Showing posts with label demam panas. Show all posts
Showing posts with label demam panas. Show all posts

Demam Panas Yang Pertama Mikayla


Actually, Hari Jumaat sebelah malamnya... Zie perasan badan Mikayla cam panas² gitu. Bila check suhu, normal. So Zie assumed body heat dia tu gara² haba panas rumah. Hari Sabtu & Siang ahad pun sama.... normal je suhu dia. Until lah pagi Isnin, tertiba terasa badan dia panas giler.

...bila check suhu, 38.2! Tinggi dah demam dia. Mendadak plak tu naik. So terus weols bawa dia ke Klinik.




Kali ni weols tak nak dah bawa dia ke B.Teo Child Specialist Clinic tu. Sebab charge bayaran dia semakin hari cam tak masuk akal plak. Sometimes almost RM200. Mahal lagi dari charge Dr Lim di KPJ. Huhu. So decide nak tukar doktor. So weols try bawa dia ke another child specialist physician, Dr. Lee.

Alhamdulillah, murah charge dia. Hanya RM40 jer. Ramai yg recommended Zie Dr Lee ni. Baru tergerak hati register anak² under his care bila demam/sakit.





Since dia baru je umur 6 bulan lebih, Dr Lee tak berani nak bagi dia banyak ubat. Just ubat demam & antibiotics je. Actually Mikayla ada batuk berkahak, blocked nose & fever. 3 serangkai penyakit. Huhu. Untuk blocked nose dia, Dr Lee suruh Zie continue bagi dia iLiadin Nasal Drops

Bagi Zie lah, iLiadin Nasal Drops ni hanya helps buka blockage je untuk bagi dia senang bernafas. Tapi utk cure flu tu, cam takde kesan je. Huhu. So Zie continue monitor demam dia. Demam dia mula² on and off sampailah masuk hari Selasa (8.10.19) which is semalam. Start suhu dia tak surut²....





Cam semakin teruk dia. Tapi syukur fever dia belum lagi cecah 39 or 40 celcius. Syukurrrr. Kalau tak...dah admitted dah Mikayla. Panas dia main dalam 37 ke 38 celcius gitu. Selalunya, bila Zie dah bagi ubat, dalam 4jam macam tu.... baru start lagi panas dia andaikata demam belum kebah. 

...tapi kali ni, pelik Zie tgk demam Mikayla ni. Belum sampai 2jam... panas dia dah naik. Bila suhu badan dia sikit lagi nak reach 39 celcius. Terus Zie bagi ubat Panadol yang jenis insert ke bontot tu. Sepatutnya around 6jam ke 8 jam expected demam dia akan datang balik.

Tapi tak kooo...kali ni belum sampai 3 jam lepas insert, datang balik panas dia. Terus mati kutu Zie. Buntu sangat². Cam hilang akal pun ada gak. Ubat "Bom" tu kot...takkan tak kuat lagi. Nak bagi syrup, tak berani sebab belum masa. Takut Mikayla nanti overdose. So resultnya...gara² Zie terlampau risau... menangis tua Zie.

Dahlah husband not in town. Takde orang dengan Zie untuk berganti ambik cuti untuk jaga Mikayla. Nak di hantar ke nursery, time dia tengah high fever ginie....tak sampai hati Zie nak bagi orang lain jaga dia. Bukan tak yakin or tak trust babysitters dia kat nursery tu. Cuma...Zie nak Zie sendiri yg jaga... she needs me.

Lagipun tak elok hantar anak kita yg still sakit ke nursery. Nanti jangkit anak orang. Jangan pentingkan diri je....fikirkan tentang anak orang yg sihat tu




Uols tengok keadaan dia tahankan sakit dia. Sedih Zie. Mana taknya Zie nangis tengok anak gitu. Kalau boleh Zie ambik demam dia tu, Zie sanggup ambil. Ganti tempat dia. Tak sanggup Zie tengok dia lemah gitu. Berterusan gitu sampai malam. Pelbagai dah cara Zie untuk kurangkan panas dia. still tak kebah². Sampailah emak Zie try rukyah kan dia...

Sebab mak tengok cam lain macam je demam Mikayla ni. Dia takut "campur" dengan "benda lain". So mak rukyah. To my suprise... Alhamdulillah. Baru dropping koooo suhu panas dia. Tak menaik lagi. This morning bangun tido... di paras normal dah suhu dia sampai sekarang. Mak kata, dia "terkena" benda masa weols dalam perjalanan balik rumah. Terus Zie teringat... Masa Zie ambil dia balik hari Jumaat tu... lewat sangat dah masa tu gara² kereta Zie buat hal plak. Battery bodo...geram aku. Haha. Later story tentang tu. Menyakitkan hati nah time tu taw.

Disebabkan kereta rosak, sebab tu lah Zie jadi lewat fetch dia dengan abang dia balik sekolah. Time Zie sampai nursery, dah almost senja dah. Tak lama lagi masuk maghrib. Disebabkan nak beli bateri kereta baru... so Zie direct je terus since jarak nursery Mikayla dengan bengkel tak berapa jauh. Hendak di jadikan cerita, time Zie lalu masuk simpang utk ke bengkel, persimpangan tu memang orang kata ada keras sikit. Time tu...Mikayla terus meraung nangis... Zie ingatkan dia nak susu. Terus Zie suruh abang Mikail dia ambilkan susu dalam bag nursery dia. Biasanya babysitter akan sediakan. 

So sambil driving, sambil Zie susukan dia. Senyap plak dia. Tu Zie fikir dia haus nak susu. Pastu merengek² dia...Zie ingatkan dia nak tidur. Biasanya gitu Mikayla bila nak tidur. Merengek sampailah sampai rumah... Rupanya time tu ler dia "terkena" benda tu. Bayangkan... time dah maghrib, still lagi on road... bawa baby lagi tu. Unlucky...so terkena ler. Jahat betul benda alah tu, sanggup dia kacau baby. Hmmm. Inilah bad side bila jadi 2in1 parent. Kaulah emak, kaulah bapak. Takde sesiapa untuk kita bahagikan tugas as parent. What to do... dah pun nama kau bersuamikan polis PGA. Telan jer walaupun pahit.

Nasib nenek dia sendiri tahu rukyah sikit². Kalau tak.... lesson learned. Lenkali if ada apa² hal, Zie akan sentiasa hantar anak² balik rumah dulu sebelum Zie settlekan urusan dunia, Huhu.




This morning, syukur...demam dia tak datang lagi sejak selepas di rukyah oleh nenek dia. Kira baru dalam process sembuh dari demam lah Mikayla ni. Mula² Zie plan nak ambil cuti lagi. Malam tadi dah awal² dah whatsapp manager inform Zie ambik cuti lagi utk jaga Mikayla. Syukur bangun tadi pagi...her temperature di paras normal. So Zie tak jadi ler ambil cuti. Since dapat di hantar ke nursery. Nanti mintak tolong Mak Rina dia monitor ubat dia.

Lepas susukan dia, Zie terus bagi dia ubat² dia...tadi Zie follow up dengan Mak Rina dia, Mak Rina dia kata dia okay, still normal suhu tak panas. Tengah bermain dengan kawan², So Zie suruh dia bagi ubat pada pukul 11am nanti. Kira continue on medication untuk hari ni & esok. So that demam panas yang jahat tu tak datang lagi. 

Baru lega jiwa Zie dia dah free dari demam panas. Takde lagi dah nangis sampai bengkak mata iols...huhu. Zie ni memang cenggeng sikit. Nak nak lagi if anak demam. Ever koooo aku nangis depan Pead dorang, Dr Lim (pead di KPJ Kuching Specialist Hospital) padahal anak just demam panas je pun. Haha. Time tu Irfan tu haaa...demam panas sampai menggigil².

Time dorang nak masukkan "ubat bom" ke dalam bontot Irfan, tengok irfan meraung nangis tak nak... haaaa apa lagi aku, berciciran air mata nangis sampai meleleh hingus. Sampai tergagap² serak² suara bercakap dengan doktor. hahaha. Over nah bila di ingat balik taw. Bukan dibuat² ar. Perasaan sedih tu meruntun jiwa...huhu



Demam Pertama Mikayla




Pada 11.7.19 (Khamis) yang lepas, hampir pukul 5pm. Zie terima Whatsapp dari Cikgu Rina dia informed Zie badan Mikayla panas. Dalam hati Zie, Allah yang tahu betapa risaunya Zie. Baru je 3 bulan plus umur dia. Dah demam. Kena jangkit dengan babies yang demam. Parents babies tu pun satu. Tahu anak demam, still jugak dorang hantar ke Nursery. Selfish!

...letakkan anak orang lain yg sihat walafiat dalam risiko kena jangkitan, tahu tak! So disappointed Zie. Pihak nursery sepatutnya bertegas dalam hal ni. Tapi tu la...parents buat² tak tahu and still gak hantar anak yang sakit ke nursery atas alasan, dorang dah bayar.

I was like....eeeeee so geram! As if lah weols ni bayar kurang or tak bayar ke? Tolonglah...jangan pentingkan diri sangat. Anak demam, apply leave. Sendiri jaga kat rumah sampai ada sihat. That's what i did....no choice. Daripada anak kita yang sakit jangkit anak orang lain.

Hidup jangan suka menyusahkan orang lain.





Macam lipas kudung je Zie ke hulu ke hilir hari tu. Terima je Whatsapp dari Cikgu Rina dia, Zie terus gtaw manager Zie untuk dibenarkan balik awal. Zie pi ambil Mikayla dulu, lepas tu baru Zie ambil Mikail kat sekolah. Sampai rumah dah pukul 6:30pm, mintak mak Zie tolong jaga Mikayla dulu.... Then Zie bawa Irfan & Mikail ke H&L hypermarket, beli pampes Irfan.

Settled beli pampes, balik rumah hantar Irfan balik....then ambil Mikayla. Terus pecut pergi B. Teo Child for Children di Jalan Keretapi. Agak jauh lah jugak dari rumah weols. huhu. What to do. Di situ ler pead anak² Zie. huhu.




Bertiga dengan Mikayla je weols. Irfan terpaksa Zie tinggalkan kat rumah sebab "takde tangan" nak handle 2 babies. Sebab tu kelam kabut ulang alik rumah bagai. Time tueeee anak demam, time tueeee jugak lah pampes irfan tu habis. Haha. Stress bebenor.

Asal husband not in town, OPS di luar daerah.... confirm anak² akan demam. CONFIRM! huhu....dari dulu gitu taw. Letih iols jadi supermom everything. Siapa isteri kepada anggota polis PGA, sure paham perasaan dan keadaan Zie. Selalu ditinggal²kan suami demi call of duty. Huhu. What to do, dah jodoh dgn polis PGA.





Sampai rumah pukul 9:30pm malam. Huhu. Perut... takya citer lah, berbunyi² dah. Badan plak, punnnn takyah citer...sakit lenguh² bagai nak demam urat je. Kurang rehat dan tido. Gitu lah nasib bila kau have to jadi emak dan dalam masa yang sama, kau kena juga jadi bapak.

Awal bulan Ogos nanti baru husband Zie balik dari OPS. Bertahun rasa tunggu bulan Julai ni berakhir. Stress emak tau! Hahaha. Mujur Mikayla tak banyak ragam sepanjang dia demam tu. Merengek sikit je mintak susu...lepas menyusu, tido balik dia. 

Malam² Zie setkan alarm. So that tak terlepas cukup jam makan ubat dia. Mula² Zie monitor 4 jam. Tengok panas dia naik tak. Tengok panas dia 36°C... Zie monitor another more 2 hours lagi. Bila another more 2 hours, still suhu dia around 36°C. Still lagi belum bagi ubat...kena tunggu another more 2 hours....untuk cukupkan tempoh 8 jam. 

Bila sudah cukup 8jam...suhu dia still paras normal. Zie just bagi je lah ubat demam tu. At least la....kang tak bagi, takut nanti naik lagi panas dia. Syukur sehari je dia demam. Hari sabtu dah bye bye terus fever dia. Bila fever hilang...berganti dengan bloacked nose plak.... 

..haishhh. Yang tu esok Zie citer. Ada gak kisahnya koooo. Huhu



Pergi Sekolah Elok Je, Tetiba Demam



Ni masa awal pagi Zie hantar dia ke sekolah dia. Elok je dia ceria dan tak demam. Maybe time tu belum start panas kepala dia kot. Consider Mikail baru² nak rasa tak sedap badan. No wonder lah time mandikan dia, dia ada kata dia demam and nangis. Bila Zie rasa kepala dia, tak panas pun.

...so Zie assumed dia malas nak ke sekolah. Kesian dia. 




Dalam jam 11am gitu, Zie terima Whatsapp dari Cikgu kelas dia mengatakan dia demam. Kuat panas kepala dia kata cikgu dia. Terus lah gelabah Zie pecut kereta fetch dia. Less than a week dari demam....demam lagi. Alahai... risau di buatnya.

Kali ni hilang selera makan dia.







Sampai je kat rumah, terus tukar baju and terus pecut ke KPJ Specialist Hospital untuk pead dia sendiri check up dia. Tak nak dah bawa dia ke klinik biasa. Risau coz kurang seminggu baru sembuh dari demam panas, dah kena lagi. Emak mana yg tak risau kan.

Lepas doktor check dia, doktor suruh pantau demam dia. If tak turun dalam masa 3 hari, then come back lagi jumpa dia. Syukur, keesokkan hari dia dah okay sikit. Lepas tu Zie terus suruh dia rehat selama seminggu je lah. Tak nak dia demam balik gara² tak cukup rehat dari baik demam.

Zie paling takutif Mikail demam. Mikail ni once kena demam, suka nak sampai seminggu lebih dah panas dia tahap menakutkan. Memang tak tidur malam berjaga dia. Syukur kali ni less than 3 days je. So far dia skrg zie bagi makan vitamin Scot's Emulsion je. Utk imune sysem dia.



Sekali Lagi Bawa Mikail Ke B.Teo Specialist Clinic for Children



Semalam, balik je kerja... rehat sekejap and then terus bawa Mikail ke klinik lagi. Demam dia still belum kebah². High fever dia kejap datang, kejap okay. Masa hari Sabtu lepas, masa Zie bawa dia ke klinik ni... demam dia baru je nak mula.

...batuk pe semua belum ada lagi. So doktor just bagi dia ubat demam je. Takde bagi dia antibiotik.




3 days later, which is last night... terpaksa bawa Mikail sekali lagi ke klinik ni sebab nak dapatkan antibiotic utk boost immune system dia. Since dia pun dah kena flu dan batuk. Kesian tgk Mikail...teruk batuk dia :( 

...tu yg dia kena nab. Redha je muka Mikail masa kena nab tu. Kena tempek cool fever dgn nurse pun dia redha je. Kalau tak, mana hendak dia ditempek benda alah tu. Geli katanya...huhu




Like always... bila dia dah makan ubat, kompom ada drop suhu panas dia. Bila kesan ubat nak hilang...start lagi ler panas dia :( Tu yg Zie kena monitor betul²... jangan lambat bagi ubat. Selain bagi ubat, Zie pun guna kaedah tradisional utk hilangkan panas dia.

...keeps on lap² badan dia dgn air. Utk bagi dia sejuk. Panas dia memang tahap melampau...sampai menggigil² dia...walhal badan panas nah. Tu yg Zie gtaw kat emak n husband...if lepas 2,3 hari nanti still gak demam dia on n off...

Terpaksa bawa dia ke hospital utk run a blood test. Risau sangat²...Semoga cepat sembuh duhai anak. Mama risau sangat². Setiap malam Zie tidur less than 3 hours. Biasalah bila budak² tak sihat...



Mikail Demam + Jumpa Blog Reader





Kesian anak mama sorg ni taw... kepenatan dia ikut bawa Aunty Aja & Uncle Herry dia jalan jalan sampai terdemam demam kooo kawan kecik aku tue. Hihi. Budak kecik... biasalah kan, memang cepat nak demam if jalan jalan nie

...sebab tu lah Zie belum lagi nak fly cuti cuti malaysia. Tunggu Mikail dah besar sikit. Baru bawa... Insha Allah... hehe




Nie weols ke B.Teo Child Specialist Clinic. Sebelum demam dia melarat. Nak dijadikan citer, boleh plak terjumpa dgn blog reader kat sini... huhu, Segan ler plak. Actually sebenarnya nak ambil gmbar dengan dia, tp tak berani koooo aku.Hihi

...mana lah tahu kot kot dia jenis yg bukan kaki selfie mcm aku... hehe. Thank you sis Lin sebab sudi tegur Zie time tu :* Siap bagi Mikail something lagi... hehe. Thank you sangat sangat.






Dari demam biasa, terus jadi demam panas Mikail. Huhu... kesian anak mama ni. Cuaca tak menentu. Thats why ar. Nasib kali ni Mikail nak ditempek cool fever tu kat dahi dan belakang tengkuk dia. Selalunya tak nak dia taw. 

