Ngedate di Mom's Laksa, Petanak


Mood nak makan di kedai hari ni. Sekali sekala ngedate keluar makan. Takde lah terperuk je kat office selama 9 jam. Sesekali nak gak tengok dunia luar. Haha. Ajak Miss Wong sekali pergi. Dia jadi tukang drive since Mira tak drive harini (dia jadi MEM arini...En Tunang dia yang hantarkan pergi kerja)...dan since Zie pun malas nak drive.

Aku kakak bah, sure ler akan harapkan adik² yang drive....uuuuweeee~ Lokasi lunch weols di Mom's Laksa, Petanak. Teringin sangat nak makan Mee Kolok Special dorang.




• Mee Kolok Special : RM8
• Laksa Sarawak (Biasa) : RM7

Tadaaaa! Sila menjamu mata ye...hihi. Mee Kolok Special, for me. Laksa Sarawak...utk Mira & Miss Wong. Sambal dorang dua² iols punya. Hihi. Takut pedas dorang dua tu. Laksa kalau kurang pedas...tak sedap, bagi Zie ler ye.

Lama Zie tak breakfast kat sini. Bulan Ogos ni, malas bebenor Zie nak bangun awal...almaklum ler, husband yang hantar Mikail pergi sekolah. Zie hanya hantar Mikayla je ke nursery. Irfan plak, stay kat rumah dengan nenek dia.



Air Sejuk : RM0.30

Air pulak, both of us (Zie & Mira) ordered air sejuk je. Mira jadi tukang ikuttttt je...budak tuuue, alahai. Hahaha. Reason order air sejuk...sebab nak ambil Redoxon ler noks. Nak cantik dan sihat katanya kan. Wajib di bawa ke mana². Bagi Mira sebiji.

Overall belanja makan tengah hari ni : RM8.30 je. Jimat Jimat. Hihi.



1 comment:

Cik Renex said...

Nampak menyelerakan kak. Lapar lak ase..