NH Colla-Plus Advance Review



Alhamdulillah, sampai sudah NH Colla-Plus Advance yang Zie ordered dari Shopee Mall, kedai Watson. Walaupun kat Kuching ni ada jual benda alah ni... tapi mahal uols. 1 box tu je dah RM129 gitu harga dia. If nak murah, tunggu Watson or Guardian buat sales. 

...Tapi itu pun still diatas RM100 harga. Di Shopee... hanya RM96 jer. Free postage plus siap dapat RM12 diskaun. The reason why harga jadi murah. Kita ni kena gak pandai beli di Shopee.... sungguh harga murah tapi kalau plus postage akan jadi lebih mahal... better don't.

Sebab tu Zie hanya akan beli bila ada Free Shipping voucher je.



Sebelum Zie mulakan dengan cara pengambilan dia, ada baiknya Zie terangkan serba sedikit tetang NH Colla-Plus ni. Actually dia ada 3 jenis. NH Colla-Plus (warna hijau), NH Colla-Plus 3 (warna purple) dan NH Colla-Plus Advance (Warna turquoise). Ke semua main purpose beauty drinks ni sama je... anti-aging dan cantikkan kulit.

Yang membezakan hanya kandungan dia je. Zie plak pilih NH Colla-Plus Advance sebab dia advance lagi fomula dari yang dua tu. Result dari pengambilan yang konsisten (ikut pengambilan dosage yang ditetapkan) selama 3 bulan, jelas ketara okay.

Kawan Zie amal benda alah ni. Pun dia ambil yg Advance ni gak. Kulit dia sekarang... fuhhhhh! flawless! 100% all-natural ingredients... so memang safe. Lagipun beauty drinks dari drugstore.... wajib selamat koooo. so no worries.




Now cara pengambilan plak. 20 botol ni cukup untuk stock sebulan. If uols baru mula² nak ambil ni NH Colla-Plus Advance ni... untuk 6 hari pertama, minum setiap hari sebotol. Masuk hari ke-7 consumed benda alah ni.... start ambil selang sehari. Mcm Zie... hari ke-7 Zie minum sebotol (kirany 1-7 hari... setiap hari Zie ambil)... lepas tu hari ke-8, Zie tak minum. Hari ke-9 baru Zie minum sebotol lagi.

...berterusan ler selang sehari gitu sampai lah masuk 3 bulan. Bila dah genap 3 bulan uols ambil.... if rasa nak cantik lagi skin (kiranya kes belum puas hati lagi lah ni ye), setiap 3 hari... minum 1 botol. Paham kan? Kalau dah start minum 3 hari x 1 kali tu... 20 botol tu, cukup stock utk 2 bulan. See semakin jimat! 



Ni dia chart Skin Condition dari NH Colla-Plus Website. Seawal hari ke-6 uols dah nampak perubahan sikit demi sedikit pada kulit uols. For my case, yang Zie perasan perubahan pada kulit... dari dry skin jadi normal skin. In where i love it so much! Tak perlu dah Zie pakai night moisturizer. Dapat gak lerr muka rehat dari bahan kimia kan.... hihi. Then dari kusam, jadi tak kusam dah. Segar & healthy je kulit.

Untuk jeragat (since umo dah tua kan...ada ler sikit jeragat nak menampakkan diri. Huhu), dah semakin memudar dah kat bahagia tepi pipi. Love it! Tak sabar nak tunggu skin jadi flawless lawa & putih pinkish. Hehe.

Oh ye uols, benda alah ni bukan untuk uols consumed forever ye. Stop consumed bila uols rasa puas hati dah dengan kecantikkan kulit. Andai kata lepas stop....few months later or few years later (depends dgn kondisi kulit sesorang) uols rasa kulit kembali tak wow lagi...then baru consumed balik. Back to day 1 routine pengambilan ye.

FYI, entry review ni bukan entry berbayar ye. Memang Zie ikhlas nak review untuk rujukan uols yang nak consume benda alah colla colla ni. Lets  Chantek girls!



