Demam Panas Yang Pertama Mikayla


Actually, Hari Jumaat sebelah malamnya... Zie perasan badan Mikayla cam panas² gitu. Bila check suhu, normal. So Zie assumed body heat dia tu gara² haba panas rumah. Hari Sabtu & Siang ahad pun sama.... normal je suhu dia. Until lah pagi Isnin, tertiba terasa badan dia panas giler.

...bila check suhu, 38.2! Tinggi dah demam dia. Mendadak plak tu naik. So terus weols bawa dia ke Klinik.




Kali ni weols tak nak dah bawa dia ke B.Teo Child Specialist Clinic tu. Sebab charge bayaran dia semakin hari cam tak masuk akal plak. Sometimes almost RM200. Mahal lagi dari charge Dr Lim di KPJ. Huhu. So decide nak tukar doktor. So weols try bawa dia ke another child specialist physician, Dr. Lee.

Alhamdulillah, murah charge dia. Hanya RM40 jer. Ramai yg recommended Zie Dr Lee ni. Baru tergerak hati register anak² under his care bila demam/sakit.





Since dia baru je umur 6 bulan lebih, Dr Lee tak berani nak bagi dia banyak ubat. Just ubat demam & antibiotics je. Actually Mikayla ada batuk berkahak, blocked nose & fever. 3 serangkai penyakit. Huhu. Untuk blocked nose dia, Dr Lee suruh Zie continue bagi dia iLiadin Nasal Drops

Bagi Zie lah, iLiadin Nasal Drops ni hanya helps buka blockage je untuk bagi dia senang bernafas. Tapi utk cure flu tu, cam takde kesan je. Huhu. So Zie continue monitor demam dia. Demam dia mula² on and off sampailah masuk hari Selasa (8.10.19) which is semalam. Start suhu dia tak surut²....





Cam semakin teruk dia. Tapi syukur fever dia belum lagi cecah 39 or 40 celcius. Syukurrrr. Kalau tak...dah admitted dah Mikayla. Panas dia main dalam 37 ke 38 celcius gitu. Selalunya, bila Zie dah bagi ubat, dalam 4jam macam tu.... baru start lagi panas dia andaikata demam belum kebah. 

...tapi kali ni, pelik Zie tgk demam Mikayla ni. Belum sampai 2jam... panas dia dah naik. Bila suhu badan dia sikit lagi nak reach 39 celcius. Terus Zie bagi ubat Panadol yang jenis insert ke bontot tu. Sepatutnya around 6jam ke 8 jam expected demam dia akan datang balik.

Tapi tak kooo...kali ni belum sampai 3 jam lepas insert, datang balik panas dia. Terus mati kutu Zie. Buntu sangat². Cam hilang akal pun ada gak. Ubat "Bom" tu kot...takkan tak kuat lagi. Nak bagi syrup, tak berani sebab belum masa. Takut Mikayla nanti overdose. So resultnya...gara² Zie terlampau risau... menangis tua Zie.

Dahlah husband not in town. Takde orang dengan Zie untuk berganti ambik cuti untuk jaga Mikayla. Nak di hantar ke nursery, time dia tengah high fever ginie....tak sampai hati Zie nak bagi orang lain jaga dia. Bukan tak yakin or tak trust babysitters dia kat nursery tu. Cuma...Zie nak Zie sendiri yg jaga... she needs me.

Lagipun tak elok hantar anak kita yg still sakit ke nursery. Nanti jangkit anak orang. Jangan pentingkan diri je....fikirkan tentang anak orang yg sihat tu




Uols tengok keadaan dia tahankan sakit dia. Sedih Zie. Mana taknya Zie nangis tengok anak gitu. Kalau boleh Zie ambik demam dia tu, Zie sanggup ambil. Ganti tempat dia. Tak sanggup Zie tengok dia lemah gitu. Berterusan gitu sampai malam. Pelbagai dah cara Zie untuk kurangkan panas dia. still tak kebah². Sampailah emak Zie try rukyah kan dia...

Sebab mak tengok cam lain macam je demam Mikayla ni. Dia takut "campur" dengan "benda lain". So mak rukyah. To my suprise... Alhamdulillah. Baru dropping koooo suhu panas dia. Tak menaik lagi. This morning bangun tido... di paras normal dah suhu dia sampai sekarang. Mak kata, dia "terkena" benda masa weols dalam perjalanan balik rumah. Terus Zie teringat... Masa Zie ambil dia balik hari Jumaat tu... lewat sangat dah masa tu gara² kereta Zie buat hal plak. Battery bodo...geram aku. Haha. Later story tentang tu. Menyakitkan hati nah time tu taw.

Disebabkan kereta rosak, sebab tu lah Zie jadi lewat fetch dia dengan abang dia balik sekolah. Time Zie sampai nursery, dah almost senja dah. Tak lama lagi masuk maghrib. Disebabkan nak beli bateri kereta baru... so Zie direct je terus since jarak nursery Mikayla dengan bengkel tak berapa jauh. Hendak di jadikan cerita, time Zie lalu masuk simpang utk ke bengkel, persimpangan tu memang orang kata ada keras sikit. Time tu...Mikayla terus meraung nangis... Zie ingatkan dia nak susu. Terus Zie suruh abang Mikail dia ambilkan susu dalam bag nursery dia. Biasanya babysitter akan sediakan. 

So sambil driving, sambil Zie susukan dia. Senyap plak dia. Tu Zie fikir dia haus nak susu. Pastu merengek² dia...Zie ingatkan dia nak tidur. Biasanya gitu Mikayla bila nak tidur. Merengek sampailah sampai rumah... Rupanya time tu ler dia "terkena" benda tu. Bayangkan... time dah maghrib, still lagi on road... bawa baby lagi tu. Unlucky...so terkena ler. Jahat betul benda alah tu, sanggup dia kacau baby. Hmmm. Inilah bad side bila jadi 2in1 parent. Kaulah emak, kaulah bapak. Takde sesiapa untuk kita bahagikan tugas as parent. What to do... dah pun nama kau bersuamikan polis PGA. Telan jer walaupun pahit.

Nasib nenek dia sendiri tahu rukyah sikit². Kalau tak.... lesson learned. Lenkali if ada apa² hal, Zie akan sentiasa hantar anak² balik rumah dulu sebelum Zie settlekan urusan dunia, Huhu.




This morning, syukur...demam dia tak datang lagi sejak selepas di rukyah oleh nenek dia. Kira baru dalam process sembuh dari demam lah Mikayla ni. Mula² Zie plan nak ambil cuti lagi. Malam tadi dah awal² dah whatsapp manager inform Zie ambik cuti lagi utk jaga Mikayla. Syukur bangun tadi pagi...her temperature di paras normal. So Zie tak jadi ler ambil cuti. Since dapat di hantar ke nursery. Nanti mintak tolong Mak Rina dia monitor ubat dia.

Lepas susukan dia, Zie terus bagi dia ubat² dia...tadi Zie follow up dengan Mak Rina dia, Mak Rina dia kata dia okay, still normal suhu tak panas. Tengah bermain dengan kawan², So Zie suruh dia bagi ubat pada pukul 11am nanti. Kira continue on medication untuk hari ni & esok. So that demam panas yang jahat tu tak datang lagi. 

Baru lega jiwa Zie dia dah free dari demam panas. Takde lagi dah nangis sampai bengkak mata iols...huhu. Zie ni memang cenggeng sikit. Nak nak lagi if anak demam. Ever koooo aku nangis depan Pead dorang, Dr Lim (pead di KPJ Kuching Specialist Hospital) padahal anak just demam panas je pun. Haha. Time tu Irfan tu haaa...demam panas sampai menggigil².

Time dorang nak masukkan "ubat bom" ke dalam bontot Irfan, tengok irfan meraung nangis tak nak... haaaa apa lagi aku, berciciran air mata nangis sampai meleleh hingus. Sampai tergagap² serak² suara bercakap dengan doktor. hahaha. Over nah bila di ingat balik taw. Bukan dibuat² ar. Perasaan sedih tu meruntun jiwa...huhu



No comments: