Jumpa Dr. Chen, Pakar Kulit





Aduh! Lupa nak write a post tentang story eczema si anak dara Zie ni. Masa tu kalau tak silap Mikayla baru 2 months plus. Baru habis pantang Zie time tu. Bila bapak dia dah habis OPS, terus belah malamnya ajak bapak dia bawa dia ke Chen Medical and Skin Clinic.

Skin Clinic ni tempat Zie selalu bawa Mikail untuk masalah eczema dia. 




Kesian anak emak ni. Time dia dalam pantang dulu tu, terus muka dia kena eczema (if orang kita, akan panggil ruam susu...hehe. Sebenar eczema actually). Mandi plak, tak dapat guna mandian baby biasa. Semakin teruk jadinya. According Dr Chen, dia ada mild eczema...huhu.

Senasib lerrrr dia dengan abang Mikail dia. Hanya abang Irfan dia je bebas dari eczema. Dr Chen bagi Mikail Lotion, Cream Gatal & Mandian. Lupa plak nak snap benda alah 3 tu. Hihi.Mandian Zie minta botol kecik je dulu. Nak try...okay ke tak.

Alhamdulillah, okay. So untuk mandian tu, kongsi ler dia dgn abg Mikail dia. Hihi. Mandian carrier junior, heaven lerrr khas utk Irfan sorg je.




Tadaaa...baru cantik bersih kulit anak dara emak ni bila dah takde benda alah gatal² lagi. Jahat eczema tu taw. Takpe, kalau di berik pilihan...Zie more prefer lagi dia kena eczema daripada kena asma. Kalau kena asma...lagi sakit weh!

Kita yang dah tua ni bila kena asma dah bagai apa entah rasa nak bernafas tu.Inikan plak baby/budak kan. Mintak Allah lindungi anak² dari terkena asma. Semua dorang bertiga ikut bapak dia. Bebas dari asma. Baru dapat dah besar nanti apply kerja polis...eh! Hihi.

Kalau ikut bapak dia, bapak dia nak dorang semua jadi doktor. Aduhaiii...besar sungguh cita cita mu duhai suami. Haha. Zie tak kisah...asalkan dorang ada pekerjaan je. Dah bersyukur nah Zie taw. 



Pre-Birthday Gift Ke-7 Untuk Mikail


Today is HIS BIRTHDAY!!!! Happy birthday anak sulung emak ♥ Anak emak yang mendengar kata, anak yang soleh dan budak yang baik emak. Hari nie, segenaplah sudah Mikail berumur 7 tahun. Dah besar dah anak emak. Teringat kenangan masa nak melahirkan dia dulu...huhu.

Dialah anak yang sangatttttttt sakit untuk zie lahirkan. FLASH BACK : Pecah air ketuban, 2x induced, kena seluk² selang 10 minit, contraction yang sakit giler sampai Zie request injection tahan sakit, rahim bengkak, denyut jantung dia jadi lemah....emergency czer. Huhu. Ngeri giler pengalaman tu...fobia!


Perbualan antara anak dan emak :

Mikail : Emak, bolehkah untuk hadiah kamek 7 tahun kelak,
             kamek maok jam Baby-G
Aku : Ishhh...jam Baby-G jam untuk perempuan lah.
Mikail : Apa kawan² kamek yang lelaki banyak pakei?
Aku : Yakah?
Mikail : Bolehlah emak. Kamek dah rajin belajar. Surah² pun 
             kamek dah banyak hafal. Bolehlah emak, Pleaseee...


Alahai...dalam dilema terus emak dia ni bila dengar die ter pleaseeee pleaseeee gitu. Bukan tak nak beli...Zie more ke sayang. Sayang sebab takut hilang sebab akan di pakai ke sekolah. Mahal jam tu. Paling murah pun (if beli yg ada sales lah), dalam RM400 plus. Kalau hilang di sekolah...

...tak ke menangis tak berlagu Zie. Terus dalam dilema, nak beli ke tak...beli ke tak.




Story ler kat bapak dia, gtaw kat bapaknya yang anak dia tu requested jam Baby-G. Terus bapak dia kata, SHOPEE KAN ADA! Hahahaha. A'ah ek. Tak terfikir ler pulak. Haha. Bapak dia tambah lagi, buat dia pergi ke sekolah, tak payah beli yang original. Kalau Mikail hilangkan, takde lah sakit sangat hati, katanya.

Laju je Zie buka Shopee app and beli teros! Haha. Zie beli dengan seller I.a.b_empirewatches





Tadaaa! Sampai sudah sebelum birthday Mikail. Cantik giler. Sebiji macam original. Sejujurnya, ini lah pertama kali Zie beli jam tak original...huhu. Bukan supporting industri ciplak ye...tapi sayang duit kalau mikail hilangkan. Budak² mana tahu sangat jimat cermat. 

Macam raket badminton brand Yonex dia tu, mahal 1 raket Zie belikan. Sekarang tinggal 1 je raket....1 lagi entah hilang kat mana. Dia lupa kawan yg mana satu pakai. You see what i mean just now? Nak marah pun susah, dia belum tahu erti pengurusan.

Zie ada gak pujuk dia, Zie kata emak belikan jam yang sama macam Baby-G tapi bukan Baby-G lah. Jenama biasa² je. Dia tak nak. Nak Baby-G gak...alahai. Ni dapat ni nanti, sure happy dia. The reason why tajuk entry ni Zie letak Pre-Birthday Gift.... sebab bagi Zie ni bukan totally hadiah hari jadi dia. Sebab belikan yg bukan original. Hehehe.


InshaAllah emak dapat bonus tahun depan, emak belikan dia yang original. KHAS untuk KELUAR JALAN² je. Tak boleh dipakai ke sekolah. Hihi. Camtu je caranya. Nak beli yang original serentak...bulan ni "birthday kereta" Zie jugak. Banyak duit koooo hendak pakai. Ditambah lagi baruuuuu je lepas belikan Sport Rim baru untuk kereta husband, tak nak Zie surutkan lagi saving akaun Zie.


Benda boleh tunggu, buat apa beli sekarang? Cewah...hehe. Time sambut birthday dia malam nanti, baru Zie bagi Mikail jam ni. Tak sabar nak tengok reaksi dia taw. 





Roadtax Mati!


Kau tengok rupa roadtax lama Zie tu. Baruuuuuuuu ler perasan roadtax gitu jadinya. Semua number tak kelihatan lagi weh. Kes main drive ke kereta. Langsung tak check itu ini ler ni...haha. Ni pun Abg Adi (Takaful agent untuk kereta Zie) gitaw yang roadtax Zie rupanya 25hb Ogos tadi dah expired! Adoiyaiiii....

Nasib ler takde terkena roadblock JPJ/Polis. Kalau tak, menjawap ler Zie kena denda. Insaf weh.... mulai hari ni akan alert part roadtax ni. Bahaya bila roadtax information tetiba ghaib ginie. Huhuhu.




Tadaaa! My new roadtax. Selamat berkhidmat selama 1 tahun ye roadtax ku sayang. Jangan jadi cam road tax tahun 2019 taw. Malas dia nak kerja, terus "menghilangkan diri" dia. Pemalas nak. Lari semasa bertugas gittew! Hahaha.


Apa² pun, thank you Abg Adi for helping me renewing my roadtax, appreciate it so much ^_^ 

|| Food Review || Crazy RM13 Lunch di Imperial Riverbank Hotel



Memang super crazy promotion Imperial Rverbank Hotel ni buat sepanjang bulan July sampai bulan September ni tau uols. RM13 sahaja okay! Since di hotel, bagi Zie terover murah. Ada untung ke ek? Hihi. Since Zie dan colleagues are food hunters...

....wajib koooo grab peluang ni. Setiap hari lunch kat sini pun boleh. Murah murah....tempat plak super selesa. 




Ni main dish dia. Setiap hari main dish bertukar ye. Pada hari Jumaat lepas, main dish dorang Ayam Masak Merah + Nasi. Air dan mana² side dishes yang lain, boleh ambil sendiri. Buffet style. 




So nie dia side dishes yang Zie ambil. Yang sup tu, Sup ayam....sedapnyaaaaa. Cheat Day Zie hari tu dari diet,. Haha.




Ni plak dessert. So end up kekenayang bagai apa. Sampai office terus rasa mengantuk giler. So warga Kuching, highly recommended lunch di Imperial Riverbank Hotel ni ye. Walk-in boleh, buat reservation pun boleh. Better buat reservation lah. Takut nanti kecewa full house. 



|| Shoes Review || Kasut LED Pertama Irfan



First time beli kasut anak dari oversea a.k.a dari China. Hihi. Beli kasut LED....sebab nak tengok Irfan excited kasut dia kelip kelip. Warna merah tetap menjadi pujaan hati Zie walaupun sejak dah tua ni, jarang dah nak sarung baju merah. Suka sarung hitam je selalunya. Bukan apa....nak ilusi kurus gitu. 

Sekarang badan dan berisi...huhu. Stress! 







As expected. Kalau beli benda alah ginie ginie dari China, confirmmmmm lah ada adaaaaa je yang tak functioning. Nyampah. Huhu. Sebelah okay, berfungsi dengan jayanya. Sebelah lagi....pemalas! Tidur dia tak berkelip kelip. Hahahaha. Rasanya batteri mati dah kot.

Nanti la Zie beli battery baru. Tunggu ada duit banyak ke Mr DIY. Nama je kedai murah Mr DIY tu, tapi bersaka taw. Kalau uols pasang niat nak beli Battery macam Zie ni, dari budget just RM3-RM5 jer kan...terus jadi RM100 keatas. Benci nah.

Sebab tu ler kena tunggu ada duit lebih banyakkkkkk baru nak pijak kedai bela saka tu. Hahahaha.  




Tengok...excited giler dia pakai walaupun hanya sebelah je berkelip kelip... hehe.





Muka Cina tapi Melayu...inilah Borneo! Hehehehe. Anak Zie sorang ni je gitu...lain dari yang lain. Sebab dia ikut mata sepet bulat bapak dia. Kulit, dia gak yang paling putih. Rambut plak, blonde. Take after his late Grandpa. 

Dia ni gak ler satu²nya berlesing pipit. Abang & adik dia berlesung dagu macam Zie. Abang & Adik dia ikut mata Zie, besar. Dia je yang lain dari yang lain. Perangai pun lain dari yang lain gak. Hahaha. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, anak yang baik, anak yang pandai...InshaAllah ♥


Tayar Pecah... Terus Tukar Rim Baru


Macam² je kan bila nak jimat jimat, confirm ada adaaaaa je lah benda yang nak minta duit. Huhu. Adat berkereta. Kali ni bukan minta duit Zie lah. tapi duit husband. Haha. Sebab kereta dia nakkan perhatian gak weh. Tapi kan...in the end, duit iols gak yang keluar...adeh! Hahaha. Kereta perhiasan si suami tu... jarang bebenor kereta tu on road. Asyik² kereta Zieeeee jer yang keluar.

Lately ni je kerap. Tu pun dapat di kira brapa kali Zie tumpang...ceh. Tu arrr, dolat... kan dah pecah tayar. Hahaha. 




Hendak dijadikan cerita, awalnya husband just nak belikan tayar baru 1 je actually. Maybe tauke tayar tu pandai pujuk dia kot.... plus gak dari duluuuuuuu lagi husband asyik mengiyau nak tukar rim kereta dia lagi. Sebab rim yg sedia ada tu, payah bebenor nak dicuci....katanya. Alasan nak tukar rim baru bah...cara maok ada bak kata orang sarawak. Haha

So Zie terima ler photo Whatsapp gambar di atas, trade-in rim lama & tayar sekali tukar ke rim baru gold tu, hanya tambah RM800 je katanya. Dah pasang, baru gtaw dia. Alahaiiii....




So terus Zie reply dia, okaylah....means nanti time 11.11.2019 wedding Anniversary weols ke-8, takde lagi dah hadiah. Kira ni hadiah in advance untuk Wedding Anniversary Ke-8. Laju je dia mengiyakan. Happy Zie belikan dia rim kereta baru.

Memandangkan rim lama dia still elok lagi, tu yang tambah sikit je tu. Mcm dulu masa husband belikan sport rim baru utk kereta Zie, lagi lah mahal husband keluarkan duit. RM1,800 kau! ...kira murah lagi if compare dengan sport rim yang husband belikan utk Zie. 1K beza...huhu. 

Takpe, support je dia nak hiaskan kereta berhias dia tu. Biar di minat modified kereta, jgn minat ke arah perempuan....syukur kooo dia duakan Zie dgn kereta je. Haha. Madu iols tu kereta berhias dia tu. Haha. 

Enjoy your new sport rim, sayang ♥




Pertama Kali Online Shopping di GoShop!



Masa public holiday hari ganti cuti Hari Raya Haji the other day... Emak Zie kan minat dia pi tengok show Go Shop. Cuma kali ni bukan Live showing ler. Siaran ulangan. Biasalah Astro, bukan astro namanya kalau bukan ulangan...hehe. So emak mengiyau ler nak beli Al-Quran Al-Mujawwad 3 Juzuk Per Jilid dia tengok tu.

...untuk dia asahkan lagi tajwid, bacaan dia katanya. Disamping tu senang untuk jadikan rujukan masa dia mengajar budak²/makcik² mengaji. Demi mu emak... orang install ler GoShop App.





Done! Free shipping you you. Di Shopee ada gak sebenarnya benda alah ni. Tapi takde free shipping. Jadi mahal. So stay beli di GoShop je lah. Tambahkan 1 lagi pengalaman membeli benda alah di app online shopping terbaru.

Time pembayaran tu, baru ler perasan yang Go Shop ni under Astro. Sebab guna FPX Astro. So senang ler part pembayaran dia sebab Zie familiar. Setiap bulan guna system pembayaran tu untuk bayar bill Astro. Hihi. FYI, app GoShop ni friendly user ye...mudah difahami.





Pembelian pada hari Isnin (public holiday, so not counted), Pengeposan di buat keesokkan harinya (Selasa), barang sampai pada hari Khamis, sebelah petang. 2 hari je penantian. Fast delivery! GoShop guna khidmat GDex courier service, FYI. 




Di terima dalam keadaan PERFECT!



3 buku ni, Free Gift dia. 





Tadaaa... ni lah dia Al-Quran Al-Mujawwad 3 Juzuk Per Jilid yang diidam²kan oleh emak. Happy koooo time Zie pass kat dia benda alah ni. InshaAllah, birthday dia nanti Zie nak hadiahkan Telekung Siti Khadijah plak kat dia. Nak carik telekung yang jenis berpoket dan berzip. Telekung jenis gitu yang dia tengah carik.

Harap² Telekung Siti Khadijah nanti akan jenis yang dia nak sangat tu....Xoxo



Screen Mirroring with MiraScreen ♥


MiraScreen ni, lamaaaaa dah husband belikan. Cuma jarang nak guna sebab sayang internet, Eh! Haha. Sekarang kan dah tukar plan Digi Infinite 100, unlimited internet everyday you you. Heaven!

Tahu kan uols apa fungsi benda alah ni kan? Kira cam if uols nak tengok cerita dari smartphone uols, you connect je wifi dengan MiraScreen ni... lepas tu Screen Mirroring je dari smartphone uols. Heaven tengok movie di TV. Haaa gitu.





Zie ajar cara ye,  first thing first... uols connect je MiraScreen dongle tu ke TV uols. Follow instruction di manual guide cara² penyambungan dia ye. Once dah connected, then on Wifi,  Cari le wifi bernama Mirascreen bla bla bla , seperti yang tertera tu.

