Masa Untuk Pap Smear & Pelvic Screening



Akhirnya, selepas 10 bulan melahirkan... baru Zie ada kekuatan untuk buat Pap Smear πŸ˜πŸ˜‚ Actually buat Pap Smear ni bukannya takut sakit kah apa. Bagi Zie lah... more kepada malu. Ye lah, suami kita je yang tengok, alih² terpaksa bagi orang lain tengok walaupun doktor dan nurse perempuan. Still okay, malu.

Tapi demi kesihatan rahim, nak tak nak.... kena juga pergi buat. Sepatutnya 6 bulan selepas melahirkan. Then setahun sekali. Tapi Zie.... last Zie buat adalah time tahun 2013. Hahaha! My Bad. Nasib takde apa² kan. So sekarang, insaf dah. Akan displin buat setahun sekali.





Before this, Zie selalu buat kat Helen Ngu Women Hospital. Tapi kali ni Zie nak try kat Sarawak Family Planning Associates (SFPA) ni. Dengar khabar murah. And indeed... memang murah. Jauh giler beza dia. Dulu tahun 2013, price die Helen Ngu Women Hospital tu Pap Smears je cost RM200. Kat SFPA ni, Pap Smear hanya RM25 je

...tapi of course lah, tempat dia takde lah secantik dan so comfy seperti di Helen Ngu tu. What did you expect, kan. Bagi Zie.... tempat tak jadi masalah. Asalkan nurse & doktor yang akan buat Pap Smears tu semua perempuan. Should be okay dah.

Jangan membazir, uols. Ada tempat murah, why not ke tempat murah kan. Sama je procedure dorang. Tapi kalau uols mampu, why not goes for a better place. Up to you. Zie... zie pilih kat SFPA. 





Since murah, Zie buat sekali Pelvic Scanning. Pelvic screening ni untuk check rahim kita ada sebarang ketumbuhan or not. Wajib buat ni setahun sekali. Ni Zie share price yang SFPA ni charge Zie ye...

Register : RM5
Pap Smear : RM25
Pelvic Screening : RM30
Total = RM60.00


See.... not even close to RM100 πŸ˜ Dari segi layanan nurses dan doktor.... sangat² friendly. 10/10 Zie rate service staff SFPA ni. Selepas uols buat Pap Smear tu kan, doktor akan automatik check breasts uols ~ for Breast Cancer checking la ye, FYI. Alhamdulillah... normal.

Lepas tu baru doktor buat Pelvic Screening. Part ni pun, alhamdulillah... takde masalah Zie. Rahim sihat walafiat hendaknya. Penampakkan cyst pun takde. Alhamdulillah πŸ˜‰ As for result Pap Smear plak... kena tunggu 2 minggu selepas checking.

Kalau di Helen Ngu, hanya tunggu 1 minggu je. Kalau di KKIA plak, 1 bulan tunggu result. Hihi. SFPA, 2 minggu. See perbezaan antara bayar marah ke bayar murah ke free (di KKIA kira Free. RM1 utk pendaftaran je). Why Zie tak nak ke KKIA... hehe, segan. Sebab nanti tiap bulan bawa anak² gi check up...so a big no also.

Sanggup Zie pergi tempat berbayar. For your information, SFPA ni bukan badan kerajaan ye. Dia badan NGO. Sebab tu berbayar.





2 weeks later. Zie call tanya result Pap Smear Zie. Nurse di SFPA gtaw semuanya normal. Alhamdulillah.... No need to worry. So keluar sekejap during working hours untuk ambil result Pap Smears Zie ni. So uols, Zie sudah.... uols ladies bila lagi?

Jangan tak buat ye uols. Itu je satu²nya cara untuk kita tahu "kewanitaan" kita sihat ataupun tidak. Jangan nanti dah terlambat... menyesal tak sudah. Buang malu ke tepi. Utamakan kesihatan diri, okay? πŸ™†



No comments: