Pertama Kali Online Shopping di 11st Street.my


Sempena birthday mikail yg ke-5 tahun ni pada 30.8.17 nanti, memandangkan tema sambutan hari jadi dia bertemakan Hot Wheels, wajib ko emak dia ni gigih cari kat internet online shop mana yg boleh di percayai ada jual T-Shirt Hot Wheels utk budak. Kebanyakkan website jual utk orang dewasa je.

...nasib baik di 11st Street.my ni ada jual utk budak². syukurrrrr. Ada 2 pilihan warna yg zie berkenan. Kalau ikutkan hati zie... memang akan rembat yg warna merah. Memandangkan anak bersama, have to tanya husband warna mana yg dia rasa bagus utk mikail.

Tak nak lah Zie guna kuasa veto merah walaupun dalam hati berharap sangat² husband akan pilih yg warna merah. Hahahaha




Hahaha...paham idak uols apa yg di kata tu? Haha. Husband pilih warna biru. Baju mikail yg warna merah dah terlampau banyak katanya..hihi. Biru pun biru lah..janji lawa. 




Hari Jumaat petang order, Isnin pagi terus sampai. Super pantas lah penghantaran dari 11st Street.my ni. Tapi, baju size 4 tahun ni besar arrr. Sesuai utk budak usia 5-6 tahun. Walaupun mikail consider umur 5 tahun, tapi anak zie tu super kecik...hihi.

...still pakai baju budak umur 4 tahun. Hahaha. Tedah anak ku ya ..hehe. Baju ni zie belikan utk dia utk sesi photoshoot Mikail nanti. sebab zie plan nak buat sticker label utk di tampal kat goodies bag dia. Tahun ni, mikail celebrate birthday dia kat kelas dia di tadika je.

Nanti, zie lah yg akan jadi Photographer, Graphic Designer dan Party Planner. Serba boleh idak aku? Hahaha. Skrg nak google ideas utk photoshoot tema hot wheels or cars. Skrg still ketandusan idea. Walaupun lama lagi birthday mikail. Pelan² buat... bukan senang koooo semua kau yg uruskan. Hiiii hiiii.






Buku² Supaya Anak² Anda Cepat Membaca




Throw back entry kali ni, lagiiiiiiiiii lah lama dari throw back previous entry...haha! Ni story awal tahun 2017 ni tadi.. he he he. Order 2 sets series buku yg cikgu akademik kelas Mikail request us parents utk belikan. So that senang dorng nak ulang kali time kat rumah.

Sekali beli sampai 3 set each series ni, sebab emak² kawan mikail pun tumpang sekali. No hal, semakin ramai tumpang order semakin murah postage fee sebab bahagi sama rata bah..hihi. Buat emak bapak yg anaknya bakal masuk tadika, kalau boleh seawal umur 2-3 tahun dah start ajar dorg guna ni.

At least ajar camne sebut fonik. Sayang zie baru tahu tentang buku ni masa Mikail masuk Tahun 5, kalau tak... awal² lagi dah belikan. 



Untuk siri Read Easy Phonics, boleh click link ni --> Entry Buku Read Easy Phonics Series


ginie rupa dalam 1 set siri Bacalah Anakku. Sekali datang dgn buku panduan dan kad huruf. Sebutan fonik A B C lain taw. Tak sama time kita² dulu ni belajar. Kira pembelajaran style fonik ni pembelajaran alaf baru ^_^ Buat uols parents yg tak tahu camni bunyi² fonik ni... boleh je uols belajar melalui You Tube.

...mak bapak kena gak tahu n belajar sekali, baru dapat pantau anak dan ulang kali mata pelajaran anak. Syukur alhamdulillah, less than 6 months... after di perkenalan oleh cikgu buku² ni, mikail dah boleh membaca dah.

Dah hampir habis dah set series Mikail baca. Siri Bacalah Anakku, dah masuk Buku 8 dan dia. Meanwhile siri Ready Easy Phonics (versi english), dah masuk buku 3. English dorang lambat sikit cikgu dia mula ajar. Bulan 3 baru cikgu dia start ajar. Happy juga tengok perkembangan pembelajaran Mikail.

Nanti esok² zie story tentang keputusan Mikail di kelas untuk semester pertama bagi tahun 5 ni. Proud of you my dear son ♥




Throw Back Entry : Hadiah Mother's Day dari Suami


Hehe... punyalah lamaaaaaa baru update blog. Once kau dah tak jadi blogger tegar, ginie ler adat dia ek...hih. My bad :P Okay, throw back entry ni pasal hadiah hari ibu dari husband. Tak perlu ler dapat bungai or kek bagai. Asalkan dapat hadiah...eh! Haha...

actually tak kesah pun dpt hadiah ke tak. If ada, adalah. If takde, takde makna nyer nak paksa² suami beli. Jangan membebankan suami, okay ^_^



Untuk hadiah Hari Ibu bagi tahun ni, husband bagi 916 charms dari Tomei. Rambang koooo mata Zie tengok charms yg super comel semuanya. Kalaulah zie kaya, mahu nya rembat semua kot. Hahaha. Seriously, comel sangat.



Pilihan hati zie dan suami. Memandangkan emas skrg ya ampunnn, mahal ya amat! RM220 per grams... gluppp glupp! So hanya mampu rembat 2 ketul je charms pandora ni.





Tadaaaa!!! lawa tak? comel je. Pelan² beli charms. Drpd buat duit beli handbag guess je memanjang, baik beli emas. Betul tak? Thank you sayang. Nanti Father's Day... your turn kite belikan apa yg di hendak ye ^_^



Ada Sedikit Pendarahan :(



Masa usia kandungan 8 minggu yg lepas, zie mengalami pendarahan sedikit. Sedikit je lah. but enough to make me worried like crazy... huhu. Yelah... masa pregnant Mikail dulu, mana ada berdarah berdarah bagai kan. Wajib koooo risau.

...terus pergi ke B.Teo Clinic untuk buat check-up. 



alololo... si comel mama di dalam tu. Kecikkkkk je dia tgh tido kat tepi corner tu. Hihi. Syukur alhamdulillah.... okay dia ko uols. Heart beats dia lajuuuuu je berdegup tanda di sihat di dalam sana, according to Dr. Bibiana Teo lah. hihi.

Syukurrrr....






Gambar masa 10 weeks. Baby bump dah kelihatan sedikit :P Tak lama lagi membesar dgn jayanya ler tu. hihi. Doakan semuanya baik² aje di sepanjang kehamilan zie ye ♥