Showing posts with label Selangkah Ke Alam Misteri. Show all posts
Showing posts with label Selangkah Ke Alam Misteri. Show all posts

Selangkah Ke Alam Misteri ** MASJID JIN DI MEKAH **


Untuk Episode SKAM pd hari khamis neh, Zie nk share one story dgn uols ttg Masjid Jin di Mekah. Sape² yg udah pernah gi Mekah, kompom dh gi n bersemayang di Masjid neh.

...story yg bakal Zie storykan neh berdasarkan story talk dr mulut makcik² yg udah pernah memijakkan kaki kat c2...same² lah renung²kan kebesaran Allah SWT...subhanallah :)



**Gambar Masjid Jin**


Zie believe uols pernah dgr kat ttg kewujudan masjid jin kat Mekah tuh, kan? Masjid tuh dibina di tempat perjumpaan Rasulullah SAW dgn sekumpulan jin. Ketika itu Rasulullah SAW sdg membaca surah al-quran dn sekumpulan jin itu terpesona dgn bacaan Rasulullah SAW lantas jin² tersebut telah memeluk islam.



قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآناً عَجَباً
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!


...utk memperingatkan pejumpaan dn pengislaman sekumpulan jin tersebut, Rasulullah SAW telah membina masjid khusus utk mereka. Menurut makcik **kwn mak** yg pernah menunaikan solat didlm masjid tersebut, hanya yg mempunyai keimanan yg kuat je yg dpt mengerjakan solat kat masjid tuh waktu mlm.

Nape??? sbb menurut makcik tuh, penjaga masjid tuh dh bg die n husband die warning. Nnti akan mengalami peristiwa pelik time kat dlm masjid tuh...tp dorg degil n x nk caye. So solat lah mereka berdua jek. Time dah maksok waktu kan...time neh dorg dh nk mendirikan solat...

x semena² tiba² penuh sejadah terhampar memenuhi ruangan solat masjid tuh. Makcik neh pun say gak, die n husband die turut mendgr sora² org yg mengaminkan bacaan "imam" padahal pd ms tuh onli mereka berdua jek.

...meremang tros ler bulu roma. hbis jek bg salam, tros cabut dorg kuar dr masjid tuh dgn muke pucat. Tuh ler, jgn takbur n x caye sgt. Kat tanah suci mekah tuh...mcm² bende n pekara pelik n x logik di akal waras selalu terjadi.

Bile dok dgrrr jek ttg kisah Masjid Jin neh kan...Zie jd teruja giler nk mengalami pekara yg same taw. entah² x sempat aku nk angkat takbir tros cabut langkah seribu kot..hahaha. Hemprhhh..kapan yek bisa mengerjakan umrah n haji neh :(

Semoga Allah SWT memanjangkan umor Zie dn mengizinkan Zie utk mengerjakan umrah n haji di tanah suciNYA sebelum ajal menjemput Zie...Aminnnn.










Princess Redbloodsnow Copyright©

Selangkah Ke Alam Misteri **HANTU PENANGGALAN**


Dlm episode SKAM harini, Zie nk kupaskan ttg hantu penanggalan. So layannn...^_^



**Gambar Sekadar Hiasan**


Penanggalan merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/setan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung / baru melahirkan anak oleh tuannya.

Hantu penanggalan dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggalan akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang bari bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut.

Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka.

Salah satu cara yang dikatakan paling berkesan bagi mengenal pasti pemilik Penanggalan adalah dengan memusingkan jasad tanpa kepala yang ditinggalkan ketika mereka keluar mencari mangsa. Ini kerana apabila mereka kembali, kepala tersebut akan bercantum songsang dengan jasad mereka menyebabkan kepala mereka bercantum kearah kebelakang. Kepala menghadap kebelakang tubuh.


Matlamat
Penanggalan dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan memelihara harta benda dan, membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.


Status
Penanggalan adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah wanita yang baru bersalin. Selain itu hantu Penanggalan tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu Penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.


Kelemahan
Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela Penanggalan dikatakan sukar mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik.







Princess Redbloodsnow Copyright©

Selangkah Ke Alam Misteri **Kuda Kepang**


Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.

Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.

Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.



**Danyang a.k.a Dance leader**


Pantang
Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih. Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.

Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.




Ulasan Zie♥
-->> Zie kan dr duluuuu lg ingin sgt nk tahu apa sebenarnyer misteri disebalik tarian kuda kepang neh. Mcm berhantu giler jek kan tarian neh. Siap kene rasuk bagai...eee, mengerikannn :P

...lom pnah lg nengok tarian kuda kepang live². Neway, if uols ade info yg lg menarik, sile habaq kat zie ea. Zie nk gak tahu dgn lebih details bende alah neh ^_^ tenkiuuu :)








Princess Redbloodsnow Copyright©

Selangkah Ke Alam Misteri >>Hantu Bangkit<<


Assalammualaikum uols. Dlm episode SKAM arini, Zie nk kupaskan kisah Hantu Bangkit. Zie x taw ler kat sane uols panggey hantu ape. Tp bkn hantu pocong spt dlm pic tuh.

...Pic tuh sekadar hiasan sajork ^_^ hehe



**Gambar Sekadar Hiasan**


According to org² tua kat cnie, Hantu Bangkit neh dtg dr keturunan taw. Kire mcm if datuk nenek dorg bangkit, so bangkit lah seluruh keturunan dorg. Dgr² its all happened akibat mengamalkan ilmu itam. So sumpahan ilmu itam tuh mcm tuh kot.

...idak ler zie tahu dgn lebih details ttg kewujudan sebenar²nya hantu bangkit neh. Kate org kan, if ler org yg berketurunan hantu bangkit neh mati, kubur die mesti dijaga selame 7 hari berturut² utk mengelakkan die bangkit dr kubur.

Err...bukan "jg kosong" jek taw. Kene org² yg pandai jek leh jg. Menurut kate org, sore antu bangkit neh sengau..haha. iyer ker??? idak plak zie tahu. Tp mmg menggerunkan arr. Kate org gak, x leh berborak pasal si mati **kire bersugi ngumpat ler tuh**

sbb takut nnti, if time mlmnya, die pi dtg umah ko kaco ko, baru fadan muke..kahkahkah. Hurmmmppphh...jgnlah kta mengamalkan ilmu itam, buruk padahnya dikemudian hari. X pasal² seluruh keturunan ko dok tanggung dosa yg ko buat.. **Sigh**









Princess Redbloodsnow Copyright©

Selangkah Ke Alam Misteri >>Kisah Lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang<<


Wahhh..nampak gayanyer blog Zie neh dh ade Episode khas ler. Which is Selangkah Ke Alam Misteri (SKAM)..kehkehkeh. Insya'Allah...setiap hari Zie akan kongsikan kat uols sume citer² mistik yg terjadi disekeliling kehidupan kte.

...Dlm episode SKAM hari nih, Zie sharekan uols ttg lagenda Puteri Santubong n puteri Sejinjang. Apakah hanya mitos or reality...wallahhu'alam. Hanya Allah swt yg mengetahui :)



**Gambar Gunung Santubong**


Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang merupakan 2 puteri dari Kayangan. Ayahandanya raja Kayangan telah menurunkan titah agar kedua-dua puteri tersebut turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Namun sebelum mereka turun ke bumi, ayahandanya berpesan sekiranya terjadi pertelingkahan kedua-dua puteri maka mereka akan terkena sumpahan kayangan dan tinggallah mereka di bumi.

Pada asalnya kedua-dua puteri tersebut merupakan sepupu. Ketika turunnya kedua-dua puteri ke bumi. Penduduk kampung kehairanan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri di dua buah kampung. Kejelitaan dan sifat kewanitaan terserlah diraut wajah kedua-dua puteri.

Puteri Santubong menetap di sebuah kampung Pantai Biru dan mengajar menenun kain manakala Puteri Sejinjang di kampung Pasir Kuning mengajar mengasing sekam padi dengan aluk. Dengan kemahiran ini kedua-dua kampung tersebut menjadi aman tanpa pertelingkahan. Selama ini pertelingkahan terjadi kerana sistem pertukaran barang antara kampung tidak setara dengan barangan yang dibawa.



**Gambar Pulau Kera**


Kemakmuran di kedua-dua kampung tidak berkekalan. Kehadiran Putera Serapi datang berkunjung untuk melihat kehebatan dan kejelitaan kedua-dua puteri. Mengetahui Putera Serapi hendak datang mengadap kedua-dua puteri berhias-hias untuk mengadap Putera Serapi. Kedua-dua Puteri berasa sangat kagum dan tertawan dengan kekacakan Putera Serapi, yang sasa dan terserlah kewibawaannya, begitu juga Putera Serapi yang sudah terpikat dengan kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri tersebut.

Saban hari selepas pertemuan itu. Puteri Santubong dan Sejinjang bertemu hendak menyatakan hasrat hati masing-masing. Namun hasrat yang dinyatakan adalah sama iaitu, kedua-duanya mencintai Putera Serapi. Sejak itu mereka bermusuhan dan bercemburuan antara satu sama lain. Dengan kesaktian kedua-dua puteri mereka bergaduh berhari-hari tanpa henti.



**Gambar Gunung Serapi**


Sejinjang mengatakan bahawa dia lebih cantik, manakala Santubong menyatakan dia lebih jelita. Dengan marahnya Sejinjang lalu mencapai aluk, lalu di hayun di pipi Puteri Santubong yang kini kita dapat lihat lengkuk di gunung. Hanya kekuatan terakhir Santubong lalu menikam belida di kepala Sejinjang. Akhirnya kedua-dua puteri tersungkur kesakitan.

Kemudian kilat sambung menyambung serta guruh berdentuman, lalu cahaya terang dari langit mengangkat kedua-dua puteri. Sumpahan kayangan terus menjadikan Puteri Santubong menjadi gunung manakala Sejinjang menjadi Pulau Kera yang berteraburan. Putera Serapi pulang kesedihan terus menghilangkan diri di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Serapi.





P/s:
-->> Psstt..umah Zie x jaoh dr gunung
santubong. Ari² org dok tgk gunung neh
dah naik jemu dah..kahkahkah ^_^





Princess Redbloodsnow Copyright©

Selangkah Ke Alam Misteri >>Minyak Air Mata Duyung<<


**Gambar sekadar hiasan**


Haaaa uols pnah dgr x minyak pengasih yg digelar Air Mate Duyung??? If uols terpikir nk amik tuh or mane² minyak pengasih....better uols pkir juta² kali dulu. Sbb nyer kan, segala jenis minyak pengasih semuanya terhasil dr kematian manusia yg tidak berdosa n dijampikan dgn mentera² yg bersekutu dgn iblis :(

Zie brani say mcm gnie, sbb dok selalu dgr org² tua berckp ^_^ haha. And Zie neh suke bertanye ttg hal² yg berkaitan dgn dunia ghaib and mistik :P Ermzz...uols nk tahu camne air mate duyung tuh dibuat??? Haa neh, Zie nk kongsikan pd uols my research.

Minyak Air Mate Duyung bermule dgn bayi yg baru lahir. Bayi tuh mesti dr hasil zuriat mak n bapak die anak sulong dlm siblings die and bayi tuh mesti ank sulong gak. Kirenyer serba serbi sulong la kan. Then utk mendptkan "air mate duyung" tuh kan, sesorg yg berniat keji lg terkutuk tuh aku mencubit bby tuh sampai die nangis.

...then dgn menggunakan kapas sulong **kapas sulong tuh means kapas dr pokok kapas yg baru 1st berbunga kapas...paham x :P **, seseorg yg keji tuh akan mencalitkan tears bby tuh kat kapas tuh. Then die akan upah sorg budak ppuan yg baru 1st time datang period utk buat minyak kelapa b4 matahari terbenam. semua e2 dilakukan sebelum 7 hari selepas die amik tears bby tuh :(

After siap semuanya n after 7 hari berlalu...mati ler bby tuh akibat dr perbuatan terkutuk yg bertuhankan iblis tuh :( **cian bby tuh kan** Then bile si keji tuh dpt tahu bby tuh dh mati, die pi ler korek kubur bby tuh n mule ler menyalai dagu bby tuh sampai kuar minyak n ditadahkan dgn menggunakan tempurung kepala sulong.

