Resepi Chicken Mango | .eat.enjoy.love.



🍗 Bahan² Untuk Ayam
• Isi ayam (bahagian peha/dada)
• Tepung Serbaguna
• Lada hitam & bawang putih (untuk perapan)
• Minyak untuk menggoreng 

Cara Membuat
• Perap ayam dengan lada hitam dan bawang putih.
• Perap selama 20 minit.
• Pecahkan telur ke dalam isi ayam. Gaulkan hingga rata.
• Salutkan isi ayam ke dalam tepung serbaguna. Goreng hingga kekuningan [deep fry]


🥗 Bahan² Dressing
• Mangga muda
• Carrot
• Daun ketumbar
• Sedikit bawang besar

Cara Membuat
 Parutkan atau hiris ikut saiz yang sesuai.


🍶 Bahan² Untuk Sos
• Sos Tomato
• Sos Thai 
• Gula Perang
• Cili api potong
• Perahan jus limau nipis

Cara Membuat
• Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh last sekali).
• Sukatan agak-agak ikut citarasa. Kalau sos terlalu pekat boleh tambah sedikit air panas.
• Gaul Ayam dengan mangga dan bahan-bahan yang dah dihiris tadi.

SIAP! 👩🏻‍🍳
Simple je kan buat masakan Western ni.
So, selamat mencuba. Xoxo!
.eat.enjoy.love.



Olin Dah Boleh Balik!


Sambungan dari entry : Olin Kena Tumor (klik untuk baca)

Olin warded kat Dr Zawani Animal Clinic selama 3 hari 2 malam. Admitted hari Sabtu (7.8.21), discharged pada hari Isnin (9.8.21). Lepas balik kerja, almost 6:30pm Zie sampai kat klinik. Mujur belum tutup lagi. I am the last customer...hehe. dalam dah ada 3 orang pet owners tunggu turun jumpa doktor.

Since mine one is ambik balik Olin... so tak perlu ambik turn bagai. Terus je ke kaunter untuk uruskan pengambilan Olin dan final payment untuk surgery & ubat²an dia.



Alhamdulillah.... pembedahan pembuangan tumor Olin semuanya berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Syukurrr. Selagi Olin tak di depan mata, selagi itulah jiwa tak tenteram. Olin je difikiran. Hanya yang ada pelihara haiwan perliharaan je akan paham apa Zie rasa.

Oh ye...si kepoh bulus tu kuching di klinik tu. Means kucing Dr. Zawani leh tu kalau macam tu kan. Soooooo bossy kelihatan dia masa Zie masuk klinik. Duduk atas kaunter dengan gaya diva gittew. Kelas kau, miaw! Hahaha. 

Comel! Geram aku! Haha.




Senyap je Olin duduk dalam carrier cage tu. Tengah tahan kesakitan kot. Kesian dia. Nampak muka dia muka sakit taw. Sayang dia sangat². December tahun ni, genaplah dia berumur 18 tahun. Zie jadikan tarikh 16.12.2003 adalah tarikh hari jadi dia. Sebab masa tu lah Zie jumpa dia kat tepi jalan.

Kucing pungut dia ni sebenarnya. Setia bersama Zie sampai sekarang.




"Souvenirs" buat Olin. Haha. Macam manusia jugak weh. hehe. Ada ubat pills gak. hihi.  Malam tu Zie tak perlu bagi dia ubat dah sebab sebelah petang nurse di klinik dah bagi dia ubat. Doktor bekalkan dia ubat antibiotic, ubat surut radang (rasanya ni ubat tahan sakit ni. Lupa plak tanya time tu), air untuk cuci luka dan iodine





Inilah dia kawasan tumor yang jahat tu. besarkan tempat surgery dia :( Yang tengah tu "berlubang" uols jangan hairan. Sebab kulit Olin dah tak dapat di tarik lagi. Terpaksa buat jahitan gitu. sebab kat kawasan tu lah permulaan tumor dia. Officially now, Olin dah takde 1 nenen. Terpaksa di buang. Nasib dia dah tak dapat beranak lagi. Lama dah Zie mandulkan dia. Right after dia beranak kali ke-2. At least dia dah ada merasa pengalaman jadi seekor ibu kepada 4 ekor anak

Sejujurnya.... takut Zie nak cuci luka surgery dia tu. Terutama sekali kat bahagian yang "berlubang" tu. Terketar² je tangan ni tiap kali nak dap dap kat tempat tu...huhu. Sebab takut dia terasa sakit bila di cuci kat situ. haishhhh....





Cantek dah tempat dia Zie sediakan untuk dia berehat sembuh dari lepas buat pembedahan. Ala kadar dulu Zie belikan barang² dia. InshaAllah...soon Zie akan belikan dia her own house (pet house lerrr of course...hehe), so that dia akan her own private space...gittew. Haha.

Soon gak, akan belikan dia tempat utk kucing bermain. Di shopee ada jual....syukur ada shopee! Hihi/ Slowly akan jadikan rumah di kem tempat dia betah tinggal. Tak nak dia kemurungan cam last year sampai "lari" dari rumah dia. Serik tau Zie. Almost seminggu dia hilang masa tu.

Setiap malam Zie bertangisan sedih terkenangkan dia. Syukur rezeki Zie untuk peliharaan dia masih Allah izinkan. Masuk hari ke-5 dia hilang, setelah puas Zie cari dia disekitar kem (siap tampal poster Missing Cat di setiap block kem, okay... haha)... akhirnya terserempak dengan dia di parking space. Dia duduk tepi kereta Persona yang totally sebijik macam kereta Zie. Pandai dia kan...

Kenang yang tak akan Zie lupakan....




Olin Kena Tumor :(

 


Hendak di jadikan cerita, on last Aug 7... emak gitaw Zie, Olin luka di dada, Mula² ingatkan luka kecik je. So Zie pesan, sapu ubat. Then bila emak kata, asyik berdarah je and emak tak dapat nak sapu ubat sebab Olin garang, Asyik nak mencakar dia je. So Zie pun.... "baiklah. Kejap lagi sampai.." So Zie pun terus ler ke rumah emak. Sekali gus ziarah emak, topup barang dapur dia yang kurang pe suma.

Settle semua, baru ler dapat panggil Olin untuk sapu ubat kat "luka" dia. Bila tengok je Zie luka dia, Ya Allah...terkejut Zie. Isi sampai terkeluar (time tu kan bodoh, still ingat luka sampai isi terkeluar...huhu. Langsung tak tahu benda alah yang di kata "Isi" tu sebenarnya tumor dia).

Membebel lah Zie bila tanya emak, bila emak perasan Olin luka. Emak kata last week. Ya Allah...seminggu lebih dia gitu and emak baru gtaw Zie sekarang. Then mak kata, asyik lupa je. Dia tengok Olin okay je takde lemah bagai.... tu dia asyik lupa gitaw.

FYI, Olin stay dengan emak sebab Zie dia kat kem polis flat. Kemurungan dia duduk dengan Zie sebab tak dapat "pijak tanah"...paham² ler bila duduk di rumah bertingkat²... huhu.



Memandangkan takde cat carrier cage, terpaksa lerrrr pergi ke Pet Shop yg terdekat beli carrier cage. Mujur ada jumpa yang simple and lawa. Hihi. Beli, then terus patah balik rumah emak... ambil Olin. And terus bawa perlu vet.

Mula² Zie ke vet tempat selalu Zie bawa kucing² Zie (kat area office tempat Zie kerja...ambik senang nak ambil dia balit lepas warded nanti)... Tapi tutup ler pulak bila sampai kat situ. Rupanya closed at 5pm dorang dah sekarang. Lama tak pergi.





So Zie google ler, ada lagi tak vet yang still open sampai malam. Alhamdulillah...this is the only clinic time tu buka di Kuching, Dr. Zawani Animal Clinic. Tak jauh dari rumah emak rupanya. Dorang buka sampai pukul 7:30pm. Syukur....

Ramai giler wei orang. Sejujurnya...dah macam serupa dengan bawa anak pi KKIA check up. Haha. Almost 2 hours le juga tunggu our turn. Tapi tak terasa lama tunggu sebab pet owners yang lain sangat friendly. Sedar tak sedar.... dah our turn ♥





Alololo....kesian Olin. Risau and takut je dia kelihatan. Tak senang duduk dia dalam carrier cage tu. Hehe.




Bila our turn dah masok klinik (sepanjang covid ni, utk jaga SOP... hanya 4 orang owner sahaja dibenarkan masuk. Sebab tu lah sampai ke luar klinik berbaris. Well, to be honest.... sangat kagum dengan kekemasan dalam klinik vet ni. Bersih & Kemas... Siap pakai Coway air purifier plak tu.



Masa Olin dah di checked oleh Dr. Zawani, baruuuuu lah tahu "luka" tu sebenarnya adalah tumor. Allahhuuuuu.... Minta maaf Olinnnnn, mak tak tahuuuuu sayanggg. Bila tumor tu tumboh, pun tak tahu. Sampei membesar and pecah dari kult dia tumor tu membiak. Jahatnya kau tumor...keji nah.

Masa Dr Zawani terangkan yang Olin kena Mammary Gland Tumor, rasa nak menitis air mata. Katanya if in human, akan di panggil Breast Tumor. Allahhuuuu.... baru tahu kucing pun ada gak penyakit tu ea. Olin memang kena go for operation untuk buang tumor tu.

Menjawap ler dia warded 3 hari 2 malam... hehe. 



Once dia warded, kena bayar RM150 deposit dulu. Balance akan bayar habis once dia discharge nanti. Zie memang dah siap siap budget RM500 untuk cost surgery Olin. Bila Zie tanya, how much anggaran total untuk cost surgery dia sekali gus ubat² and warded pe suma. 

So Dr. Zawawi bagi ler quotation price around RM270 - RM300 macam tu. Surprised taw Zie. Murah nah. Last time when anak Olin, Rifqi went for surgery kat klinik vet yang Zie selalu pergi tu (takyah lah Zie sebut nama..hehe).... it cost me RM500 plus. Ward 2 days 1 night je. Surgery utk jahit luka di perut  akibat kena kaca tingkap pecah.

So bila di sini, memang cam tak caya je anggaran cost only RM300 macam tu. Tak akan more than that. Memang sah sah ler Zie akan pergi ke sini je lepas ni. Oh ye uols (warga Kuching), Dr Zawani Animal Clinic ni hanya terima haiwan yang halal je ye. Yang haram, dia tak dapat terima. Ada Zie tanya haritu... hehe.



Nah...a little knowledge tentang Mamamy Gland Tumor in cat ni. Apa terjadi pada Olin selepas surgery tu? Well... Zie sambung in next entry ye, uols. Pengajaran buat pet owner di luar sana.... Andai uols tengok macam ada ketulan di bahagian  nipple or mana² bahagian badan/muka/kaki your pet... cepat² bawa gi jumpa Vet ye, uols.

Jangan jadi macam Zie ni. Dah membesar sampah koyak kulit dada Olin, baru nak perasan yang di sakit. Owner yang sangat tak guna Zie ni. So, uols selalu² ler periksa kesihatan haiwan peliharaan uols ye. Amanah Allah untuk kita juga pet kita tu. 

... 'til then, uols. In next entry ye... sambungan entry ni. XoXo ♥