Awal bulan februari ni tadi, Mikail tetiba je kena demam panas. Balik je dari kerja, Zie terus bawa dia ke B,Teo Child Specialist Clinic. Suhu panas Mikail pada masa tu 37° celcius. Jadi doktor bagi Mikail ubat cucuk buntut. Utk turunkan panas dgn lebih cepat.
...but kena bagi setiap 8jam. Tak leh kerap sangat.
Lepas bawa Mikail ke B. Teo Child Specialist Clinic, Zie rush drive ke Klinik Astana plak. Utk jumpa doktor gak. Zie kena demam dan batuk. Doktor bagi sehari je sick leave...huhu. Ok ler tu drpd takde langsung kan...hehe.
Ni je ubat Zie. Ubat batu, antibiotik dan uphamol pandol. Kepala pening bagai apa entah kena demam panas ni...
Makanan org demam...hehe. Hanya bubur, ikan bilis goreng dan sos tiram je. Sedap apa makanan cam gnie...hehe |
Memandangkan Zie on sick leave...so dpt monitor suhu panas Mikail. Nasib baik kat rumah ada termometer. Kalau tak..susah kooo nak monitor suhu. Nasihat utk para ibu bapa, if uols ada anak kecil... di rumah mesti ada termometer ek.
..Berbalik pada Mikail, keesokkan hari suhu Mikail still lagi turun naik. Even dah makan ubat pun still turun naik. Walaupun Zie kerap lap badan Mikail and bagi dia mandi (doktor memang suruh bagi anak mandi if kena demam panas sebab utk keluarkan panas dlm badan. So jgn takut bagi anak mandi)
Zie gtaw emak Zie, sekiranya sampai malam suhu panas mikail masih lagi di paras bahaya, terpaksa bawa ke hospital.
And yup...here we are at hospital. Huhu. Risau sangat sangat zie. Walauun pada masa tu Zie sgttt sgtt tak larat nak drive (sebab zie pun turut kena demam panas).... demi anak, Zie gagahkan juga diri drive. Mencabar sungguh taw uols.
...sebab masa tu hujan lebat sgt. Dan lah sendiri sgt tak sihat. Sampai di hospital, doktor suruh mikail berpempes je. And lap badan Mikail dgn kain basah. Masa tu suhu Mikail cecah 39.9° celcius. Zie memang awal awal dh standby baju Zie dan mikail
Kot kot mikail kena tahan di hospital. Pada jam 1am, Suhu Mikail menurun ke 36° celcius dan tak naik naik lagi, So doktor benarkan kami balik rumah.
Syukur alhamdulillah Mikail tak di tahan di sepital. Risau sgt sgt zie. Keesokkan hari lagi Zie terpaksa ambik cuti lagi. Sebab nak jaga Mikail. Takut suhu naik lagi.
Doktor hospital bagi Mikail ubat demam ni je. Setiap 6 jam perlu bagi. So Zie memang tepat jam bagi Mikail ubat. Demam panas tu beb... jgn di pandang sambil lewa. If suhu naik sampai 40 celcius, boleh terkena sawan or brain damaged tau budak.
...Syukur alhamdulillah... bila bagi ubat tepat jam dan sentiasa lap badan Mikail, 2 hari je Mikail demam panas. Lepas tu kembali pulih anak. Lega tgk dia kembali hyper. Hehehe. Terima kasih Allah swt sebab cepat sembuhkan Mikail dari demam dia :)
No comments:
Post a Comment