Resepi Ayam Goreng Pandan... Nak Cuba lah Nanti!




Pagi ni zie kongsi resepi ek uols. Hari tu ex-classmate zie share resepi ni di FB dia...so zie plak, share kat blog. Hehe. Nampak sedap dan cara sediakan pun sgt simple dan senang :D

Pape pun, jom try. Ramadan dah dekat...hehe


Bahan-bahan:

  • 8 – 10 ketul ayam yang telah dibersihkan.
  • 3 batang serai diketuk hancur
  • 1/2 kecil (tsp) serbuk lada hitam kasar.
  • 10 helai daun pandan (liar daun nya lebar sesuai digunakan).



Perencah dikisar untuk peram:

  • 5 biji bawang merah.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 1 inci kunyit hidup.
  • 1 inchi lengkuas.
  • 1 sudu besar ketumbar.
  • 1 sudu kecil jintan putih.
  • 15 biji cili padi/api.
  • 100gm santan pekat.
  • 1 sudu besar (tbsp) gula merah/ melaka dihiris.
  • 1 sudu besar sos perasa tiram.
  • Garam dan minyak masak.



Cara Membuatnya: 

  1. Gaulkan ketulan ayam, serai dan lada hitam bersama garam. 
  2. Kisar semua bahan-bahan dan gaulkan dengan ketulan ayam tadi. Peram sekurang-kurangnya 1 jam atau simpan di peti sejeuk semalaman dalam bungkusan plastik. 
  3. Keluarkan dan balut dengan daun pandan ke ketulan ayam. Untuk mengekalkan daun pandan terlucut semasa gorengan (ketulan ayam akan mengecut dan melonggarkan daun pandan) cucuk daun pandan kepada isi ayan dengan lidi pembersih gigi (tooth pick).
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga ketulan ayam masak.
  5. Ayam pandan goreng sangat wangi pandan dan berasa rempah kemelayuan yang unik. Makan bersama dengan nasi lemak panas-panas.








Blog Pilihan Entry Ini :) 
::::::::::::
JUS NONI
-- Click SINI utk view web :) Jom beli
produk kesihatan Jus Noni ^_-


:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::








3 comments:

Ardini Humaira said...

bulan posa slalu beli ni
nnt nk try wat lak hihiii

Cipina said...

Kalau kat Langkawi ni, satu je restoran yang sy jumpa sediakan dish ni. Wan Thai Restaurant.

Tiap kali entertain pegawai makan kat situ, dish ni wajib ada dalam menu hehehe

ismimaizura said...

hi zie.lma x jguk sni..mcm sdp je resipi ni..kna cuba bt..tq sharing :)