....then di phone uols lagi, on kan option Screen Mirroring. 





Tadaaaaa! Layan cerita Boboiboy Galaxy series di youtube. Guna 1080HD quality, baru best giler tengok. hihi. So siapa yang ada internet unlimited tu, rugi taw tak layan movie guna Mirascreen ni taw. Berpuluh je harga dongle Mirascreen ni. Cari je di Shopee...bersepah banyak. Ada murah ada mahal. Pepandai lah uols pilih seller mana yang uols nak beli. Hihi

Selamat berMirascreen in advance! ♥



|| Product Review || Baqhetta Deep Cleansing Masker



Harini Zie nak review Baqhetta Deep Cleansing Masker yang dia beli di Shopee. Harga sebotol tu RM55 for 30g. Kata husband Zie masker ni khas untuk tarik blackheads/whiteheads. Sangat berkesan katanya. Husband ada masalah blackheads dan whiteheads (Zie suruh dia konsisten pakai Eskinol toner Classic White, dia tak nak sebab bagi effect keringkan kulit dia, katanya. Hmmmm..)

Time husband guna, Zie pun tumpang sekaki ler. Kat hidung dan dagu Zie ni ada gak cik whiteheads. So...try ler. 1st time try...terus falling in love ko! Bersih sebersih-bersihnya muka kau pastu! Im loving it! Worth it dgn harga.

Blackhead & whiteheads husband terus no more. So rutin weols laki bini, seminggu 2x weols apply benda alah tu. Kena tempek tebal² (tak dapat jimat² sapu sebab if kurang tebal, bila dah kering...kau nak kopek mask tu...haaa time tu baru kau tahu, betapa pentingnya sapuan tebal. hehe)... baru tak pecah mask tu time ko kopek dia dari kulit muka kau.

Jelas je segala heads ikut tertarik di masker tu. Best giler! Full Stars Zie bagi. Amalkan! InshaAllah segan blackheads dan whiteheads nak muncul. Lepas pakai ni, once dah cuci muka, terus apply Eskinol toner kau....refreshing! 

Combination yang mantap!.... Belum cuba belum tahu taw. Nampak cam bodo bodo je Baqhetta masker ni tau...tapi hebat nah. Kagum mak! XOXO

Selamat Berkhidmat Digi Infinite 100


Minggu lepas, Zie terima call dairi Digi. Offered Zie postpaid plan 100 Infinite only for RM90/month. Memandangkan kadang² bill Digi Zie selalu reach RM100 lebih gara² add on Internet yang RM5 for 7 days tu (kuata tenet habis Mikail & Irfan kerjakan...hihi. Hotspot kat dorang)....

...since dia kata unlimited internet & call (err...actually tak heran sangat part unlimited call tu...haha. Sbb Zie jarang call orang. Bila perlu je. Part Unlimited Internet tu yg Zie hadap ^_^), ON terus kau! Unlimited setiap hari tu you you. Siapa tak nak, kan?




Tengok bill yang sedia ada tu. RM100 plus! Hahaha. Internet hanya 20GB jer untuk plan 80 tu. Kata nak jimat ambil plan 80..alih² selalu je bayar RM100 plus per month gara² habis kuata tenet. Huhu. Kalau dak digi tu tak call offering plan 100 Infinite tu....sumpah, tak tahu Zie kewujudan plan tu. Haha.




Akhirnya...3 tahun lebih Zie pakai Plan 80 tu, bertukar jugak iols akhirnya ke plan yang lebih menguntungkan ♥




See...SMS tu, tak pernah dah pakai. Semua through Whatsapp je. Hotspot je Digi limitkan ke 20GB per month. Okay ler tu. Isnin sampai Jumaat, Mikail dan Irfan pakai Hotspot Zie. Weekend plak, dorang dua pakai Hotspot bapak dorang plak. Sebab bapak dorang Plan 120, weekend unlimited internet including hotspot. 






tapi kan...bila check SMS dari Digi tentang pertukaran plan ni. Baruuuuu ler perasan bayar RM90 setiap bulan tu hanya untuk 12 bulan je. Meaning bulan ke-13, bayar jadi RM100 macam biasa ler tu. Ceh! Time Digi Sales Person tu call, takde pun dia gtaw information tu. Just tekankan takde apa² contract bla bla bla...

...takpe lah. Rasanya akan stay under plan ni. Since unlimited. If hotspot dah habis kuata, then baru guna bapak dia. Apa² pun, Thanks Digi for this offer...XOXO



|| Product Review || Zalora Halter Neck Peplum




disebabkan Zie sangat² suka dengan kualiti dan cutting Zalora Halter Neck Peplum, Zie repeat order lagi. Kalau hari tue Zie beli kaler Burgandy (boleh Klik SINI untuk baca balik entry)... kali ni Zie repeat order kaler Mustard plak... niatnya lah. Hihi. Suka dengan warna Mustard. Bak kata Mira (my office BFF), warna kuning ni menyerlahkan lagi warna kulit Zie...nampak semakin putih gittew katanya. 

Wahhh...mengampu nampak kau Mira. Haha




Kali ni price dia RM20.90, takde extra diskaun. Memandangkan hanya beli sehelai ni jer, so terpaksa ler pejam mata bayar postage RM10. Oh...Zie sangat sangat berkira part postage taw. Sebolehnya beli sampai minimum order yang kau akan entitle free postage tu. Sadly...takde lagi baju yang murah² yang Zie berkenan.

...so bayar je lah postage fee tu. Sekali sekala....huhu. Jadi dengan ini, Kiranya harga RM30.90 ler ye including postage...hihi.





Once received....alahaiiii, warna not as per expected. Kan Zie expect dia akan warna Mustard. Rupanya dia warna Chartreuse a.k.a warna Kuning Taik! Hahaha. But still nice ler...cuma Zie takde shawl yang sedondon dengan warna. Nanti ler carik shawl warna Chartreuse ni. Memandangkan baju ni jenis seksi; sleeveless.... wajib ler pakai jacket/blazer..


Bila dah pakai jacket/blazer warna hitam.... takkan ler kau nak pakai tudung hitam gak kan. Kang tak menyerlah baju tu nanti. Tenggelam dek warna hitam. Tu yang mesti pakai shawl sedondon warna. Baru look smart....aaaagittew!.




Black and Chartreuse combination colour...ailike! Zie suka pakai baju peplum. Sebab dia bagi Zie kelihatan slim and ada curve...haaa gittewww. Dalam gambar nampak cam warna Mustard dan sedondon je dengan shawl tu kan. Hakikatnya.... tak sedondon walaupun tergolong dalam keluarga Kuning! hihi


Full start untuk baju ni. Siapa antara uols yg nak gak beli baju ni, boleh click link dibawah nanti ye... sementara harga still on sale harga tu.




Happy Shopping! XOXO



Mikail Turns 7 : E-Card, Birthday Stickers & Thank You Tag



Lunch break hari Selasa yang lepas, Zie bawa Mira temankan Zie pergi kedai printing. Nak print stickers & thank you tag untuk sambutan hari jadi Mikail di kelas dia pada hari Jumaat minggu hadapan. Sekarang senang, dah tahu kedai printing. Kau designed sendiri, then hantar printing sendiri....murahhh je budget kau taw.

Dengan syarat...u know how to do it yourself ler. Kalau tak tahu, better serah pada yang pakar bab designing. hihi




Weols ke kedai printing di Wisma Hopoh je. Ambil dekat dari office. Suka printing benda alah kat sini. Staff semua friendly termasuklah boss dorang. No wonder lah dari kecil sampai dah beranak pinak Zie...masih lagi wujud kedai ni. Dulu booth je dorang. Hanya boss dia je yang handle.

