DVD Dragon Ball Z - Box 2




Ehemm ehemmm....cuba teka weols nak beli benda alah ape kat Speedy Video ni ek? Haa.... cer teka, cer teka... hehehe

::
::
::
::
::
::



Ye, betul! Nak membeli benda alah ni ler. Apa lagi kan. Hahahaha. When it comes to Dragon Ball, sanggup kooooo weols laki bini beli original DVD. Takde kuasa nak download download bagai. Nak jadikan koleksi katanya...hihi

Since Vol. 1-144 (Box 1) dah pun weols laki bini habis tengok... tak menyabar nyabar tunggu hujung bulan... terus beli sambungan dia, which is Box 2 (Vol. 145-291)... hehehe.





Test dulu sebelum beli. So that tak perlu nak ulang alik nanti nanti.





Beli teros! Hihi. Pssttt...Padahal jalan cerita Dragon Ball Z ni dari A sampai Z dah pun weols tahu sebenarnya. Coz layan komik dragon ball time kecik kecik dulu. Laki bini sama minat... suka baca komik mcm Nobita...eh! Hahaha

Apa apa pun... tak sabar nak tgk. Nak tengok Vegeta je sebenarnya... lalalalala :D





Viva City Shopping Mall dan Nando's




Few weeks rasanya, kalau tak silap lah... Viva City shopping mall ni di buka. Baru hari sabtu lepas weols 3 beranak pijak. Masih dalam kategori payah nak cari parking...huhu. The biggest shopping mall in Kuching nie (correct me sekiranya kamek salah ok, warga kuching). 

Heaven shopping kat sini coz macam macam hado. Yg bestnya, Charles & Keith butik akan di buka lagi. Yippie! Hopefully kali ni tak akan tutup lah ea. Payah kooo nak beli high heels yg stylo mylo :P





Actually niat ke Viva City sebab nak makan malam di Nando's. Sampai sesat koooo carik Nando's di Viva City ni. Siap whatsapp abang su tanyak katner Nando's coz tak larat dah jalan pusing pusing cari tak jumpa jumpa.


....bila dah jumpa. Alahaiiii.... kecewanya koooo akuuu. Panjang giler baris. Gambar yg Zie snap tu, suku je dari barisan sebenar. Tak kuasa kooo weols nak berbaris dan bertunggu macam pak n mak pacak...

So makan kat tempat makan yg lain je lah. Huhu





Weols makan malam di Chicago 7 je. Consider fast food mcm KFC Mcdonnal bagai tu lah. 




Combo set apa entah ni. Lupa :D Ni husband dan Mikail punya. Dorg kongsi berdua.




Ni plak spaghetti apa entah nama. Pun lupa gak ^_^ Sedap weh... dah lah murah. RM9 jer utk spaghetti... terbaik lah. Ailikee!






Lepas makan uols terus balik rumah, Budak botak ni keletihan sampai tertido tido dia. Kesian anak mama...







Kasut Sekolah Pertama Mikail




Semalam lepas je kenduri doa selamat abg ipar husband, weols terus pecut ke Plaza Merdeka shopping Mall. Sebab nak belikan kasut sekolah Mikail. Memang berebut² kooo weols. Sebab husband on 29.12.15 ni nanti akan pergi outstation OPS selama sebulan. Mikail start masuk tadika on 4.1.16..

...so memang rushing lah kejar masa. Sebab petang tu jam 5pm husband perlu pergi kerja lagi. Zie tak nak pergi berdua je dgn Mikail beli barangan sekolah Mikail. Sebab mikail suka nak mintak gendong. Kang nanti tak menang tangan kang. mana nak pegang shopping bag.

...mana nak gendong mikail. Tu yg barang² sekolah mikail perlu settle sebelum husband pergi OPS.




Payah bebenor kooo nak cari kasut putih utk budak usia 3 tahun lebih. Huhu. Sebenarnya tak plan pun nak belikan brand Puma ni. Nak belikan dari kedai Bata je...senang. Dapat beli 2 pasang sekali gus. Tapi nan hado kooo size mikail :(

...paling kecil pun hanya size 10. Mikail size 8. Tu yg terpaksa ke section Puma ni. Sebab section Puma ni je ada jual size 4 ke atas dan berwarna putih. Dah sempat dah nk ke tempat lain sebab jam masa weols sampai sini dah pun 2pm. 

Tu yg rembat je lah. 






Sementara tunggu adik salesgirl ambilkan kasut Mikail. Mikail plak buat hal kooo. Sebab dia dah penat kenduri sepanjang pagi (dari jam 9am - 1pm kooo...mana dia tak letih), tu yg dia meragam nak tidur. Dia tak nak beli kasut katanya. Dia nak balik...alahai anak kuuu.

...kali ni terpaksa. Bila zie cuba kasut di kaki dia, dia tak nak... apa lagi, kena bebel dgn papa dia lah jawapnya dia. Bila papa dia bebel, terus kooo dia nangis semahu²nya. Apa lagi akuuu...turn zie plak yg bising papa dia. Hahaha.

terpaksa upah dia sebiji keta mainan lepas beli kasut, baru dia henti nangis. Huhu...







Kasut sekolah pertama mikail :) Gaji bulan Januari nanti, baru belikan sepasang lagi. Tak dapat kooo nak belikan 2 pasang serentak. Bankrupt mak nanti...huhu. Lepas ni nak belikan bekas bekal utk mikail sarapan pagi.

...actually di tadika dia memang ada provide sarapan, lunch dan minum petang. Tp still gak simpan sedikit makanan (roti or biskut) utk mikail. In case dia nak mkn kunyah²...senang sikit ustazah/penjaga tadika nanti bagi.

Pssttt... excited koooo buat preparation Mikail utk ke sekolah, walaupun baru je masuk tadika. Still gak nak teruja. Moment uruskan itu ini buat pertama kali tu lah yg priceless.. Hihi. Semoga rajin belajar ye nak....









Sampai Sudah Kasut Tumit Tinggi Terbaru Saya



Akhirnyaaaa... kasut yg Zie beli pada hari Khamis lepas (boleh klik entry ni --> Beli Kasut Tumit Tinggi Lagi... This Time 0 Payment! utk baca sekali lagi) sampai jua ^_^ Biasalah bila nak dekat perayaan ni. Confirm penghantaran akan a little bit delay sebab ye la... ramai kooo manusia yg membeli online ni

...kesian gak kat courier boy. Selagi tak sampai seminggu lebih tak di hantar, selagi itu akan menunggu penuh sabar. Hehe.





Tadaaa...ini lah dia kasut Alfio Raldo yg Zie beli tu. Kasut brand Alfio Raldo yg pertama Zie. Sooooooo comfy koo. Berbaloi dgn harga dia. I love it soooo much. Akan beli warna lain (ada warna biru & merah) bila dapat bonus nanti.

....mudah²an still ada sales lagi lah. Kalau tak...tak kosa ah. Mahal sgt...hehehe. If ada sales, murah sikit harga dia :D Apa² pun, thank you Zalora for giving me a job. Inilah "bayaran" yg zie dpt. Hihi. Love it soooo much!





Bag Sekolah Petama Mikail




Story penghujung bulan october nih sebenarnya uols. Ko tengok, lama giler aku perapkan... Kan ^_^    Mood nak mengarang entry ni nan hado... Tu pasal ler zie pekasankan lama lama dalam handphone. Hehehe. 

Weols anak beranak tema kelabu hari  tu. Nak pi shopping barang utk mikail ke tadika nanti.  Beli bag sekolah dulu.




