Akhirnya! Kau Ku Miliki ♥


Yayyyy! Akhirnya dapat juga Zie set Tupperware LAT edition ni. Dari tahun lepas koooo Zie dok intai di Shopee. Tunggu ada seller buat stock clearance. Hehe. Zie kan pembeli yang bijak. Bukan apa bayar mahal sekiranya akan ada harga murah nanti, betul tak? 

Sebab tu sekarang Zie dah malas dah nak renew member or apply membership lagi sebab even harga member di East Malaysia pun still tak semurah harga di Shopee. Zie bukan nak kejar sales pun. Zie join member sebab nak dapatkan harga murah je sebenarnya dulu...hihi 




Tengok tue price untuk EM → RM154.90 kau! Bapak giler mahal! Parkinson terus iols. Haha. Tapi di shopee, bila ada seller buat stock clearance, Zie hanya dapat RM66 jer per set tu okey. FREE POSTAGE lagi tu. Syukur sangat² wujudnya Shopee. Dapat gak miliki benda alah mahal dengan harga yg murah. Lalalala...

Tupperware LAT ni Zie ngiyau husband untuk belikan. Haha. Buat letak susu anak² alasannya weh. Hahaha. Next target, Tupperware Rice Smart nanti. Tapi tunggu ada keluaran warna cantik sikit la. Putih hitam ke...kalau ada lah. Sebab warna tema rumah dah segala apa dalam dapur bertemakan putih hitam kelabu...haaa gittew.