Showing posts with label Tomei. Show all posts
Showing posts with label Tomei. Show all posts

|| TOMEI || Belated 10th Years Anniversay Gift + Birthday Gift In Advance


Hari sabtu lepas, bawa emak dan anak² pergi jalan². Kesian dorang terperuk je kat rumah for a month sepanjang bapak dorang pergi OPS bulan lepas. Destinasi pertama sebelum ke Vivacity Shopping Mall, weols makan Mee Kolok Merah di Megabite Kopitiam. Dari hari tu nak bawa mak makan mee kolok kat situ....baru tercapai hajat. 

Kat situ if kau datang lewat (dalam jam 12noon), sorry lah....dah habis. So kena sampai awal. Baru kau tak kepunan.




My favourite boys in red ♥ Zie pun in red gak...emak dan Mikayla je in dark blue...hihi. Mikayla nan hado baju gi jalan² Merah....that's why sarung je sama warna dengan Nenek dia.





Please read carefully notice di dinding Pintu Lift tu. Tertulis "Please Give Priority To Those In Need" dalam bulat² tu, terpampang gambar orang OKU, Warga Emas, Ibu Mengandung & Parent Bawa Anak guna Baby Stroller ← Still lagi uols (yang bodoh sombong selfish!) nak menafikan hak keutamaan weols lagi ke? 

Ikut turn la, siapa datang dulu dia masuk dulu la...WTF! Takde makna nya uols gitu. Uols dapat kemudian punnnnn uols akan berebut² utk masuk dulu (bangsa kita selalunya berperangai ginie yang selalu Zie jumpa...bukan nak condemn bangsa sendiri. But that's the ugliest truth!) 

Dah cacat ke apa tak reti nak naik esclalator? Exercise sikit lah, muda belia lagi kan...






Okay, done bebel! If ada yg tinggalkan komen kecam tentang isu lift tu, SAH kau tergolong dalam orang yang bodoh sombong SELFISH! Who Cares! Want goes around will come back around...ingat tu! 

Di Vivacity, weols hanya nak ke Tomei Gold & Jewellery. Niat awal nak trade in Charm handbeg yang Zie beli di Habib Jewels yang patah tu (Klik SINI untuk baca post entry), tapi boleh kooo lupa bawa plak. Dari plan nak beli 3 charms baru...terpaksa lerrrr 2 charms je. Yang 2 ni husband belikan.

Sebagai hadiah 10th years anniversary & birthday gift. Awal² dah dia keluarkan duit Tabung Haji dia. Haha.




Tadaaa! My favourite Tomei girl yang Cantik! She always gave me best price. Roziana nama dia. Warga Kuching : Ingat ktk urang mukanya dan nama nya, ok. Mun ktk urg nak beli emas or mana² jewelleries di Tomer.... highly rekemen Roziana tok. Nya di branch Tomei Vivacity okay. She'll give u best price...senang rondeng nya tok ♥

FYI, she's my ex-schoolmate sebenarnya. Junior few years dari Zie kalau tak silap. Sentiasa gituuuu je muka & badan dia taw. Envyyyyyy...haha. Kakak dia kawan sekelas Zie time sekolah rendah.




Actually Zie reserved 2 charms, ketupat & love bulat. End up love bulat besar ler plak. Tak sesuai utk di jadikan charm gantung² di bangle chomel Zie tu. So terpaksa rejected yang dah di reserved satu tu...Zie pilih design lain je lah.

Husband berkenan dengan design Baby Rocking Horse....Zie pun tengok comel je. So On. dia bayar kan. Hehe.




Roziana @ Nana tengah susunkan charms ikut kecomelan dia...haha. Zie request dia untuk aturkan bahagian lock bangle yg bentuk love tu. Longgar dah. Berkali dok terbuka je. Nasib ada getah stopper, kalau tak...jatuh tanpa sedar Zie charms iols semua.

Plus nasib gak jelang tu jenis bangle, kalau jenis gelang biasa....rasanya lamaaaa dah bye bye. Rezeki halal ♥






Tadaaaa!!! Inilah dia my new 916 Chomel Charms by Tomei. Ketupat tu untuk hadiah 10th Years Anniversary. Baby Rocking Horse tu plak, birthday gift in advance Zie. So time birthday Zie nanti, just celebrate makan makan je la...takde sambutan pun takpe. Janji hadiah dah dapat. Hihi





Love it sooooo much! Am not going to make it full. 2x je lagi tambah charms. Lepas tu, baru beli stopper lock dia. Then habis...no more mengiyau for emas tomei! Hahaha. Nana going to miss me rasanya nanti when that's happen. Hehe.

Once dah habis, Eyeing for Jam tangan Coach. Ada satu design ni kat Zalora Zie tengok wow nah. Soooo my style. Maybe for wedding anniversary nanti kot. Maybe la. Kalau husband nak cucuk Tabung Haji lagi....hahaha. Kalau takde, takpe....ikut kemampuan suami maaa. Jangan bebankan dia. Zie sendiri boleh belikan utk diri sendiri...no problemo ^_^

Apa apa pun, Thanks Hubby!



Patah Charm Habib Jewel Kite...



Sedihnyaaaaaaaa.. patah charm emas Habib Jewel kite. Huhuhu :( Self reward hasil dari jualan eskinol zie tue taw (klik --> SINI <-- untuk baca entry). Nasib weh Zie perasan. Nasib gak dia jatuh kat tempat kerja Zie and nasib gak Zie sendiri yang tengok dia terbaring injurt kat atas carpet tu. Kalau orang lain jumpa, wallahu'alam ler. Haishhh....duit lagi nak pi hantar repair tu.

Terus whatapp husband gitaw emas patah. Terus husband suruh trade in je dengan emas di Tomei. If perlu tambah jumlah, nanti dia tambahkan. Wahhhhhh! Rezeki jangan di tolak kau! Hahaha. Dari sedih, terus jadi excited. 



Terus koooo bukak Facebook Page Tomei untuk skodeng charms Chomel dorang. Hahaha. Okay, Zie aimed yang Zie dah tick merah tu. Harap² pihak Tomei ambik charm patah tu besar sikit coz berat grams dia. Dapat gak ada 3 charms baru nanti.

...tapi if tak ambik besar, rasanya still gak ko nak 3 ketul tu. Haha. See how lah. Since husband yang bayarkan, Eh! Hahahahaha




Throw Back Entry : Tomei Tea Party! Birthday Gift Ke-34



Tomei ni kan, macam pepaham je yg bulan August lepas adalah bulan hari jadi Zie. Awal² dah kawan zie yg kerja di Tomei Whatsapp zie personally untuk invite zie ke Tea Part Tomei. First question zie, ada apa promotion emas time tu. Dia kata ada byk offer yg murah...tp semua zie tak berkenan. Huhu. Ambil yg takde promotion ler plak....huhu

Syukur emas time tu dah turun harga. RM185/gram ke kalau tak silap. Lupa ler plak. Hehe




Kali ni bag emas dia lawa laaaaa. Takde jenis yg kecik cam uncang tu lagi. Yang ni besar. Sesuai utk letak alat makeup. Excited ko zie....hehe.





2 ketul ni ler yang zie pilih. Berat dia zie dah lupa dah. Time tu best price untuk zie, dia kasi RM275 (selepas tolak diskaun pe suma) sebiji charms tu. Then zie tawar lagi, if beli 2 biji Charms... dapat bagi RM500 ke? Kalau dapat, zie ambil dua (walhal memang niat nak beli 2 bji pun...haha)

....Psssttt, siapa kata kedai emas Tomei tak dapat rondeng harga? Dapat taw...hihi. So kawan zie tu pun pi tanya head dia dulu. Syukurrr head di bagi. Yayyyyy! 2 for RM500 sahaja! Happynyaaaa....




Charms tu setiap permukaan dia tertulis huruf. L.O.V.E sebenarnya. Hihi. Husband yg pilih. Dia dah aimed charms tu lama dah. Nasib still ada...memang tercipta untuk bini dia ni. Thank you husband.... love u too. Eh! hihi




Throw Back Entry : Hadiah Valentine Dari Suami




Throw back entry masa hari Valentine aritu. Sejujurnya, zie dan suami tak sambut pun hari Valentine. Memandangkan kebetulan beli time Valentine Day (sebab nak dapatkan valentine's discount), terus je lah letak hadiah Valentine. Hahaha.

...nak gak koooo kata gitu. Asalkan tak sambut, sudah ^_^





Taraaa!!! 3 Chomel charms by Tomei zie rembat. Charm gift box tu memang lamaaaaa dah kenan tau. Sebab dia berat, harga jadi mahal...so asyik delay je nak beli. Tp kali ni, husband belikan.Yayyy yayyyy!





Baru nampak penuh dah bangel Tomei iols. Nanti²... masa birthday Zie bulan 8 ni nanti, nak request charms lagi kot. Hehehe. Tak pun sendiri beli untuk hadiahkan diri sendiri ^_- Tapi husband, kalau dgr zie nak beli sendiri, sure terus jadi dia yg belikan.

...katanya, emas... sebolehnya, dia yg belikan. Zie okay je. Dia offer nak bayar kan. Hihi. Once bangle ni dah penuh nanti, baru ler zie stop gila emas! Haha. Sebab zie jenis yg beli emas untuk pakai. Bukan utk koleksi. Kuasa ku beli mahal² end up, tersimpan kemas je dalam jewellery box. 




Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-6 Dari Suami




Wedding Anniversary ni, awal² lagi dah husband Zie belikan untuk zie memandangkan hari ni, Zie dah pun dalam pantang. Disebabkan Zie nak Zie sendiri yg pilihan bangle (takut nanti husband pilih yg tak di kenan mata...sayang. Hihi), thats why zie request dia belikan awal.

... dapat nanti tiap² bulan gigih beli charm dia satu satu. Haha.



Kali ni Zie nak gelang emas ala Pandora. Jadi 916 Chomel Pandora by Tomei menjadi pilihan hati ku ini. Nasib baik time zie beli design lock dia bentuk Love ♥ Sooo happy! Macam tahu² je yg kite nak belikan sempena hadiah ulang tahun perkahwinan dari suami...hihi





Taraaaaa!!! My very 1st 916 Pandora bangle. Dari dulu suka tgk gelang Pandora...tp kan pandora bukan emas.... so bila kedai emas Tomei ni ada keluarkan gelang emas versi Pandora.... apa lagi weh! Bila husband tanya tahun ni nak hadiah apa... terus zie  gtaw nak gelang Pandora emas...haha. 

....Trade in dgn gelang emas zie yg lama. Kira tukar tambah sekian sekian amount je. Sebab zie bukan jenis pengumpul emas sbg koleksi. Zie jenis yg beli utk pakai. Bukan beli utk simpan. Sayang. Haha.


Thank you dear husband ♥



Throw Back Entry : Hadiah Mother's Day dari Suami


Hehe... punyalah lamaaaaaa baru update blog. Once kau dah tak jadi blogger tegar, ginie ler adat dia ek...hih. My bad :P Okay, throw back entry ni pasal hadiah hari ibu dari husband. Tak perlu ler dapat bungai or kek bagai. Asalkan dapat hadiah...eh! Haha...

actually tak kesah pun dpt hadiah ke tak. If ada, adalah. If takde, takde makna nyer nak paksa² suami beli. Jangan membebankan suami, okay ^_^



Untuk hadiah Hari Ibu bagi tahun ni, husband bagi 916 charms dari Tomei. Rambang koooo mata Zie tengok charms yg super comel semuanya. Kalaulah zie kaya, mahu nya rembat semua kot. Hahaha. Seriously, comel sangat.



Pilihan hati zie dan suami. Memandangkan emas skrg ya ampunnn, mahal ya amat! RM220 per grams... gluppp glupp! So hanya mampu rembat 2 ketul je charms pandora ni.





Tadaaaa!!! lawa tak? comel je. Pelan² beli charms. Drpd buat duit beli handbag guess je memanjang, baik beli emas. Betul tak? Thank you sayang. Nanti Father's Day... your turn kite belikan apa yg di hendak ye ^_^