Sekarang...wahhh, maju sudah. Dah ada kedai sendiri & pekerja. Good job! Hats off ♥





Mikail's Birthday E-Card

Mikail's Birthday Thank You Tag

Dengan bangganya nak gitaw, Zie sendiri designed E-Card & Thank You tag tu taw. Walaupun design dia tak sehebat design dari graphic designer....still gak Zie nak bangga. Sebab kan iols totally bukan dari bidang gitu²...hihi. Bidang accounting/admin.... tetiba dapat buat graphic designing...ko ghase? Hehehe..

...okay, done  vangga ^_^ E-card tu Zie akan printing sendiri. Print macam print gambar je nanti. Kan iols ada Canon Selphy...guna tu je. Untuk hard copy kenangan tema² birthday Mikail. Nanti rajin Zie akan print out E-card dia dari birthday 1 tahun ke 7 tahun. Tungu la once sihat dan tak busy. Zie ni asal weekend, confirm tak sihat. Kenapa entah....hmmmm






Siap! Yang Stickers tue , ready made kedai tu punya. Just tambah ayat² tu je. RM10 untuk 60pcs. Murah giler kannnnnn. Stickers tue utk Zie tampal kat goody bags gifts & kat kotak cuppies nanti. Takde lah kosong sangat.

Yang Thank You tags tu plak, buat kepilkan di Goody bags. iols yang designed okay. Cewah! Hihi. Happy tengok hasil printing dia as per what i want...weeehoooo~


• Goodies Bags ✓ 
• Goodies Bag's Gifts 
   - untuk Kawan² ✓
   - untuk Cikgu²
• Goodies Bag's Sweets Treat
• Cupcake Covers ✓
• Tempah Cupcake ✓
• Tempah Birthday Cake ✓
• Birthday Stickers ✓
• Birthday e-Card & Thank you Tag ✓


Yayyyy! Almost complete dah check list tu. Tinggal nak carikan small gifts untuk cikgu² dia je lagi, Cikgu perempuan dah tahu dah apa hendak di bagi. Cikgu lelaki tu ler...alahaiiii, nak bagi small gift apa ek. Payah nah bagi hadiah kat lelaki.

That's why ler husband Zie, zie main tanya dia terus je apa dia nak untuk birthday/anniversary gift dia. Malas nak fikir²...hehe





|| Product Review || Watson SPA Warm Eye Mask


Kali ni Zie try eye mask brand Watson ni plak. SPA Warm Eye Mask with Chamomile Aroma menjadi pilihan Zie. Kan sejak dua menjak ni mata Zie semakin hari semakin menyerlah eye bags dan "panda" dia. Gara² tak cukup tidur dan rehat.... mata jadi sangat sangat lesu dan tak bermaya. Adat bila kau still ada anak kecik.

Jadi Zie perlu manjakan mata 2-3x dalam seminggu. Takde lah dia merajuk dengan Zie nanti kan. 




Haaa...gini rupa dia dia. Cam penutup mata bila kau nak take a nap tu eh. Hihi. Comel! Satu kotak tu ada 5 pcs eye mask. Yang magiknya kan, once kau bukak plastic bag dia tu....once eye mask tu dah terdedah dengan udara, automatik kooo dia mula memanaskan diri sendiri. Hihi.

Jakun sekejap Zie. Actually masa beli tu Zie tak perasan pun nama eye mask ni. Main rembat ye. Actually sejujurnya Zie carik yang jenis cooling. Terbeli yang jenis panas....pakai je lah, Jangan membazir. Hihi




Pakai dalam masa 10 minit gitu. Tahap kepanasan eye mask tu amat menyenangkan. Terasa terang mata lepas pakai. Fungsi warm eye mask ni adalah Melembabkan, menenangkan, mencerahkan dan menghilangkan mata yang letih.

Sesuai dipakai time kau tengah berehat di pejabat pada masa rehat lah ye. Zie sampai tertidur²! Hihi. Bau aroma Chamomile dia amat menyenangkan and sooooo relaxing. Hilang stress sekejap. Chamomile kan stress remedy gittew.

Habis ni nanti, nak try yg jenis cooling plak.... selamat mencuba, uols! XOXO