Pas siap sume tuh, si keji tuh akan menCOMPLETEkan perbuatan iblis die tuh dgn menjampi serapahkan minyak tuh. Sooooooo uols, sape² yg mengunakan minyak air mate duyung tuh, means uols adalah pembunuh baby!!! x kisah ler whether uols amik dr org lain ke x...same jek diiktiraf sbg pembunuh...huh!!!

Xde nyer air mate duyung tuh dr ikan duyung tuh sendiri. ingat senang² ker nk tangkap duyung??? entah wujud ataupun tidak ker si duyung tuh. Biasenyer pengamal² ilmu itam neh, pandai memutar belitkan fakta. Dorg leh said tuh tear mermaid bbtol yg dijumpai dlm mmpi padahallll....lu pkir la sendiri.

If nak tambat hati org yg kte berkenan...berdoalah byk² pd Allah swt agar pintu hati ssorg tuh terbuka utk menerima kte apa adanya. x yah gune minyak pengasih bagai...kurafat n syirik perbuatan tuh. Jgn bertuhankan Iblis!!! Mintalah pertolongan hanya pd Allah swt kerana tiada kuasa lg lebih hebat selain dr kuasa Allah swt...Subhanallah.







Princess Redbloodsnow Copyright©

Selangkah Ke Alam Misteri >>Jenglot<<


Siyesly uols, Zie seramss giler nengok sekutu iblis neh. Zie x paham arr nape ade gak manusia yg nk jd penjaga kpd bende² kurafat n syirik neh. Dahlah siap berlagak bagai dorg dok tayang²...Astagfirrullah al'azimm..

...Ape nk jd lah. neh die Zie share kan ckit ttg Jenglot neh.



kewujudan Jenglot
ada antara orang² yang mengamalkan ilmu ghaib percaya yang Jenglot ni merupakan manusia pada asalnya. manusia yang mengamalkan ilmu pertapaan yang dikenali sebagai "Bethara Karang".


Bethara Karang
Bethara Karang ialah satu ilmu ghaib yang dikaitkan dgn keabadian. dipercayai, manusia yang menuntut dan mengamalkan ilmu akan mendapat keabadian dan tidak akan mati (fuh). bagi yang menuntut ilmu ni, tubuhnya akan menyusut, sampai jadi kecil. 4 gigi taring akan tumbuh dgn panjang. ilmu Bethara Karang dipercayai sebagai salah satu ilmu hitam, di mana jasad pengamalnya tidak diterima bumi, manakala rohnya tidak diterima akhirat. (sebab tu makhluk ni kekal hidup)


makanan Jenglot
memandangkan Jenglot merupakan makhluk yang hidup secara ghaib, makhluk ni jugak perlukan makanan. Jenglot dipercayai memerlukan darah manusia berjenis O, darah kambing, darah ayam, telur ayam yang dicampur minyak wangi (minyak japaron) untuk terus hidup. dalam satu artikel temu bual antara salah sorang pemilik makhluk ini, Jenglot tidak makan seperti manusia. yang jelas, setiap 18 jam, sebanyak 3 cc darah dan minyak wangi yang diberi akan berkurang sebanyak 50% hingga 60%.

nama Jenglot
dipercayai jugak, Jenglot mempunyai nama. nama ini merupakan kata laluan diantara penjaganya dgn makhluk tersebut.




-->> Neh artikel yg Zie jumpe dlm research Zie kat google search. Kalau dh terang² benda tuh demand darah manusia sbg makanan die, mmg dh sah² arr bende tuh sekutu setan ar. Zie jgn dikatekan nk bela bende alah tuh. nak pegang pun terase ngeri n seram jek..haiishhh.

...mintak² lah Zie n uols² sume dijauhkan dr bende² kurafat mcm gnie la ek. Semoga kite sentiase berada di landasan yg lurus...amin :)








Princess Redbloodsnow Copyright©