Bonus SHOM


Setelah hampir setahun zie setia guna si rimau Maybank untuk kemasukkan bonus SHOM, akhirnya zie bertukar ke CIMB bank sebab bank yg SHOM guna adalah CIMB. Dapat gak potongan bank charges hanya RM0.10 je. 

If guna Maybank, bank charges RM2 tau. Rugi RM1.90 zie di situ selama ini. Haha. Sayangnyaaaa... huhu RM1.90 x 11 bulan = RM20.90 <— haaa See! Rugi byk tu zie selama ini. Haha. Jangan tengok amount kecil ye... kecil kecil bila di kumpul terus jadi 2 angka. Lepas tue amount untuk reload kupon RM20!~ 

So sekarang dengan rasminya CIMB bank menjadi bank untuk gaji kedua ku. Siapa nak jana gaji kedua, EMAIL zie untuk mulakan langkah mu! — ziemadinistore@gmail.com Xoxo



Terpaksa Bagi Irfan Puting...



Sebolehnya, zie tak nak bagi Irfan hisap puting. 1st...takut mencacatkan pembentukkan gusi dan gigi dia. 2nd reason... dari sudut kebersihan tak begitu bersih. Why? Sebab katakanlah puting tu jatuh... if kita tak perasan puting tu jatuh, budak² sure akan ambil je and masukkan balik di dalam mulut...huhu. Kotorrrr....

....but what to do. Since Irfan tak macam abang dia. Dulu abang dia totally tak nak puting. Mati² dia hanya nakkan puting zie je utk ulitkan mata dia tido. Huhu. Berlainan plak dgn Irfan....irfan, dia tak kesah, puting zie ke puting bohong ke...dia terima je. Tak memilihi...alaskan ada something utk dia hisap² ulitkan mata dia.




Zie pilih brand Avent ni utk puting dia. Masa dalam pantang, husband beli brand Tommee Tippee... 0-3m dia belikan. Tapi terlampau besar plak zie tengok plus tak begitu soft. Thats why lepas habis je pantang, zie sendiri yg pilih. If brand Tommee Tippee takde yg jenis zie nak... 

...no hal brand lain. Asalkan ada jenis yg zie nak dan lembut.So zie pilih dari brand Philips Avent ni. Ada 2 jenis utk 0-6m. satu, jenis biasa² je...satu lagi jenis Ultra Soft. In where ultra soft ni mahal lagi dari yg jenis biasa. Semestinya zie ambil yg jenis Ultra Soft ni.





Jenis puting ginie yg zie nak. Meleper sikit. Yg Tommee Tippe yg husband belikan dulu tu...jenis hujung dia bulat. Tak suka...haha. So highly recommended kat uols para ibu bapa utk pilih yg jenis mcm nie utk baby uols ea. Approved by para dentist ni...tak mencacatkan pembentukkan gusi or pertumbuhan. 

...totally safe. No worries ~


Ni... Irfan tengah ulitkan mata dia. Syok je dia hisap. Lembut ea sayang mama. Hihi. Zie hanya bagi Irfan hisap puting ni bila dia merengek nangis tak dapat dipujuk². sebab zie sebenarnya tak nak dia terbiasa dgn puting. Nanti payah nak pisahkan dia dgn puting dia. 

...macam abang dia yg terbiasa dgn kain lampin. Sampai skrg still lagi tak dapat pisahkan abang dia dgn kain lampin. Huhuhu. Lain anak, lain tabiat dia kan...hihi



Layan Budak Gila Playdoh


Budak ni kan, asal keluar jalan je... confirm lah dia akan mengiyau Playdoh baru. Kalau beli dough dia je... okay lah jugak murah sikit. Ni tak...selalu je pilih yg siap dgn acuan lah...dough maker lah. Aduhaiii. Nasib kali ni, dia hendak di pujuk beli yg murah je. RM29.90. 

Dah paham dah dia erti Mahal. syukurrr... hihi. Kat kedai Poppies di The Spring je ada murah sikit berbanding di ToyRus or Parkson. Tengok dia, pergi tapaw pun dia dok bawa gak mini picnic playdoh dia tuh...huhu




So sampai je kat rumah, terus bonding time dgn Mikail. Papa dia, jaga adik dia kejap. Mama dia, spend time dgn dia. Takde lah nanti dia rasa diri dia diabaikan sejak adik dia ada. Adalah orang tueeee complain kat mak nek dia yg weols dah kurang sayang dia ...adoiii! hihi





Layan gak weh sesekali zie jadi budak kecik. Haha. Sandwich tu buat bekal Mikail pergi sekolah katanya...hihi. So play pretend lerrrr weols anak beranak berpicnic makan. Haha.




Bila mama main sekali dgn dia, seronok muka dia bukan main lagi. Hihi. Insha'Allah... akan selalu spend 1 hour masa utk dia no matter how busy or penat sekali pun zie. Bonding time dgn anak² is a must bagi zie. Sebab moment² time dorg kecik ni...tak akan terulang lagi.

...enjoy it while u can ♥





Rezeki Baby Irfan




On last Friday hari tu, bini big boss masuk office. 1st time jumpa zie selepas zie balik dari Maternity Leave. So chit chat lerrr weols tetang Irfan. Sempat gak Zie show dia gambar² irfan. Actually, sebolehnya zie nak elakkan dari bercerita tentang anak...sebab anak dia (boss kecik weols), dah hampir 6 tahun kahwin... still lagi anak dia dapat anak dan dorg sangat² inginkan cucu...

...tu yg takut dia terasa je. But since, dia yg bring out the topic. Zie try to have a normal conversation dgn dia. Huhu.





Lepas habis chit chat dgn bini big boss, dia naik atas (bilik big boss) kejap. Lepas tu turun bawah lagi and terus masuk ke work station zie dan sembunyi² dia pass this red envelope....awww. Terkejut zie. Sempat plak bini boss kiss pipi zie. Haha. Weols memang rapat.

...mana taknya. Dah 15 tahun zie keja dgn husband dia. Dah rasa mcm anak sendiri katanya...awww. Hihi. susah nak dapat boss baik mcm dorg sekeluarga ni taw. Sebab tu zie bertahan di sini selama 15 tahun ^_^




Taraaaa!!! Alhamdulillah... rezeki Irfan. RM100 dia dapat. Semakin bertambah ler akaun Tabung Haji dia. Duit pemberian orang buat anak, sebaiknya jangan kita mak bapak guna. Tu hak anak.Kita sekadar penjaga amanah utk dorg sampailah dorg dah boleh managed sendiri kewangan dorg dgn bijak...

...sebab zie lahir je anak, weols laki bini terus bukakan akaun Tabung Haji dorg. Why akaun Tabung Haji bukan ASPN ke ASB ke etc... sebab nak ambil berkat. Biar berkat duit anak dalam tabung haji plus takya dorg susah² buka lagi akaun tabung haji once dah besar.

Apa² pun... thanks dear Mrs. Chan for this "Red Envelope". Me and my husband appreciate it so much! 




SURPRISED!!!! Double Happiness!!!




Masa zie still berpantang hari tu, Zie teringin nak makan Ayam Goreng Mcd (bukan spicy...original baru dapat orang berpantang ni makan. haha), So... mengiau kat husband balik kerja nanti tolong belikan. Okay kata nya. Bila husband sampai, happy weh coz lama giler tak makan ayam mcd.

so excited nak makan. But... to my surprise..

::
::
::
::
::
::


Buka² je bungkusan Mcdonnal tu, sekali tengok ada PS4 game Resident Evil 7 : Biohazard. Lama giler zie ngidam game ni tau. Memandangkan harga dia RM200++ plus, mahal sangat... tunggu harga drop sikit, baru beli. (harga satu games dah nak sama dgn harga 1gm emas kooo...huhu)

Bila dapat surprise mcm ni, melompat terus happy. Terus tertanya soalan bodoh "Awak beli ke, Syg". Hahaha. Mana taknya husband pun jawap ler dgn jawapan bodoh gak --> "Tak... tadi beli mcd, dapat free tu". Hahahahah. hampeh kau sayang :D



Teruja giler! Terus rebut² buka sambil senyum². My favourite game ni tau uols. Semua sequels game ni zie dah main. Love it so much!



Terus main! Baby kasi husband jaga. Hahaha. Emak nya sibuk bermain games. Jangan kata lelaki je yg kaki games okay. Perempuan pun ada. Mcm zie! Hehehe. Thank you so much, sayang!




Merry Christmas!


