Showing posts with label Melawat Suami. Show all posts
Showing posts with label Melawat Suami. Show all posts

Menabung Dulu Sebelum Balik Kuching






Aduhaiii... payah nah nak ambil gambar si kecik comel Zie ni tanpa dia buat mimik muka taw uols. Asal nak snap gmbar je, kompom lah dia buat mimik muka... haishhhh. Senyum mikail, senyummmm. Iboh molah muka jaik eh... hehehe :D

...tu dia bahasa sarawak dah keluar :P Hikss





Sebelum weols sekeluarga balik Kuching, utk mengelakkan Mikail mengacau weols packing. Suruh dia menabung... hehe. Berjaya koo taktik ni. Takde dia kacau weols packing barang. Hehehehe :D





Sehari sebelum cuti Gawai habis, husband hantar Zie dan Mikail balik Kuching. Takde nya husband Zie bagi Zie drive sendiri balik. Dia lagi rela ulang alik ambil and hantar Zie. Bahaya katanya utk Zie drive sendiri. Nak nak lagi perempuan.

....awwww, thank u sayang! Pengorbanan mu amat ku hargai ♥





Budak ni syok je baring kat seat belakang. Dulu masa Mikail belum lahir, asal balik Sri Aman je... kompom zie chop seat belakang. Sebab nak tido maaa dalam perjalanan balik. Hehe. Bila dah ada anak ni, terpaksa koooo beralah demi anak.

...biar kita tak selesa, asalkan dia selesa ^_^  Sambil baring dia main tab dia. Hilang je bunyi tab dia, toleh belakang tengok² dah lena di ulit mimpi. Hehehe. Sampai Kuching kooo dia tido. Heaven! :D





Sebelum balik rumah, husband ajak singgah di Kuching Central. Dia nak skodeng battery utk remote control car dia. Haishhh... sangat lah tak berkenan dgn minat husband suka main kereta kontrol tu. Bukannya apa.... kos benda alah (such as battery, body kit etc)... sangattttt lah mahal. 

...Harga battery ty, jauh lagi mahal dari kereta betul² taw. mcm membazir je bagi Zie. Hopefully dia tak start main balik permainan membazir dia tu. Hehehe. Aminnnn. 

Pssttt...ngegeh jak mikail berposing depan ya. hehehe







Sri Aman... Aku Datang!





Awal koooo zie planing utk cuti hari ni sampai minggu depan. Ambil peluang cuti panjang lawat husband di Sri Aman :) Spend my quality time kat sana. Sebulan awal Zie submit cuti ni. Tapi tu la...last minit, boleh plak being inform kemungkinan cuti tak lulus sebab ada kerja urgent.

...syarat utk cuti lulus kena settle semua kerja urgent (dimana sangatttt lah menimbun. Serentak Interim claim, invoicing dan tenders masuk...huhu) sebelum cuti. Kalau belum settle. Terpaksa dibatalkan... uwaaaaa!!!

But nasib mnyebelahi Zie. Tender dan Interim Claim ke JKR Miri, last minit boss kata postpone next week. Meanwhile Interim Claim utk JKR Kuching plak...yippie, siap! Meaning.... CUTI LULUSSS! Eeee happy nyaaaa.

Sri Aman, Aku Datang! Vrommm Vrommm








Ziarah Suami di Sri Aman


Sempena cuti CNY minggu lepas, memandangkan husband Zie on duty dan tak dapat balik... kebetulan plak cuti CNY panjang, jadi giliran zie plak ke Sri Aman :D Balik dari kerja pada hari Rabu lepas, terus drive ke Sri Aman...

...tapi bukan Zie lah yg drive...hehe. Husband ambil. Sanggup kooo dia ulang alik drive demi utk jemput wife dia ni. Pengorbanan seorg suami...hehehe




Dalam perjalanan, singgah makan tengah hari di SCR Xpress kat Kuching Central. Nasib CNY eve haritu boss kasi balik awal. Kerja half day... tu yg heaven and senyum sampai ke telinga. Hehe

...By the way, budak skrg dgn gadget memang tak dapat di pisahkan. Huhuhu






Meanwhile zie plak, perjalanan jarak jauh dan panadol... memang tak dapa di pisahkan gak. Huhu. Mabok darat koooo aku. Hahaha. Pening kepala yg teramat amat. Zie memang ginie uols.... tak dpt nak travel jauh sgt. Kompom lembik semacam je...hehe

...sebab tu zie jarang turun Sri Aman :P






Hehehe... kesian husband, boleh di hitung dgn jari je brapa kali weols makan bersama kat rumah di Sri Aman ni. Selalunya seseorang je dia makan...huhu. Sabar ea sayang... Rezeki kita memaksakan kita berjauhan.

...semoga husband cepat dpt transfer. Permohonan transfer dia sampai skrg takde sebarang jawapan. Dah 3 tahun dah :(




Mikail plak lain cerita dia. Sibuk suruh zie kol Mak Nek dia. Rindu dia dgn Mak Nek dia kot. Memang cucu nenek nah si Mikail ni. Hehehe. 





Hari pertama kat Sri Aman tak ke mana-mana sebab husband on duty. Belah malam baru dapat kuar jalan-jalan. Zie once ke Sri Aman... wajib koooo zie meet up dgn geng keras blogger kat sana. Sapa lagi... tak lain tak bukan Umi dan Abah :D

... next entry akan story perjumpaan weols ye ^_-







Anak Beranak Layan Games... Hehe




Err...ni story masa bulan 2 aritueeeee ni. Hihi. Masa zie bercuti visit suami zie di Sri Aman dulu tu. Ingat tak? Ini salah satu dari story tertunggak yg tak sempat² nak di storykan...kikiki. Masa di Sri Aman, weols anak beranak ke Games World.

Bila masuk je, tgk benda alah Itik bermusik utk kanak². Apa lagi...try ler Mikail duduk.





sekali tgk....baruuuuu je duduk dia, terus melalak dia nangis ketakutan. Hahaha. Takut kooo dia bila benda alah tu goyang goyang. aduhhh mikail mikail. Rugi token 2 keping taw. Sudahnya terpaksa lah ambil mikail dan biarkan "itik" tu bergerak tanpa pengemudi...hihi.





Mama mikail ni plak lain cerita. Layan lumba kereta koooo noks! Hahaha. Khyusuk kooo kau muka aku! :P





Tgk budak kecik tu....sibuk gak dia bertengek tepi tgk mama dia "berlumba"...hehehehe. Psttt...kalah kooo aku :( huhu. Byk gak games weols cuba that day. Cuma tak berkesempatan je nak ambil gambar. Games Rambo best. 

...main tembak². I loveeee action games. mencabar! :P










Blog Pilihan Entry Ini :) 
:::::: ::::::
TOP LEADER CIRCLE
-- Click SINI utk view website :)


:: (nak being featured in this section?
 Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::

Jalan Petang di Sri Aman, Sarawak :)




Hehe...Baruuuu berkesempatan nak buat Auto Publish entry tentang holiday zie di Sri Aman :) Melawat suami di sana sebenarnya. Bila husband dah off duty...weols sekeluarga jalan-jalan sekitar bandar Sri Aman. Lepak di waterfont je...hihi.

...Zie ada tanya kat husband, kat mana tempat melepak yang terkenal di situ. Boleh plak dia tak tahu...adoiyaiii. Kurang sosial nah laki aku ni..hehe






Petang itu kami bertemakan warna BIRU...hehe. Warna kesukaan husband. Zie pun dah TERRRikut ikut suka dgn warna biru gak. Penangan suami...hehehe





Cinta hati saya :) Syurga ku jua ^_-





Penat melepak...basahkan tekak dgn makan ABC...hehe. Sementara menunggu masa utk berjumpa dgn blogger Mama Delysha **click to view** ^_- Zie kalau ke Sri Aman...memang tak akan lepaskan peluang utk berjumpa dgn dia :)

...next entry, our meet up ^_- winkss









Blog Pilihan Entry Ini :) 
:::::: ::::::
Blog Ardini Humaira
-- Click SINI utk view her blog :)

:: (nak being featured in this section?
 Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::






Zie Madini Copyright©

Perjalanan Ke Sri Aman




Last weekend, Zie spend time dengan suami di Sri Aman :) Jam 2:30pm weols gerak...sampai sana jam 8:30pm. Haduiii...hampir 6 jam perjalanan. Lama sebab husband bawa perlahan. More over banyak kali perhenti di Perhentian...

...kalau bawa laju, 4jam :) Seriously...leper jer rasa buntot. Hahaha.





Zie dan Mikail conquer seat belakang. Seat depan buat letak barang. Duduk belakang senang...dapat Mikail baring-baring dan tido :) Nasibbbbb sepanjang perjalanan, mikail tak berak. Hihi. Kalau tak...payah oooo nak cuci :P








Kau tengok uols...keadaan rumah papa dia once Mikail ada. Aduhhhhh anak mama ni taw. Semakin besar rumah, semakin berselerak rumah dibuatnya. Letih zie asyik berkemas-kemas. Sudahnya....aku biarkan aje. Papa dia balik kerja....

...mintak tolong papa dia kemaskan pulak. Haha.









Blog Pilihan Entry Ini :) 
::::::::::::
Blog Izza a.k.a SweetHoney86
-- Click SINI utk view her blog :)

:: (nak being featured in this section? 
Jadilah salah seorg drdp pengiklan zie :) 
Click ----> Here! utk lihat pakej ::



Zie Madini Copyright©