NH Colla-Plus Advance Review



Alhamdulillah, sampai sudah NH Colla-Plus Advance yang Zie ordered dari Shopee Mall, kedai Watson. Walaupun kat Kuching ni ada jual benda alah ni... tapi mahal uols. 1 box tu je dah RM129 gitu harga dia. If nak murah, tunggu Watson or Guardian buat sales. 

...Tapi itu pun still diatas RM100 harga. Di Shopee... hanya RM96 jer. Free postage plus siap dapat RM12 diskaun. The reason why harga jadi murah. Kita ni kena gak pandai beli di Shopee.... sungguh harga murah tapi kalau plus postage akan jadi lebih mahal... better don't.

Sebab tu Zie hanya akan beli bila ada Free Shipping voucher je.



Sebelum Zie mulakan dengan cara pengambilan dia, ada baiknya Zie terangkan serba sedikit tetang NH Colla-Plus ni. Actually dia ada 3 jenis. NH Colla-Plus (warna hijau), NH Colla-Plus 3 (warna purple) dan NH Colla-Plus Advance (Warna turquoise). Ke semua main purpose beauty drinks ni sama je... anti-aging dan cantikkan kulit.

Yang membezakan hanya kandungan dia je. Zie plak pilih NH Colla-Plus Advance sebab dia advance lagi fomula dari yang dua tu. Result dari pengambilan yang konsisten (ikut pengambilan dosage yang ditetapkan) selama 3 bulan, jelas ketara okay.

Kawan Zie amal benda alah ni. Pun dia ambil yg Advance ni gak. Kulit dia sekarang... fuhhhhh! flawless! 100% all-natural ingredients... so memang safe. Lagipun beauty drinks dari drugstore.... wajib selamat koooo. so no worries.




Now cara pengambilan plak. 20 botol ni cukup untuk stock sebulan. If uols baru mula² nak ambil ni NH Colla-Plus Advance ni... untuk 6 hari pertama, minum setiap hari sebotol. Masuk hari ke-7 consumed benda alah ni.... start ambil selang sehari. Mcm Zie... hari ke-7 Zie minum sebotol (kirany 1-7 hari... setiap hari Zie ambil)... lepas tu hari ke-8, Zie tak minum. Hari ke-9 baru Zie minum sebotol lagi.

...berterusan ler selang sehari gitu sampai lah masuk 3 bulan. Bila dah genap 3 bulan uols ambil.... if rasa nak cantik lagi skin (kiranya kes belum puas hati lagi lah ni ye), setiap 3 hari... minum 1 botol. Paham kan? Kalau dah start minum 3 hari x 1 kali tu... 20 botol tu, cukup stock utk 2 bulan. See semakin jimat! 



Ni dia chart Skin Condition dari NH Colla-Plus Website. Seawal hari ke-6 uols dah nampak perubahan sikit demi sedikit pada kulit uols. For my case, yang Zie perasan perubahan pada kulit... dari dry skin jadi normal skin. In where i love it so much! Tak perlu dah Zie pakai night moisturizer. Dapat gak lerr muka rehat dari bahan kimia kan.... hihi. Then dari kusam, jadi tak kusam dah. Segar & healthy je kulit.

Untuk jeragat (since umo dah tua kan...ada ler sikit jeragat nak menampakkan diri. Huhu), dah semakin memudar dah kat bahagia tepi pipi. Love it! Tak sabar nak tunggu skin jadi flawless lawa & putih pinkish. Hehe.

Oh ye uols, benda alah ni bukan untuk uols consumed forever ye. Stop consumed bila uols rasa puas hati dah dengan kecantikkan kulit. Andai kata lepas stop....few months later or few years later (depends dgn kondisi kulit sesorang) uols rasa kulit kembali tak wow lagi...then baru consumed balik. Back to day 1 routine pengambilan ye.

FYI, entry review ni bukan entry berbayar ye. Memang Zie ikhlas nak review untuk rujukan uols yang nak consume benda alah colla colla ni. Lets  Chantek girls!



8 comments:

Lin said...

Tingin nk mkn tp pnh ada sejarah cyst. Org kata kilagen mangaktifkan cyst. Takot nk mkn. Sapa ada info?

Cik Renex said...

Macam nak cuba pulak bila baca review sis ni

Anne said...

Assalamualaikum dan hi zie..this product betul2 effect sgt boom..i try colla plus 3..bru botol ke 4 result sgt baikk..bila tnya suami dia pun ckp kulit rasa lembut dan licin dri sebelum..tq for sharing cara minum.. lepas tu nk tnya antara 3 jenis colla plus mana lebih baikk..

nnvrin said...

hi nh colla ni ada pantang larang tak? hope u’ll answer mine. thank u!

Unknown said...

thank you review yang best sgt..

Unknown said...

Hi .. Klau MKN colla Plus ni .. boleh ambik supplement lain x ... Mcm vit C ..

Zie Madini said...

Hi UNKNOWN, Ye boleh. Takde masalah. Macam saya, saya mix dgn supplement Collagen saya

Zie Madini said...

Hi NNVRIN, sorry late reply. Lama tak buka blog. Pantang larang if ikut cara saya... sebelum consume dia, jgn minum kopi 1 jam. Selepas consumed pun sama...jgn minum kopi or anything with kaffien selama 1 jam.

Best way, jgn minum terus. haha. Tapi saya tak boleh tak minum kopi.