Showing posts with label Hot Wheels Toys. Show all posts
Showing posts with label Hot Wheels Toys. Show all posts

Hot Wheels Car Toys : Batman Edition



Adat bila weols anak beranak keluar berjalan²... confirm si kecik weols ni akak melalak nak ke hot wheels section. Kena gi belikan Hot Wheels dulu, baru mood dia okay. Tak meragam. Kalau tak, sepanjang tu lah dia merengek².

...kau nak berjalan dengan aman pun tak senang. Huhu. So here we are... ke Hot Wheels section.




Tengok apa yg di ambil tu. Tak nak yg biasa² oi. Nak yg limited edition jugak.... adoiyaiiii.




Batman Hot Wheels Edition. Ada 5 cars in 1 pack tu. Lawa²... tapi tu lah. Parkinson tengok harga. Nak di tukar, takut dia melalak. Nasib mama and papa dia dua² bekerja. Dapat gak ler pay half seorang gitu. Huhu. Mikail oh Mikail... huhu

RM44.50 tu, kalau mama belikan seluar utk mama gi kerja (di parkson ada Sales, RM30 je taw sehelai. hehe), dah lepas nah dah tu. Dia ada balance RM14.50 lagi. Huhu. Takpe lah. Janji dia happy :) That's all that matter ^_^





Tertinggal Satu, Dia Dapat 3 Sekali



Hehe... selfie dengan Mikail yg sedang menyusu. Nak di jadikan cerita, Hot Wheels yg papa dia beli tertinggal ler plak kat rumah emak mentua Zie. Nak patah balik... jauh dah. Malas plak husband nak patah balik..

....Mikail plak create drama dia. Nangis bagai nakkan Hot Wheels dia.




Sudahnya terpaksa weols singgah di The Hills shopping mall. 



 

Semata-mata utk pergi ke ToyRus utk belikan dia Hot Wheels. Haishhh anak aku tu. Mentang mentanglah dia sorg je .... tu yg demanding bgai ape entah. Huhu. Selagi weols mampu, dpt je turutkan.

...kalau dia demand yg mahal mahal --> Sorry, talk to the hand. Hahaha :D





Sekali 3 koooo anak aku rembat. Haippp...tamak kau nak oiii. Dia sendiri yg pilih. Rasanya kalau tangan dia dapat pegang sampai 10 paket tu... agaknya 10 paket gak kot dia rembat.... grrrrr.





Aikkk... awat muka mencuba. Padahal dah dapat 3 tue hot wheels nak oiii. Tak kan tak cukup dan puas lagi kot. Huhu. Macam macam je budak kecik ni.






Shopping Raya + Hot Wheels




Sabtu ni tadi awal dah koo husband ajak shopping raya. Sebab tak suka nak shopping time last minit. Mabuk org kang aku nanti...huhu. Nak cari parking dan traffic jammed another lagi reason kenapa tak suka last minit.

...Memandangkan baju raya Zie complete. So hanya shopping utk baju raya husband dan Mikail je.




Sebelum tu, singgah opis kejap. Nak buat kerja sikit. Hehe...sempat lagi si kecik tu nyusu. Aaaa aaaa... ada org tak puasa weh! Hehe





Dari opis terus ke Plaza Merdeka. Shopping kat sini heaven sikit. Sebab tak panas plus akan ada gift voucher punya. Sebab suruh husband beli di parkson. Dapat collect point. Dan setiap RM150 spending akan dapat RM10 voucher.

Memandangkan Zie jd tukang bawa shopping bag, so tak dpt lerrr candid snap gmba...huhu





Baju purple dan pink husband. Baju warna putih plak...husband kata gune yg time nikah je. Jimat. Sebab lelaki bukannya tiap hari pakai baju melayu. Betu gak kat dia. Lain lah perempuan. Tiap hari pun boleh pakai baju tradisonal utk pergi kerja...hehe

...hanya ni je yg sempat di rembat. Sambung ahad plak. Sebab rushing nak pergi bazaar ramadan dan ke rumah mak mentua. Iftar kat sana...hehe




Rupanya sempat gak husband belikan Mikail sebijik keta hot wheels. Katanya Mikail sendiri yg pilih. Lama tak beli hot wheels utk dia. Tu g dia beli tetiba. Bukannya apa weols stop beli...sbb byk hilang di ambil budak-budak yg datang mengaji.

...nak bising pun susah Sudahnya weols mls nak beli lagi. 




Lawa seyyy keta pilihan Mikail. Canti kombinasi warna dia. Hehe. Harap yg ni tak kena ambil. Kalau kena ambil pun...redha je lah kooo uols. Tak dpt buat apa apa. Pssttt...happy je Mikail dpt hot wheels baru.

...kesian anak mama tu.










Borong Hot Wheels ... Heaven!


Penghujung bulan Februari yg lepas, ex-schoolmate Zie ada rekemenkan salah seorg Online Seller yg jual Hot Wheels dgn harga yg sangat murah. Apa lagi Zie... dgr je murah terus laju aje aku terjah weh. Hehehe.




Tu dia! Aku borong satu dozen...hehehehe. Sebiji hot wheels dia hanya charge RM6. Tapi kau beli 10 biji ke atas... akan dpt harga borong RM5 sebiji. So why not kan :D Zie beli sebelum CNY aritu.... dia janji akan pos selepas CNY..

...ada yup, zie terima parcel as expected ^_- Puas hati berurusan dgn dia taw.





Balik kerja, terus bagi kat Mikail. Apa lagi anak tu, happy giler dia dapat byk hot wheels. Asyik ulang² cakap "Wahh...banyakkkkk... banyak maaaa." Hehehe...yela byk nak. Papa kau yg beli tu. Bukan mama. Mama hanya tukang beli je.

...sekali papa dia nak beli. Terus banyak sekali gus :D Simpan elok² ye sgt. Jadi koleksi... :D Siapanya beli,boleh je PM Facebook Cik Zueikha Zania Mohamed (klik utk lihat) ea :)




Koleksi Hot Wheels Mikail :: Kereta Yang Comel








Hari tu kami sekeluarga bawa email pergi klinik. Setiap bulan sekali emak perlu ke klinik utk follow up sakit tiriod dia. So far.. Alhamdulillah, semakin membaik :) Hormon tiroid sudah kembali normal ^_-




Balik dari klinik, weols sekeluarga terus pergi jalan jalan kat Plaza Merdeka. Like always... asal keluarga je for sure Mikail dapat "benda alah"... hehehe. Kali ini zie belikan dia sebijik je kereta hot wheels.

...sebab spending money beli diecast keta polis utk bapak dia. Huhu







Comel kan keta ht wheels ni. Geram plak zie tgk. Bertambah lagi ler koleksi Hot Wheels mikail. Simpan elok elok ye nak :)









Hot Wheels Collection :: Boulevard Shopping Mall







Hehehe...kali ni Papa Mikail plak yg Mikail ngiyau for Hot Wheels. Sekali 3 kooo di beli :D Takpe... anak still sorang je. Still mampu lagi nak layan. Hehehe





Beli terus bukak and main koooo Mikail. Biasalah bebudak, kan. Kompom saat saat itu gak dia nak dibuka dan main. Kalau tak layan...kau nak tgk dia melalak nangis. Huhu






Lupa plak photoshoot yg Van tu. hehehe :D





Buat masa ni, baru banyak ni je koleksi Hot Wheels Mikail :) Takpe sikit sikit lama lama byk ler tu kan...hehe. Zie plak yg teruja taw tgk. Hehe.








Hot Wheels Pertama Dari Papa Mikail


2 sekali papa dia beli. Hehehe. Ni Mikail sendiri yg pilih. Kalau ikutkan sebetul²nya mata Mikail tu...semua yg ada di rak tu dia nak weh. Hahaha. Habis satu persatu dia ambil. Adoiyaii...tunggu mama jadi jutawan ek Mikail. Baru dapat beli satu rak hot wheels tu...hehe.






Tgk dia...dok belek² van hot wheels tu. Budak² memang jenis tak menyabar² ek. Tang ku ko bayar...tang tu gak dia nak kau buka. Kalau tak buka...sepanjang jalan dia mengiyau mintak di bukakan. Hehehe.






Hot Wheels model Hummer...hehe. Tak dpt beli yg bebetok Hummer...hummer mainan pun jadi lah... hihi :P







Comel je kan uols. Semakin banyak dah koleksi Hot Wheels Mikail. Hujung bulan ni rasanya Zie nak beli 5 pack kot. Kot je lah ea...hehehe






Hot Wheels Ke-2 Dari Minie & Chu




Awwwww...thank youuu buat Abg Minie and Chu belikan keta Hot Wheels utk Mikail :) Dua kali dah dorg belikan utk tambahkan koleksi hot wheels dia. Hehe. Happy je Mikail dapat taw.

..."yayyyy! keretaaaa...yayyyyy" kata Mikail masa Yak Chu dia bagi kat dia. Hehehe.




Tengok tu....gi jalan pun dia bawa. Bercinta je rupa dia merenung hot wheels dia tu kan. Dapat yg baru, yg lama tak di hairankan lagi...hahaha. Kenapa ek budak budak gitu...hehehe.







Comel je van hot wheels ni taw. Zie plak yg teruja tengok. Cam sayanggggg je nak kasi Mikail main, EH! hahahaha. Takde lah... :P So far satu dah hot wheels dia hilang. Kapal terbang yg zie belikan hari tu :(

....mana entah Mikail campak. Sayang zie dengan kapal terbang tu taw. Limited edition. Hari tu pi cari lagi...dah sold out :( Uwaaaa...mikaiiiiillll, memang taw dia ni. Huhuhuhu







3 lagi Penambahan Koleksi Hot Wheels Mikail




Hehe...setiap kali keluar jalan jalan, kompom ler si kecik zie ni akan berolah "something" untuk di bawa balik. Tapi zie syukur taw dgn Mikail ni. Dia bukan jenis budak yg memaksa kita beli mainan. If dia nak mainan sekian sekian, kalau kita kata, "No" or "Nanti belikan"... dia okay je :)

....tak macam sesetengah budak. If tak di bagi, bergolek golek nangis paksa. Hehe. Ni zie belikan dia 3 lagi hot wheels :D



Red Truck



Kereta Bomba

Kapal Terbang


Comel comel arrr....geram zie tengok. So far kebanyakkan koleksi kejap ada kejap takde. Maksud...kejap hilang tak tahu kat mana, kejap ada lagi. Biasalah budak budak umur mikail ni...belum reti lagi kooo dia nak berkoleksi bagai.

....Elok elok je zie simpan lepas dia main, bila zie terleka...terus hilang tak tau mana tersorok...hehe. Harap2 semua yg zie beli dulu dulu tak hilang ler. Sayang... huhu :P 







Kereta Hot Wheels Chu & Minie




Hari sabtu lepas Minie and Chu ke rumah. Kebiasaannya dorg akan beli jajan je buat mikail. But this time, dorg belikan sekali kereta Hot Wheels utk mikail. Awwww....soooo sweet. Happy je Mikail dapat.






Bertambah sebuah ler koleksi keta hot wheels Mikail. Emaknya yg over teruja...hahaha. Cute keta ni taw. Kecik kontot kontot je...hehe. Thanks Chu and Minie. Lain kali beli lah lagi ye...EH! Hehehe