...good boy. Semoga cepat sembuh ye, nak. Oh ye... next week baru Zie story our holiday with Aja ea ^_^ Stay tune, babes! Xoxo




Mikail Kena Demam Panas



Awal bulan februari ni tadi, Mikail tetiba je kena demam panas. Balik je dari kerja, Zie terus bawa dia ke B,Teo Child Specialist Clinic. Suhu panas Mikail pada masa tu 37° celcius. Jadi doktor bagi Mikail ubat cucuk buntut. Utk turunkan panas dgn lebih cepat.

...but kena bagi setiap 8jam. Tak leh kerap sangat.



Lepas bawa Mikail ke B. Teo Child Specialist Clinic, Zie rush drive ke Klinik Astana plak. Utk jumpa doktor gak. Zie kena demam dan batuk. Doktor bagi sehari je sick leave...huhu. Ok ler tu drpd takde langsung kan...hehe.





Ni je ubat Zie. Ubat batu, antibiotik dan uphamol pandol. Kepala pening bagai apa entah kena demam panas ni... 


Makanan org demam...hehe. Hanya bubur, ikan bilis goreng dan sos tiram je. Sedap apa makanan cam gnie...hehe



Memandangkan Zie on sick leave...so dpt monitor suhu panas Mikail. Nasib baik kat rumah ada termometer. Kalau tak..susah kooo nak monitor suhu. Nasihat utk para ibu bapa, if uols ada anak kecil... di rumah mesti ada termometer ek.

..Berbalik pada Mikail, keesokkan hari suhu Mikail still lagi turun naik. Even dah makan ubat pun still turun naik. Walaupun Zie kerap lap badan Mikail and bagi dia mandi (doktor memang suruh bagi anak mandi if kena demam panas sebab utk keluarkan panas dlm badan. So jgn takut bagi anak mandi)




Zie gtaw emak Zie, sekiranya sampai malam suhu panas mikail masih lagi di paras bahaya, terpaksa bawa ke hospital.






And yup...here we are at hospital. Huhu. Risau sangat sangat zie. Walauun pada masa tu Zie sgttt sgtt tak larat nak drive (sebab zie pun turut kena demam panas).... demi anak, Zie gagahkan juga diri drive. Mencabar sungguh taw uols.

...sebab masa tu hujan lebat sgt. Dan lah sendiri sgt tak sihat. Sampai di hospital, doktor suruh mikail berpempes je. And lap badan Mikail dgn kain basah. Masa tu suhu Mikail cecah 39.9° celcius. Zie memang awal awal dh standby baju Zie dan mikail

Kot kot mikail kena tahan di hospital. Pada jam 1am, Suhu Mikail menurun ke 36° celcius dan tak naik naik lagi, So doktor benarkan kami balik rumah.



 Syukur alhamdulillah Mikail tak di tahan di sepital. Risau sgt sgt zie. Keesokkan hari lagi Zie terpaksa ambik cuti lagi. Sebab nak jaga Mikail. Takut suhu naik lagi. 




Doktor hospital bagi Mikail ubat demam ni je. Setiap 6 jam perlu bagi. So Zie memang tepat jam bagi Mikail ubat. Demam panas tu beb... jgn di pandang sambil lewa. If suhu naik sampai 40 celcius, boleh terkena sawan or brain damaged tau budak.



...Syukur alhamdulillah... bila bagi ubat tepat jam dan sentiasa lap badan Mikail, 2 hari je Mikail demam panas. Lepas tu kembali pulih anak. Lega tgk dia kembali hyper. Hehehe. Terima kasih Allah swt sebab cepat sembuhkan Mikail dari demam dia :)









Me Demam Lagi :(



Sorry uols for late update uols. zie tak sihat lg. This time bukan kenan demam urat, but kena demam panas sekali gus kena sakit tekak ya teramat sakit. Kahak sampai bercampur dgn darah :(

...kpd pengiklan Azzahra Elegenza, Zie owe u one entry ea. Insya'ALLAH akan gantikan ur iklan review arini pd arini isnin nnti.












Blog Pilihan Entry Ini
::::::::::::::::::::::::::
Blogshop Premium Beautiful
-->> Click SINI if ingin
menguruskan badan ke
bentuk yg uols idamkan :)

:: (nak being featured in this
section? Jadilah salah seorg
drdp pengiklan zie :) Click
-->> Here! utk lihat pakej ::





Redbloodsnow Copyright©