First day kerja selepas Maternity Leave hari tu (on 18.12.17 - Isnin), actually zie turun 2 hari awal sebab hujung bulan nanti nak ambil cuti untuk register Mikail masok tadika Tahun 6. Balance 1 hari lagi nanti, budget utk bawa Irfan follow up check di KKIA...hihi. Takde lh nanti kacau annual leave zie tahun depan memandangkan annual leave tahun nie dah habis :P

Nasib gak wei, zie turun awal. Sebab pada hari tu, bini anak boss zie bagi christmas gift kat semua staff. Siapa² yang tak datang on that day, rugi ler.. hihi




Cute je paper bag. Pandai bini anak boss weols hias kan. simple tapi kemas dan cantik



Ini ler benda alah kat dalam tu ♥ Weols dapat water tumbler, hand cream, 2018 calendar (yg bentok kambing biri² tu) dan Cookie (yg dalam box tu). Rajin jer bini anak boss buat ginie² kan. Ni lah pertama kali dia bagi christmas gift buat semua staff.

...selalu nya big boss je yg bagi. Tapi mcm this year, big boss tak bagi  jer. Lupa kot. Haha. Apa² pun...love it! Tumbler tu zie bagi husband pakai. Hand cream & kalendar, buat diri sendiri. Cookie tu, bagi Mikail...suka je budak tu makan. 

Meanwhile christmas deco bells tu, buat gantung kat buaian Irfan. Haha. Paperbag, boleh recycle untuk kegunaan masa hadapan...cewahh. Hehehehehe. Merry Christmas buat semua sanak saudara Zie yg beragama Christian (zie mixblooded ye. Melayu + Iban... sebab tu ada relatives yg beragama christian) dan semua yg mengenali zie.


P/S:
Takkan terpesong akidah zie
dgn wish Merry Christmas. Kita
kan 1 Malaysia... Peace ^^


Throw Back Entry : PS4 Fifa 18 with Limited Edition T-Shirt Buat Suami




As promised.... taraaa! Awal bulan Oktober yg lepas, belikan PS4 game Fifa 18 buat sang suami yg kaki bola in where dah stop being kaki bola. Hanya kaki bola di PS4 je lah ye. Katanya nak bagi full commitment utk keluarga. Tu yg dia stop jadi kaki bola. Zie tak suruh dia stop ye. I will never ever ever stop my husband punya hobi okay. If dia stop sendiri, syukurinnn. HAHA

Once je release game Fifa 18 ni. Terus cepat² rembat utk suami. Coz dia value T-Shirt CR7 tu. Limited edition katanya. If lambat² beli, then habis... takde restock lagi. Kan limited. Ye la ye la... iols belikan. Pastu emo emo dia main dgn computer bila kalah. Hahaha. Boys... **sambil geleng kepala**

Enjoy your new "toy" sayang ♥




Yay! Berat Turun! 80kg ke 67kg ♥


Outfit yang sama, tempat yang sama...cuma perut je dah tak sama lagi. Dulu berbaby bump, sekarang dah kempis. Hihi. Masa cukup bulan aritu, berat zie 80kg okeh. Berat gilos bawa badan. Nasib kaki tak bengkak...tapi selalu sakit kaki lah. 

Syukur less than 2 month, byk ler juga penurunan dia. Dari 80kg ke 67kg... meaning zie loss 13kg! Syukur gak badan cepat surut. The beauty of breastfeeding ^_^ Di tambah lagi zie amalkan set ini 

::
::
::
::
::
::


Set PKP (Perut Kempis Projek!..hehe). Buat yg tak tahu, Min Kaffe + Garlic ni ler yg zie amalkan utk penurunan berat badan Zie walaupun zie tak bersenam (dalam pantang, camne nak bersenam kan...hehe). Selain bagi zie penuruan berat badan...

...Min Kaffe tambahkan tenaga Zie dan juga milk booster Zie. Garlic plak untuk buang angin yang berlebihan di dalam badan. Thats why set ni amat best time berpantang. Sebab masa berpantang, sure uols akan keletihan + mengantuk tak cukup tido. So, energy amatlah di perlukan.

Siapa nak try set ni, boleh ler roger zie di email --> ziemadinistore@gmail.com ^_^ Jangan lupa bagitahu uols adalah Blog Reader zie sebab untuk blog readers zie, zie nak bagi FREE POSTAGE! ^_^




Throw Back Entry : Lahirlah Mohamad Irfan 1.11.17


Assalammualaikum /Hello readers! 2 bulan lebih blog zie nie bersarang tak berupdate². Time kat rumah takde masa sangat nak on laptop and online. Nak update guna mobile, leceh tau iPhone. Kepayahan nak upload gmbar... tu pasal ler once dah start kerja baru update kisah zie melahirkan Irfan...hihi

So... this is my story giving birth to Mohamad Irfan ♥



Last check up Zie di KPJ Kuching Specialit Hospital, Dr. Tan bagi Zie refer letter untuk Zie melahirkan secara caesarean memandangkan 1st pregnancy Zie caesar (sebab terlampau poor progress) plus lagi baby time to cord round neck 2x ditambah lagi zie mengalami pelvic pain.

Actually boleh try normal. Tapi Zie pilih utk caesar je since ada problem sebab still fobia sebenarnya dgn 1st giving birth dengan Mikail dulu. Takut poor progress lagi... takde 2x sakit Zie. Huhu. Since Dr. Tan pun highly recommended Zie go for caesar... so zie just go for it ^_^




Zie admitted on 31 Oktober 2017. Sebab tarikh caesarean zie is on 1.11.17. Must admit sehari awal utk pihak hospital buat persiapan. Zie tak beranak di KPJ ye. Mahal sangat beranak caesar kat hospital swasta. Caesar je dah cost RM6,000...belum lagi include ubat², bilik, nursery etc. Paling² pun budget 10K if nak beranak secara caesar di hospital swasta. Since zie bukan orang kaya dan insurance pun tak cover kita beranak (hehe)...

....Zie go for beranak di Hospital Umum Sarawak je. Mcm giving birth to Mikail dulu. Consider free (actually bila husband dah pencen baru government akan deduct sebenarnya...huhu)



Gelang yg teramat bernilai. Kalah wang ringgit dan emas. This one is PRICELESS! Syukur alhamdulillah, Allah swt bagi zie 2 kali rezeki utk menyarungkan gelang ni. Thank you Allah swt ♥


Rindu giler dgn budak ni masa zie admit sepital. Tak pernah zie berjauhan dari dia. Amat terasa kesunyian bila zie tidur di sepital takde dia di sisi zie. Huhu. Nasib papa dia bawa dia melawat zie. Terubat rindu kat si abang ni.

Jam 12am, zie dah start puasa dah. Sebab schedule caesar zie pada jam 9am. Kalau takde emergency case lah kata doktor. Syukur... almost 9am, zie dah di panggil utk tolak ke labour room. Nervous weh! Haha. Actually takut kena epidural injection tu sebenarnya. 

Tp syukur, zie tak kena epidural. Just bius utk spinal. Apa entah nama dia...lupa zie. Hahaha. Tapi sakit dia sama gak weh...huhu. 





Pada jam 10:36am, lahirlah hero kedua ku yang diberi nama, Mohamad Irfan. Irfan bermaksud Kebijaksanaan... aminnn. Nama anak kali ni, turn husband plak yg bagi. Nama Mikail dulu, zie yg bagi. Hihi. Baru adil ^_^




Kuar dari operation room around 12noon. Baby Irfan nurse terus bagi kat Zie. Time Mikail dulu, lepas habis kesan bius (8 jam gitu...which is keesokkan hari), baru Mikail di bagi kat Zie. Berlainan dgn Irfan, keluar je dari dewan bedah...terus bagi.

....Happy giler dah tengok baby terus. Tak yah tunggu lama²...hihi. Pengalaman beranak kali ni, totally takde rasa sakit contraction at all! sebab belum tiba masa untuk beranak. Kan elektif caesar. So boleh lah di kira Zie "cheating" part sakit contraction...hehe. Rezeki zie :P

Zie hanya rasa sakit selepas caesar bila kesan bius habis. Akibat dari ubat bius, habis gatal gatal seluruh badan zie...azab weh menggaru. Haha. Selama hampir 2 hari kegatallan. Memang tu salah satu dari kesan sampingan ubat bius. Ada orang muntah² or pening kepala. Ada org ketiga² kesan tu ada...kesian.

Nasib zie just kesan gatal² je. bukan muntah²...kalau muntah², sakit wei. Kan perut baru berbelah...kau imagin camne bila muntah. Aduhaiii....syukur hanya effect gatal² je. 





1st November 2017 pada jam 10:36am, lahirlah Mohamad Irfan dengan berat 3.01kg ♥ Permata hati kedua Zie dan husband. Kelahirannya yg weols tunggu selama 3 tahun. Semoga membesar menjadi anak yg soleh, anak yang bijak, anak yang mentaati ajaran islam dan anak yang berbakti kepada kedua dua ibu bapa.

....aminnnnn. Perkenalkan uols, anak bongsu Zie Madini ^_^