Showing posts with label Chu. Show all posts
Showing posts with label Chu. Show all posts

Cute Ice Bag! Thanks Chu ♥






Comel je Ice Bag ni kan. Amat berguna untuk Zie yg selalu rasa "nak demam". sedap je tuam kepala bila pening. Kakak ipar zie, Chu, yg bagi :) Dia beli kat Kaison di Viva City. Thank you soooo much my dear kakak ipar tersayang. Hehe

Love it!




Souvenir dari Korea dan KL


Penhujung bulan May lepas, Abg Minie dan kakak Ipar zie (blogger Chu Majorflava), gi holiday di Korea. Bestnyaaaaa holiday oversea kannn. Zie paling suka if dorang ni gi holiday. For sure akan bawa banyakkkkkkk ole² dari tempat dorg bercuti. hehe.

...tak dpt gi negera orang, dapat souvenir jadilah kan. Hahaha




Tadaa!!! Dapat souvenir dari Korea dan KL. Menyempat gak kooo dorang belikan Gardenia bread tu di KL...hehe. Seaweed dari korea tu...perghhhh!!! Mabeles weh. Chopstick tu emak mintak...hehe. Key chain, terus gantung kat kunci kereta. 

...fridge magnet plak, terus lekat kat fridge..hehe. And face mask tu plak, tunggu mood rasa cantik... baru start menampal di muka. Hahahaha. Skrg mood rasa malas nak cantik², so keep dulu :P

Apa² pun, thank you soooooo much Abg Minie and Chu! Love you both! ♥





Telaga Air Seafood di ABC Corner




Off we go to Telaga Air! Weehooo...hehe. Family gathering sebenarnya. Lama dah aku plan nak bawa keluarga Madini pi makan makan sempena husband dapat transfer ke Kuching... tapi kekangan masa dan kerja tak mengizinkan.

...akhirnya ambil peluang during CNY holiday ni utk keluarga Madini berkumpul シ 




Here we are di ABC Corner (err...kalau tak silap lah. Hanya ingat nama ABC je. Nama lepas tu idak ingat kooo aku. Rasanya Corner lah...haha). Sorry ea uols, gambar makan takde. Hanya gambar weols lepas habis ngappp je yg ada. Hahaha

...tgn kotor, tu yg tak kuasa nak ambil gambar makanan. Sambar makanan sebelum kehabisan. Miaahahaha :D





Hehehehe..tengok Mikail tu, apa yg di temernungkan dia tu.





Mikail dan Kak Mida ♥






Tengok kooo aku tu, Uols. Tak sedar sedar dorg ajak bergambar. Tengah syok mentedarah weh... shut down all my surrounding gittew...hahaha.




Nie baru perasan. Itu pun bila kak Mida meng-Hoi-kan aku...hahaha 






Habis makan, wefie lagi...kihkihkih. Kenyang perut sampai terpaksa tanggalkan waist belt kooo akuuuu. Penangan makan ketam masak telur masin...hahaha. Awal makan pill allergik lepas tu. Tak nak mata bengkak, hidung gatal dan tekak gatal. Harus take medicine sebelum kegatalan menyerang...hihi


....if uols nak makan seafood di Telaga Air, highly recommended ABC Corner kedai makan ea. Sedap koooo masakan dorg. Plus... murah je bayar kalau dibandingkan makan di Topspot di Bukit Mata. Memang sangat sangat rekemen uols utk menseafood di sini ^_^




Kufi Art Table Frame by Chu Majorflava



Hasil kerja tangan kakak ipar zie, Chu Majorflava (click to view blog) ni kan, memang tak pernah mengecewakan taw. Tempah je kau apa jenis design yg kau nak... kompom hasilnya akan sgt memuaskan hati. Puji ni bukan sebab she's a family tau.

...puji sebab her artworks memang layak terima pujian :)




hari isnin belah malamnya, siap sudah Kufi Art Table Frame (nama Allah & Muhammad - 1 set) yg Zie tempah minggu lepas :). Sangatttt teruja. Actually berkenan dengan frame yg mcm ikea warna putih (uols boleh tgk dalam FB page dia di --> by Chu Majorflava), tapi sayang.... frame gitu tak boleh kau nak ubah suai jadi frame dinding. hahaha.

....well, nama pun dah table frame kan. Hihi. Zie nakkk gak weh gantung di dinding. Tu yg pilih design frame kayu ni :D



Ginie rupa bahagian belakang frame tu. Nanti zie akan modified dia. Letak benda alah utk tempat mengantung, so jadilah nnti 2in1 frame. Boleh di gantung dan juga boleh di letak atas meja ^_^ Hiksss. Oh ye, murah je uolsssss. 1 set (nama Allah & Muhammad) RM15 jer.

... siapa nak tempah, sila terjah her FB page -->  by Chu Majorflava (click to view)





Preloved Cloth by Just Candy & Craft




**Knock knock** Assalammualaikum... yuuhuuuu, ada sesiapa yg suka barang preloved tak? Cewahh... ber knock knock bagai kooo kau. Mcm lah blog org lain nih... hehe. Well uols, buat yg belum tahu... kakak ipar zie, Chu Majorflava, ada jual pre love items taw.

Tagline dorg best --> "Ours today, Yours tomorrow"  <-- sounds comel je bagi zie. Hehehe. Okeh, nih... zie nak tayang sehelai dua benda alah yg di jual di FB page dia tu. Lets check it out bebeh...

::
::
::
::
::

Brand new burberry gred bag.. Rm200
Skinny Pant
Price: RM15
Size : XS
Condition : 8/10


Preloved Guess (Original)
Price : RM180
Condition : 9/10




Yg tang sling bag Guess tu lerrrrr yg suruh jari ni gatallllll nak merembat. Tapi terpaksa di pejamkan mata dulu... buat buat tak nampak sebab hujung bulan ni byk yg perlu di utamakan. Insya'Allah andai ada rezeki lebih... tak pun once check Nuffnang sampai nnti... pasti kau milikku kooooo si Guess yg menawan...hahaha :P

So uols... ada bykkkk lagi items yg di jual di Preloved Cloth by Just Candy & Craft ni. Rambang mata koooo tengok. Uols boleh click --> Preloved Cloth by Just Candy & Craft utk skodeng. Eh... no lah, jgn skodeng. Nanti putih mata if benda alah yg kau kenan dah sold out.

...terjah dan rembat u know... rembat. R.E.M.B.A.T! Hehehe. Apa apa pun, happy shopping! Xoxo





Throw Back Entry : 11th, 12th & 15th Birthday Celebration!




Hehehe...kali ni throw back entry tidak begitu lama lah. Hehe. On 15 ogos yg lepas, weols celebrate birthday kak mida yg ke-36. Memandangkan birthday zie 3 hari je awal dari birthday kak mida, bisnes partner dia, Paul.... sekalian letak nama zie kat birthday kek tu

....Paul yg sponsor. Thank you paul! xoxo




Actually nak tunggu Chu time nak potong kek. Sebab birthday chu is on 11 ogos. Kiranya nak celebrate sekali. But since dorg kelewatan sikit, chu suruh weols proceed je dulu tanpa dia dan Abg Minie. So weols mula lah mentedarah dulu.

...Zie malas nak bergambar potong kek. So just let kak Mida je lah potong...hihi




Elololo...suap menyuap bagai kooo. Hihi. Actually time ni Abg bol malu koooo. Hahaha. So cute dorg couple ni. Bini kaki selfie (mcm zie), husband jenis yg tak suka bergmbar. Ok ler tu kan... menyempurnakan each other gitu :D




Zie pun nak gak selfie dgn hubs...hihi




Kau tgk husband zie tu uols. Org sibuk berselfie....dia sibuk nak bagi kain lampin Mikail utk zie pegang. Hello, i am BUSY here oi. Hahahahhaa...





Juadah² weols. Nyummmm! 





Our birthday Red Velvet Birthday cake! Super yummy!!! Bila kenyang, apa lagi....jom kita selfie ^_^











Hihi...3 leos ber selfie :P





Sepotong kek dan sebiji strawberry ni plak buat si tukang sponsor kek...hehe. Siapa lagi kalau bukan untuk Paul Ajah! hihi. Thanks bro for this delicious kek.







Throw Back Entry : Iftar & Birthday Abg Minie dan Emak Chu




Entry yg sangattt sangatttt lah tertunggak. Dah habis raya baru nak publish. Hahahaha. Takpe, nama dah pun throw back entry kan. Hihi. Ni masa still di bulan puasa...hihi. Lupa dah bila tapi rasanya awal bulan July kot. 

...Abg Minie dan Chu ajak Zie iftar sama-sama. Sekalian Chu buat suprise birthday celebration utk Abg Minie dan Emak Chu. Zie jadi tukang beli suprise cake... hehe





Kesabaran menunggu waktu berbuka...hehe. Selfie dgn anak :P Oh ye, weols iftar di  ABC restaurant di Topspot.



Butter Prawn

Steamed Ikan Terubuk

Sotong Goreng Tepung

Ketam Masak Telur Masin


Hanya tu je juadah yg sempat di snap. Yang lain... tak kuasa dah nak ambil Tangan kotor...haha. ada 3 lagi menu yg tiada di dalam gambar. Lupa dah nama menu tu apa. 





Akibat kekenyangan yg tahap melampau, terpaksa birthday kek bawa balik rumah lagi. Sampai kat rumah masing masing tapaw bawa balit. hehehe. Takde ruang lagi dah utk sumbat kek :P







Adehhh anak aku ni. Org lain punya birthday, dia plak yg over excited nak tiup lilin. Hahaha. Thanks Abg Minie dan Chu for the treat. Semoga murah rezeki kalian hendaknya. Happ belated birthday to both of u!