Showing posts with label Apple iPad. Show all posts
Showing posts with label Apple iPad. Show all posts

Shopping di Lazada ♥




Alhamdulillah... sampai sudah Hybrid Shockproof Cover utk iPad Mikail. Cover lama dia yg di beli di Switch dah lunyai dah. Tak kuasa nak beli kat situ... mahal. Hahaha. Buat budak pakai, tak yah cover original bagai... nanti kejap je lunyai. Membazir je.

...yg ni zie beli di Lazada. 360 Full protection dan anti-shock gak. Means kalau mikail terjatuhkan ipad dia, takyah mama dia ni nak drama heart attack bagai. Dijamin tahan... Insha Allah. Asalkan jngn ler sengaja kau pergi hempas. Yg tu memang ler tak tahan. Kalau kepala kau sengaja di hempas, pun tak tahan gak kan...eh! Hahahaha :P




Sky Blue + Black combination colours. Cantik sangat. Mikail tu okay je apa warna yg di nak. Tp kalau kau suruh dia pilih sendiri... if ada warna kuning, kompom dia akan ambil warna kuning. Minat tegar kuning kot anak bujang zie nie..hihi



iPad Mini 4 ... Thank You, Suami!





Balik dari kerja hari jumaat lepas, terus tuka baju dan tudung dan terus pecut pergi shopping. Orang sebelah tu ajak pergi Switch ^_^ YES! Ngiyauan berjaya! Hehehe





Budak yg mood je sepanjang weols anak beranak keluar. Sebab dia nak tido. Di tinggal di rumah, dia tak nak. Nak ikut... tp bila ikut, dia plak yg moody asyik ajak nak balik je. Walhal baru je sampai Mega Mall City One... haishhh.

...ragam anak oh anak.





Here we are at Switch... again ^_^ Sekali dah kau beli product Apple... suruh dah terjebak kau nak beli lagi dan lagi. Aiyarkk! Setahun sekali je dapat kot...haha. Next year ingat nak beli iMac plak. Insha Allah... andai ada rezeki lebih.






Husban sedang tanya apa beza function iPad Air dengan iPad Air 2...bla bla bla. Dia actually nak belikan kat Zie iPad Air 2. Best katanya coz besar. Puas tengok and guna. Tapi Zie tak suka yg besar besar gedebak gitu....

....susah kau nak letak dalam handbag nanti. Hehe. So Zie suruh dia beli iPad Mini 4 je. Jauh lagi murah dari iPad Air 2. Tak mau tamak :D Org dah belikan... syukur babe :P





MacBook Pro... idaman hati. Arghhhh. Rasanya sampai bila bila kot, tak akan beli MacBook Pro ni sebab terlampau nah mahal dia. Lagi pun laptop dah ada walaupun bukan dari Apple family. Guna je selagi masih dapat guna... betul tak. Hihi

...Zie hanya nk beli iMac je nanti. Lepas tu no more kot beli Apple product unless dah rosak. Gadget tak perlu updated sangat coz cepat je keluar keluaran baru. 







Idaman hati. Actually before bonus aritu, Zie memang plan nak belikan sendiri iPad Mini 4 ni. Sebab ingat nak bagi kat Mikail since Lenovo Tab dia 2x beli... tak sampai setengah tahu, dah rosak. Tu yg ingat nak beli yg better lagi so that tahan lama..

...like always, bila husband dengar zie nk beli... of coz dia tak akan bagi zie belikan coz mahal katanya. Biar dia je yg belikan utk Zie. Wahhh...apa lagi aku. Jimat koooo bonus 3 bulan tahun ni. Hahahaha.





Zie nak warna Space Grey actually but habis stock ler plak. So belikan warna Gold je. Satu je tak best di Switch ni if compare kau beli kat kedai handphone... nan hado free gift. Huhu. Selalunya if kau beli kat kedai handphone biasa, sure punya akan dapat screen protector free and casing free.


....kat Switch, kirim salam je lah. Semua u have to pay. Huhu





So terpaksa ler beli iPad casing dan tempered glass scrin protector sekali gus. 2 benda alah tu penting utk protect gadget ko dari hancus... hehe. Puhhh...simpang malaikat 44 :D




Switch boy tengah set up setting iPad tu dan pasangkan tempered glas screen protector terus. It only tak a while je ;)





Sampai kat rumah.... terus budak kecik ni ngiyau ... "Mama, mana iPad Mikail?" .. ek'eleh, terus jadi iPad kau ea tu, nak? Alahaiiii... demi mu sayang. Demi mu. Mama mengalah je lah. Ye la ye la... kau yg punya lah.

...but still im the one who keep it tho. Hahaha. Hanya main di atas pengawasan Zie or papa dia je. Paham paham je lah budak bila main gadget. Mana paham erti "sayang barang". Nanti putih mata weh if tak kau awasi. Hihi






Seronok je dia guna iPad main dengan 4D Flash Cards dia. Sebab terang and best maaa grahic dia. Unlike Lenovo tab dia dulu. Tak berapa clear. Tu yg dia teruja nah main... hehe. Apa apa pun, thank you sayang!

....Insha Allah, kalau ada rezeki lebih, turn Zie plak belikan dia something. Ingat nak belikan dia PS4. Dapat Zie tumpang sekaki main games nanti... Eh! Hahahahhaa.





Wah Wah Wahh... Dia Dapat Apple iPad Kau!






Wah wah wahhhh uolssss...currrrlas lah bagi iPad as an anniversary gift. Kaler merah lah tueeee kau! Nasib baik zie not so into iPad sgt if di bandingkan dgn DSLR. Kalau tidakkkkk...KOMPOM mengiyau jeles.

HAHAHA...takde lah :P







Hehe....herself potrait being wallpaper. Alolololo....soooo sweetttt! Chu sengaja je tepek pic sengal kat ctue. Oh ye, Chu bagi this gift as a suprise gift taw :) Sure nangis senyap-senyap minie keTERHARUan gitu...hikss ^_^





excited seakan kau minie bila dpt his anniversary gift dari Chu. Ye la uols...siapa lah yg tak excited bila benda alah yg kau idam-idamkan org bagi as a gift. Sure dan dan nangis happy yuuu.

...hehe :P Well, to chu n Minie. HAPPY 2nd ANNIVERSARY :) 3 more months, status dorg akan bertukar menjadi ENGAGED! ^_^











Blog Pilihan Entry Ini :)
::::::::::::
Blogshop Alinac Shoppe
-- Click SINI If nak
product2 kesihatan dan
kecantikkan. Macam2
ada kooo uols :)

:: (nak being featured in this
section? Jadilah salah seorg
drdp pengiklan zie :) Click
-- Here! utk lihat pakej ::





Redbloodsnow Copyright©