Zalora 11.11 Spin & Win




Start awal bulan ni tadi permainan 11.11 Spin & Win ni. Almost setiap hari jugak lerrrr Zie bertandang di Zalora untuk spin roda impian tu. Yang sakitnya... bila dah dapat RM110 cash voucher, ada minimum spend ler plak. RM500 pulak tu minimum spend. Tak kuasa iols.

...takde lah juga Zie nak spending RM500 di Zalora. Paling² pun RM200 jer...paling banyak. Takpe. Zie share je di FB Cash Voucher tu. Kot kot ada kawan yang kaya raya di FB tengah shopping RM500 ke atas gitu. Boleh je dia guna.

Jangan membazir. Kita tak guna, mana tahu ada yang nak guna. Sharing is caring ♥







Yippieee! Akhirnya dapat juga Zie apa yang Zie aimed ni. Tapi ni pun belum tentu kau akan dapat cash voucher RM500 tu ye. Hanya 11 Winners je akan di umumkan via email pada 20.11.19 ni nanti. Tak sabarnyaaaa nak tunggu. Memandangkan Zie dan husband, dua² ada akan Zalora.... wajib kooo Zie try dapat ni lagi.

...Alhamdulillah. Dua² dah email address dah registered under RM500 Cash Voucher ni. Mudahan salah satu sangkut kan kan. Kalau boleh, memang nak dua² sangkut. Hahaha. Dapat gak 1K tuuuu kalau combine...hohoho. InshaAllah.... kalau dah tertulis tu rezeki weols laki bini, dapat ler nanti tu

Tak berharap sangat. Kalau ada, ada ler. Kalau takde... takpe. Harap if menang nanti, jangan ada Minimum spend pulak macam yag RM110 tu lah ye, Zalora.my. Wish me luch, uols!

♥ XOXO



8th Small Wedding Anniversary Celebration ♥



Semalam, 11.11.2019.... adalah ulang tahun perkahwinan weols yang ke-8. Alhamdulillah.... genap sudah 8 tahun usia perkahwinan weols (kenal each other dah 10 tahun dah... feels like forever knowing him). Tak terasa, kan. 

Growing up and getting old together gittew ♥





So semalam, ajak husband celebrate berdua time lunch hour. Time tu je weols ni dah keluar makan berdua tanpa rasa bersalah tak bawa anak²... hehe. sesekali, kena gak weols dating berdua kannn. Sayangnya cuti tahunan Zie dah habis, kalau tak...memang Zie ambil half day terus.... hehe.





Weols celebrate makan² biasa² je di Secret Recipe. Ala kadar jer uols. Janji husband tak pernah lupa. Zie ni haaa yang kerap nah terlupa setiap tahun. di kepala ni hanya ingat deadline kerja urgent je... huhu. Hari Ahad tue, dia tetiba tanya... hari ni berapa haribulan. Zie jawap ler 10hb... kenapa?

...then dia tak jawap Zie. Instead dia tanya lagi. Hari Isnin nanti brapa haribulan ye. Zie plak lurus bendul... jawap "11hb ler. Kenapa?". Then husband tanya lagi... "Hari Isnin hari apa ye.." Dia tanya lagi. Jujur Zie langsung tak ingat.... nak marah Zie bila di tanya berulang² kali and then pertanyaan Zie dia tak jawap² sebaliknya dia pi tanya soalan lagi.

Seriously, annoyed Zie time tu. Dahlah orang tgh busy cuci pinggan mangkung. Tak semena² telinga Zie kena dia jentik. Hahahaha. Terus dia kata ... "LUPA isnin hari apa."... merajuk masuk dalam bilik kawan oiiiii. Hahaha

Then baruuuuuu ler Zie perasan... Isnin bertarikh 11.11.... adoiyaiii! Hahaha. My bad






Sayang dia! Dia tak pernah pun lupa tarikh² penting weols. Zie ni jer haaa yang kerap lupa. Bukan tak sayang ke apa ye uols... cuma di kepala ni banyak sangat benda alah nak di ingat. Kalau Zie tak ber-Reminded... jgn harap Zie dah ingat. His birthday pun Zie letak yearly reminder. Hahaha.

...tak nak dia merajuk tiap tahun maaa. Hahaha. Terbalik weols kan. Selalunya Lelaki yang lupa... ni, Zie yang lupa. Alahaiii. 




Apa² pun, Happy 8th Anniversary to Us. Looking forward for more anniversaries to come with you, sayang. Thank for the gift by the way.


♥ You! XOXO



Pertama Kali Anak Kena Chicken Pox




Throw back entry ye uols. Tak menang tangan nak update blog. Huhu. Pada 31 Oktober yang lepas, sebelum pukul 8am...terima Whatsapp dari penyelia Taski Mikayla. Bagitahu yang Mikayla kena chicken pox dan sarankan Zie untuk bawa dia pergi jumpa doktor untuk disahkan. Gambar di atas adalah gambar dari Mak Rina dia. 

Rupanya kena chicken pox si anak dara Zie tu rupanya. Zie perasan... kenapa kat bontot dia ada biji²...ingatkan nappy rash. Then perasan gak kat mulut atas bibir dia ada cam pox satu. Tapi masa tu mati² koooo Zie ingatkan Mikayla kena gigitan semut.

Then belah belakang plak, ingatkan dia kena gatal². Kan Mikayla ni eczema. Memang bodoh² betul Zie time tu. Diri sendiri belum lagi pernah kena Chicken Pox. Tu pasal ler mengong semacam je.






Once terima Whatsapp message gitu dari pihak Taski dia, terus Zie apply leave and pecut ke Taski dia. Traffic jammed ni kan... memang taw. Tahu kita ni berebut nak sampai, time tueeee jugak dia nak jammed bagi. Nyampah nah. Wrong turn! 

...Sepatutnya guna back road instead of main road ni. 





Terus bawa dia ke Clinic Lee. Nasib Mikayla pesakit pertama kat klinik tu, so tak perlu ler tunggu lama sangat. Kesian anak mak ni, baru je hari tu sembuh dari demam panas.... dah kena satu lagi penyakit.




Yup... sah sudah dia kena Chicken Pox. Huhu. Di sebabkan Zie takde bawa buku klinik dia, so Zie mintak doktor tulis surat untuk confirmed kat dia kena Chicken Pox memandangkan dia belum lagi kena vaksin. Untuk rujukan pihak KKIA in her next appointment nanti.




Tu...ketara nah chicken pox dia kat atas mulut dia tu kan in where emak dia ni fikir kena gigit semut time merangkak. Alahaiii... huhu. Seumur hidup tak pernah tengok chicken pox live.... gitu ler jawap nya. Hahaha. Tengok dalam gmbar je dulu²...





Alololo....kesian sayang emak. Memandangkan time tu bapak dia still OPS, 2 November baru bapak dia habis OPS...menjawap lerrr Zie ambil leave selama 2 hari. Untuk 31 Oct & 1 Nov... huhu. Terus habis cuti tahunan emak. Doktor bagi Mikayla cuti rehat seminggu...

...means seminggu dia tak dibenarkan turun ke Taski. Maksud, seminggu ler bapak dia Zie paksa ambil cuti. Nasib dapat gak bapak dia cuti. Kalau tak menjawap ler Zie cuti tanpa gaji selama semingu.... 




Almost 2 weeks kena chicken pox.... akhirnya pagi ni dia kembali turun ke sekolah. Bebas chicken pox dah sayang emak ni. Nasib tak ketara sangat bekas chicken pox kat muka dia tu. Tapi kalau kat bahagian belakang and bontot dia...aduhaiiii, bertompok² hitam je bekas pox tu. Jahat betul... huhu

...takpe, lama² nanti pudar ler bekas pox jahat tu. Asalkan dia kembali sihat, syukur nah dah Zie. Semoga lepas ni dia sentiasa sihat hendaknya. Dan dilindungi Allah swt daripada sebarang penyakit berjangkit.... InshaAllah.