Nie baru dinamakan "like fatherr, like son" hihi. Apa entah yg dorg dua termenungkan tu entah. Layan juwa nah masing masing. Hahaha





Sebelum  ke Plaza Merdeka Shopping Mall, weols singgah makan tengah hari tu. Husband teringin nak makan ayam penyet. Zie tang ayam penyet ni dah jemu dah. Dulu masa time kegemilangan ayam penyet, pagi petang siang malam dok memenyet je

... Mana tak nak naik jemu. Hahaha







Tue dia sesi pujuk memujuk.  Zie and  husband nak belikan Mikail bag sandang biasa je. Tak nak yg jenis main tarik tu. Coz mahal nah. 10seb je lagi, cecah RM100. Tapi tu lah... Mikail nak gak yg jenis tarik tu. 

... Malas nak tgk drama tangisab dia or drama menghempas diri ke lantai... Turutkan aje lah. Sebab nanti pun akan  bahagi dua dgn husband. Takpe la... Bag sekolah pertama dia








Tengok tu uols, ke hulu ke hilir dia usung benda alah tu. Over nah dia dgn bag sekolah dia tu ah. Hehehe. Dah mcm ala ala akedemi fantasia je zie tengok... Hahaha




On the way ke rumah Mak Nek segedup dia, "pengsan" koo dia. Letih kot dia pilih brg sekolah dia. Gaji ni nanti baru zie belikan kasut sekolah dia 2 padang. Pastu nak belikan dia bekas utk letak bekalan dia n botol air dia.


.... Byk lagi benda perlu di beli sebelum dia mula ke tadika. Semoga rajin belajar nanti ye, nak <3 











Beli Kasut Tumit Tinggi Lagi... This Time 0 Payment!



Dari aritu zie aimed peep toes heels ni taw. Love it so much. Sebab design dia simple but elegant ♥ Aritu dok tunggu² dia on sale. Bila dah on sale, still gak mahal bagi zie... huhu. But rezeki zie, memang kasut ni tercipta untuk zie kot...

...dapat cash voucher dari Zalora bernilai RM100





Apa lagi babe... rembat teros! Terus 0 payment koooo... hihi. Rezeki zie. Tak sabar nak tunggu kasut ni sampai. Pertama kali beli brand Alfo Raldo. Mudahan brand ni jenis selesa di pakai.






Kali ni aimed 2 benda alah ni plak. Hopefully tercapai keinginan utk memiliki salah satu kalau tak dapat kedua² nya. Hihi :D Buat masa ni zie sgt memerlukan wrislet. Untuk letak handphone zie. Kalau di Guess nanti ada sale untuk wristlet... maybe tak jadi ko beli yg Carlo Rino wristlet tu. hehehe

...tengok lah nanti :D




Overtime




Hujung tahun... biasalah if kena buat kerja lebih masa ni uols. Nak nak lagi dalam bulan 12 ni zie asyik ambil cuti separuh hari sebab ke sana ke sini ulang alik ke hospital untuk uruskan hal perubatan Mak Nek. Sudahnya kerja jadi menimbun. Nak nak lagi time year end ni. 


kebanyakkan councils dan jabatan² kerajaan nak closing account. Sudahnya zie yg di hempap paperworks. Hehe. Biasa sudah. Nak nak lagi zie sorg yg uruskan hal account dan billing selain dari superior zie. Malam tadi zie overtime sampai jam 7pm.

....hari ni (sabtu), sambung lagi buat kerja sebab baru je sampai rumah boss call gtaw ada urgent claim perlu submit sebelum isnin. Menjawap lerrr hari ni MESTI datang kerja. Huhu. Takpe, dapat claim OT :P




Siap je urgent claim. Baru dapat menjamu selera dulu. Hihi. Lepas ni nak buat accounts. Alang² dah buat OT. So uols, sila jamu mata uols tgk Laksa Sarawak Pak Amit yg teramattttt lah lazat. Susah² je husband pi hantar breakfast ke opis.

