3x Tukar Size Kasut Adidas Superstar W di Zalora




Masa terima kasut Adidas Superstar W buat pertama kali nya, soooooooo excited koooo. Tak sabar nak bukak kotak. Bila buka dah... alahai, rupanya Size 6 UK adalah size orang lelaki. Soooooooo besarrrrr. Stress mak! Haha.

Sebab lamaaaaa dah dok intai kasut Adidas ni taw. Dari tahun lepas dok intai². Macam tu harga dia still mahal, RM580 sepasang! Giler kau nak membelinya. So Zie kan pembeli yang bijak. Zie akan sentiasa tunggu benda alah tu on Sales, then baru Zie rembat. Makanya... jadilah macam Zie! Haha.

Harga Sale dari RM580, jadi RM376.90 jer. Jauh murah tu. 








Nasib kan, di Zalora sememangnya sediakan kemudahan pertukaran Size. Tak kisah lah berapa kali kita nak tukar. So far termasuk penghantaran pertama tu, dah 3x Zie request exchange size. Huhu. Dari Size 6 UK ke Size 5.5 UK. Masa tu Size 5.5 UK je paling kecik. So terpaksa lah try, kot kot muat dengan kaki ku yg comel ni.

Bila sampai, still lagi besau nah! Huhuhu. So Zie nak request refund sebenarnya.... tapi tertengok, tetiba ada Size 4.5 UK (paling sesuai kat kaki zie adalah Size 4 UK sebenarnya), so gamble je lah.... if kali ni size 4.5 UK pun besar... memang request for refund je lah. Redho....






But to my excitement.... Muat! Errr...actually takde lah muat mana pun. Still longgar. Size 4 UK rasanya baru perfectly fit on my feets. Tapi nak buat camne, still SOLD OUT. Huhu. Since Zie tengah mengidam nak pakai kasut ni (since di Kuching takde jual model Superstar W... superstar biasa je, ada. Zie nak Superstar W ni...stylo!)
Nanti pakei je lah stocking tebal sikit.






Tadaaaaa.... cantiknyaaaaa! Zie memang dari duluuuuuu lagi minat design Adidas simple cam ginie taw. Old school design ni sebenarnya. Zie tak berapa berselera sangat dengan design yg latest nie. Nak kata kasut utk jogging, tak juga. Nak kata kasut utk kasual...serupa kasut jogging. You know what i mean, right? Hehehehe.

For me, design utk jogging/running... then strictly utk aktiviti tu. Design utk berhuha² jelajah shopping mall....haaaa, khas utk aktiviti tu je lah, betul tak? Coz sesetengah orang ni, design utk running/jogging pun pakai je utk berhuha² di shopping mall. Err.....ni based of my taste of style lah ye. Hehe


Lain orang lain dorng punya taste of style ^_^ Apa apa pun, Yayyy! Finally kau milikku Adidas Superstar W... fully sponsored by my Mr P.G.A ♥





1 comment: