8 Bulan Mengandung, Baru Buat Buku Pink?!



AMARAN : Entry ni agak panjang. Buat pregnant mommies yang berdepan dengan situasi sama macam Zie, di nasihatkan baca sampai habis. Haha. 



Di Entry --> Throw Back Entry : 35 Weeks Check Up di KPJ Specialist Hospital, Zie ada mentioned tentang baru register kandungan dan buat Buku Pink di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) pada usia kandungan 33 minggu (bersamaan 8 bulan), kan? 

Story dia macam ni, sebelum ni... masa zie register kandungan di KPJ Specialist Hospital under Dr. Tan Yiap Loong, Zie ada refer kat Dr Tan.... if nanti Zie decide nak beranak di hospital kerajaan, boleh ke bawa buku ni. Sebab Zie ever dengar rumors kata tak dapat sekiranya tak ada Buku Pink (buku dari KKIA)...So Dr Tan gtaw ler... no such thing! KKM have to attend and terima.

So zie okay ler, since dah refer kan. Then  masa kandungan Zie 5 bulan dulu, Kakak ipar Zie pun ever gak bagitahu kat Zie, wajib daftarkan kandungan di KKIA walaupun check up di swasta. Terus Zie call KKIA dikawasan kediaman Zie. Then 1st thing nurse tanya, "Plan nak beranak kat mana?", masa tu memang plan nak beranak di KPJ hospital je.

So nurse kata, "kalau macam tu takde masalah, Puan. Asalkan kandungan puan ada doktor yg pantau." So lega zie dengar. Tak tahu gak ada akan mendatangkan masalah di kemudian hari. Masa kandungan Zie dah 8 bulan (in 33 weeks to be exact), tetiba zie menyuarakan kat kawan seopis Zie, macam nak tukar fikiran je. Tak nak bazirkan 15K untuk beranak di KPJ (sebab kalau ada complikasi, jangan² sampai 20K...fuhhh) sedangkan if Zie beranak di hospital kerajaan, free of charge kalau guna GL suami (bukan free gak ler sebenarnya, akan di potong gaji kemudian hari nanti time pencen dengar²), siap dapat 2nd Class Room lagi tu ikut kelayakkan pangkat suami.

So Zie suarakan ler kat kawan seopis gtaw nak beranak di hospital kerajaan je lah, tapi takde buku Pink kata Zie. Then google lah segala bagai info, semuanya rata² kata perlu buat & daftar dgn KKIA sekiranya nak beranak di hospital kerajaan dan sekiranya plan lepas beranak, nak register kelahiran di KKIA....wajib!

Alamak! Terus susah kooo hati Zie. Sebelum zie call KKIA tmpt Zie, Zie tanya dulu dengan kenalan FB zie (bini kepada kawan husband sebenarnya, sama² anggota time dorang berkhidmat di Sri Aman, Sarawak dulu)... perlu ke? Dia ku Jururawat di KKIA jugak. Nasib! Yup....after referring dengan dia, wajib register dan buat buku pink.

So tawakal je la call KKIA di tempat Zie utk tanya dan uruskan semua benda alah tu. 

Sampai je di KKIA Pantai Damai, dup dap dup dap terussss kooo jantung. Kan kita ni selalu dimomokkan dengan statement "Haaaa...jaga kau. Siap ler kena marah dengan nurse kat situ". So mindset terus dah set, habis lah aku....malu arrr kena bebel ni nanti.

But to my surprise.... tak koooo! Siap layan zie dengan senyuman. Sedikit pun dorang takde masam muka. apa dorang kata "Takpe, kami uruskan. Ni ada buku dari KPJ ni. kami dapat refer melalui sini. Takpe. Sebab Puan dah memang ada check up dan ada rekod.."

Fuhhh...lega selega² nya. Proses register buku pink, yup...memang makan masa. Memandangkan Zie belum kena injection kancing gigi, dorang terus bagi lepas buat buku pink tu. Selamat duit iols...haha. Sebab by right in next appointment di KPJ, baru akan terima injection tu.

