Showing posts with label Zalora Contest. Show all posts
Showing posts with label Zalora Contest. Show all posts

Zalora 11.11 Spin & Win




Start awal bulan ni tadi permainan 11.11 Spin & Win ni. Almost setiap hari jugak lerrrr Zie bertandang di Zalora untuk spin roda impian tu. Yang sakitnya... bila dah dapat RM110 cash voucher, ada minimum spend ler plak. RM500 pulak tu minimum spend. Tak kuasa iols.

...takde lah juga Zie nak spending RM500 di Zalora. Paling² pun RM200 jer...paling banyak. Takpe. Zie share je di FB Cash Voucher tu. Kot kot ada kawan yang kaya raya di FB tengah shopping RM500 ke atas gitu. Boleh je dia guna.

Jangan membazir. Kita tak guna, mana tahu ada yang nak guna. Sharing is caring ♥







Yippieee! Akhirnya dapat juga Zie apa yang Zie aimed ni. Tapi ni pun belum tentu kau akan dapat cash voucher RM500 tu ye. Hanya 11 Winners je akan di umumkan via email pada 20.11.19 ni nanti. Tak sabarnyaaaa nak tunggu. Memandangkan Zie dan husband, dua² ada akan Zalora.... wajib kooo Zie try dapat ni lagi.

...Alhamdulillah. Dua² dah email address dah registered under RM500 Cash Voucher ni. Mudahan salah satu sangkut kan kan. Kalau boleh, memang nak dua² sangkut. Hahaha. Dapat gak 1K tuuuu kalau combine...hohoho. InshaAllah.... kalau dah tertulis tu rezeki weols laki bini, dapat ler nanti tu

Tak berharap sangat. Kalau ada, ada ler. Kalau takde... takpe. Harap if menang nanti, jangan ada Minimum spend pulak macam yag RM110 tu lah ye, Zalora.my. Wish me luch, uols!

♥ XOXO



Menang Mystery Gift Main KFC Wheel of Fashion via Zalora




Semalam recieved invitation dari Zalora utk main contest anjuran KFC. Games yg diberi nama KFC Wheel of Fashion. Hari tu zie join Digi Game dari Digi Rewards yg ala² ginie gak ler. Menang Grand Prize RM500 :) Uols boleh tgk entry ni --> Saya Menang RM500 Zalora Voucher! Alhamdulillah (click to view entry)  kalau nk baca balik :)

...that day being sooo lucky. But kali ni tak berapa nak lucky sgt. Hehe. Kalau lah kali ni dapat Grand Prize lagi... heaven tuuuu 1 year clothes + shoes supplies. Hahaha.




Ni haaa... zie menang 16% off e-Voucher je. Hehe. Memandangkan zie takde plan nak shopping di Zalora dalam waktu terdekat ni. Nih, Zie bagi kat reader blog zie je. Daripada membazir. Sebagai reward utk uols yg bergelar my blog reader. hehe.

...siapa cepat dia dapat ea. If uols key-in e-voucher tu dan tertera "invalid" meaning dah ada org yg claim e-voucher tu ea. Jgn frust², insya'Allah akan ada lagi zie share e-voucher buat uols. Janji uols setia je baca blog zie yg tak seberapa ni. Hihi

Kiranya suprise hadiah utk salah seorang dari uols yg bertuah. Hehehe. apa² pun, happy shopping!





Membeli Lagi di Zalora



Jumaat lepas, kan ada ngiyau kat uols yg Zie menang RM500 shopping voucher di Zalora (boleh klik --> Saya Menang RM500 Zalora Voucher! Alhamdulillah <--  utk baca), so it's shopping time! Hehe. Zie nyer bahagian hanya RM250 je. Sebab kan share separuh dgn Ngiik Choo (officemte) yg bagi Zie token code contest tu.

...tak nak tamak maaaa. Org berbudi, kita berbahasa gitu. Hehe. Meh tengok apa yg Zie rembat :D





Untuk pakaian, seperti selalunya.... semestinya dari Brand Zalia menjadi pilihan. Sebab Zie memang sangat berpuasa hati dgn kualiti kain dan design yg sangat menepati citarasa muslimah :) Untuk baju raya ke-3 Zie, Zie mix and match. Tema... Putih ^_^

Untuk baju, Zie beli Zalia Lace Overlay Peplum Top (warna black/off white) dan untuk skirt, Zalia Sequin Mermaid Maxi Skirt (warna Black) menjadi pilihan hati





When it come to shoes plak... semesting dari jenama Sidewalk menjadi pilih. HARUS and WAJIB kooo pilih Zalia dan Sidewalk brand kalau Zie nak shopping di Zalora. Dijamin puas hati 100% Percayalah.. hehe

... Untuk kasut, Sidewalk Ombre Heels With Notch (warna Purple/Black). Kasut ni utk baju raya yg pertama. Kan tema 1st adalah warna Purple. Hehe. 2nd theme - Pink dan 3rd theme - White/black. Insya'Allah gaji nanti baru beli kasut warna Putih dan Pink plak :)




Tali pinggang plak, Zie cuba beli dari jenema Something Borrowed. Yang ni utk di pakai dgn office wear. Sesaja beli sebab tergoda dgn design riben tu arrr. Haishhh.. hehe. 

FYI, semua barang yg di order di atas, Zie hanya tambah RM40 jer. Selebihnya bayar guna gift voucher kemenangan. Pssttt... tahun ni baju raya Zie semuanya di sponsor taw. Terima kasih Zalora dan Digi Rewards.

Tahun depan sponsor lagi taw! Haha. Tak sabar plak rasa nk terima semua barang ni :D Dok bercinta tunggu dak Gdex hantar. Hehe. Nanti dah sampai, Insya'Allah esok atau lusa Zie tayang ek. Hehe



Saya Menang RM500 Zalora Voucher! Alhamdulillah



Semalam pagi, rakan sepejabat datang lengang kangkung sambil pengang handphone dia dan tanya Zie, nak tak token code contest dia. Dia dapat dari Digi (digi reward.. ni yg bestnya pakai Digi beb). Memandangkan Zie sangat giler berZalora...

...tu dia bagi Zie je. Zie apa lagi, apa apa yg kena mengena dgn Zalora... kompom aku nak weh :D Haha. Contest ni, Grand Prize dia RM500 voucher. Kiranya semua org yg dpt Digi Reward ni tak akan pulang dgn tangan kosong.

If tak dpt Grand Prize, tetap akan menang something. So.... cuba nasib ler beb.






Sekali tgk.... uwaaaaa! Melompat kegembiraan kooo aku bila dapat tahu Zie menang Grand Prize yg berjumlah RM500 voucher tu. Sungguh tak sangka! Kawan sepejabat Zie (Ngiik Choo) pun tak sangka zie akan menang Grand Prize.

...inilah dinamakan rezeki di pagi bulan ramadan yg pertama. Alhamdulillah, syukur. Tapi Zie tak tamak taw. Zie kata kat Ngiik Choo... weols bahagi dua. Zie RM250, dia RM250. Mula mula dia tak ambil dia kata dia dh bagi Zie. Itu luck Zie, katanya.

Tp tak nak lah Zie makan sorg. Kalau tak kerana Token Code dia... memang tak akan merasa menang Grand Prize mana-mana kontest weh. Hahaha. Akhirnya akur gak dia weols bahagia dua :) Happy nya Zie uolsss.

Raya tahun memang sesen pun Zie tak keluarkan duit utk beli baju raya ler jawapnya ni...haha. Rezeki dari Allah swt yg tak sangka sangka. Alhamdulillah... alhamdulillah.