...dia tgk zie dah tak sempat tapaw breakfast. tu yg dia pi hantar. Awww... so sweet of u, sayang ♥♥♥






Sayang Nak Buang, Jadikan Tempat Letak Ubat



Hehehe...ni ler. Zip-lock plastic ni haaa. Jadi special sebab ada sticker cute miut dari Kak Ayu. Hihi. Mula mula zie tak tahu nak guna apa. Tapi bila tengok stock ubat ubat zie tak terlantang gitu je dalam drawer... tu yg tetiba datang ilham utk guna zip-lock bersticker cute ni dari Kak Ayu...hikss

....ni barunya betul betul menghargai pemberian org kan. Serta plastic bag aku still guna and simpan. Lalalalala :P Oh ye, if uols nk baca balik entry pemberian Kak Ayu tu, click tajuk ini --> Hadiah dari Blogger Yayansmum







"Ubat" Stress


Hehehe... setiap org, lain caranya untuk handle stress dorg. Ada yg asal stress, makan. Ada yg asal stree, nangis. Zie plak... asal stress je, kompom zie buat craft. Hehehe. Kali ni Zie dok gigih melekat satu persatu batu (batu lebihan ribbon craft zie dulu) di handphone casing Zie.

...biar handphone casing tu berjantina. Hahaha. If dah kau lekat bling bling gitu, semestinya jantina dia perempuan maaa. Sebelum ni kekeliruan jantina dia. Bhahahahaha :P  Belum habis lagi lekat. Sebab batu tu habis ler plak. huhu. 

Nanti dah siap, wajib kooo zie menayang kat sini. Hiksss :D





Tahniah Qeera! Dapat Keputusan Cemerlang Dalam PT3



Hari Isnin tadi, keputusan PT3 sudah pun keluar. Dan niece zie, Qeera (anak kpd Kak Midah) dapat keputusan yg cemerlang. Dia merupakan salah seorang dari 10 orang pelajar cemerlang di SMK Padungan. 




Ni lah dia Qeera dan Kak Midah :) I am sooooo proud of u, Qeera. Setiap taun kooo dia ambik title Pelajar cemerlang. Tahun lepas dapat laptop dia. Tahun ni agaknya apa hadiah pelajar cemerlang dia dapat ek...

....zie plak yg teruja. Hehehe




Inilah dia overall keputusan dia. Keep it up, syg! Aunty love u! Hehehe




2in1 hadiah buat Qeera. Hihi. Sebenarnya belated hadiah hari jadi dia sebenarnya ni..hehe. 12.12.2015 tadi birthday dia. Memandangkan jubah sampai pada hari isnin, terus jdi 2in1 gift. Hahahaha. Ok ler tu kan. Insha Allah, if Mak Su ada extra budget... Mak Su akan bagi lagi hadiah utk ni plak.

...Insha Allah taw. Tak janji. Sebab anak mak su pun dah nak masuk tadika tahun dia. Tengah budget ni. hihiihihih. Apa apa pun, so proud of u, Qeera.






Tudung Hijabista Style



Tudung adalah satu item yg sgt penting buat perempuan Islam. Sebab menutup aurat adalah  wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi dorang untuk menerapkan ajaran agama untuk dipraktikkan ã‚·

However, bagi perempuan di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak 
membataskan mereka untuk bergaya ^_^ Sebab kan weols ladies di Malaysia ni pandai matching warna, corak dan design tudung or shawl utk buatkan weols nampak berseri lawa lawa gitu...hikss :P Update maaa dgn arus fesyen terkini... hihi 

Weols muslimah kan skrg semakin menonjol dlm dunia fesyen di Malaysia dan penglibatan weols muslimah 
memberi kesan yang agak besar bagi pencinta serta pereka fesyen tanah air ^_^ More over, sentuhan moden yang diberikan kepada koleksi tudung hijabista style terkini (click link to view), memberikan lebih 
banyak pilihan kepada pengguna... ailike koo noks!




