Showing posts with label Family Dinner. Show all posts
Showing posts with label Family Dinner. Show all posts

Makan Malam


Malam tadi lewat koooo Zie sampai rumah. Di Kuching sejak dua menjak ni, asal petang je... hujan. Petang je... hujan. Bukan hujan biasa² plak tu. Hujan yg ala² ribut kecil... huhu. Kepayahan nak drive. Selalu sampai rumah hampir nak jam 7mlm.. hmmm

....kita sebagai isteri and ibu ni, sure lah sampai² je terus ke dapur. Jadi bibik...hahaha. Disebabkan husband pukul 8pm perlu pergi keja (ada latihan khas dorg malam tu..huhu), terpaksa ler masak express je ^_^

::
::
::
::


Tadaaa!!! Inilah dia masakkan express zie tu. Bila zie kata nak masak makanan express... goreng²an ler maksudnya. Cepat dah pantas. Hihi. Zie namakan masakan zie ni --> Spicy Fried Quail with mix-herbs. Served with creamy mushroom soup ^_^

....kena bagi nama dalam bahasa omputih, baru sound glamer sikit... eh! Hahaha. 




Burung puyuh ni Zie belah bahagian perut dan dada dia je. Tak nak belah dua. Kalau kau belah dua, bila kau nak hidangkan dalam pinggang nanti... tak cantik sangat kooo. So kena belah bahagian perut dan dada, dapat ler result dia macam gitu bila kau buat plating...lalalala

...its all about presentation bebeh. hahaha. Lepas tu zie deep fry dia je. Sebelum goreng tu zie gaulkan dgn tepung utk mengoreng perisa mamak. Then campur oregano dan parsely. Masa kau goreng, if kau takde Chili flakes, kau buat ler chili flakes sendiri. Blend je cili kering sampai jadi flake. Tak yah beli mahal²..hihi




Side dish dia plak, zie buatkan creamy mushroom soup.Takde ler makan kering je kan. Kelam kabut gak zie berperang kat dapur tu. Coz kena siap masak sebelum 8 mlm. Nasib hanya ambil masa 30minit je. Nanti rajin zie share resepi ye.

...still lagi hutang resepi Fettuccine Carbonara. Hahaha.





Masa Untuk SUSHI!!!





Ni entry sebelum husband pergi OPS ni...hehe. Lamaaaa bebenor baru di publish ek. Hihi. That night, sampai je kat rumah... husband ngiyau nak makan sushi. Since Zie tak reti nak buat sushi... so, makan di luar ler malam tu... yes!!!

...heaven koooo tak perlu masak lepas balik kerja. Hahahaha. Letih maaa :P Weols ke Sakae Sushi di Plaza Merdeka, Kuching :)






Budak ni excited dia tengok sushi² tu bergerak. Kau tengok muka dia uols. Hahaha. Dahlah bising... asyik warning kat dia dok senyap². Tapi kau pun paham² je lah dgn budak...telinga kuali sikit. Haha. Kejap je dok senyap.

...pastu dia start balik mekak **Mata ke atas**




Order ni untuk Mikail. Untuk senyapkan dia. Hahaha.




Tak sampai 10 minit dia dah habiskan weh. Pastu start lagi bising...Arghhhhhh!!! Stress mak kau nak oiiiii.




Papa dia still pening nak pilih menu yg mana satu. Hahahaha. Rasanya semua dia hendak kot. Hihi




Zie pilih set ni. Apa entah nama set ni. Tak kuasa nak ingat nama dia apa :P




Try Green tea Sakae Sushi. Sedap koooo rasa dia. I love tea sooooo much! Terasa ala² herba² gitu.... ailike!





Menu husband... nasi goreng apa entah. Psstt... kalau zie sendiri yg masak, lagi sedap kot. Bhahahaha. Lariksss.




Zie plak order bento set ni. Rasa cam ayam masak kicap je. Huhu. Kalau compare dgn masakan sendiri, mine 100% win...ceaaaa. Puji masakan sendiri weh...lalalalaa :D





Bila kenyang perut, selfie! Hihi. Nak plak budak kecik tu bergambar time nie. Siap buat muka happy seakan... hihi. Mikail kongsi makanan Zie. coz dia mana reti nak makan sushi mushi bagai ni. 

Itu pun liat dia nak telan nasi...hemprhhhh.




Viva City Shopping Mall dan Nando's




Few weeks rasanya, kalau tak silap lah... Viva City shopping mall ni di buka. Baru hari sabtu lepas weols 3 beranak pijak. Masih dalam kategori payah nak cari parking...huhu. The biggest shopping mall in Kuching nie (correct me sekiranya kamek salah ok, warga kuching). 

Heaven shopping kat sini coz macam macam hado. Yg bestnya, Charles & Keith butik akan di buka lagi. Yippie! Hopefully kali ni tak akan tutup lah ea. Payah kooo nak beli high heels yg stylo mylo :P





Actually niat ke Viva City sebab nak makan malam di Nando's. Sampai sesat koooo carik Nando's di Viva City ni. Siap whatsapp abang su tanyak katner Nando's coz tak larat dah jalan pusing pusing cari tak jumpa jumpa.


....bila dah jumpa. Alahaiiii.... kecewanya koooo akuuu. Panjang giler baris. Gambar yg Zie snap tu, suku je dari barisan sebenar. Tak kuasa kooo weols nak berbaris dan bertunggu macam pak n mak pacak...

So makan kat tempat makan yg lain je lah. Huhu





Weols makan malam di Chicago 7 je. Consider fast food mcm KFC Mcdonnal bagai tu lah. 




Combo set apa entah ni. Lupa :D Ni husband dan Mikail punya. Dorg kongsi berdua.




Ni plak spaghetti apa entah nama. Pun lupa gak ^_^ Sedap weh... dah lah murah. RM9 jer utk spaghetti... terbaik lah. Ailikee!






Lepas makan uols terus balik rumah, Budak botak ni keletihan sampai tertido tido dia. Kesian anak mama...







Throw Back Entry : Iftar & Birthday Abg Minie dan Emak Chu




Entry yg sangattt sangatttt lah tertunggak. Dah habis raya baru nak publish. Hahahaha. Takpe, nama dah pun throw back entry kan. Hihi. Ni masa still di bulan puasa...hihi. Lupa dah bila tapi rasanya awal bulan July kot. 

...Abg Minie dan Chu ajak Zie iftar sama-sama. Sekalian Chu buat suprise birthday celebration utk Abg Minie dan Emak Chu. Zie jadi tukang beli suprise cake... hehe





Kesabaran menunggu waktu berbuka...hehe. Selfie dgn anak :P Oh ye, weols iftar di  ABC restaurant di Topspot.



Butter Prawn

Steamed Ikan Terubuk

Sotong Goreng Tepung

Ketam Masak Telur Masin


Hanya tu je juadah yg sempat di snap. Yang lain... tak kuasa dah nak ambil Tangan kotor...haha. ada 3 lagi menu yg tiada di dalam gambar. Lupa dah nama menu tu apa. 





Akibat kekenyangan yg tahap melampau, terpaksa birthday kek bawa balik rumah lagi. Sampai kat rumah masing masing tapaw bawa balit. hehehe. Takde ruang lagi dah utk sumbat kek :P







Adehhh anak aku ni. Org lain punya birthday, dia plak yg over excited nak tiup lilin. Hahaha. Thanks Abg Minie dan Chu for the treat. Semoga murah rezeki kalian hendaknya. Happ belated birthday to both of u!








Dinner di Sugar Bun


Adat seorg ibu yg berkerjaya bila balik kerja kemalasan nak ke dapur....hehe. Makan di luar lerrr jawap nya uols. Actually malas sebenarnya nak drive...tp tak dapat nak buat apa, anak and emak kelaparan. Kalau solo tadi.. memang sanggup tak makan kot. EH! hahahaha.

...nasib lerrr kat area perumahan weols dekatttt je dgn kedai makan. Tak sampai pun 5 minit drive. Emak nak makan Sugarbun... so sugarbun it is ^_^




Set combo apa entah ni... lupa :D Haaa... kat semenanjung takde sugarbun kan kan. Well, sila gluppp gluppp liur tengok menu ek. Hahahaha :P Menu ni zie pnya. Kongsi dgn si kecik comel Zie ^_^







Ni plak set ikan talapia utk emak. Pun kongsi gak dengan Mikail. Mikail ni kejap² nak zie nyer makanan. Kejap² nak makan Mak Nek dia punya...huhu. Takpe, janji kau laju je nak makan koh anak :D






Cahya Damai Homemade Grilled Burger House


Cahya Damai Burger House ni kat area kediaman Zie taw, Bandar Baru Semariang, Petra Jaya.  Dulu dorg buka gerai kat tepi rumah je. Skrg dah ada cafe sendiri kooo. Caya lah beb! Solute dgn org ginie. Kecil kecilan je...in the end, besar besaran :)

...Syukur alhamdulillah, rezeki dari Allah swt kan ^_- Yg best...attitude owner dan anak still mcm gitu je... rendah diri walaupun dah berjaya. Sbb kan kebanyakkan org kita ni bila dh di atas, mula lah bongkak. Tp dorg tak...solute! 








Antara menu kegemaran zie. Snek Plate :) Sedapppp taw. Beef burger tu homemade ye. Well, nama pun dah homemade burger house kan. Mesti lah serba serbi homemade gitu. Hehehe






Ni plak, menu ke-2 kegemaran zie... Banana Cheese. Seee byk kan dorg letak cheese. Tak lokek taw. Ini baru lah dinamakan banana CHEESE. Mesti rasa cheese lebih dari rasa banana... hehehe







Untuk mikail plak, makan fries je dia kooo. Ada gak lah zie sudu sudu kan dia banan cheese dan snek plate zie. 







Hehehe...khas buat owner kedai makan, sekiranya kau tengok pinggan customer kau habis licin cam gnie... itu tandanya customer kau menyukai makanan yg kau saljikan ^_- Hehe. Seriously... i love it! Buat yg duduk kuching tu...meh ler bertandang kat Burger House ni.











Iftar di ABC Seafood @ Top Spot




Semalam Abg Su called, ajak berbuka puasa sama-sama. At first planned nak berbuka kat Kluang Station...but last minutes tukar ke Top Spot Seafood. Yayy!!! Makan free kat sana lagi...hehehehe :P Tgk muka mikail tu...dia tgh nyanyi-nyanyi tu actually...hehe

...Nyanyian dlm bahasa dia ler of coz. huhu. So cute anak mama nih :D





Haippp! Org belum berbuka budak ni dah berbuka dulu. Haaa...puasa yang yang yok ek, nak? Hehehe.  Kesian mikail...hanya dpt tgk weols makan je. Nak suapkan kat dia...tak leh, sebab seafood kan. Takut dia alergik.




Butter Prawn



Lemon Chicken



Chili Crap



Sayur Midin Masak Belacan





Hehehe...licin koooooo. Amazingly, Zie hanya sikit je makan. Tak rakus..haha! Bukannya apa, perut dah penuh dgn air sebenarnya. 3 tin air kooo aku teguk...mana tak cepat kenyang. Hehehe.





Dorg ni ler yg lanja :) Abg Su dan his wifey, Chu Majorflava ^_- Dorg ni memang best, asyik lanja weols makan je. Insya'Allah...nanti turn zie and hubby plak yg lanja dorg...hehe. Thanks ek Abg Su and Chu. Semoga Rezeki uols murah...Amin.

....Hari ni nak berbuka makan apa ek? Malas nah rasa nak singgah kat bazaar ramadan yg sesak dgn org. Part parking tu lah yg mengerunkan...huhu. Sampai bila lah zie ni boleh expert part parking ek :( Letih nah park jauh-jauh setiap kali nk ke mana-mana...hemprhh.












Blog Pilihan Entry Ini :) 
::::::::::::
Blog WAWA
-- Click SINI utk view her blog :)

:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::








Zie Madini Copyright©