Lepas semua proses dengan nurse settled. kena jumpa doktor plak. Dr. Safarina time tu on duty. Dr Safar sarankan agar Zie follow up di 2 tempat. Di KKIA dan di KPJ juga memandangkan Dr Tan dah lama dah taking care kandungan Zie. Nanti dia just refer menggunakkan report dari Dr Tan je.

Zie memang no problem. Sememangnya plan utk follow up di 2 tempat.






Alhamdulillah, hampir 3 jam berurusan. Akhirnya siap sudah proses register kandungan di KKIA. Yayy yayyy! Zie dah ada buku pink...yay yayyy! Tak risau dah if nak beranak di hospital goverment. Hihi. Kata nurse dan doktor...time nak beranak nanti, WAJIB bawa kedua² buku - Buku Biru dari KPJ dan Buku Pink dari KKIA. By the way, the reason why uols wajib buat buku pink walaupun uols buat check up di swasta? Sekiranya dari Pregnant - Beranak - Register Kelahir - Baby Check Up semua uols buat di swasta.... then tak perlu ye uols. Sebab tu orang kaya tak pernah merasa pijak kaki di KKIA...haha.
Tapi sekiranya your plan are --> Pregnancy - Beranak je check up di swasta. Selepas tu, register kelahiran dan baby check up setiap bulan uols plan nak buat di KKIA. Then...di sini lah buku pink tu AMAT penting. Kalau tak, uols akan di kategorikan Late Booking. If kena late booking ni, dapat memang dapat.....tapi agak sukar lah. Hidup kita, jangan susahkan kerja orang lain semata² nak urusan kita sendiri senang. Ingat kita sorg ni je ke nurse² di KKIA tu nak handle. Bertimbang rasa. Jangan biarkan uols jadi Late Booking. Seelokknya register sebelum beranak.

Andai kata tak nak ikut macam Zie, follow up di 2 tempat. Time uols nak register tu....uols just bagi tahu je kata nurse yg attend uols tu, yang lepas ni...semua follow up, uols buat di klinik swasta. Nanti ada lah nurse tu terangkan procedure camne. Jangan takut, nurse KKIA tak garang. Dorang semua friendly and sooo helpful. Zaman nurse KKIA garang² dah berakhir dah. Skrg zaman semua nya friendly. Tp kalau nurse di hospital kerajaan tu...depends dgn personality nurse itu sendiri lah. Tak semuanya garang² ye. 

Berbalik kepada kes Zie, Dr. Safar siap dah tetapkan tarikh czer zie on 7.3.2019. Tapi....2 minggu selepas appointment ni, tarikh czer zie terpaksa suruh Dr Safar tukar lagi. Sebab.... Bersambung in next entry ye. Hihi. 

InshaAllah Isnin ni zie sambung....




4 comments:

Mysara Ab Rahman said...

Itula baca mula2 terperanjat 8 bulan? Lambatnyaaa...

Zie Madini said...

MYSARA
-- hahaha. kannn. Cuak gak time tu. Syukur urusan dipermudahkan. Kalau langsung tak follow up kat mana²... haaa tu memang mendapat ler kena bebel nurse n doktor

ietams said...

same goes to me dulu zie..
8 bulan baru buat buku pink, sebab last minute tukar plan
beranak kat GH, sbb if private, dah awl-awl dorang suruh c-sect(baby Bsar)
at least c-sect kat GH tidak le tetibe cost tinggi.
sakit beranak tu sama je, gov ke private.
yang bezanya (hospitality) service dorang dan ubat²an je la kot.
tapi GH sekarang pun not bad gak. makanannya dah sedap-sedap dah..

takdenya nurse KKIA, spital kerajaan nak marah-marah.
lain lah kalau kita memang takde check up langsung
dan kita pun poyo-poyo dengan dorang, memang la 'mendapat' layanan deme tu.
asalkan kita dah siap sedia semua benda yang penting,
bawa je rekod yang kita ada utk di refer ke KKIA/GH.

wanted88 said...

wah terima kasih atas info. jemput ke laman web
Buku Pink