Pada 11.7.19 (Khamis) yang lepas, hampir pukul 5pm. Zie terima Whatsapp dari Cikgu Rina dia informed Zie badan Mikayla panas. Dalam hati Zie, Allah yang tahu betapa risaunya Zie. Baru je 3 bulan plus umur dia. Dah demam. Kena jangkit dengan babies yang demam. Parents babies tu pun satu. Tahu anak demam, still jugak dorang hantar ke Nursery. Selfish!
...letakkan anak orang lain yg sihat walafiat dalam risiko kena jangkitan, tahu tak! So disappointed Zie. Pihak nursery sepatutnya bertegas dalam hal ni. Tapi tu la...parents buat² tak tahu and still gak hantar anak yang sakit ke nursery atas alasan, dorang dah bayar.
I was like....eeeeee so geram! As if lah weols ni bayar kurang or tak bayar ke? Tolonglah...jangan pentingkan diri sangat. Anak demam, apply leave. Sendiri jaga kat rumah sampai ada sihat. That's what i did....no choice. Daripada anak kita yang sakit jangkit anak orang lain.
Hidup jangan suka menyusahkan orang lain.
Macam lipas kudung je Zie ke hulu ke hilir hari tu. Terima je Whatsapp dari Cikgu Rina dia, Zie terus gtaw manager Zie untuk dibenarkan balik awal. Zie pi ambil Mikayla dulu, lepas tu baru Zie ambil Mikail kat sekolah. Sampai rumah dah pukul 6:30pm, mintak mak Zie tolong jaga Mikayla dulu.... Then Zie bawa Irfan & Mikail ke H&L hypermarket, beli pampes Irfan.
Settled beli pampes, balik rumah hantar Irfan balik....then ambil Mikayla. Terus pecut pergi B. Teo Child for Children di Jalan Keretapi. Agak jauh lah jugak dari rumah weols. huhu. What to do. Di situ ler pead anak² Zie. huhu.
Bertiga dengan Mikayla je weols. Irfan terpaksa Zie tinggalkan kat rumah sebab "takde tangan" nak handle 2 babies. Sebab tu kelam kabut ulang alik rumah bagai. Time tueeee anak demam, time tueeee jugak lah pampes irfan tu habis. Haha. Stress bebenor.
Asal husband not in town, OPS di luar daerah.... confirm anak² akan demam. CONFIRM! huhu....dari dulu gitu taw. Letih iols jadi supermom everything. Siapa isteri kepada anggota polis PGA, sure paham perasaan dan keadaan Zie. Selalu ditinggal²kan suami demi call of duty. Huhu. What to do, dah jodoh dgn polis PGA.
Sampai rumah pukul 9:30pm malam. Huhu. Perut... takya citer lah, berbunyi² dah. Badan plak, punnnn takyah citer...sakit lenguh² bagai nak demam urat je. Kurang rehat dan tido. Gitu lah nasib bila kau have to jadi emak dan dalam masa yang sama, kau kena juga jadi bapak.
Awal bulan Ogos nanti baru husband Zie balik dari OPS. Bertahun rasa tunggu bulan Julai ni berakhir. Stress emak tau! Hahaha. Mujur Mikayla tak banyak ragam sepanjang dia demam tu. Merengek sikit je mintak susu...lepas menyusu, tido balik dia.
Malam² Zie setkan alarm. So that tak terlepas cukup jam makan ubat dia. Mula² Zie monitor 4 jam. Tengok panas dia naik tak. Tengok panas dia 36°C... Zie monitor another more 2 hours lagi. Bila another more 2 hours, still suhu dia around 36°C. Still lagi belum bagi ubat...kena tunggu another more 2 hours....untuk cukupkan tempoh 8 jam.
Bila sudah cukup 8jam...suhu dia still paras normal. Zie just bagi je lah ubat demam tu. At least la....kang tak bagi, takut nanti naik lagi panas dia. Syukur sehari je dia demam. Hari sabtu dah bye bye terus fever dia. Bila fever hilang...berganti dengan bloacked nose plak....
..haishhh. Yang tu esok Zie citer. Ada gak kisahnya koooo. Huhu