|| Clothing Review || Zalora Neck Peplum Top




Sampai sudah baju² yang Zie beli time Zalora buat Fashion Fever Week that day ♥ Yang di tunggu² ni. Tak sabar sebab semua baju dah tak muat dah...huhu. Kekurangan dah saya baju buat gi kerja....hmmmm. Nasib lerrrr Zalora semacam memahami je.

Happy! Super fast delivery! Delivery dari Zalora memang tak pernah mengecewakan. Hari beli, esok sampai dah. Pantas!



Inilah dia 3 baju tue (Klik SINI untuk baca entry semula). Semua jenis Peplum ye, FYI. Why? Sebab cutting peplum ni akan bagi illusion macam kau tu slim, solid gittew. Cewah! Walaupun pada hakikatnya engkau debab! Haha. 

Takpe, at least tertutup ler perut yang berlemak² ni. Jom baca review Zie as Zalora brand's consumer.

↓↓
↓↓
↓↓
↓↓
↓↓

Zalora Basic Halter Neck Peplum Top


My style in wearing ♥ Siapa kata kita perempuan bertudung tak dapat beli baju seksi? Dapat jer....janji guna jacket/blazer. Terus WOW hasilnya. Kena pandai mix & match ♥  Zie beli Size L. Oh ye, baju ni memang brand Zalora itself ye. Rupanya untuk brand Zalora ni, Zie kena beli 1 size bigger dari size yang Zie pakai.

Fit me perfectly sebab dia tak berlengan maaa. Andaikan this is sleeve top, sure tak muat sebab kain dia bukan jenis stretchable, sure akan sangkut kat part lengan ku yang sado ala bodybuilder...huhu.. Kain dia berjenis Polyester (ala² jenis chiffon gitu la), ailike! Smart!

Suka dengan cutting bahagia depan dia. Kemas dan selesa. Sesuai utk formal & casual pada Zie. Buat uols yang tak bertudung, if pakai peplum top ni, make sure pakai bra yang tali dia uols boleh buat silang X. Tu kalau nak bertali....so that tak nampak tali bra kalau buat silang X tu. Baru kemas. Sebab baju ni jenis halter kan. Kena pakai gitu. Pada Zie lah ye.

Andaikata tak nak bertali, pakai bra jenis half cup sahaja. Haaaa...hanya gegurl je tahu apa yg Zie maksudkan. Boboi, namo masuk campur ye....hihi. Overall, i love this halter neck peplum top! So much! Nak repeat beli warna mustard nanti ♥

Oh ye, belt dia pun lawa. Simple je. 



Zalora Basic Square Neck Peplum Top
Color : Mustard




Yang ni plak Zalora Basic Square Neck Peplum Top. Zie beli 2 warna, Mustard & Burgundy.  Warna, cantik! As expected. Size dia plak, macam yang Halter Peplum tu jugak....kena beli 1 size bigger. Which is XL (since Zie pakai size L).... baru ler tak ketat sangat bahagian lengan & dada tu. Takpe... motivasi untuk Zie kuruskan badan. Haha!

Length Peplum tu plak....hmmm, pendekkkkkk. Tak menutupi sangat bahagian bawah depan tue (err...paham kan maksudnya?)...untuk badan Zie lah ye. Kot kot badan uols okay jer. So untuk Zie, a big NO NO NO untuk Zie berseluar pakai. Tak suka bahagian tu tak tertutup. 

Jadi Zie matchingkan dengan mermaid skirt. Problem solve! Hehe. Terus jadi mini kurung peplum dia ♥ Okay uols, that's review for today ye. FYI, this is unpaid review ye. Suka je Zie nak buat review so that uols yang nak beli tu boleh jadikan rujukkan ^_-

Happy Shopping! Xoxo




No comments: