Throw Back Entry : Tomei Tea Party! Birthday Gift Ke-34



Tomei ni kan, macam pepaham je yg bulan August lepas adalah bulan hari jadi Zie. Awal² dah kawan zie yg kerja di Tomei Whatsapp zie personally untuk invite zie ke Tea Part Tomei. First question zie, ada apa promotion emas time tu. Dia kata ada byk offer yg murah...tp semua zie tak berkenan. Huhu. Ambil yg takde promotion ler plak....huhu

Syukur emas time tu dah turun harga. RM185/gram ke kalau tak silap. Lupa ler plak. Hehe




Kali ni bag emas dia lawa laaaaa. Takde jenis yg kecik cam uncang tu lagi. Yang ni besar. Sesuai utk letak alat makeup. Excited ko zie....hehe.





2 ketul ni ler yang zie pilih. Berat dia zie dah lupa dah. Time tu best price untuk zie, dia kasi RM275 (selepas tolak diskaun pe suma) sebiji charms tu. Then zie tawar lagi, if beli 2 biji Charms... dapat bagi RM500 ke? Kalau dapat, zie ambil dua (walhal memang niat nak beli 2 bji pun...haha)

....Psssttt, siapa kata kedai emas Tomei tak dapat rondeng harga? Dapat taw...hihi. So kawan zie tu pun pi tanya head dia dulu. Syukurrr head di bagi. Yayyyyy! 2 for RM500 sahaja! Happynyaaaa....




Charms tu setiap permukaan dia tertulis huruf. L.O.V.E sebenarnya. Hihi. Husband yg pilih. Dia dah aimed charms tu lama dah. Nasib still ada...memang tercipta untuk bini dia ni. Thank you husband.... love u too. Eh! hihi




Business Trip Ke Serikin




Lama giler zie tak ke Serikin (buat pembaca blog yg tak tahu, Serikin ni adalah sebuah pasar kecil di antara sempadan Malaysia-Indonesia). Kali terakhir ke sini pun masa nak carikan kain pelikat untuk di buat door gift time akad nikah buat org yg berzikir pada tahun 2011...fuhh, lama giler kan tak ke sini.

Kali ni ke sini, untuk urusan niaga. Kan sekarang tengah viral mee instant Indomie Salted Egg. Wajib koooo zie jual gak....hihi. So if nak dapat harga murah, ke sempadan Malaysia-Indonesia ler jawap nya. Tp if di tolak dgn minyak kereta, takde lah murah sgt jadi coz 1 box...





Weols pergi time awal pagi. Pukul 8am gitu weols dah gerak gi Serikin. Sampai sana dalam pukul 10:30 gitu lah. Syukur cuaca mendung je. Tak panas + tak ramai gak orang masa tu. Orang memang tak ramai, tp 4-wheel drive - lori, takya citer lah. Ulang alik. Sampai hampir kena langgar emak zie. Nasib kena handbag dia je...sebab emak tak perasan ada kereta, laluan sempit...emak memang dah jalan dah kat tepi, kereta tu yg menyelit di laluan pejalan kaki.

Tahu jalan sesak dengan orang, kau bawa pelan² la. Ni tak...main tekan² minyak. Dah tu tak reti nak stop dan turunkan cermin, say sorry. Jalan terus. Kurang ajar!





Selepas dapat apa yg di hajati, singgah makan kejap kat warung di situ sebelum balik. Owner warung ni...alahai, jenis yg tak mesra alam dengan customers. Weols lama dah duduk situ, takde pun pekerja di attend weols, so panggil ler dia since dia nearby (tahu lah bos, since ko nearby... org panggil ko la)... gtaw weols nak order.

...boleh siap dia sindir n jeling? Alahai...terlampau. This will be the first n last Zie akan makan kat sini. Sedap pun tak guna if layanan gitu. Bukan weols je yg kena, customer 1 family yg sama kes mcm weols... pun kena gak dengan dia. Sampai bertekak dorang. Kalau lah arwah ayah zie still ada, if kena ginie.... terus blah dia dari warung tu. 

Kena ingat, tanpa customers... business takkan ada. So jgn layan customers gitu.




Tadaaaa!!! Inilah mee instant yg super viral tu. Mula² zie beli 1 box dulu (time belum ke Serikin), kirim dengan adik ipar. Tak sampai 1 jam zie post, SOLD OUT 1 whole box tu (dalam ada 20 pcs)....fuhhh! Tu yg sendiri ke Serikin. Senang sikit nak buat sesi tawar menawar.

Zie beli 3 box. Belum lagi sampai rumah, dah sold out 2 boxes. Hahaha... giler ah! Now tinggal 5 bungkus je lagi. Tapi lepas ni rasanya tak lagi kot ke sana utk urusan restocking. Sebab ramai dah sellers main harga,. Jual lagi murah. Kalau mark down harga ikut cam harga yg di jual paling murah tu, rasanya cam tak berbaloi je. Sebab minyak kereta ulang alik dah RM50....harus titik beratkan kos pengangkutan gak.

Sebab tu zie tak suka if ada kuman² dok questioning, Mahalnyaaaaa kau jual. If kat Serikin or Tebedu... hanya bla bla bla je harga tau. HELLO! Kau ingat ke sana pakai pintu Doreamon ea? Akal mana akal? Haishhh....




Air-Cond Kereta Buat Hal Pulak


Huhuhu....one after another rosak. Haishhhh. Adat bila kereta sudah berusia 7 tahun lebih. Kali ni, air-cond kereta datang gila. Bila on, dia sewel...tak on. Bila di off, haaaa dia ON. Ko ghase? Cam nak hempuk je punat ON/OFF air-cond tu taw. So zie gtaw husband, if ada masa... bawa bengkel tengok. Perlu servicing je ke or benda alah dalam air-cond tu rosak.

Tapi husband offer utk check sendiri. Pandai dia katanya. Best part jadi lelaki....wajib tahu part elektronik ni kan. Kalau zie...sorry, i tak reti. I ambil ERT masa kat sekolah dulu. Haha.




Katanya benda alah ni kotor. Errr... tak tahu nama apa benda alah ni, malas gak nak google. Panggil je lah benda alah. Janji uols paham if tengok gambar. HAHA.So husband try bersihkan je la. Kot kot gara² kuman² tu yg buatkan sel sel elektronik tak berhubung ...khannnn. hihi





Eyyeeewww! Kotornya. No wonder air-cond datang sewel. Huhu. Husband kata try dulu 2-3 hari ni. Tengok ada lagi tak air-cond on/off dengan sendirinya. If still, baru bawa ke bengkel. So far dah seminggu dah after husband bersihkan tu, takde masalah dah. Normal. Betulah tu kot, kuman² melekat di benda alah tu yg buat dia gila²

Fuhhh....jimat gak ratus². Kalaulah di kedai, sure punya itu ini dorang kata tak elok n mintak tuka. Confirm! hu hu hu



Yamaha Y15ZR Suami Bertukar Wajah



Hadiah untuk Ulang Tahun Perkenalan Yang Ke-9, Zie hadiahkan husband motorsikal Yamaha Y15ZR ni. Dulu masa Ulang Tahun Perkahwinan yg Ke-4 pada 11 November 2015, Zie hadiahkan dia Yamaha 125 ZR (klik SINI utk view blog entry). Awal tahun 2017, zie settled habis instalment. Memang target nak bayar secara ansuran selama setahun.

Pada bulan July lepas, Husband mengiyau plak nak Yamaha Y15ZR ni plak untuk Ulang Tahun Perkenalan pada 13 July... aiyoooo. Haha. Yela yela.... So trade in je lah Yamaha 125 ZR dia tu. Tauke kedai ambil 6K je. So tu tolak terus as down payment untuk Yamaha Y15ZR. Bayar besar down payment, dapat bulanan kecil je. So RM160 je sebulan.

Zie pun plan akan settled habis tahun depan, guna bonus ^_^ Almaklum lerrr, bonus iols kan 3 bulan gaji. Masyukkkkk!  Insha Allah, gitu lah plan  zie.




Ni ler motorsikal yg husband idam²kan tu. Yang ni dia dah tambah bodykit terus. Dia nak buat jadi mini Super Bike katanya. Ikut suka mu lerrr sayang ku oiii. Asalkan happy. Tapi strictly, zie tak nak dia join club² bagai. A big NO NO. Zie tak suka.

Nasib gak husband bukan jenis yg suka join club motor or motorsport bagailah. Dia just suka modified motorsikal n kereta dia je. Untuk join mana² kelab motor or kereta, dia pun tak minat. Alaaaa... if dia minat pun, iols tak akan bagi. Pepaham je lah if dah berkelab² bagai ni... (tak semua but i don't want to take a risk dia kena sodol or dia menyodol...eh! Hehehe)







Tadaaaaa!!! Wajah baru motorsikal kesayangan dia ni. Di spray warna kelabu. Smart giler kan. Ni nampak kosong je kan. Sebab stickers yg dia order di Shopee belum sampai lagi. Wedding Anniversary yg ke-7 nanti, dia dah awal request nak dihadiahkan Ekzos baru plak. Hahaha... Husband husband.

Takpe, nanti turn zie request dia Charms Tomei 2 ketui. hahaha.

Throw Back Entry : Berduaan Tengok Movie Wheely



Pertengahan bulan Ogos yang lepas (hehe...lama giler throw back entry ni kan. Almaklum ler, semakin tua ni semakin takde masa nak berblogging. Tak dpt dah nak tulis blog cepat². Commitment dengan anak² dan family lebih diutamakan), Zie dan Mikail pi tengok wayang berdua je.

Husband dan baby Irfan di rumah. Husband jaga baby Irfan. Sebab takkan nak bawa baby Irfan ke wayang kan. Kang terkejut budak tu dengan bunyi bising. Plus, suasana sejuk di dalam cinema tak sesuai utk baby. Sangat sejuk walaupun dah berbaju sejuk tebal² taw. 




Movie ni ler Mikail dok berminggu² mengiyau nak tengok. Siapa asyik gitaw cikgu² dia yg mak bapak dia nanti akan bawa dia tengok wayang². Hahaha. Budak sekarang.....alahai.




Muka happy. Ni tengah berbaris nak beli tiket wayang di MBO Cinema kat The Spring Shopping Mall.




Still simpan buat kenangan dia tiket ni. Tiket wayang dia yg ke-2 ♥






Sementara menunggu.... layan. Hehe





Actually Zie nak bawa dia tengok versi BM sebenarnya. Camne entah terbeli versi BI...huhu. Nasib Mikail dah pandai membaca dengan lancar. Dapat gak dia baca subtitle kat bawah tu. Hihi. Kalau tak, tengok gambar jer lah dia jawapnya. hihi






Once dah habis, terus weols balik. Time tu dah nak pukul 7pm. Rebut² balik...coz dah janji kat husband, habis tengok wayang, terus balik. Tak nak mungkir janji. Actually mikail demand nak pi makan kat Secret Recipe. Nasib dia jenis anak yg menurut kata. Zie gtaw dia esok je makan sama² dengan bapak dia.

Okay je dia. Tak membantah. Syukur... hehe. Best gak kuar berdua dengan anak taw. Nanti dia dah bujang, sure akan bawa dia ikut mama dia shopping! Haha. Memandangkan iols takde anak perempuan. Huhu. Okay gak apa semua anak laki, dapat jadi bodyguard iols. hiksss!




Tempat Makan Baru : Kuali Emak




Sejujurnya, jumpa dengan restaurant nie actually by accident je. Time tu hanya restaurant ni je yg HALAL kat kawasan BDC yang buka masa tu. Tu yang masuk je. Hihi. Nasib sedap weh. So wajib taking for and make a food review memandangkan 1st time kan.

Staff, friendly. Actually dorang ada hidangan ala carte gak. Tapi chef utk sediakan menu ala carte belum lagi masuk kerja katanya...tu yg left us with no option untuk try combo Makan Tabur




Ni dia menu Makan Tabur tu ye. Ala² shell out gitu la. Weols try combo A. Cukup untuk 2-3 orang makan. Sensation plak, weols pilih perisa Masala Original. Tak dapat nak pilih spicy or hot & spicy. Kang kepedasan plak Mikail. Hihi.






Sementara menunggu makanan sampai ^_^ Uols tengok dua beradik tu. Hihi. 




Tadaaa!!! Sedapppppppppppp. Berbaloi dengan harga. If uols tengok gambar, macam sikit je kan. Believe me, banyak ni actually. Kekenyangan tahap super Zie. Ketam tu ada seekor je. So bahagian 3. Zie half...another half husband n Mikail kongsi. Baby Irfan plak, stress tengok weols makan, dia dok tengokkkkk jer. Alolololo...kesian anak emak.

Lupa plak nak bawa biskut baby dia. Takde dia stress kan... hihi. so warga Kuching, if uols nak makan seafood ala² shell out camni, try ke Kuali Emak di Saradise BDC. Menu Makan Tabur zie dah share kat atas... Selamat menjamu selera ♥



Hobi Baru : Kumpul Starbucks Card



New addiction sekarang, Chocolate Cream Frappuccino Starbucks. Sadly ini lah my last Chocolate Cream Frappuccino Zie. Terpaksa stop dulu for a while. Lepas habis pantang nanti baru start sesi minum gula ni lagi. HAHA ^_^ Why? Sebab zie kan dah disahkan oleh My Gynae ada diabetes during pregnancy... hu hu hu.

Tu yg terpaksa stop minum/makan benda yg tinggi kandungan gula. Lepas beranak nanti pun kena kawal gak. Tak nak Zie jadi generasi pertama untuk keturunan zie ada penyakit kencing manis. Mintak dijauhkan ler uols.... fuhhh fuhhhh.




Tadaaaaa!!! My Starbucks Cards Collection. So far baru 3 keping je. Haha. Baruuuuuuu je nak mula mengumpul card, terus terpaksa stop dulu kejap. Hihi. Dulu selalu beli, tapi pakai member card kawan. Nyesal seyyyy... Huhu. Dulu langsung takde minat ke arah Starbucks.

Entah apa entah merasuk terus jadi addict gak dgn Starbucks ni.




This one adalah Starbucks Card Zie yg pertama. Being the first memang sangat bermakna kan. Hihi




Yang ni plak, 2nd Card. Yang ni officemate bagi. Sebab dia bukan card collector, so dia bagi Zie. Kebetulan bentuk ♥. Cute. Hihi




And this one is my third card. 

Dorg bagi randomly je. Setiap RM30 purchase, sure dorang akan bagi card untuk yg takde card. Next time, nak beli je card. Baru dapat pilih card yg cantik² kan. Hihi. Tak nak randomly ginie. Kang dia bagi yg sama jenis, tak ke ada 2 jenis ada dalam koleksi. Tak best...





Mengidam Udang Galah


Kali ni pregnant, dok suka makan seafoodddd je memanjang taw. Lebih² lagi udang. Dah tu bukan nak udang yang biasa². Nak udang galah gak koooooo. Nasib bukan demand untuk lobster. Kalau tak.... huhuhu. Takpe, part makanan... jgn berkira. Nanti dah sakit, takde nya selera nak makan.

Husband yang jadi chef. Zie request untuk di makan Cheese Baked Prawn & Udang Galah Masak Telur Masin.


Tadaaa!!! Cheese Baked Prawn cooked by Chef Dillah. Hihi.




Ni plak Udang Galah Masak Telur Masin


Frankly speaking, if husband dah jadi Chef.... masakkan dia lagi sedap dari masakan Zie taw. For me la. Hihi. Both sedap sampai menjilat jari. Lagi² Udang Telur Masin tu....fuhhhhh. Cukup rasa. The beauty side when u are pregnant. Husband akan secara automatik menurut perintah kau. Hihi


Ujian Saringan Ma'had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya'kub (MATTARY)




Pada 6 Oktober yang lepas, Mikail ada Ujian Sariangan untuk kemasukkan ke Ma'had Tahfiz bagi sesi pembelajaran Darjah 1. Seriously, bukan Mikail je yang nervous. Emak dia ni pun turut nervous gak taw. Walaupun cikgu² tadika tahfiz dia semua kata, dorg confident yang Mikail akan dapat sebab masa ujian Pra-Kelayakkan Ke Mattary penghujung bulan September, Mikail DID GREAT!

Still among Top 5 student di kelas yg terpandai katanya. Ni below Zie share result Ujian Pra-Kelayakkan tu.



Ni markah utk bacaan Hafazan dia. Alhamdulillah... purata markah keseluruhan untuk bacaan hafazan dia 94%...6 mata lagi untuk dapat 100% hehe. Bagi zie tersangatttttt lah okay. Zie umur cam dia dulu, uols fikir zie sepandai dia ke? Haha. Zie tak pernah pun masuk tadika. Terus ke Darjah 1 (dulu hidup susah, arwah ayah tak mampu nak masukkan anak ke tadika...syukur Zie bijak ler gak Darjah 1 dulu. haha)




Yang ni plak penilaian bacaan Iqra dan Al-Quran dia. Part ni zie tak risau sangat sebab Mikail dah masuk Al-quran, muka surat 212 dah dia. Sebab based on taklimat utk kemasukkan Ma'had dulu, murid² akan di uji bacaan Iqra je....so Pengetua tu kata, if anak² dah baca Al-Quran, no problem sudah. Benefits anak dihantar ke Tadika Tahfiz ♥
And Yes, Mikail kata masa Ujian Sariang hari tu... Ustazah Ma'had suruh dia baca Iqra je ^_^ 





Gambar sebagai kenangan dia masa dia dah besar nanti. Nervous gak dia Zie tengok. If dikenangan², kesian gak. Umur baru je 6 Tahun, tapi dah ambil ujian penting. Bukan senang nak masuk Ma'had Tahfiz ni, kekosongan hanya 75 or 100 (lupa...haha), tapi student yg mohon almost 200 orang. Ko ghase? Haha... Mana tak zie pun ikut nervous.

Sungguh sekolah swasta... huhu. Sekolah swasta ni diiktiraf kementerian pelajaran ye uols. So Darjah 6, yup... ada ujian UPSR. If nak hantar anak² ke sekolah Tahfiz, make sure yang berdaftar dan ada ujian² yg sekolah kerajaan tetapkan, UPSR, PT3 & SPM. If takde, better don't.

Sebab pelajaran duniawi pun penting sebab tu akan menjadi sumber utk dorg dptkan pekerjaan kelak. Di sekolah Ma'had ni.... dia balance. That's why pembelajaran dia full day. 7am - 5:30pm.





Cariiiii...mana satu Mikail! Hihi. Campur dengan Tadika luar sekali. Ada some of them, sekelas dengan Mikail. So zie dudukkan dia dengan budak sekelas dia. Tak dia nervous sangat. Harap dia fokus...inshaAllah.

Yang ni ujian Bertulis; BM, BI, Math & Agama (agama ni termasuk Jawi & Bahasa Arab). Mak bapak, di suruh ke ruangan Dewan Makan sekolah untuk menunggu. Habis je ujian bertulis dorang, rehat selama 30 minit. Terus tanya Mikail... camne? Okay tak soalan.

Dengan confident dia jawap .... "SENANG! Semua kamek dapat jawap"... Wahhhh anak, takut mak dengan over confident kau tu nak. InshaAllah.... mudahan semua dijawap dengan betul. Amin.




Yang plak ujian Lisan untuk BM, BI, Hafazan dan Bacaan Iqra/Quran. The moment Cikgu dia hantarkan gambar ni.... Ya ampunnn uols, terus berdebar Zie taw. Terasa debaran yg Mikail rasa. Haha. Tapi bila zie Cikgu dia bagi video masa tu, tengok reaksi last sekali Cikgu tu tepuk tangan, seems positif je tu. Hihi.

Cikgu² kelas dia berdiri depan pintu untuk bagi support so that dorg tak takut. Hanya mak bapak je tak di benarkan. Takut dorg stress aganya kot




Ni video tu ♥ 



It's a wrap! Good luck to all of them. Buat Mikail, InshaAllah.... Mak yakin Mikail akan berjaya masuk ke Ma'had. Doa seorang ibu. Kita ibu ibu ni mesti positif thinking when it comes to our children. U can do it, sayang. 



Akan Datang... Rumah Kecil Kami




Melawat tapak pembinaan bakal rumah weols. Hihi. Beli rumah teres setingkat je uols. Sekarang ni harga rumah, aduhaiii...sakit kepala if tengok amount dia. Nasihat saya buat uols, utamakan beli rumah sendiri pada usia 20's. Why? Sebab masa semakin muda umur awak beli rumah, semakin murah ler bayaran bulan. Macam weols yg dah 30's ni...aduhai, bulanan 1K.

Plus rumah sekarang, sekejap je dah naik. Masa weols beli rumah ni dulu bulan 10 last year, harga baru je RM208,880. 3 bulan selepas tu, dah naik jadi RM218K....ko ghase? 3 bulan je pun kan. Hu hu hu.





Floor plan rumah weols. Akan di jangka siap pada tahun 2020 kelak. Tapi rasanya confirm akan siap sepenuhnya pada tahun 2021, CONFIRM! haha. Weols Phase 5. Yang sekarang ni Phase 1,2 & 3....di jangka siap dan akan serah kunci pada bulan September tadi. Tapi.... tengok je lah keadaan gambar rumah yg zie snap tu....pagar belum siap. Apa pun belum siap

...ni dah penghujung tahun. Hihi. Tu yg expect rumah akan siap 2021 awal tahun kot. Takpe, asal siap je.Weols pun tak urgent perlu rumah tu siap cepat. Sebab still dapat lagi duduk di Kem Polis. Lepas habis pantang si bungsu ni, weols sekeluarga akan pindah ke rumah di Kem Polis. Tak duduk lagi dah dengan emak zie.

Terpaksa...huhu. sebab takde dah space untuk weols 5 beranak. Semakin sempit. Tu yg terpaksa move ke kem sementara tunggu rumah sendiri siap. Apa² pun...lega tau dah beli rumah sendiri. Takde dah risau fikirkan tentang rumah sendiri lagi. At least ada gak ler harta weols laki bini untuk ditinggalkan dengan anak² nanti kan...