Kemaskan Barang-Barang Olin

 


Balik dari rumah emak Zie (selepas kuburkan Olin. Zie kuburkan dia di rumah emak sebab kat situlah tempat dia membesar dgn penuh kasih sayang), termenung kejap Zie tengok kawasan rumah dia ni. Takde lagi dah kesayangan hati Zie dok mengiau kat situ.

Mati itu pasti, uols. Zie redha. Kita ni pun sooner or later akan menyusul. Keesokkan petang lepas balik kerja baru Zie kemas kawasan rumah dia. Buang mana² yang patut, cuci mana² yang sepatutnya dicuci.



Kemas dah rumah kesayangan hati Zie. Sekarang, takde lagi dah bulu bulu kucing bertebangan. Allahhuu.... rinduuuuuu 😭😭😭 Tilam dia yang hitam tu, Zie cuci bersih². Untuk Zie jadikan props ambil gambar barang 😆 Tak akan Zie buang barang² dia... semua tu adalah kenang terindah Zie pada dia. 



Karpet tempat dia bersantai² plak, Zie jadikan alas kaki kat bilik air.




Ubat tumor dia, Iodin & air cuci luka tu, Zie buang. Meanwhile yang Nano Gold Wound Spray, wet tissues Dry shampoo and mandian yang lain (takde dalam gambar, Zie akan bagi kat anak buah husband Zie since dia ada kucing.




Still banyak lagi Inflamation pills a.k.a pain killer Olin ni. A week sebelum dia meninggal, Zie dah stock up untuk sebulan. Apakan daya, Allah lagi sayangkan dia dari Zie. Sikit je dia sempat makan pills tu. 

Awalnya nak buang @ return balik ke Dr Zawani Animal Clinic (kalau dorang nak terima la...sayang dari dibuang).... then suddenly Mira whatsapp Zie kata dia makan ubat utk. Untuk surut bengkak katanya. Doktor bagi dia masa dia bengkak telinga aritu. 

Barulah Zie tahu yang pills tu manusia pun dapat makan. So syukurlah, takde istilah buang. Bagi kat Mira untuk dijadikan stock ubat²an dia since longer expiry date.

Time kemas barang dia.... berlinangan air mata Zie. Sedih sangat². Terima kasih Allah, dah pinjamkan Olin selama 18 tahun ♥

No comments: