Pertama Kali Irfan Ke Doktor Gigi



Risau dengan gigi irfan yg appeared berkerak (tak nak nanti akan jadi gigi buruk ler plak), Zie called nearby dental clinic di area rumah weols. Paling dekat adalah Klinik Pakar Pergigian Anmas (KPP Anmas)...tak sampai pun 5 minit drive.

Set appointment untuk 2 orang terus. Untuk baby Irfan dan untuk diri sendiri. Zie nak cuci gigi actually. Lama dah tak cuci sebelum mula berkerak. Haha.




First time gak lah Zie ke KPP Anmas ni actually. Selalu ke klinik gigi area satok je. Zie pergi di branch Sukma dorang. Sampai je, environment kat sini amat menyenangkan. Di ruang menunggu (lupa plak nak snap) ada mini playground untuk budak²

...apa lagi Irfannnn....syorga je dia memanjat di situ.




Dentist dan staff kat sini semuanya friendly. Haaa...sure tertanya² siapa perempuan yang memangku Irfan tu kan? Dia babysitter Irfan, kazen zie sebelah emak. Yup, she an Ibanese ♥ Masa CNY aritu, Zie ke last minute balik kampung sekeluarga sebab nak ambil kazen zie ni.

Yang tu...in next entry zie storykan ye. Ada story disebalik pengambilan dia untuk jadi babysitter anak² weols. huhu.

Berbalik pada Irfan... uols tengok tu muka dia. Bukan reti takut dengan orang. Senyum² gelak² je dia di suruh buka mulut.





Selepas banyak kali percubaan untuk dia buka mulut, akhirnya weols give up. Dentist tu hanya dapat check je, Tp untuk process cuci stained di gigi dia tu.... memang tak dapat ler. Sebab irfan tak nak buka mulut. If di paksa pun, dgn keadaan dia meronta².... camno tu nak cuci kan. Betul tak? Haha

So zie consult lerrr dengan dentist tu. Camne nak kasi stained di gigi dia tu hilang sebab memang setiap hari berus gigi dia. Asal dia makan je, sekali berus gigi. Dentist hanya nasihatkan untuk kerapkan cuci gigi dan kurangkan makanan manis.

Actually Irfan memang belum lagi makan makanan manis. Baru je umur 1 tahun 4 bulan....hilang akal ke apa bagi dia makanan manis². So zie gtaw dentist, memang zie belum lagi bagi dia makan makanan manis. Then dia kata, susu pun boleh mempengaruhi gak.

Terus Zie teringat, jangan² gara² tukar ke Susu Anmum Kurma jadi gitu kot. Sebab sebelum ni, dia menyusu susu Anmum Madu. Then doktor nasihatkan tukar balik ke susu lama, which is Anmum Madu tu la. So yup...tukar terus once yg kurma tu dah habis.
Ni video dia time di Klinik gigi Anmas tu. Mudahan lah stained di gigi tok mengakibatkan gigi dia jadi buruk. Risau zie dibuatnya taw. Senangkan kita yg dewasa ni sakit gigi lagi tak dpt tahan. Inikan pulak baby. Walapun zie tak pernah rasa (mintak jauh arrr kena sakit gigi) macam mana rasa sakit gigi...
tengok orang yg sakit gigi pun dah tahu sakit dia macam mana. Sampai bengkak muka koooo. ko ghase? Takpe, tunggu dia besar sikit, dah tahu erti buka mulut...baru bawa dia jumpa dentist. Mikail elok je gigi,....putih bersih.

Kena ke adik...berkerak. haha! Bukan tak beruskan gigi dia tau. Berus but still gak jadi gitu...nak buat camno.... huhu. Siapa ada tips utk hilangkan kerak gigi, sudi² ler kongsi tips tu ye. Makasi in advance... XOXO ♥

No comments: