Throw back entry... hehe. Baru ada masa nak taip story after almost 2 months beranak. Pepaham je lah, once kau dah ada a newborn...di tambah lagi abang dia baruuu jer umur 1 tahun 4 bulan time tu. Chaotic weh. Huhu.
Tarikh zie perlu admit di SGH pada 18.3.2019. So sebelum tarikh tu, awal² Zie dah ready benda alah untuk di bawa ke hospital. Susu fomula tu Zie seludup (nasib ler nurse tak buat sport check...hehe), in case susu badan belum ada lagi sebab based on pengalaman terdahulu, lambat koooo susu badan nak produce. Huhu.
Lagi² if kau beranak elektif czer ni. Sebab badan belum lagi ready nak beranak, dah di keluarkan baby. Hihi. So awal Zie seludup susu anmum tu. Dalam bilik, senang nak curi² bagi baby nyusu benda alah tu nanti. Hehehe
Ni rutin check up biasa, sebelum admit masuk ward Maternity. Excited kooo aku uols. Tak sabar nak tengok & peluk si bungsu Zie tu. Last zie akan pijak tempat ni lagi utk beranak. BTL terus lepas ni atas nasihat doktor.
Doktor yang perempuan tu lah yang akan bedah Zie keesokkan harinya. Dr. Leong May Shi nama dia. Zie sangat sangattttt puji Dr Leong ni. Why? 1st, sebab dia sangat sangat friendly. Dia siap tanya Zie nak jahitan macam mana, nak tak skin to skin contact dengan baby.
Inilah pertama kali doktor yang akan bedah Zie tanya Zie gitu. Before this, dorang decide sendiri dan Zie tak pernah skin to skin contact dengan baby (yg letak baby di dada tu, cam beranak normal tu). Syukur...yg terakhir ni, akhirnya zie dah rasa gak pengalaman gitu.
Selalunya nurse akan sua je baby kat muka Zie utk zie cium cium je. Langsung Zie takde peluang nak peluk dia di dada. This time...alhamdulillah, merasa gak iols ♥ Thanks Dr. Leong!
Selalunya nurse akan sua je baby kat muka Zie utk zie cium cium je. Langsung Zie takde peluang nak peluk dia di dada. This time...alhamdulillah, merasa gak iols ♥ Thanks Dr. Leong!
Untuk jahitan czer tu, zie nak jahitan yg akan di buka selepas 7 hari tu. Hairan nurse di KKIA why zie nak jahitan gitu sebab kebanyakkan mommies yg lain, dorang more prefer jahitan yg tak perlu dibuka² lagi. Well...Zie kan special sikit orangnya. Hahaha!
Takde lah...sebab sebelum ni, kedua² jahitan czer zie dulu jenis gitu. Coz kali ni nak gak stay jenis gitu. Confident sikit zie luka czer tu tak terbuka. Hihi...jangan ditanya kenapa berfikiran gitu weh. Haha
This part i hate it soooo much. Huhu. Masukkan tiub tu lahhhhh yang...aduhaiiiii. Takpe takpe...last dah ni ^_^ Yang ni sebelah kiri. Masa kat OT, tgn sebelah kanan doktor pasangkan tuib ni gak. Untuk emergency case katanya if suddenly Zie alami pendarahan. So tiub di tangan kanan khas untuk tambah darah jika perlu. Sakit oiiiiii doktor tu pasangkan..haha. Bukan Dr Leong pasangkan, Doktor lelaki....lupa dah nama.
Sebelum pasangkan tuib di tangan kiri, nurse suruh Zie mandi dulu and then start berpuasa pada jam 12am, mcm biasalah.. Sebab jadual czer Zie awal pagi. Pukul 8am. I am the first case you you. Happy! Hihi
Time ni, memang excited giler. Tak sabar nak beranak. Oh ya, tanda² nak beranak langsung takde. Time ni Zie dah 39 weeks 1 day dah. So tarikh beranak Zie as per planned by doctor lah -- 19.3.19. Cantik kan tarikh lahir anak dara kite....hiksss
Time ni, memang excited giler. Tak sabar nak beranak. Oh ya, tanda² nak beranak langsung takde. Time ni Zie dah 39 weeks 1 day dah. So tarikh beranak Zie as per planned by doctor lah -- 19.3.19. Cantik kan tarikh lahir anak dara kite....hiksss
Disebabkan Zie ada asthma, sebelum ke OT (yg ni pada hari selasa, 19.3.19), nurse bagi Zie nap dulu. Takut tetiba kena serangan asthma plak time tengah di bedah. huhu. Sempat lagi koooo Zie snap. Hahaha!
Alhamdulillah, almost sejam di OT...akhirnya lahirlah my one and only daughter, Nur Mikayla pada pukul 8:53am pada hari Selasa, 19.3.19 ♥ Pada pukul 11:30am, baru Zie dihantar ke ward bersalin. Sampai je kat katil, husband terus azankan baby Mikayla. Pengalaman terakhir mu duhai suami ku...Lepas ni mana ada azankan baby lagi. hihi
Actually GL husband Zie, Zie patut masuk 2nd Class Room. Tapi memangkan kes Zie perlu pemantauan selama 24 jam, Zie diletakkan kat luar....depan meja nurses & doktor...huhu. Payah weh, nak curi² bagi baby Mikayla susu anmum! haha. Sudahnya, bila Mikayla nangis teruk, baru nurse ambik bagi susu kat nursing room. Huhu
Actually GL husband Zie, Zie patut masuk 2nd Class Room. Tapi memangkan kes Zie perlu pemantauan selama 24 jam, Zie diletakkan kat luar....depan meja nurses & doktor...huhu. Payah weh, nak curi² bagi baby Mikayla susu anmum! haha. Sudahnya, bila Mikayla nangis teruk, baru nurse ambik bagi susu kat nursing room. Huhu
Selepas 24jam lepas czer, baru Zie di masukkan ke dalam 2nd Class Room. Alhamdulillah...lega rasanya. Terus kooo Zie bagi Mikayla susu anmum tu. Kehausan anak dara Zie tu.
Akhirnya, ada gak Zie buku baby warna PINK! Alhamdulillah. Terima Kasih Allah pinjamkan Zie dan husband anak perempuan untuk dijaga dan disayangi ♥
Like always, injection untuk cair darah untuk Zie inject setiap hari selama 10 hari. Di hospital dah start dah self injection...sebab Zie pilih injection yang dihasilkan dari DNA khinzir. Tapi lepas melalui proses saringan demi saringan, takde dah DNA khinzir tu. Gitu lah dorang explained.
Takpe, Islam itu indah. Untuk perubatan, ada kelonggaran.
TADAAA!!! Baby Nur Mikayla binti Mohamad Abdillah ♥
Masa ni masih kuning dia. 3x je check kuning dia, syukur...cepat dia sembuh dari Jaundice dia. Gambar ni masa umur dia baru 8 hari
Masa ni masih kuning dia. 3x je check kuning dia, syukur...cepat dia sembuh dari Jaundice dia. Gambar ni masa umur dia baru 8 hari
Ni gambar dia masa umur dia baru 14 hari.
Dah mula membulat dah dia. Hehehehe
ni plak gambar dia berumur 1 bulan 10 hari. Masih dalam pantang lagi dia time ni.
Yang ni plak gambar di paling terkini. Baru je malam tadi Zie ambil gambar ni. Umur -- 1 bulan 23 hari ♥ Semoga membesar menjadi seorang anak yang solehah, bijak, berbakti kepada orang tua dan sopan. InshaAllah..
3 comments:
alhamdulillah chomei sangat. semoga menjadi anak yg solehah dan berbakti kepada ibu bapa sehingga akhir hayat ^_^
Subahanallah.. comelnyer dia. Muka daddy nih. Tahniah zie
Alhamdulillah and congratulation..comeynye and sedap nama anak zie :)
Post a Comment