoh 120 hari tu, pay & claim konsep dulu. Syukur dalam 120 hari menunggu policy siap tu....anak² Zie takda apa²  :)




Inilah dia my trusted Insurance Agent, Razin Amran (klik nama da untuk ke FB dia).  Banyak menang Awards dia ni taw. Thats why zie putus untuk insured anak² zie (soon akan diri sendiri...kena tgk budget. buat masa ni, zie utamakan anak². Zie kemudian² once financial dah okay...kena betul² plan)

Lupa plak bergambar dengan PA dia, Nabilah. Both of them sangat friendly. Higly recommended, siapa plan nak ambil insurans, boleh direct roger dia di Facebook dia --> https://www.facebook.com/razin.amran <-- dari duluuuuuu lagi zie nak belikan insurans utk anak² Zie, tapi tak jumpa agent yg betul² Zie rasa zie dapat percayai.

...Razin ni was recommended by my sister-in-law, Chu. Then tgk plak pencapaian dia buat insurans etc etc...he is 100% fully committed. Zie nak agent yg 100% committed, senang if ada apa² hal...zie boleh refer.

InshaAllah...andai kata one day, Zie memang memerlukan utk guna medical card or claim, he will be there to assist me. Coz far dgr feedback dari clients dia... dia memang agent insurans yg bertanggungjawap n jaga kebajikan client dia. No wonder menang byk awards kan. Hihi




Alhamdulillah. Anak² zie dah fully protected sudah. Tak perlu dah Zie risau lagi. Zie pilih policy yg linked dgn saving. Tak payah anak² Zie nanti loan PTPTN if dorang nak sambung belajar di Universiti. Dah merasa dah bebanan bayar Study loan. Zie nyer study loan, tinggal 3K je lagi...phewww!~

Insha'Allah... harap perancangan Zie ni berjalan lancar untuk masa depan dorang. Semua ayah ibu nakkan yg terbaik untuk anak² dorang. Zie tak terkecuali. Sebolehnya....selain zie masih hidup, selagi tu zie akan sediakan yg terbaik untuk dorang.

InshaAllah...once dah melahirkan nanti, after 15 days... InsyaAllah, Zie akan insure baby terus. Tak nak tangguh² (andai rezeki cukup...inshaAllah). Baru dapat next year, turn zie plak. Hihi.


Gambar Kelas 6 Cerdik + Tawaran Masuk Mahad Tahfiz


Sesi bergambar bersama Cikgu² di Kelas 6 Cerdik. Cari, mana satu Mikail. Hehehe. Syukur Alhamdulillah...selama 3 tahun, tamatlah sudah sesi pembelajaran Mikail di Tadika Tahfiz. From 0 to Hero anak emak dah. Dari buta huruf, jadi cerdik pandai dah dia.

Berkat kegigihan cikgu² dia memberi didikan dan tunjuk ajar. Bukan senang okay nak mengajar budak² di tadika. Umur 4-6 tahun, umur ni ler budak² tu jenis kuat main & "tak masuk saman"...hahaha.





Alahaiii....sopan je anak emak ni senyum. Sejuk hati tau tengok muka Mikail ni. Penyejuk hati emak dan bapak ♥




Sebelum cuti sekolah bermula, pada 2.11.18.... Zie terima panggilan dari Mahad Tahfiz. Mengucapkan tahniah diatas kejayaan Mikail di terima masuk untuk sesi pembelajaran Tahun 2019 bagi Darjah 1 dengan kelulusan cemerlang! Alhamdulillah.... Boleh refer di entry ini --> Ujian Saringan Ma'had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya'kub (MATTARY)

Zie dan husband tak push Mikail. If dapat, dapat. If tak dapat, sekolah di sekolah kerajaan yg biasa je. Tak perlu masuk sekolah private ni if dia tak dapat. Tapi bila anak lulus dengan cemerlang; dalam 200 plus anak² yg menduduki Ujian Saringan, hanya 50 orang je yg akan terpilih masuk, nak nak lagi anak ko dia antara Top 3... mak bapak mana yang tak bangga.

