Dah Mula Jual Tupperware Sudah



Yuuhuuu uols :* Sekarang ni Zie dah mula jadi dropshipper product Tupperware. 100% original ye uols. Zie dan supplier taknya nak jual yg tak Original. Harga memang murah lagi dari katalog. But still, its original coz weols tak mark up banyak.

...ambil komisen je. Biar untung sikit, asalkan barang laku di jual. Hehe. Zie hanya Dropship Agent je ea. Untung hanya sikittttt je. So memang tak dpt nak bagi diskaun or buat promotion sale bagai ea. Awal gitu. 

Do support my online business ea. Apa apa pun, jom skodeng Tupperware kite jual ^_^

::
::
::
::
::
::


Tupperware High Handolier with Army Pouch (1.5L)
Retail Price : RM59.90 (WM) | RM64.99 (EM)

OUR SELLING PRICE : RM50 ONLY
** Free Postage to WM & EM **

--- PRE ORDER, item will be release on 1.8.16. After 1.8.16... Akan jadi Ready Stock. Take 1-3 working days after post out 

Cepattt cepatttt... Khas utk siapa2 yg berkerja sebagai Askar or Vat 69 or PGA polis. Hehehe.



ACTUAL PHOTO

ACTUAL PHOTO

Tupperware Ship Ahoy! Lunch Set
Retail Price : RM59.90 (WM) | RM64.90 (EM)

OUR SELLING PRICE : RM55/SET ONLY!!!
-- free shipping to WM & EM --

Set Includes :
☛ 1 pc Straw Thumbler (500ml)
☛ 1 pc Lunch Box (550ml)
☛ FREE -- 1 pc Straw Brush




ACTUAL PHOTO

Tupperware H2GO Bottle (750ml) -- 1 bottle
OUR SELLING PRICE : RM47 ONLY
** free postage to WM & EM **

Color : Black | Pink

** Easy Oval Keeper not included **



Tupperware Purple Elegance Collection Set - 1 set
Retail Price : RM124.20 (WM) | RM131.40 (EM)

OUR SELLING PRICE : RM90/SET ONLY!!!
-- free shipping to WM & EM --

Set Includes :
☛ 6 pcs Moment Cup
☛ 6 pcs Hang-on Spoon
☛ 6 pcs Saucer Plates



Okay uols. Ada 4 je items utk uols cuci mata. Dinasihatkan sekiranya uols nak beli, kena beli 1 item or set di setiap pembelian utk uols dapatkan Free Postage offer tu. Sekiranya beli lebih daripada 1 item... bermakna postage fee akan di kenakan.

Jadi, better uols beli satu satu at a time so that uols entitle Free Postage :) Untuk order, uols boleh direct Inbox Zie dia Facebook zie atau buat uols yg takde FB, boleh je direct email Zie. Details below ye

Facebook : Zie Madini Store (klik untuk view)




Place Order Cepat²... Last Free Shipping Kooo


Hehehe...setiap hari, confirm ada satu parcel sampai ke tangan zie. Rasanya jemu dah kot abang poslaju nengok muka zie ni. Asyik² nyoping online je kerja. hahaaha. Gaji tadi, zie place order tahap over kooo di mobile online shopping Shopee. 

...Sebab sampai bulan ni je di Shopee offer kita Free Shipping promotion. Harus kooo rebut² place order. Masuk 1st of August nanti, jad budak baik. Tak dapat nak hari² online shopping coz berkira part nak bayar postage. haha

Di Shopee ni... memandangkan items sell by different sellers, if kau beli let say lah 3 items dari 3 sellers... bermakna kau akan byr postage sebanyak 3x. Sebab seller yg akan direct pos...bukan pihak Shopee. 




Day before yesterday, received handphone case for iPhone 6s buat husband zie. Baik hati nah seller handphone case ni taw. Banyak plak tu dia bagi free gift. Walhal harga handphone case yg zie beli tu baru je RM5 (sebab dia buat promosi...normal harga RM10. still consider murah berbanding di kedai..hehe).

...as a customer, happy ya amat! hahaha




Semalam plak, sampai Tobot X buat Mikail. Happy je dia bila zie balik kerja dapat kereta robot baru. Kat shopee, seller hanya jual RM10 je taw. Yg hari tu Zie beli Tobot Y (klik utk lihat) di kedai kat Kuching ni, RM17.90 kooo harga dia.

....di shopee, RM10 je. Seee...pilihan bijak tak? hehehe. Jauh lebih murah. wajib membeli di Shopee...hikss





Haha....banyak tak? Semua ni zie sedang tunggu utk sampai. Tak sabarnyaaaa. Tgk harga² yg tertera tu... murah² je kan if compare dgn price di kedai². Siapa tak rambang mata...hehe. Baru je tadi zie menambahkan lagi 1 order. Beli Pineng charging cable. 

So...all together parcels yg zie tunggu, ada 6 parcels. Yayyy! Tak sabar nak dapat semua. Di zalora, nyopping selipar Roxy plak. Hahaha. Berhantu nah zie online shopping skrg :P Takpe...duit sendiri. Tu yg bestnya sendiri cari duit ^_^





Shopee Oh Shopee... Ketagih Sudah


Dulu ketagih dengan Zalora. Since sekarang ada kurenggg sikit nyopping di Zalora coz barang barang kat situ mcm dah semakin naik harga je. Plus voucher code dia pun sekarang minimum order untuk guna voucher code pun dah semakin tggi.

Contoh : "This coupon code only valid for purchase above RM150"

Haaa..ala ala gitu lah. Bermakna kau kena spend RM150 above, baru dpt pakai. Memang tak lah zie nk nyopping. Unless utk raya. Hihi. Berbalik pada Shopee ni...kat sini best. Konsep dia similiar dgn lelong. Cuma takde bidding period je lah.

Kira pelbagai brg yg sama di jual but lain lain harga. Because seller lain lain maaa. If kau bijak, kau cari ler harga yg offer murah.






Kali ni zie rembat Pineng 2in1 Charging Cable ni. Yang ni, Zie beli bagi husband. Niat hati nak aje ambil yg ni utk diri sendiri. Sebab merah maaa...hehe. Tp apa kan daya,cable putih tu hadiah hari jadi in advance. mana leh tukar tukar kan. 

...kecik hati colleague yg memberi nanti. Hehe. By the way, cable ni kan... kalau kau beli di Boulevard IT (di kuching la ea), RM29 harga benda alah ni. If beli di kedai handphone di Sukma Ria, RM23.

But di Shopee ni, hanya RM20 je. Since sekarang Shopee on Free Postage, consider murah ler yg ni if dibandingkan beli di kedai. Hihi. Original okeh. bukan tiruan. Love it!




Fridge Magnet Trunks dan Bulma


Siap sudah fridge magnet Bulma dan Trunks yg Zie tempah dari kawan seopis :) Zie suruh dia buat bila bila dia free. Akhirnya siap juga ^_^ Cute nah. Berjam jam kooo dia nak siapkan benda alah ni Utk fridge magnet Bulma tu ambil di selama 12jam buat.

...haaaa thats why handmade stuff sgt mahal okay. Nak nak lagi buat yg super kecik mcm ni Sakit weh tgn and jari. hihi. Zie tahu ler coz zie pun dalam bidang kraf gak maa. hihi





Lekat terus kat CPU. Buat sementara je lah. Kang nanti bising manager zie tempek magnet kat CPU. Sebab kan tak boleh. Takut rosakkan kompenen dalam CPU katanya. Balik je kerja, terus tempek dorg anak beranak ni di peti sejuk

..lupa plak nak snap. Hihi. Apa apa pun... i love it sooooo much!

Kegilaan Saya : Green Tea dan Steamed Wantan


Tadaaaa! Just like what my husband said --> "Memang tak pandai jemu..." Hehehe... what to do sayang. Dah pun nama kegemaran. Mana pandai jemu jemu. Kena lagi dgn Wantan dari Muz_Fea Pack Food ni sedap giler. Sambal kicap dia...perghhh. Terbaik.

...inti wantan plak, kali ni extremely sedap giler. Hihi. Meanwhile green tea tu plak, mmg my fav ler. rm3 je besar tu..best tak? So buat sesiapa yg duduk Kuching skrg ni, if rasa meliur tengok and nak try.... boleh je serang Inbox dorg ea.


Green Tea -- Teatime KCh
Steamed Wantan -- Sahzwani Bridal
(klik je nama utk view ye)


Sebarangan pertanyaan, boleh je direct Inbox msg dorg. So friend semua. But mls nak tanya and nak terjah sendiri ke "drive thru" teatime Kch.... feel free utk pergi ke Jalan Merdeka di Kpg Tupong. Jalan menuju ke Wanda or Bangunan Marzuki.

Tak jauh dari bulatan kecik :)





Akhirnya... Dapat Juga Dia Kereta Robot Transformer


Budak kecik yg dok "ke bulan" khayal tengok TV y gedebak besar. Kalah nah TV yg ada kat rumah dia. HIhi. Tu yg dia tak berganjak ganjak tengok :D Lepas habis "khayal" tgk TV tu... dia mengiyau lagi kooo nak ke Parkson.

...ingat plak dia kat shopping mall ni ada Parkson




Kau tgk reaksi dia kat gambar background tu. Dia dah mula nak hentak hentak kaki, if tak turutkan. Dia akan mula nangis, pastu bergolek atas lantai. Menyampah taw. Kalau zie, zie memang hati keras je tgk dia gitu. Biarkan aje. 

...tak kuasa nak pkir apa org sekeliling kata. Coz kau tgk je la price Transformer yg dia nak tu. Bukannya berpuluh harga, Beratus. 





But then... papa dia mengalah. Again.... alahaiii. Nak aje aku tanganka budak kecik tu taw.... eh! Hihi. Papa dia kata, consider hadiah hari jadi dia in advance. Meaning next month, Mikail hanya dapat hadiah hari jadi dari mama dia je...hehe

...dengan redha, pi kaunter bayar




Then... zie plak yg rasa cam tak puas hati. Mcm papa dia tu manjakan dia nah. Zie tak puas hati coz kalau beli waller Guess (since skrg ni ada wallet yg tgh on sales 70%), dah lepas nah dah tu. Sakit plak hati zie...haha.

...takpe takpe. Duit husband. Kalau duit aku, kuasa mama nak oiiiii. Peduli apa kau nangis golek golek kannn. Hihi. coz nanti, kejapppp je benda alah tu dia hancurkan. Bukannya dari material besi tu. Plastic okeh... plastic

...ishhh, tak puas hati nah. Hahaha





Ginie lerrr rupa benda alah yg si Mikail idam idam kan tu. Lepas ni kau mengiyau lagi, kompom aku piat telinga. Takde nyer nak berhabis ratus ratus lagi utk kau anak oiii. Tak elok gitu. Baik mama belikan baju je...ada gak faedahnya.






Ginie plak rupa benda alah tu bila dah bertukar menjadi robot. Dahlah kecik... ishhh. Tak puas hati weh. Hahahahaha. Melepas aku nak membodek papa dia belikan wallet guess aritu.... eh! hihihi... Peace yow...




Kerja Setengah Hari


Hari ni Zie ambil half day. Sebab sebelah petang ni Mak Nek ada appointment jumpa doktor. Sekarang ni syukur alhamdulillah... setiap 3 bulan, sekali Mak Nek jumpa doktor. Tak macam mula mula dulu.

...kalau time mula mula dulu. Setiap 2 minggu, sekali jumpa. Then reduce ke sebulan sekali. Now 3 bulan sekali. Syukur ...syukur. Tu tandanya Mak Nek dah semakin sihat. Walaupun kami berlainan agama (Mak Nek berbangsa iban dan beragama pagan), dia tetap nenek zie dan darah daging zie.

Akan tetap jaga dia sampai ke akhir hayat dia :* Semoga semakin sihat ye, Maknek sayang... 






iPhone 6s Buat Suami



On week days minggu lepas, weols laki bini berdating di Switch. Nak tengok iPhone 6s buat husband Zie. Beli terus di Switch better sikit and more secured...hehe. Lagi pun malas plak nak terikat dgn contract if kau beli iPhone under digi plan or apa apa plan lah.

...tak suka terikat. Better kumpul duit byk byk... baru beli. :D




Ajak husban ikut team Zie. Pakai iPhone 6s Plus, but husband tak nak plak. Dia kata besar sangat. Tak sesuai lelaki pakai. Sebab besar. Di hanya nak yg kecik je. Zie suruh dia ambik iPhone SE...since tu yg paling latest kan.

...pun dia tak nak. Still stick ke iPhone 6s gak. Ye la ye la... 6s pun 6s lah. Dia yg nak pakai kan. Zie hanya belikan je.. hehe





Sementera tunggu Sales person pergi check stock, selfie kejap. Hihihi




But sadly, Space Grey utk 64G hanya tingga warna Pink je. Kau giler lelaki pakai phone warna pink.... oh nooo nooo.. Hehe. Then this sales person terus ler gtaw, yg Jumaat lepas (kebetulan hari kemerdekaan sarawak), dorg but promotion kat Ground Floor, The Spring. Dan akan restock iPhone tu

....fuhh. nasib gak lerrr benda alah tu tadi out of stock. Kalau tak... rugiiii rugiii. Hihi




Jumaat datang lagi weols bertandang di Switch. But kali ni di Ground Floor coz kan dorg buat promotion sana. Walaupun Harga still sama, but at least ada free gift. Tu yg bikin syok...hehe. Unlike iPhone zie dan iPad Mikail.... langsung takde free gift. Tempered glass screen protector dan casing, semua beli.

...berapi gak bila tgk total amount dalam resit. But kali ni best, husband dapat Free Tempered Glass Screen Protector, Free Urban T-Shirt dan Free Cleaning Set. Ok ler tu kan. Daripada nan hado.





Done Zie bayar, suruh husband sendiri gi set up apa apa yg patut utk iPhone baru dia tu. iPhone 5s dia yg lama, dia jual dgn kawan dia. Tukar tambah. Kawan dia bayar RM + Samsung Note 1. Kaya laki aku dgn handphone kalau macam tu. Hahaha

...zie kata, Note 1 tu, dia sendiri je lah yg pakai. Then Samsung dia yg satu lagi utk number Celcom dia, yg tu let go. 





Ni lah di Free gifts dari Switch tu. Tempered Glass Screen Protector dan siap pasangan terus di iPhone husband. Urban T-Shirt tu lawa weh. Simple but smart. Ailike! Enjoy your new phone, Sayang. I hope u like it :*

....It's nothing much, but i do hope u like it , Syg ^_^






Hampir Sebulan Dia Mengiyau Kereta Robot



Hehehe... setelah hampir sebulan dia dok ngiyau² hendak di belikan kereta robot, actually dia nak tu original kereta robot Transformer Optimus Prime yg harga dia...mak oiiii. Parkinson aku. Hampir RM300.... kuasa aku nak melayan. So setiap hari lerrr dia dok ngiyau ngiyau.

...letih dok dgr di ngiyau. Beli je lah. But semestinya bukan yg bapak giler mahal tu. Kau ingat emak kau ni datuk?... krikkk krikkk




Hahahaha...muka dia a little bit macam tak puas hati. Sebab kelihatan lain dan jauh lagi kecik dari kereta robot yg dia idam²kan. Mikail...kuasa mama nak layan, okay. Beli kau yg murah je nak oiiiii. Nasib time tu dia takde drama. 

....macam redha je dia terima. 


Ni dia ngiyau suruh bukak terus. Hihi. Janji kau tak drama hempas diri ke lantai, mama dah cukup syukur nak. Buka sekarang pun sekarang. Janji kau tak ngiyau yg Transformer original tu. Kuasa mak noks, KUASA! Hahaha





Ni haaa...belikan dia kereta robot Tobot je. Hahahaha. Ambil Tobot Y. Kereta robot gak tu kan...hehe. Mikail, if kau dah besar nanti, dah kerja.... mama akan paksa kau baca blog kau sendiri (Mikail's Journey - klik utk lihat), so that kau tahu camne perangai kau masa kecik dan mama papa selalu beralah utk kebahagian kau, nak.

....tp kan anak mama, kena tahu... sometimes mama papa tak turutkan sebab : 1st, tak mampu. 2nd, tak nak kau terbiasa dan manja. Bila tiba masanya kau dah paham, mama papa definitely tak akan turutkan dan akan teach kau utk beli sendiri benda yg kau nak. In where u have to work for it....

 so that kau akan paham erti susah mencari duit....soon, bila dia sudah mengerti... Zie akan didik pelan² didik dia. Buat masa skrg, umur ni memang tahap ya ampunnnnn kooo uols. A dia kata, A gak. Kalau tak... heran manusia lalu lalang tengok dia bergolek atas lantai.... alahaiiii. 

....lain orang, lain ragam anaknya ye. If anak uols tak macam mikail ni, bersyukurlah sgt² je dpt yg tak memberontak. Mcm weols, dah nasib badan...haha. But we love him will all our heart ♥




Makan Malam Diet Katanya


Gara gara siang tadi dah balun sebungkus Mee Jawa dan sebungkus Mee Goreng Daging masa lunch di opis, sebelah malam ni plak... Tak dapat dah nak mencekik tak ingat dunia macam tu. Nanti berat naik, diri sendiri gak menghempas diri ke lantai...

... So as for my dinner, makan ni je. Blueberry Muffin dan Cherry Tomatos yg segar. Loveeee cherry tomatos soooooo much. Benda alah yang mesti ada dalam peti sejuk. Hehe. Makan dulu... Bisnillah nirrahman nirrahim....








[[ Iklan 16]] Hajar Midi Resources



Assalamulaikum.

Kami Hajar Midi Resources menyediakan perkhidmatan SERVIS, BAIKPULIH,MEMBEKAL, serta MEMASANG, Penghawa Dingin, CCTV, Penggera Keselamatan serta Pendawaian Elektrik pada anda semua dengan harga yang berpatutan.






 ★ OVERHAUL
-- (Chemical) Indoor dan Outdoor - Full Service
✔ Buka indoor, periksa samada senget atau tidak.
✔ Periksa paip copper dan paip air sumbat/bocor.
✔ Periksa outdoor bocor/tersumbat
★ 1-1.5 HP = RM150 (termasuk topup Gas R22)
★ 2-2.5 HP = RM250 (termasuk topup gas R22)

Turut Menyediakan Servis:-
♥ Pemasangan CCTV
♥ Wiring

NOTE :
Untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan overhaul dari kami,
kami memberi jaminan setahun tidak perlu servis. Sejuk macam baru beli!




Kawasan terlibat = Sg Buloh, Kepong, Selayang, Mont Kiara, Segambut, Serdang, Seri Kembangan, Putrajaya, Bangi, Balakong, Kajang.

*Untuk luar kawasan boleh bincang.

Untuk keterangan lebih lanjut serta tempahan boleh hubungi 0193772582 (Hamidi) atau 
ke Fanpage kami Hajar Midi Resources (click to view)














Hari Permuafakatan Tadika Mikail


Hari Sabtu lepas, ada Hari Permuafakatan tadika tempat Mikail study. Actually Hari Permuafakatan tu adalah hari dimana parents jumpa dgn cikgu Al-Quran dan Cikgu Akademik untuk mendapat maklumbalas tentang prestasi anak.

....ada sedikit berdebar gak. Pengalaman pertama kooo. hihi



Semangat je weols datang awal. Malam tu Zie gtaw husband. Kalau habis duty, if dapat balik Kuching, better balik since keesokkan hari ada pejumpaan dgn cikgu di tadik mikail. Better pergi berdua and sama sama dgr prestasi mikail camne.

...nasib baik habis mlm tu lepas habis duty terus pecut balik. hihi Kesian dia terpaksa drive 2jam. Dahlah letih. Demi mu anak, kannn. 





Sementara tunggu our turn, selfie selpot dulu. Hihi. Zie dan Mikail sedondon. Baju petak petak. Husband tak sedondon coz takde baju petak petak warna merah. Di surah pakai baju merah plain, tak nak plak dia...huhuhu.





Alhamdulillah... sangat baik keputusan akedami Mikail. Syukur alhamdulillah. Zie sgttttt risau if kat sekolah dia tak nak belajar taw. Coz kat rumah.... teramatlah payah nak suruh dia belajar. Asyik mainnnnn je memanjang.

Hanya utk mata pelajaran Matematik dan Jawi je dia tak dapat markah penuh. Mata pelajaran lain, semua penuh. 




Meanwhile utk pencapaian Iqra dan Surah Hafazan dia plak... Hanya dapat C a.k.a Yayyid (Baik) untuk keseluruhan 12 ayat hafazan dia bagi Semester Pertama ni. Oklah tu. Bersyukur dgn pencapai anak. Bukan senang umur semuda tu nak hafal banyak surah

...sejujur nya, Zie akui, tak semua surah hafazan tu zie pun ingat taw. Hahaha. Kalah zie dengan Mikail. Zie monitor bacaan dia pun refer dgn buku gak. Llalalalala :P


::
::
::
::
::



Balik dari tadika baru weols gi sarapan pagi ka nearby area. Lapo...hehe. 





Budak ni tak nak makan apa- apa. di beli roti kawen, pun tak nak. Zie je yg jd makan. Huhuhu. Dia dok layan citer Pada Zaman Dahulu :Kancil Yg Bijak tu je ulang ulang sejuta kali. hahaha




My breakfast. Wantan sup yg lazatt.... nyummmm nyummmm.