Showing posts with label Diecast. Show all posts
Showing posts with label Diecast. Show all posts

Diecast Jeep Polis







Menambah koleksi diecast kereta polis utk suami. Kali ni kenderaan polis yg berjenis Jeep :) Actually, Zie belikan utk Mikail sebenarnya. Sebagai upah dia nak pergi beli kasut sekolah. Kan masa nk beli kasut sekolah dia hari tu Mikail berdrama bagai. huhu

...sehari je Mikail main, terus papa dia mintak. Sayang katanya if rosak dikerjakan Mikail. Iyerrr ler tu. Kasi je lah kat papa dia. Since hobi papa dia kumpul diecast kenderaan polis :P






Asal Keluar Jalan... Kompom Ada Je Rembatan Mikail


Bestnya jadi Mikail. Asal keluar jalan je... kompom balik rumah bawa keta mainan baru dia. Zie dan husband selalu je kalah dgn drama air mata dia.

....lagi pun yg dia nak, beringgit dua je. Kalau sampai cecah ratusan, tak kuasa nak bagi. Bagi tangan nak..eh! Hehehe.




Kali ni dia nak diecast lamborghini. Dia sendiri yg pilih. Weols tukar ke Hot Wheels yg harga RM8.90 tu... tak nak weh.

...nak lamborghini tu gak dia. Demand nah. nasib rega tu still mampu lagi. Coz weols guna membership bonuslink, byr less than original price.

Fuhh..lega. hehe.



Dah dapat keta mainan baru... happy. If tak... mata sentiasa terkandung air. Nyampah nah. Kau tunggu lah bila kau dah kerja nanti, Mikail.

....turn mama plak yg mengiyau nak kau beli itu ini. Tak nak beli, mama buat macam kau...menghempas diri ke lantai. Haaaa.... baru kau tahu rasa. 

...errr, kalau zie tak nyanyuk.... agak agak nak ke aku buat gitu weh. Hahahah. Kussss semangat ^_^






Baru Beli... Terus Jadi Besi Buruk?


Kali ni tak belikan Hot Wheels utk Mikail. Tapi beli keta mainan yg berjenis diecast car model. Ambil besar...hehe. Kan Hot Wheels kecik je... tak puas.

....Mini Cooper ni Mikail sendiri yg pilih. Actually nak belikan dia diecast truck polis. Tapi dia kata sik kacak. k lah k lah... mini cooper lahhhh.




Muka hepi kemahuan dia di turutkan. Huhu. Turutkan mana yg mampu je. Kalau yg tak mampu... kau ingat aku kuasa nak layan???... Takde makna nya weh. Haha.

... mikail ni, asal keluar jejalan je.... kompom "pau" mama dan papa dia. Kalau boleh tak nak lalu depan toys shop. huhuhuhu

Tapi kan... yg buat Zie geram. Tak sampaiiiiiiii pun 24jam beli. Terus jadi besi buruk diecast tu taw. Geram nah..

::
::
::
::
::
::


Seee! Seeeee! Mikaillllllllll!. Pertama kali di buat mainan dia ginie. Apa lagi... kena hukum lerrr dia lepas tu. Sayang anak, tangan tangan kan juga. Baru tak menyesal di kemudian hari.

....tp part menangan tu, jgn sampai menyakitkan ye. Menangan sekadar utk mendidik. That's my style. Kena displinkan dia. Siapa yg tak sayang anak.

Hukum dia bukan sebab rugi beli mahal mahal tapi akhirnya jadi gitu. Hukum dia sebab nak dia tahu erti sayang dgn harta benda. 

...melentur buluh biarlah dari rebungnya ^_^



Diecast Kereta Polis




Kalau anak dan emak berkoleksi Disney Cars dan Hot Wheels, papa dia plak tak nak kalah kooo uols. Nak gak berkoleksi gak weh. Koleksi husband plak adalah diecast kereta polis. Buat dia jadikan pameran kat dashboard kereta dia. Hahaha.

....so senang je lah setiap tahun sempena hari polis zie nak bagi dia hadiah apa dah skrg. Beli je diecast kereta polis....sure kawan tu melompat riang. Hehe ^_-





Alolololo anak mama ni. Mengiyau koooo dia nangis sebab nakkan diecast kereta polis papa dia tu. Dah pun nama koleksi papa dia kan... for sure lah papa dia lokek bagi dia main. So pe lagi...melalak ler dia nangis dlm kereta.

...sudahnya bagi dia pegang je kotak tu. Baru senyap. Tu pun asyik² suruh Zie buka. Hehehe. Sorry ye nak... ini kereta papa kau yg punya :P







Cool seyyy uols. Boleh buka² kooo pintu segala bagai tu. Teruja plak zie tgk...hehehe. Pape pun, hope u like it sayang :) Yg ni zie belikan sempena wedding anniversary yg ke-3. Dia nakkan ni...so bagi je lah. Jimat duit. Hahaha.