Showing posts with label Cute Stationery. Show all posts
Showing posts with label Cute Stationery. Show all posts

Shopping di Mr D.I.Y Lagi



Hehehe....sekarang ni kerap plak zie bershopping benda alah comel² di Mr. D.I.Y ni. Kat sini sooo heaven koooo cara barang² utk buat craft. Semua hado. Murah² plak tu. Cuma satu je tak best, some items dorg tak letak price tag. 

....ingatkan murah, bila sampai kat kaunter pembayaran, terkejut tengok harga mahal. Sebab tak nak malu, beli je lah. Huhu. They should letak price tag actually. Tak pun sediakan mesin utk customer check price.





Ini dia hasil rembatan zie. Beli blackboard pegs utk label paperworks di opis. Baldi tin kecik tu, tempat letak penyepit tu. Yang ladybug tu plak, magnetic memo stick pad. Semakin comel lerrr workstation zie di opis nanti... hiksss.

... bila tgk workstation penuh dgn stationery yg comel  comel, tak terasa tau keletihan. Seriously ni. Semangat je tgk paperworks di sepit dgn penyepit yg comel. hihi




Ceaaa....budak kecik ni nak gak jadi model benda alah tu. Sibuk dia tgk Main nombor tu, sibuk gak dia berhenti kejap semata mata utk posing. hahaha. Mewarisi siapa ek sifat gila bergambar tu ek ek? Hahahaha...


Edited on 30.10.15 at 9:50am


Menjawap komen Cik Cinta, dia nak tgk susunan paperworks bila guna blackboard penyeput yg comel ni. Hihi. Ur wish is my command, my lady... hehe

nah... skodeng pic below ^_^





Tadaaa... inilah dia. susun kemas kemas letak tepi meja. Terbalikkan paperworks so that rakan sekerja tak dpt tgk details dalam paperworks...hehe.

....dulu selalu guna kertas je utk label. Skrg...no more dah. Guna penyepit comel ni je. Sejuk mata memandang. haha





Pemangkin Semangat Bekerja




Hasil rembatan Zie.... hiksss. Start lagi dah kegilaan Zie dgn penyepit yg kiut miut, taw. Ari tu pergi ke Mr. DIY store di Boulevard Shopping Mall. Perghhh!!! Besar kooooo Mr. DIY Store kat sana.

....ibarat macam syurga crafters mcm Zie. Hihi. Kali ni Zie belikan mesej penyepit. 




Inilah kegunaan nya.... hehe. Buat Zie clipkan kertas kerja mengikut kategori kategori yg Zie buat. Baru semangat buat kerja bila tgk stationery comellll je.

....tak terasa working hours tup tup dah habis. Hihi. 



Mesej board yg besar warna ijo tu plak... buat Zie tempek motivational quotes yg ada kait mengait hal kerja. hehe. Asal rasa stress, boleh je jeling²  quotes tu. Kasi stress hilang...hehehe. Nak beli byk lagi penyepit tu nanti, tak cukup.... hehe








Alat Tulis Yang Comel Giler




Ya ya ya... Zie tahu zie masih lagi ada sedikit kebudak-budakkan... Hehe. Nasib anak belum start sekolah, if dah start sekolah... rasanya mungkin akan berebut lat tulis dgn anak kot. Hahaha. Hari tu masa jalan-jalan ka Super Save (Zie memang suka ke super save sbb byk barang comel-comel di jual kat situ)...

...terserempak lerrr dgn alat tulis yg comel ni. Kalau ikutkan hati, nak aje beli setiap satu jenis taw. Kalau lah aku kaya...hohoho. Memandangkan tak kaya.... so kenak buat pilihan bijak ^_^






Set pencil dan pemadam yg berbentuk tangan :) Seee... ada "Peace" sign, Hi Fve or "penampor" sign (hehe...) dan Penumbuk sign. Rembat teros. For sure yg tang pemadam tu zie tak akan pakai. Buat maskot kepala pencil...hiksss.

...syg koooo nak guna.




Ni plak zie gelar pen logo :) Sepeket ada 3 batang pen. Sebatang pen, zie kasi kat Mikail. Buat dia main conteng conteng ^_^




Yg ni plak pen replika dari Swarovski Pen. Zie ada original pen Swarovski yg ex colleague bagi sempena chrismat + belated Birthday gift 2014. Boleh klik entry ini --> My Belated Christmas + Birthday Gift :) Mahai giler kalau yg original. RM200++ taw. Kalau sendiri beli, memang idak ler kooo....

...hehe. So bila terserempak dgn inspired swarovski pen in where harga RM4.99 je.. apa lagi. Rembat teros weh! Hehe. Beza yg original and inspired. Original, sinar dia lebih terang dan lebih berat. Manakala yg tiruan plak... sgt ringan dan sinar kureng menyerlah...hehehe :D




Buat setiap hari guna ok lah yg tiruan ni kan. Yg original..sayang nak pakai. Pakai bila perlu je masa kuar jalan-jalan. Hehe. Apa apa pun....comel!