KKIA Salah Kira Due Date, Tarikh C-Section Terpaksa Di Tukar





Merujuk daripada Entry ini ⇢ 8 Bulan Mengandung, Baru Buat Buku Pink?! , kan masa zie register kandungan dan buat buku pink hari tu, Dr. Safar terus booked czer date + BTL (zie terus berikat lepas giving birth kali ni ye. Zie ikut saranan doktor sebab termasuk yg kali ni nanti, dah 3x zie czer. Cukuplah tu 3 orang anak). Kan dia dah tetapkan 7.3.2019 adalah tarikh Czer + BTL zie, based on EDD 17.3.2019.

Actually dorang (Nurse & Dr. Safar), tersalah tengok dan tersalah kira tarikh EDD zie. Zie tak salahkan dorang sebab nak refer balik 8 months ago.... agak memeningkan wooo. So dorang terlepas pandang dengan report masa pertama kali zie register kandungan zie. Zie ada gak gtaw dorang yang Zie nya first EDD pada 26.3.2019. Tapi tak tahu gak lah why dorang still follow latest EDD 17.3.19 tu.

Bila zie next follow up pregnancy check up Zie dengan Dr. Tan di KPJ Kuching Specialist Hospital, aduhai...membebel Dr Tan kat dorang. Haha. Ada gak Zie backed up dorang, Zie kata... "they overlooked maybe...cannot blame them since it's been 8 months already.". Dr Tan tanya, bila next appointment di KKIA nanti, make sure dorang tukarkan tarikh czer zie sebab if di beranakkan pada 7.3.2019, a little bit too early. Baby dalam rahim baru je cecah 37 weeks katanya. Kelahiran pra-matang nanti plus paru² baby belum ready utk adapt persekitaran.




Jadi masa appointment di KKIA aritu, terus Zie request kat nurse yg attend Zie yang Zie nak jumpa doktor sebab nak bincang pasal pertukaran tarikh czer & BTL zie yg dah Dr Safar tetapkan hari tu. Zie explained ler reason dia kenapa and tunjuk note yang Dr. Tan tuliskan. So lepas routine check up dgn nurse, bila nama Zie Dr Safar panggil...

....explain ler pula dari A - Z dgn Dr Safar. Banyak kali Zie repeat mintak maaf dengan dia sebab dah susahkan dia. Kalau dari awal Zie register kandungan di KKIA, takde nya masalah ginie. Sebab bukan senang nak tukar tarikh czer yg dah di booked dengan Sarawak General Hospital. Paham² je lah...ramai orang. Bukan kita sorang je kan.

Dahlah dia terpaksa gak manually kira untuk pastikan betul² tarikh EDD zie memang 26.3.2019. Selepas 1jam lebih...akhirnya, dapat gak Zie tarikh baru untuk Czer + BTL...alhamdulillah. Friendly sangat² Dr. Safar ni taw. Even Zie dah susahkan dia, senyum n ketawa² je dia uruskan. Semoga Allah swt permudahkan urusan dia di dunia dan di akhirat berkat di permudahkan urusan Zie. Amin.

Meaning, 18.3.2019... Zie kena admit SGH sehari awal. Untuk tujuan check up segala bagai sebelum tarikh zie di beranakkan secara C-Section. Then sekali gus BTL terus. Doakan urusan bersalin zie nanti di permudahkan dan takde sebarang delay... InshaAllah.

Tak sabar nak beranak sebenarnya! Hihi





1 comment:

Nadia said...

Semoga di permudahkan urusan zie. .

https://miss-nadya.blogspot.com/2019/02/contest-anniversary-7-year-miss-nadya.html