Cantik kan. Berkenan nah zie dgn yg warna brown tu. Satin material weh... ailike! Design dia lain daripada yg lain. Insha Allah akan merembat satu untuk diri sendiri ^_^

...aku pun nak jadi hijabista maaa. Eh! Hihi...ala kasi can lah weh :P




Nenek Masuk Hospital :(



Sorry uols, semalam tak update blog. Kebizian Zie dgn nenek dan kerja. Siapa yg ada follow zie di FB, sure dah tahu yg nenek Zie admitted hospital pada hari jumaat lepas. Balik je Zie dari overtime, emak gtaw keadaan nenek semakin memburuk.

...semakin lemah n sepanjang hari di tak boleh bangun. Hanya terlantar baring je. Mana taknya uols, dah berminggu dia tak makan sgt. Minum air pun tak brapa nak sgt. Tu yg sebabkan bdn dia totally lemah..

Call ambulans, tak sampai 15 minit... sampai ambulans.



Kebetulan plak malam tu husband on night shift, terpaksa ler zie yg bawa kereta n follow ambulans and bawa Mikail sekali. Sebab takde sapa di rumah nanti if husband dah turun kerja. 1st time follow ambulans. Perghhh...laju ow.

...zie plak yg cuak. Sebab takut org tak nampak zie follow belakang walaupun dah bagi double signal. Huhu. Sudahnya zie tak follow.... huhu




Kesian nenek. Gara gara nenek takde selera makan selama 2 minggu, kurang minum air... satu lagi penyakit lain yg nenek kena. Nenek disahkan kena sakit buah pinggang :( Kesian nenek...pilu hati tengok. 2 penyakit dia hidap dalam masa yg sama dah :(

...semoga nenek cepat sembuh. Itu je yg weols semua harapkan... Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.





Stim Wantan Terus Jadi Wantan Goreng ... Ooopsss!




Yuuuhuuuuu uolsss. Meh zie ajar camne nak buat Steamed Wanton. Walaupun di penghujungnya....krekk krekkk **bunyi cengkerik** Hahaha. Wanna know why?... well, baca sampai habis lah weh entry ni. Jalan mim alif lam sin, MALAS! hehe

...pertama kali buat wantan ni taw, noks. Aharkss



Bahan² Zie guna minced chicken (senang tak perlu kau nak mencincang lagi), Udang, Carrot, Shiitake Mushroom, Sengkuang, Bawang Merah, Bawang Putih dan perasa secukupnya dan letak sedikit tepung jagung.

...semua bahan kau cincang je ea uols. Untuk udang, kau jgn cincang lumat sangat. Mcm Zie tercincang lumat...huhu. Nama lagi 1st time kan. Lepas cincang semua, gaulkan semua bahan.



Zie guna dumpling pastry. Haaa ni yg buatkan steamed wantan zie jd tak menjadi. Sebab salah guna kulit pembalut coz wantan pastry tak jumpe²..huhu.. Ingatkan boleh je guna sebab consider dorg sama "family" maaa. hehehe.Rupanya... hampeh. Hahaha.

2nd time guna nanti akan guna betul² wantan pastry.



Haaa letak di tengah² lepas tu basahkan guna air di sekeliling wantan tu sedikit. Then lepas tu lipat separuh... then cerutkan tepi² dia.




Akan terhasil mcm ini nanti.



kemudian, steamed selama 15minit or sampai kau tgk wantan masak.




Tadaaa!!! Wantan ku yg berubah menjadi warna kuninggggg. Uwaaaaa. Sebab guna salah wrapper. Mencik nah. Dumpling Pastry tu elok utk buat Siew Mai sebab dia jenis pejal sikit bila dah masa :(




Well... disebabkan tak nah membazir, zie goreng dia. Sedap gak kooo. Terus jd wantan goreng, hehehe :D



Mengunyah sambil layan Dragon Ball Z anime... layan kooo. Hikssss