The best among the best. Alhamdulillah. Semoga Mikail terus kekalkan prestasi cemerlang dalam pelajaran walaupun hakikatnya, Mikail ni jenis yg kuat main. Zie doakan agar dia sentiasa cemerlang untuk ilmu dunia dan akhirat dan sentiasa berjaya dalam kehidupan dia akan datang. InshaAllah....


DIY Mini Graduation Ferrero Roche Hand Bouquet





Gigih je emak Mikail polah mini hand bouquet untuk hari konvokesyen dia last year. Buat sendiri baru puas hati. Since nak jimat, coklat ferrero roche tu beli 3 biji je. haha. Tak leh banyak², mahal plak budget nanti. Kita kan nak jimat kos.

Janji ada Graduation Teddy Bear, Coklat & sedikit bunga. Cara balut tu, uols boleh je refer tutorial di Youtube.




Untuk bunga dia plak, Zie tak guna bunga fresh or bunga plastik. Zie guna bunga kering. Hihi. Beli je kat kedai² bunga or kedai² buat tempahan hantaran, sure ada jual. 





Tadaaaaa....siap dah ♥ Letak dalam box....senang nanti nak bawa ke majlis tu. Takde lah kemek ke apa hand bouquet tu. Happy je Mikail dapat bunga tu. Terus dia kata "Lepas konvo, kamek boleh makan coklat ya kah?"....hahahaha.

Of course lerrrr anak ku oiiiii.




Throw Back Entry : Mikail Konvo Sudah ♥



Aduhaii...bercinta giler Zie nak blog out tentang hari Graduation Day anak sulung Zie ni. Entah kenapa entah, semakin tua...mood nak menulis tu semakin ke laut. Kekangan kerja maybe. Tapi bila dah free....idea nak menulis tu plak takde. Huhu.

So ni throw back entry tahun lepas. Pssttt.... mini hand Fererro Roche bouquet tu Zie sendiri buat taw. Buat kecik je, senang dia nak pegang. Handsome je dia berjubah konvo. hihi. Tak sangka dah Darjah 1 dah anak emak ni.




Persembahan kelas dorang. Mikail di barisan belakang. No. 5 dari kanan ♥





Tamat sudah sesi pelajaran Mikail di Tadik Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub dan berjaya menghafal ke semua surah dari Juzuk Ke-30 dan 1 Juzuk dari Alquran dengan pangkat Mumtaz (Cemerlang). Alhamdulillah. Semoga Mikail sentiasa cemerlang dalam pelajaran dia. Aminnn.

Sejuk perut mengandung. Hihi.





Gambar buat kenang²an dia dah besar kelak. Hihi. Comel anak emak ni taw. Tahniah sayang emak bapak!






Chocolate bouquet tu dari Mak Chu & Yak Minie dia. Thank you soooo much, sister in law! Sementaran Kamu Bergambar tu, hadiah perpisahan dari Cikgu Tehah & Uncle Habib dia sebab last adalah last dorang tolong zie hantarkan Mikail balik rumah.

Terima kasih Cikgu tehah & habib, jasa kalian yg dah bantu kitorang suami isteri, amatlah weols hargai ♥



Cikgu² kelas Mikail di Kelas 6 Cerdik ♥ Dari Kiri: Cikgu Lieka, Cikgu Mas & Cikgu Ros. Cikgu Ros paling lama jaga Mikail. Dari Tahun 4 sampai Tahun 6. Cikgu Lieka plak, dari Tahun 5 sampai Tahun 6. Dan Cikgu Mas plak, hanya Tahun 6 je start ajar Mikail.

Cikgu Mas: Cikgu Al-Quran & Tahfiz dia.
Cikgu Lieka : Cikgu Akademik dia
Cikgu Ros : Cikgu yg bertanggungjawap uruskan makan minum pakai dia.

Thank you cikgu². Tak lupa gak dengan ex-cikgu dia, Cikgu Bie, Cikgu Syu & Cikgu Zilah...atas tunjuk ajar kali. Hanya Allah dapat balas jasa dan budi kalian dalam mendidik anak kami ♥




Nah...video persembahan Mikail. Yup, Zie siap upload di Youtube. Sebagai kenangan. Senang je nak buka nanti if rasa nak tengok balik tanpa penuhkan phone memory. Hahaha